"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Saturday, May 8, 2010

ZAID TIDAK MINTA MAAF

Tukar Tiub

UDAH HABIS 24 JAM ATAU BELUM



INI KENYATAAN ZAID

“Saya sentiasa taat dan hormat kepada pemimpin tertinggi termasuk Sultan Selangor dan bersedia menghadap baginda bagi menjelaskan maksud tulisan di dalam blog saya tempoh hari.

“Tidak terlintas langsung untuk menghina sesiapa cuma saya sekadar membuat tafsiran mengikut undang-undang negara,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Bekas calon kerusi Parlimen Hulu Selangor ini memberitahu tujuan menghadap Sultan Selangor hanya untuk menjelaskan maksud tulisannya dalam blog beliau, bukannya untuk meminta maaf.

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH



SAMPAI TERTIDOOR PEKASAM MENUNGGU ZAID MINTA MAAF

Friday, May 7, 2010

Polis tak terlatih guna senjata api?

Petikan dari Detikdaily


Oleh Zukri Aksah
 
Ia mengingatkan saya pada peristiwa Himpunan 100,000 rakyat di Lebuhraya Kesas tanggal 5 November 2000, lama dahulu.

Saya berkesempatan melihat seorang pakcik dibelasah dengan belantan oleh polis sehingga patah belantan itu, nyatanya pakcik itu tidak mengejar polis, tetapi polislah yang mengejarnya.

Saya juga berkesempatan melihat sikap tidak hormat harta peribadi orang bila polis dengan sewenang-wenangnya menendang motosikal-motosikal yang diletakkan di tepi jalan sehingga jatuh terbalik, sekali lagi motosikal-motosikal yang tidak bergerak itu tentulah tidak mengejar polis, tetapi polis membaham mereka seperti harimau kelaparan.

Arwah Aminulrasyid Amzah mengingatkan semula saya terhadap peristiwa ini.

Sebabnya laporan awal ada mengatakan bahawa kereta yang dipandu arwah yang hanya berumur 15 tahun ini mengundur dan cuba merempuh polis.

Ini yang membuat saya jadi sinikal, betapa seorang remaja Tingkatan 3 yang sedang ketakutan mengambil tindakan berani “mengejar” polis secara mengundur, sedangkan lautan manusia di Kesas lebih 10 tahun dahulu, walaupun semuanya berani-berani belaka, tidak ada seorang pun yang menjadi “gila” mengejar polis.

Bagi mewajarkan segala apa yang sudah berlaku, polis mendakwa yang arwah Aminulrasyid adalah suspek penyamun setelah kenyataan bahawa polis melepaskan tembakan kerana kereta yang dipandu arwah Aminulrasyid cuba lari dari sekatan jalanraya tidak dapat diterima oleh banyak pihak.

Dakwaan awal bahawa senjata parang ditemui dalam kereta tersebut juga hilang begitu sahaja, tiada sidang media polis seperti yang biasa kita lihat dengan parang ditunjukkan di atas meja.

Tayar dan kereta yang dipandu arwah Aminulrasyid ditembak bertubi-tubi. Timbul dua persoalan penting di sini. Pertama, apakah kereta itu terbukti sebuah kereta curi atau ada maklumat kereta itu milik kumpulan penjenayah tertentu sehingga ia “dilayan” sebegitu rupa oleh pihak polis?

Kedua, apakah anggota polis yang meronda di lapangan adalah dari kategori tidak terlatih dalam penggunaan senjata api? Hinggakan tembakan ke arah tayar boleh tersasar sehingga ke kepala arwah Aminulrasyid, yang seterusnya membawa kepada kematian remaja ini? Kalau betul, ia sudah tentu satu keadaan yang sangat menakutkan bagi orang awam selepas ini.

Saya tidak menafikan arwah Aminulrasyid ada kenakalannya yang tersendiri sebagai seorang remaja. Dari fakta kes, arwah sudah tentu salah kerana memandu tanpa lesen, dan arwah juga mungkin telah memandu melebihi had laju (itupun mungkin kerana arwah sedang dalam ketakutan).

Tetapi itu belum lagi mampu mewajarkan akal waras saya untuk menerima logik tembakan pihak polis tersebut. Ya, polis boleh memberi tembakan amaran, tetapi bukankah tembakan amaran sepatutnya dilepaskan ke udara? Sebelum saya tertinggal, dari fakta kes juga, bukankah kereta polis yang mengejar kereta Aminulrasyid itu dari jenis MPV, sedangkan Aminulrasyid hanyalah seorang pemandu amatur yang memandu kereta Proton Iswara?

Saya rasa tidak susah MPV tersebut memotong sebuah Iswara dan mengarahkannya berhenti, tanpa perlu sebarang tembakan dilepaskan?

Akhirnya apa yang berlaku sudahpun berlaku, sedihnya apa yang berlaku adalah tragedi, tragedi yang melibatkan kematian, saya percaya semua pihak tidak mahu ini berlaku.

Saya bersetuju dengan gesaan Musa Hassan supaya rakyat tidak mempertikaikan tugas polis. Untuk rekod, rakyat tidak pernah mempertikaikan tugas polis, tugas yang asasi iaitu menjaga keselamatan awam secara seadilnya. Namun apa yang berlaku mutakhir ini mencetus kritik tentang bagaimana pihak polis bertugas?

Malangnya polis tidak dapat mengelak dan menafikan kritik ini, sebab arwah Aminulrasyid bukanlah kes pertama yang memperlihatkan polis seperti bertindak secara sewenang-wenangnya.

Seperti laporan media sebelum ini, Januari lalu kita dikejutkan dengan kes Norizan Salleh yang mendakwa ditembak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut. Akibat dari serangan tersebut, Norizan diberitakan cedera parah dan terlantar di hospital lebih dua minggu di bawah pengawasan polis.

Beliau juga dilaporkan terpaksa menanggung sendiri kos rawatan perubatan berjumlah hampir RM20,000. Jauh sebelum itu negara juga digegarkan dengan kes kematian mendiang Kugan dalam lokap polis.

Saya kira masalahnya polis terlalu dimanjakan sehingga mereka merasa terlalu berkuasa. Kerapkali status dan kuasa “polis” mereka diperguna dan disalahguna oleh elit-elit politik pemerintah demi kelangsungan politik kumpulan ini, sehinggakan tanpa sedar mungkin, polis hari ini mengguna pakai skala kuasa yang diteladani dari elit-elit politik ini.

Skala kuasa ini tidak lagi berasaskan kepada tugas asasi polis, iaitu menjaga keselamatan awam seadilnya, skala kuasa ini juga memanipulasi ruang gelap dalam undang-undang yang dilihat sangat abstrak dan subjektif tafsirannya.

Sekali lagi, rakyat sebenarnya tidak pernah mempertikaikan tugas polis, cuma kegusarannya adalah tentang bagaimana polis bertugas. Kerana tidak mempertikanlah, rakyat selama ini masih membayar saman trafik polis, masih ke balai polis jika ada kejadian yang perlu dilaporkan, dan masih menelefon polis jika ada kecemasan berkait dengan keselamatan.

Rakyat masih menaruh harapan, janganlah tunggu sampai rakyat membenar dan mengiyakan ungkapan polis raja di Malaysia itu.

Berubahlah sementara sempat, kerana krisis kepercayaan antara rakyat dan polis, jika berlaku adalah tragedi yang lebih buruk berbanding kematian Aminulrasyid dan kecederaan Norizan. Mkini

Tuesday, May 4, 2010

Baca Malaysiakini........Tolong Jangan Baca Utusan/BeritaHarian

Hafiz Yatim | Mei 4, 10 3:23PM
Katanya lagi, kehadiran bahan pelinciran dan spesimen DNA daripada dua lelaki dari empat calitan kapas di dubur memperkuatkan lagi hujahnya bahawa penetrasi memang berlaku.
NEWS
Salhan K Ahmad | Mei 4, 10 4:59PM
karpal singh Menurut Karpal, peguam negara perlu membuat pendakwaan atas tuduhan bunuh, berdasarkan keterangan daripada saksi utama kejadian itu, Azamuddin Omar.
Hafiz Yatim | Mei 4, 10 10:46AM
anwar ibrahim and saiful bukhari azlan dikemaskini 12:00pm Panel tiga anggota Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim kekal setelah rayuan akhirnya ditolak.
Hazlan Zakaria | Mei 4, 10 6:39PM
NONE Menurut Khir Toyo, Perdana Menteri mengeluarkan arahan supaya pemimpin Melayu juga menghadiri majlis yang dianjurkan oleh masyarakat Cina dan sebaliknya.
Regina Lee | Mei 4, 10 12:28PM
haniff omar 01 dikemaskini 2:20pm Selain Tun Haniff Omar, anggotanya lain adalah Denison Jayasooria, Kamal Affendi Hashim, Muhammad Shafee Abdullah, Michael Yeoh dan Abdul Halim Sidek.
Abdul Rahim Sabri | Mei 4, 10 5:32PM
latheefa koya Kongres Nasional PKR 2009 yang ditangguhkan tahun lalu, akan berlangsung mulai 28 Mei ini di Kelantan.
Mei 4, 10 4:33PM
lim guan eng and penang Datuk Azhar Ibrahim mendakwa tindakan itu langsung tidak menggambarkan kerajaan negeri mengamalkan sistem tender terbuka yang berlandaskan prinsip CAT.
Mei 4, 10 4:20PM
taib mahmud and pbb "Buat masa ini, isu penggantian dan pengganti Ketua Menteri Sarawak tidak timbul dan tidak sepatutnya dijadikan spekulasi," kata Tan Sri Alfred Jabu.
Kuek Ser Kuang Keng | Mei 4, 10 1:57PM
NONE Speaker, Tan Sri Abu Zahar Ujang, berkata usul yang dikemukakan mengikut peraturan Mesyuarat 17 (1) berkenaan ditolak kerana ia perkara yang tidak perlu disegerakan.
Salhan K Ahmad | Mei 4, 10 3:04PM
dr v david 110705 Hasan berkata, permasalahan penamaan semula sebatang jalan di Petaling Jaya melibatkan portfolio kerajaan tempatan yang dipengerusikan oleh Ronnie Liu.
Mei 4, 10 3:41PM
NONE Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, berkata setakat ini dua set kertas pencalonan telah diambil, satu oleh BN dan satu set lagi oleh...
Mei 4, 10 2:48PM
election commission spr Datuk Wan Ahmad berkata pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) atau badan bukan kerajaan seumpamanya tidak diperlukan untuk menjadi pemerhati bebas di Sibu.
Salhan K Ahmad | Mei 4, 10 2:16PM
hasan ali hassan ali Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata larangan masjid dijadikan 'gelanggang politik' adalah selaras dengan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989.
Mei 4, 10 11:29AM
azlan “Sesungguhnya saya tak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat," kata Nik Aziz.
Abdul Rahim Sabri | Mei 4, 10 1:02PM
kickdefella syed azidi syed abdul aziz "Saya telah semak dengan PAS Kelantan dan PAS Malaysia, kita tidak pernah keluarkan RM4 juta,” kata Datuk Mustafa Ali.
Susan Loone | Mei 4, 10 1:40PM
NONE Pulau Pinang mengambil langkah pertama ke arah kebebasan bersuara dengan pelnacaran “Dataran Pidato” yang pertamanya di Esplanade, hari ini.
Mei 4, 10 1:07PM
parliament building police blockade 140708 Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan 10 orang termasuk dua ahli parlimen dan seorang ADUN Pakatan Rakyat daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram di Parlimen.
Mei 4, 10 5:55PM
nuclear power plant Chin enggan menyatakan lokasi tapak loji itu dan jumlah kuasa yang dikeluarkan tetapi berkata ia perlu dibina di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.
Mei 4, 10 6:10PM
awang adek hussin Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein menafikan laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa Pos Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM546 juta.
Mei 4, 10 12:40PM
musa hassan Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan bekerjasama dengan semua pihak bagi membantu siasatan kes kematian Aminulrasyid Amzah yang ditembak minggu lalu.
Mei 4, 10 11:46AM
NONE Angkatan Muda Keadilan Selangor menyokong gesaan keluarga arwah Aminulrashid Amzah agar kes kematian remaja disiasat oleh suruhanjaya diraja dan bukan inkues.
Mei 3, 10 5:42PM
press freedom Di rantau Asia Pasifik, kedudukan Malaysia masih ketinggalan di belakang jiran-jirannya seperti Filipina (kedudukan 97), Indonesia (107), Thailand (124) dan Kemboja (134).
Susan Loone | Mei 3, 10 6:34PM
NONE EKSKLUSIF Menurut peguam Perancis itu, dia tidak akan hilang seperti yang berlaku kepada Altantuya kerana terlalu banyak tumpuan dalam kes kapal selam itu.

Monday, May 3, 2010

Skandal Pembelian Kapal Selam

Dari Merdeka Review

Pakatan Rakyat memuji Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) kerana memulakan aduan rasuah di Mahkamah Perancis berhubung urus niaga bernilai RM 4.7 bilion di antara Kerajaan Malaysisa dan DCN, konglomerat senjata terbesar Perancis. Urus niaga ini melibatkan Razak Baginda, yang dikenali sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Najib Razak sehinggalah berlakunya pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shariibuu di Malaysia.

Sistem keadilan Malaysia, secara khususnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) gagal mengenal pasti isu-isu rasuah yang kini sedang dibawa SUARAM ke dalam sistem perundangan Perancis. Amat mengaibkan, rakyat Malaysia terpaksa pergi ke Perancis untuk mendapatkan penjelasan dan ketelusan terhadap rasuah yang membazirkan berbilion ringgit duit orang ramai.

Namun demikian, ia bukan hanya tentang kegagalan SPRM.

Pembunuhan Altantuya juga masih belum diselesaikan. Seluruh negara tahu bahawa dua orang anggota polis yang disabitkan kesalahan, Azilah Hadri dan Sirul Azhar hanyalah perkakas yang digunakan untuk membunuh Altantuya. Ibarat telah ada alat sepucuk pistol tetapi siapa yang menarik picu melepaskan peluru? Kesemua lembaga-lembaga negara kita – polis, Jabatan Peguam Negara dan Kehakiman telah gagal, secara sengaja atau akibat kecuaian untuk memberikan jawapan kepada soalan mustahak ini.

Beberapa soalan penting yang masib belum berjawab berkaitan dengan urus niaga kapal selam dan pembunuhan sensasi:

Apakah peranan Perdana Menteri Najib Razak dalam urus niaga kapal selam tersebut, hubungan dengan penasihatnya Razak Baginda yang membuat keuntungan luar biasa daripada urusniaga itu dan penglibatannya dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu?

Apakah yang dimaksudkan dengan meminta bantuan yang dibuat Razak Baginda kepada Musa Safri, Ketua Pengawal Najib pada malam 19 Oktober 2006 melalui telefon selepas Sirul dan Azilah sampai dengan seorang anggota polis wanita, Lans Koperal Rohainaza serta membawa pergi Altantuya dari hadapan rumah Razak di Bukit Damansara dan tidak ditemukan lagi selepas itu? Siapa yang mengarahkan anggota polis terbabit ke sana?

Apakah yang dibuat pegawai khas Najib Tun Razak selama 20 tahun, Nasir Safar memandu kereta Proton merah yang muncul di hadapan rumah Razak, beberapa ketika sebelum anggota polis tersebut muncul dan membawa Altantuya pergi?

Apakah Nazim Razak menawarkan sejumlah wang yang besar kepada penyiasat persendirian Balasubramaniam (gambar kiri) dan juga mengancam keluarganya apabila dia bertemu Bala pada malam 3 Julai 2008 selepas Bala mengeluarkan pengakuan bersumpahnya yang pertama?

Apa pula penglibatan Deepak Jaikishan yang dikenal rapat dengan Rosmah Mansor dalam pembuatan akuan bersumpahnya yang kedua, serta peranannya dalam mengaturkan pertemuan di antara Nazim Razak dan Bala?

Bagaimana dengan kewujudan gambar yang diperkatakan Burmaa OyunChinmeg, sepupu Altantuya, yang menunjukkan Najib, Razak dan Altantuya makan malam bersama di sebuah restoran di Paris? Kenapa Arnaud Dubus, wartawan Perancis, berkata bahawa bapa Altantuya memberikan gambar tersebut kepada bekas Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Syed Abdul Rahman Alhabshi dari Wisma Putra Malaysia. Abdul Rahman kemudiannya memberikan gambar tersebut kepada pihak polis yang akhirnya hilang selepas itu.

Kenapa syarikat yang baru ditubuhkan Razak Baginda, Perimekar terlibat dalam urus niaga kapal selam ini memandangkan ianya tidak memiliki keupayaan, kemampuan kewangan atau kepakaran untuk mendokong pemberian kontrak tersebut?

Mengapa kerajaan tidak berurusniaga secara langsung dengan konglomerat senjata Perancis tersebut?

Siapa yang memberi arahan untuk membunuh kerana dua orang pengawal tersebut tidak mempunyai motif untuk membunuh Altantuya?

Kenapa penyiasat persendirian Balasubramaniam yang membuat perakuan bersumpah dan dakwaan lainnya terhadap penglibatan Najib dan para pegawainya (Musa Safri dan Nasir Safar) lari dari Malaysia? Apakah yang perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan Bala untuk ikut terlibat dalam penyiasatan ini?

Mengapakah pembantu Najib, Musa Safri dan Nasir Safar tidak dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan?

Pakatan Rakyat amat menyokong penyiasatan ini dibuat atas kepentingan keadilan serta ketelusan. Pakatan Rakyat juga mendesak kerajaan dan institusi-institusi negara yang berkenaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta jujur dalam penyiasatan ini.

Sunday, May 2, 2010

UMNO Menjerat Diri Dengan Rasuah Politik

Tranungkite



Oleh Ruhan


Hakikatnya Pakatan Rakyat tidak menang di Hulu Selangor kerana UMNO telah memberi rasuah politik kepada pengundi-pengundi Melayu dan India. Kenyataan ini diterima setelah membuat kajian terhadap laporan yang diberikan oleh pemerhati antarabangsa dan menilai maksud tersirat penjelasan Najib kepada rakyat bagi menjawab tuduhan Pakatan Rakyat.

UMNO terjerat dalam kes ini. Namun demikian, SPRM yang sememangnya menjadi kembar UMNO mengambil sikap pekak dan bisu terhadap kritikan tersebut. Kewujudan fenomena ini benar-benar mencemarkan proses demokrasi di Malaysia.

Setelah meneliti kembali statistik yang dikeluarkan tentang keputusan menyeluruh PRK itu, didapati bahawa sokongan pengundi Melayu dan India yang boleh dikategorikan sebagai penghuni pinggir bandar terhadap Pakatan Rakyat ternyata bertambah. Begitu juga halnya dengan sokongan peneroka Felda. Situasi tersebut terpancar dalam jumlah undi yang diperoleh Zaid melebihi jumlah undi yang diperoleh Allahyarham Dato' Zainal.

Keputusan akan menyebelahi Zaid sekiranya penyokong-penyokong Pakatan yang dipindahkan kawasan mengundi mereka kekal di Hulu Selangor. SPR telah lama menjadi parti komponen tidak rasmi BN.

Perkembangan ini melegakan Pakatan. Tidak semua pengundi pada abad ini sama ada di luar bandar, pinggir bandar ataupun bandar termakan dengan rasuah politik UMNO. Parti rasuah nombor wahid di Malaysia ini pasti tidak dapat menghulurkan rasuah politik sebesar di Hulu Selangor apabila PRU Ke-13 diadakan nanti. Ketika itu mereka akan menderita kekecewaan akibat kebebalan sendiri.

Fakta tidak mungkin dikalahkan oleh fitnah. Fakta hanya boleh dikalahkan oleh rasuah politik. Kedua-dua kenyataan inilah yang bersarang di Hulu Selangor. Sekali gus menjadi amaran awal kepada UMNO-BN. Pengundi-pengundi tidak boleh digula-gulakan selama-lamanya. Minda mereka yang dibuka oleh ledakan maklumat mudah mencium muslihat UMNO dan sekutu-sekutu mereka untuk mengekalkan kuasa.

Pakatan tidak perlu berduka lara dengan kegagalan di Hulu Selangor. Peningkatan sokongan perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Jentera Pakatan tidak boleh duduk diam. Mereka perlu menggempur pengundi-pengundi di kampung-kampung sekerap mungkin. Hal ini mampu dilakukan kerana cantuman ahli-ahli PAS, DAP, dan PKR ramai jumlahnya.

Siri ceramah perlu dikampungkan. Pendekatan yang digunakan perlu sesuai dengan tahap pemikiran orang kampung. Aktiviti-aktiviti kampung seperti gotong-royong, kenduri-kendara, bersunat, khatam Quran, Maulidur Rasul, cukur jambul, marhaban, berzanji,dan sebagainya perlu dimanfaatkan dengan segera. Melaluinya aktiviti penambahan ahli boleh dijalankan. Pungutan derma untuk mengisi dana perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ini boleh dilaksanakan. Fakta benar tentang kebatilan UMNO dapat disebarkan. Fitnah UMNO terhadap Pakatan dapat dipatahkan.

Kita perlu sedar bahawa tidak ramai ahli UMNO yang cenderung kepada program-program keagamaan kerana sikap mereka yang sekular, keelitan, dan materialistik. Dengan perasaan rendah diri, Pakatan perlu mendekati golongan pengundi kampung tidak kira golongan veteran, golongan wanita, mahupun golongan muda secara berhemah.

Biarkanlah UMNO menjerat diri mereka dengan duit. Duit bukan segala-galanya dalam kehidupan ini. Sentuhan sanubari yang diiringi keikhlasan, kesungguhan, dan berterusan akan membawa kejayaan dengan izin Allah Subahanahu wa Ta'ala.

http://bilahrotan.blogspot.com

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration