"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."
Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..
From Malaysiakini
Perkasa meminta orang Melayu menyokong “satu-satunya akhbar yang memperjuangkan agama, bangsa & negara” - Utusan Malaysia tetapi berhati-hati dengan Malaysiakini.
Apa kena dengan katak seekor ni ....... tak habis-habis.........
HINDRAF mereka kata racis......PERKASA apa kejadah pulak ni...
Anwar Ibrahim tu bangsa apa.....agama apa......kenapa tak tolong bela.....
Mari kita baca artikal dibawah ini dan selepas itu kita nilai sendiri siapa PENGKHIANAT sebenarnya.
Tulisan ini di petik dari FREE MALAYSIA TODAY tanggal 18 Feb 2010. Mereka-mereka ini kita ucapkan "Dari UMNO engkau datang, kepada UMNO engkau kembali".
KUALA LUMPUR: Anuar Shaari (gambar) dan Ezam Mohd Noor, dua tokoh yang melompat keluar dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) didakwa memperoleh wang dari tokoh penderma global untuk tujuan yang bukan sepatutnya.
Mereka merupakan dari sekumpulan empat orang yang pergi ke Amerika Syarikat pada tahun “2003 atau sekitarnya” menggunakan platform Kempen Membebaskan Anwar (Free Anwar Campaign) dan memohon dana dari George Soros.
Demikian menurut Raja Petra Kamarudin, yang pernah terlibat dengan FAC dan kini menjadi pelarian di luar negara dan menulis untuk website Malaysia Today.
Dalam satu artikel bertajuk “Anuar Shaari dan George Soros”, Raja Petra berkata wang itu sepatutnya digunakan untuk membantu parti-parti pembangkang pada pilihan raya umum tahun 2004, tetapi tidak sampai pada waktu yang dikehendakki.
“Berjuta-juta wang untuk dana pilihan raya katanya, dihantar ke Hong Kong.” Pilihan raya umum 2004 berlangsung sebelum wang itu dapat disalurkan dari Hong Kong ke Malaysia. Selepas itu, kita tidak mendengar lagi tentang wang itu.
Sejurus selepas itu, Ezam (gambar) dan konco-konconya termasuk Anuar Shaari, meninggalkan KEADILAN dan menyertai Umno. Setengah daripada mereka meninggalkan parti itu sebelum pilihan raya umum 2004.
Walaupun artikel itu telah berada di laman web hampir seminggu yang lalu dan disebarkan ke laman-laman web yang lain, tetapi tidak ada sebarang reaksi, sama ada daripada Anuar atau Ezam.
Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.
Berucap ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin (kiri) turut mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.
"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi.
Tambahnya, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.
Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.
"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion.
"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.
"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.
Tambahnya, maklumat tersebut diperolehinya melalui buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysian Maverick yang setakat ini masih dalam penilaian oleh kerajaan.
Itulah reaksi Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Parti Sabah Maju (SAPP) berhubung dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim mengenai beberapa nama ahli Parlimen dari Sabah yang didakwa terlibat dengan rancangan pembangkang untuk mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata, Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan dakwaan sedemikian.
Saya tidak pernah bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini semua satu pembohongan,” kata Bung Mokhtar ketika diminta mengulas dakwaan Zahrain bahawa dia (Bung Mokhtar) antara Ahli Parlimen BN yang dinamakan dalam rancangan berkenaan di sini hari ini.
Katanya, wakil rakyat yang dipilih mempunyai tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada pengundi dan bukannya melaksanakan agenda peribadi Ketua Pembangkang.
Jangan sesuka dakwa kita boleh lompat parti," katanya.
Semalam, Zahrain yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui pula menegaskan beliau tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Tidak ada satu pun yang benar dalam apa yang diperkatakannya dan dia berbohong dalam Parlimen. Ini satu perbuatan yang memalukan kepada pengundi terutamanya di Sabah dan Malaysia amnya.
Saya dan Datuk Eric Enchin Majimbun tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008,” katanya dalam kepada mStar Online hari ini.
Soon Bui berkata, perkara tersebut berlaku kerana Zahrain sangat obses dengan kepentingan peribadi.
Zahrain mungkin lupa kepada sejarah SAPP dan kepentingan rakyat Sabah. Kami keluar BN kerana hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sehingga hari ini kami masih kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas dan SAPP tidak menyertai PR atau mana-mana parti. Bagi saya, dia tidak layak untuk bercakap bagi pihak wakil rakyat Sabah yang lain,” katanya.
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh pula berkata beliau akan menerangkan sendiri dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini.
Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas,” katanya.
Sementara itu, di KOTA BHARU, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan berkenaan.
Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya.
Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam PKR yang dipimpin oleh Anwar.
Beliau berkata disebabkan dakwaan itu ibarat sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu.
Beliau turut menafikan didatangi pihak berkenaan agar keluar BN bagi membolehkan pembangkang membentuk kerajaan Persekutuan kira-kira tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-12.
Antara nama yang disebut ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat); Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (Jerantut). Salah seorang daripada Timbalan Speaker juga tersenarai dan dikatakan akan melompat menyertai pembangkang.
Zahrain tersepit...Akhirnya beliau dapat gelaran pembohong besar.
Amizudin Bin Ahmat (Din Binjai)
No 9, Lorong Tembikai 1,
Taman Sri Rambai,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
TPj Dato' Hjh. Latifah binti Md Yatim
Pengarah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pulau Pinang
Kompleks SPRM
44, Jalan Sultan Ahmad Shah
Peti Surat 6000
10850 Pulau Pinang
dihantar melalui
· Fax : 04-2266070 / 04-2292315
·E mel : ppg@sprm.gov.my
Ybhg TPj Dato’
BERTANYAKAN STATUS SIASATAN/DAKWAAN KES KUARI MELIBATKAN BEBERAPA PIMPINAN PKR P.PINANG.
Perkara di atas dirujuk.
Seperti yang pihak Dato’ sedia maklum, saya telah terlibat sebagai sumber utama dalam soal siasat mengenai kes / dakwaan penglibatan pemimpin KEADILAN (yang kini antaranya telah keluar parti) dalam kes penyelewengan melibatkan Kuari di negeri ini.
Dalam kes tersebut saya telah memberikan kerjasama termasuk menyalurkan bahan bukti yang sewajarnya demi melihat integrity Negara terjamin. Saya telah hadir dalam beberapa sesi soal siasat secara ‘rasmi’ mahupun tidak rasmi dengan pihak SPRM. Dalam satu sesi yang paling panjang saya telah disoal siasat lebih 10 jam. Pegawai SPRM juga telah ‘serbu’ rumah saya di waktu pagi untuk mengambil saya kononya untuk mendapatkan maklumat. Saya kira saya sudah memberikan kerjasama yang cukup baik.
SPRM telah membuat kenyataan terbuka mengenai kes ini (walaupun sepatutnya kes yang di dalam siasatan SPRM merupakan rahsia rasmi Negara), kerana kenyataan terbuka SPRM yang kelihatan menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang maka perjuangan saya menentang rasuah dan salah guna kuasa telah disalah ertikan.
Saya sedikit dipulaukan teman dan saya berdepan dengan tindakan disiplin. Namun itu semua saya ketepikan kerana bagi saya kebenaran pasti akan datang yang penting perlu terus berjuang.
Saya juga telah dimaklumkan oleh pegawai pihak Dato (tak pasti secara kapasiti individu atau kapasiti pemegang jawatan SPRM) yang menyatakan bahawa kes tersebut cukup kuat dan pasti akan ada pendakwaan.
Namun sehingga kini saya kecewa kerana kes tersebut seolah tergantung setelah banyak cemuhan dan dugaan yang saya lalui demi memberikan kerjasama kepada SPRM.
Dengan ini saya ingin bertanya kepada pihak Dato’ apakah status kes / dakwaan penglibatan pemimpin KEADILAN (yang kini antara telah keluar parti) dalam kes penyelewengan melibatkan Kuari di negeri ini ? Adakah kerana antara pemimpin yang dimaksudkan sudah berhenti memegang jawatan masuk Umno kes ini terhenti dan ditutup ? Adakah kes ini akan dikatakan tidak cukup bukti untuk meneruskan pendakwaan hanya kerana ada yang terlibat sudah melompat parti bersama kerusi parlimen ?
Jika kes yang pihak Dato sendiri begitu yakin sebagai kes yang kuat dan sanggup melanggar peraturan sendiri dengan mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai kes tersebut satu ketika dahulu ditutup begitu sahaja akhirnya, maka saya amat kecewa.
Maka bukan setakat benar tuduhan SPRM merupakan kuda tunggangan regim Bn tetapi sebenarnya SPRM seronok diperkudakan Bn.
Saya memerlukan jawapan dan respon segera.
Sekian, terimakasih.
Yang Benar,
AMIZUDIN BIN AHMAT
No KP : 690829-07-5241
Salinan kepada :
Editor media tempatan dan luar Negara (kecuali Utusan Malaysia)
Mari kita tengok kehidupan mereka selepas ini......nak Jadi Percacai Atau Pak Menteri. Dulu mereka turun kepada rakyat nak jadi juara rakyat....sekarang apa dah jadi.
Ini janji kami para penyokong PR, kami akan tetap menyokong PR 'Alang-alang mengengam bara biar sampai jadi abu'.
"The world is full of leaders to be.It needs ordinary people. I think I am one of them. Just a man with the will to fight for a better society of Freedom, Justice and Rights for ALL".
Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????
Lagi disini
Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....
RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration
'The Universal Declaration of Human Rights indicates'
"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"
" You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time..."
FINALLY, private investigator P.Balasubramaniam has come out of hiding after 15 months to give a no holds barred interview on what happened to him.
In the presence of three prominent lawyers on Oct 27, he reaffirmed that his first statutory declaration released on July 3 last year was true and that he was offered to RM5million to retract it.
He named carpet businessman Deepak—who is said to be an associate of Rosmah Mansor, the wife of Prime Minister Najib Razak—as the person who met him at a Rawang restaurant and made the cash offer.
Excerpts of the video interview has been posted on YouTube.
In the interview, Bala said Deepak made more than a cash offer.
“He asked me to go to Putrajaya but he never mentioned who he wanted me to go and meet… then after that he offered me RM5million to retract the SD,” Bala said.
The meeting allegedly took place at a restaurant in Rawang, on the same day Bala’s statutory declaration became public alleging links between Najib, his aide Razak Baginda and murdered Mongolian model Altantuya Shaariibu.
"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada 5.30 petang.
PETALING JAYA: Sepasukan polis dari cawangan khas berjumpa dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam (gambar) selama tujuh jam pada 8 Julai tahun lalu, walaupun kerajaan dan polis mendakwa Bala sudah menghilangkan diri.
Ketika mendedahkan butiran lanjut mengenai kes Altantuya Shaariibuu baru-baru ini, Bala berkata pasukan cawangan khas polis itu hanya berminat untuk mengetahui dengan lebih jelas hubungan Perdana Menteri, Najib Razak dengan Altantuya seperti yang terkandung dalam akuan bersumpahnya yang dibuat pada 3 Julai.
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (gambar) tidak menyedari rakaman yang dibuat oleh pasukan cawangan khasnya (SB) mengenai kenyataan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, di Bangkok pada 8 Julai tahun lalu.
Bala dalam pendedahan terbarunya, menyatakan kenyataan yang dibuat telah dirakam oleh pasukan SB
diketuai ACP Muniandy yang dapat menjejakinya di Bangkok menerusi pegawai perhubungan kedutaan Malaysia yang mengatur pertemuan itu.
Penyiasat persendirian itu juga berkata, Muniandy hanya berminat dengan surat akuan bersumpahnya yang pertama pada 3 Julai dan tidak menyentuh langsung akuan bersumpah keduanya pada 4 Julai yang menarik balik pernyataannya mengenai hubungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan model Mongolia, Altantuya Shaaribu.
What really happened in the 48 hours after PI Bala unveiled his first SD on 3 July 2008? Why did he sign a second SD that contradicted his first SD barely a few hours later? And where did he disappear to for more than a year just hours after signing his second SD? And which SD was signed under duress, the first or second? Today, Malaysia Today will answer all those questions that have been on the minds of Malaysians since July last year.
Bala is made to sign the 2nd SD and is bundled out of the country. From thereon they keep him on a tight leash and he no longer has control over what he can say or do. He discovers he has just entered a life of imprisonment; although without the normal bars and padlocks but still a prison nevertheless.
From Malaysia Today The Malaysian police catch up with Bala in Bangkok and ask to meet him. However, they are only interested in talking about the first SD and there is no discussion whatsoever about the second SD. The Malaysian police, therefore, know the truth but chose to bury it rather than take action.
Life on the run is not as rosy as most imagine when one’s family has to suffer. Bala finds that the money means very little when family life and the children’s education are sacrificed. He decides to change all that and to regain his normal life but his ‘handlers’ have other ideas. He realises, therefore, he has to break away from them if he really wants to be free.
Bala reveals that to date he was paid RM750,000 but the harassment continues and he feels more like a prisoner. He says he has come out of the closet so that the harassment can end and he can lead a normal life again. He just wants his life back.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Bahagian 5: Saya Cuma Berharap Menamatkan Segala Gangguan
Terjemahan GoMalaysia
Bala telah dibayar sebanyak RM 750,000 sehingga kini namun penderaan keatasnya menyebabkan dia seolah-olah seorang yang dipenjarakan. Dia mengatakan dia akan keluar dari keadaan tersebut untuk menamatkan penderaan yang berlaku terhadapnya dan supaya dia boleh hidup sebagai orang biasa. Dia hanya mahukan kehidupannya semula..... THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
MB vs MB: Federal Court of Judicial Pillars or Political Stooges?
But without Nizar resigning, how could the post become vacant, and how could the Ruler appoint another menteri besar? This is the mother of all questions that the judges must answer before any one can rule that Nizar has lost his post.
GUNNER EXPERIENCE
-
Why is artillery called the King of the Battlefield?
I was commissioned as an officer in the Artillery — the King of Battlefield
Regiment.
I started my...
Kenapa MIMOS YANG DI AUDIT BUKAN MY DIGITAL ID?
-

PERTANYAAN KEPADA MENTERI
Soalan:
Minta MENTERI memberikan penjelasan berhubung tadbir urus dan perlaksanaan
projek My Digital ID, khususnya melibatk...
Artikel Februari 2022
-
- 4 Manfaat Penerapan Website dan Mobile Apps pada Bisnis Anda
- 10 Peranan Website dan Mobile Apps pada Bisnis Anda
- 10 HP Samsung RAM 8 GB T...
LIVE AJL 34
-
KLIK DI SINI UNTUK MENONTON AJL 34
*Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online *
*PASANG CCTV MURAH *
*IKLAN TEKS RM10 SEBU...
PENGUMUMAN
-
Sebagaimana yang telah dimaklumkan,
bermula hari ini iaitu 1 Mac 2019, blog ini
telah berpindah sepenuhnya ke alamat
baru - shahbudindotcom.net.
...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya
-
Saya adalah pembekal bendera murah Pakatan Harapan dan Barangan Kempen
Pilihan Raya bagi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Hubungi...
SALAM BAHAGIA DAN SELAMAT MEMBACA
-
As Salam. Ramai yang bertanya sama ada saya masih menulis di blog atau
sebaliknya. Saya memberitahu mereka bahawa tumpuan kini adalah kepada tiga
cabang m...
Ceramah PGU - Cikgu Normala Sudirman
-
Ceramah PAS ganti UMNO (PGU)
Pada : 01/05/2011
Hari : Ahad, 9.30 malam
Tempat : Kampung Sura Hujung (Jalan Uitm Dungun/Jalan Lapangan Terbang)
Penceramah...
60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai
-
*KUALA LUMPUR:* 60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi
membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) agak k...
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat
-
Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير ...