"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Tuesday, December 14, 2010

Dr M: Sodomi II 'bukan perangkap'

Jamal Pak Tongkol

Kalau benar Sodomi Part II ini benar kenapa segala laporan Doktor dan lain-lain hal yang boleh memberi keadilan kepada DSAI tidak di lakukan sebagaimana yang sepatutnya. Ini perlu diperjelaskan. Jangan pulak timbulkan perkara-perkara baru yang Dr M susah dan mustahil boleh selesaikannya.


Tuduh sana tuduh sini penyelesaian tiada. Dr M atau UMNO yang mula kannya dan beliau harus bertanggunjawab atas segalanya. Kalau punya bukti hadir ke Mahkamah jadi saksi pihak pendakwa. Ini tidak hadir ke Mahkamah tak sanggup, sebalik keluarkan kenyataan yang bukan-bukan seolah-olah punya cukup bukti.

Kalau begini seelok-eloknya diam, suatu hari nanti kamu pasti dapat pembalasannya.

Adios.

Saturday, December 11, 2010

PM: Jangan Gadai Masa depan Negara Kepada Pembangkang.......

Jamal Pak Tongkol (Penyokong UMNO Tegar)


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pihak Pakatan Rakyat tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.

azlanJusteru, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.

"Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya.

Jadi apa UMNO/BN telah lakukan selama 50 tahun lebih mentadbir Negeri Ketuanan Melayu ini:

1. Pak-Pak Menteri dan kaum kerabat menjadi kaya-raya.

2. Jawatan Dalam Parti dan Negara  adalah Pusaka Tun Razak Kepada Najib sebagai contoh.

3. Mereka memfaraidkan harta Negara di kalangan kelumpuk mereka.

Kalau nak disenaraikan banyak lagi tapi cukup setakat ini, oleh itu rakyat kena ingat pesanan PM jangan gadai masa depan negara dan pilih lah UMNO/BN sampai bila-bila. Mereka saja bijak mentadbir negara ini.

Orang Melayu kena ingat, tiada UMNO tiada Melayu, ketuanan Melayu akan lenyap. Daritu pilih lah mereka agar rakyat akan mati kebulur tak makan, asal UMNO kekal selama-lamanya.

Hidup Melayu, Hidup UMNO.......Rakyat mampus.

Adios.

Sunday, December 5, 2010

(Gambar) Perarakan Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat Di Kuala Lumpur

Dari GoMalaysia













Berita terkini boleh didapati di http://twitter.com/GoMalaysian/mp-shout

Photo diambil daripada hanizat, NatAsasi, LeongJeeKeen, Rafizi Ramli, Teresa Kok, changlihkang twitter...


Perarakan bermula, polis tembak gas pemedih mata

Penyokong baju merah sedang berarak menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan bayaran air di Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mula bergerak kira-kira jam 1.45 tengahari dan sejurus kemudian polis menembak sekurang-kurangnya dua gas pemedih mata ke arah mereka.

Ia berlaku ketika mereka melalui bulatan di Jalan Hishammuddin berhampiran Masjid Negara.Tidak dapat dipastikan dari arah mana gas pemedih mata itu ditembak

Berikutan itu, sebahagian peserta meneruskan perarakan manakala yang lainnya kelihatan berpatah balik ke arah Masjid Negara.

Difahamkan juga, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menaiki kereta yang diiringi oleh pihak polis menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.
Sebelum itu, penyokong baju merah mula berhimpun di Masjid Negara mulai jam 11 pagi tadi.


Sehingga jam 1 tengahari tadi, lebih 1,000 orang yang memakai baju merah di lihat di sekitar kawasan masjid.

Turut kelihatan mereka yang berpakaian biasa tetapi mengambil baju merah yang diedarkan di sekitar Masjid Negara.

Mereka dilihat membawa plakad bertulis 'kembalikan hak rakyat', 'tolak penswastaan' serta memakai ikat kepala bertulis 'kembali hak air rakyat'.

Sebelum itu, kedengaran mereka bersorak 'hidup rakyat', 'kembalikan hak-hak rakyat', dan yang paling lantang ialah laungan kumpulan mahasiswa.

Mereka kemudiannya masuk ke masjid untuk menunaikan solat Zohor.

Difahamkan, selepas itu mereka akan mengadakan solat hajat sebelum perhimpunan bermula.

Turut kelihatan ialah beberapa pemimpin Pakatan, antaranya timbalan presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan pemimpn PAS, Dr Zulkefly Ahmad serta timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.



Ini Mungkin Salah Tetapi Rakyat Kena Tahu

Perbandingan Harga Minyak Dunia

1.United Arab Emirates - $0.37/liter/ RM1.22 seliter
2.Baharin - $0.27/liter/RM0.89/liter
3.Qatar - $0.22/liter /RM0.72 /liter
4.Kuwait -$0.21/liter /RM0.69/liter
5.Libya - $0.14/liter / RM0.46/liter
6.Arab Saudi - $0.12/liter / RM0.39 /liter
7.Iran - $0.11/liter /RM0.36/liter
8.Nigeria - $0.10/liter / RM0.33/liter
9.Turkmenistan - $0.08/liter / $M0.26/liter
10.Venezuela - $0.05/liter / RM0.16 /liter
Malaysia..?

Saturday, December 4, 2010

Kenapa subsidi syarikat kroni tak dipotong?

Jamal Pak Tongkol

Syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas yang tinggi manakala rakyat dipaksa menanggung kenaikan harga petrol RON95 untuk kali kedua dalam tempoh enam bulan.


Kerajaan (Negara 1Malaysia) terus menaikkan harga barangan keperluan seperti petrol dan gula tetapi pada masa yang sama enggan mengurangkan subsidi untuk syarikat-syarikat kroni (IPP).


Besetuju atau tidak jelas slogan 1Malaysia di tukar kepada 'RAKYAT DI PERBODOHKAN, KRONI DI UTAMAKAN.


Kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing.


Mari lah sama-sama kita tanam azam agar kerajaan di Negeri Ketuanan Melayu ini di pilih lagi pada PRU 13 ini. Kerana apa? Tanya YB Dzul Nordin dari Kulim Bandar Baru mungkin beliau ada penjelasannya.


Adios.





Ini Bukan Budaya Kita

Jamal Pak Tongkol

Hari ini mereka demo lagi. Penyelewengan besar telah di lakukan oleh kerajaan Selangor. Demo ini halal dan pihak POLIS dalam hadisnya mengatakan begitu. Sebab apa halal kerana hadisnya kata begitu. UMNO adalah parti agama, bangsa, judi ok.....arak ok. semua orang tau.

5 Disember 2010 ada satu lagi demo untuk menghantar memo membantah kenaikan harga air sehingga 37% di negeri Selangor/Kuala Lumpur. CEO nya bergaji lumayan. POLIS di negara ketuanan Melayu telah memberi amaran ini demo haram. Kerana apa haram kerana hadisnya kata haram. Demo ini jika berjaya mungkin air tidak dapat dinaikkan, maka rakyat selangor rata-rata akan jadi kaya seperti CEO syabas. Mana boleh lawan tokey. Rakyat adalah hamba kepada ketuanan Melayu. Sifat hamba mesti hidup susah ini rakyat kena faham. 

Oleh itu PRU 13 ini pilih lah lagi Parti Ketuanan Melayu, nescaya rakyat akan semakin kurus dan mampus. 

Kalau Altantuya hidup lagi nescaya beliau akan tergelak gila melihatkan rakyat di negeri ketuanan Melayu ini banyaknya yang bengong-bengong dan bahloo. Contoh lihat gambar di bawah ini. Akhir kata hiduuuuup Melayuuuuuuu.

Tuesday, November 16, 2010

100 Tingkat Beza Dengan 100 Keluarga

Oleh dragsuperstar.blogspot.com


Najib dengan angkuh mengatakan kerajaan akan membina Menara Warisan yang bernilai RM 5 Billion. Menara yang kononnya akan menjadi kembar kepada KLCC. Menara yang dikatakan akan menjadi tarikan pelancong.
Tapi pernahkah Najib memikirkan nasib keluarga – keluarga miskin yang berada di negeri – negeri yang bernaung di bawah bendera Malaysia ini. Pernahkah Najib melawat negeri – negeri yang masih punyai kemiskinan tegar di negara ini. Najib tidak pernah merasai kesusahan orang kampung terpaksa menoreh getah dan membuat bermacam – macam kerja untuk menyara anak bini mereka.
5 Billion jika digunakan secara telus dan jujur, sudah pasti ramai keluarga – keluarga yang susah dapat manfaat tersebut. Lihatlah, berapa banyak lagi kawasan kampung yang masih punyai jalan merah. Lihatlah, berapa banyak lagi kawasan kampung tidak punyai signal syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan lain – lain. Jangan nafikan. Ini adalah fakta yang boleh kita perolehi jika kita rajin merantau di negeri – negeri yang berada dalam Malaysia ini. Saya orang Semenanjung boleh melihat kemiskinan tegar tersebut. Bagaimana pula dengan mereka yang berada di Sabah dan Sarawak.
Apa salahnya 5 Billion itu disalurkan kepada makanan ruji. Kebanyakkan rakyat Malaysia bekerja sebagai pekerja sektor swasta. Masih ramai diantara mereka jika adanya kenaikan harga gaji, sudah pasti teramat sedikit. Sedangkan harga barang semakin naik menggila. Harga makanan semakin naik. Poket kami semakin kering. Jika benar Belanjawan ini untuk rakyat, salurkan 5 Billion itu kepada makanan ruji.
Ini bukan mental subsidi, tapi sebuah kerajaan yang baik adalah sebuah kerajaan yang memikirkan masalah rakyat. Subsidi jika kena pada tempatnya mampu melahirkan rakyat yang sihat dan tidak kebuluran. Bagi mereka yang sudah kaya – raya pasti akan menganggap subsidi makanan mentaliti yang kuno. Tapi cuba teropong ke bawah, lihatlah orang kampung yang masih ada lagi yang makan makanan yang tidak sihat. Kerana apa? Kerana makanan yang sihat tidak mampu mereka beli kerananya semua sudah mahal.
5 Billion jika disalurkan kepada kos perubatan sudah pasti ianya menyenangkan hati rakyat. Hanya ini mampu membuatkan mereka merasa selesa. Hanya ini mampu membuatkan mereka yakin bahawa kerajaan ini sememangnya mahu melihat rakyatnya sihat. Perbanyakan klinik kesihatan desa. Hanya ini cara mereka mendapat rawatan yang kualiti. Tingkat servis atau perkhidmatan di klinik – klinik desa agar mereka yang sedang sakit demam atau sebagainya tidak menunggu lama. Ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan.
5 Billion jika disalurkan kepada bangunan 100 tingkat hanyalah pembaziran nyata. Jika dibuat pada ketika ekonomi kita sedang gagah dan kuat tidak mengapa. Dalam waktu sekarang, disaat masih ramai lagi yang menagih bantuan kepada 5 Billion itu tidak disalurkan kepada mereka. Kita orang bandar jangan angkuh. Sila lihat apa yang terjadi kepada saudara – mara kita yang berada di kampung. Baik yang Melayu, Cina, India, Iban dan lain – lain.
5 Billion jika disalurkan kepada 100 orang keluarga yang susah. Sudah pasti nilainya lebih bermakna daripada bangunan 100 tingkat. Bangunan yang boleh dibina kemudian hari. Yang penting adalah rakyat. Rakyat yang menjadi aset penting kepada negara. Tanpa rakyat hilanglah Malaysia. Tanpa rakyat siapalah Rosmah?
Malu jika sebuah kerajaan negeri mampu memberi pelbagai bantuan. Kerajaan pusat sepatutnya mampu buat lebih daripada itu.
Buat rakyat Malaysia yang punya otak dan akal. Berfikirlah dengan baik. Kita sebagai rakyat Malaysia semakin terdesak. Kita semakin kurang duitnya dalam poket kita. Apa yang perlu kita buat. Ubah sebelum parah!!

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration