"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Wednesday, February 2, 2011

Nah Tun Madir, jawapan kepada kenyataan kamu

TGNA: Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

 
Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT :

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW.

Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :

فرقت به جماعتهم!

Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa.

Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor.

Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama.

Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Sekian.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Saturday, January 22, 2011

Debat?? sorry... dalam UMNO hanya ada BODEK!





DEBAT ANWAR – NAJIB

Ditulis oleh Tongkat Bahaman

Debat politik secara terbuka bukanlah sesuatu yang baru. Dua ribu tahun yang lalu masyarakat Athens telah pun menjadikan perdebatan secara terbuka ini bagi memberi pilihan terbaik untuk rakyat mereka. Di Amerika dan England berpuluh-puluh tahun lalu ia telah menjadi amalan menyemarakkan sistem demokrasi anutan mereka.

Dalam isu debat antara Anwar – Najib, jika kita banci pendapat rakyat sudah tentu majoriti akan minta agar ia diadakan. Ini selaras dengan slogan yang sering dilaung-laungkan kerajaan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” Kita tidak nampak sebarang sebab untuk Najib berdolak dalih mengenai cabaran ini.


Tidak ada sebab juga mengapa Najib perlu takut untuk berdepan dengan Anwar! Hadiahkanlah sebuah kesempatan paling berharga buat rakyat, menyaksikan detik bersejarah ini. Benar-benar rakyat ingin menyaksikannya. Biarlah ia menjadi satu perkembangan baru ke arah pembangunan politik yang lebih sihat di negara ini.

Apabila Najib berdolak dalih untuk mengelak, rakyat sudah dapat membaca bahawa Najib yang selalunya gemar berseloka, tidak sanggup berdepan dengan Anwar. Kemunculan KJ dan Nazri Aziz pula dilihat sebagai langkah untuk menyelamatkan air muka boss mereka sekaligus juga membodek.

Dalam UMNO tidak pernah ada budaya debat. Yang ada adalah budaya angguk dan bodek. Bila boss buat sedikit lawak, walaupun tidak lucu satu dewan ketawa berdekah-dekah. Jika ada idea baru dari muka baru cepat-cepat dicantas. Sebarang komen dilihat sebagai kritikan. Setiap kritikan adalah ancaman. Dalam mesyuarat UMNO, bukan sahaja tidak ada perbahasan malah yang ada drama “cadang.. sokong.. dan cadangan ditutup” 15 minit mesyuarat selesai.

Pemimpin-pemimpin UMNO berfikir bahawa semakin bodoh ahli-ahli UMNO maka semakin mudah mereka dapat mengendalinya “macam kerbau…” Sebab itu media-media arus perdana tidak bekerja membangunkan fikiran sebaliknya memperbodohkan rakyat. Lagi bodoh lagi bagus. Lagi bodoh lagi senang suap. Lagi bodoh lagi senang kelentong.

Rancangan 100 hari yang dicadangkan Anwar kali ini benar-benar suatu yang menakjubkan. Belum pernah tercetus sebelum ini yang memberi tumpuan secara objektif terhadap kepentingan rakyat. Ia akan menjadi lebih anjal jika rakyat dapat memahaminya dengan jelas. Rancangan ini juga anjal terhadap menjana pertumbuhan ekonomi negara, pendapatan benar isirumah dan sokongan terhadap penurunan kos pihak swasta.

Rancangan ini akan menamatkan ISA. Sebuah akta yang merembat pemimpin-pemimpin progresif negara berwibawa sebelum ini. Akta warisan penjajah yang berasal dari Undang-Undang Darurat 1948 yang digunakan oleh rejim kolonial Inggeris melumpuhkan gerakan progresif di Malaya suatu ketika dulu. Selepas itu ISA menjadi alat UMNO pula bagi musuh-musuh politiknya atas alasan palsu “keselamatan negara”. Sepatutnya pemimpin UMNO perlu melihat lebih jauh kerana sekiranya kuasa bertukar tangan dan tumpas, sekurang-kurangnya ISA tidak akan membidas !

Rancangan pengambilan Asset Lebuh Raya oleh Khazanah dan KWSP yang dicadangkan dalam Rancangan 100 hari itu juga suatu yang dinanti-nantikan rakyat. Ia akan mengurangkan beban kos begitu besar yang ditanggung oleh isirumah/swasta selama ini.

Harga barang dan perkhidmatan juga akan menggelungsur turun kerana selama ini kos angkutan ini telah dipindahkan kepada pengguna dalam bentuk harga di pasar yang ditentukan pengeluar. Kos ini juga sebenarnya suatu hambatan kepada pertumbuhan KDNK kerana ia mengekang luncuran aktiviti ekonomi. Penurunan kos juga akan memberi Malaysia lebih daya saing secara berbanding kerana harga domestik produk yang lebih rendah di samping nilai buruh yang lebih baik.

Mengurangkan atau membebaskan kos ini dari ditanggung oleh rakyat akan menyebabkan ekonomi mampu bertumbuh lebih pantas dan rakyat akan menikmati kos sara hidup yang lebih rendah. Secara tidak langsung pendapatan benar isirumah bertambah baik.

Pemimpin-pemimpin UMNO dan BN tidak pernah merasa kesengsaraan yang dialami oleh rakyat termasuk kakitangan kerajaan bergaji tetap. Keperitan hidup yang berpunca oleh kos sara hidup yang tinggi mengheret mereka kepada gejala rasuah! Kerana tekanan hidup mereka tidak peduli halal dan haram rezeki yang mereka bawa balik untuk keluarga.

Tidak ada lagi Jabatan Kerajaan yang tidak rasuah termasuk Jabatan Agama Islam. Tidak usah kita menuding jari kepada anggota polis yang menahan motorsikal dan kereta di lorong-lorong sunyi atau mengganggu pekerja-pekerja asing untuk pau gaji mereka. Dalam UMNO, rasuah telah jadi air minum. UMNO hanya perangi rasuah dengan papan-papan tanda bagi mengelirukan rakyat. Papan tanda ini sendiri satu projek rasuah yang lumaian tendernya.

Pendedahan Ketua Audit Negara bahawa jumlah nilai rasuah atau tirisan yang berlaku dari wang perbendaharaan negara di Malaysia adalah sebanyak RM28,000,000,000 (dua puluh lapan billion setahun) menunjukkan ia satu ancaman yang besar terhadap rakyat.

Memerangi rasuah secara habis-habisan dalam Rancangan 100 hari itu paling tidak ia dapat mengurangkan kesan tirisan ini yang bukan sahaja ditanggung oleh rakyat secara langsung malah sebenarnya telah memberi kesan berganda kepada rakyat yang perlu membayar harga yang lebih tinggi bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang mereka gunakan. Harga yang tinggi itu termasuk kos rasuah yang terlibat dalam transaksi yang melibatkan orang yang berkuasa dengan pihak kedua yang mungkin terdiri daripada pengusaha-pengusaha swasta.

Rancangan 100 hari itu juga sebenarnya suatu yang sangat hebat, dicetuskan oleh orang-orang yang benar-benar pakar melihat reformasi bukan sahaja pada soal pemimpin tetapi juga pada sistem dan nilai.

Begitu juga dengan rancangan mengembalikan penghormatan rakyat terhadap guru. Ia boleh dilihat sebagai satu langkah awal ke arah itu. Guru adalah agen pembinaan insan paling mulia. Jika langkah awal ini berjaya, guru-guru tidak lagi perlu menjual buku-buku kerja di sekolah atau mengajar tuisyen demi untuk mencari pendapatan tambahan keluarga.

Imej guru sebenarnya telah hancur sejak tahun 1980an lagi, selepas Dr. Mahathir memperkenalkan dasar Malaysia Incorporated. Bila Malaysia sudah jadi sebuah syarikat korporat, semua orang termasuk guru juga ingin hidup mewah. Pengetua dan guru-guru mula berlegar-legar di stock market.

Jika rancangan awal ini berjaya, pengetua-pengetua sekolah juga tidak perlu ambil komisyen jualan daripada pengedar buku di sekolah. Suatu ketika dulu golongan pendidik begitu dihormati dalam masyarakat. Panggilan “cikgu” kekal hingga di saat dia sedang nazak. Hari ini guru di pandang sebelah mata… !

Najib tidak perlu berdolak dalih. Pelan 100 hari ini adalah suatu yang masuk akal. Sebagai pemimpin tertinggi ia perlu berani turun gelanggang. Tidak perlu hantar KJ atau Nazri kerana kedua-dua bocah ini sama sekali bukan lawannya.

Rakyat ingin melihat Najib menikam Anwar di gelanggang jika benar rancangan Anwar ini suatu yang karut yang boleh membawa negara muflis. Tidakkah angka hutang negara yang sudah melebihi 53 % berbanding KDNK kita itu satu indikator ke arah negara muflis ? Bukankah Dasar 19 Program Penjualan Bon baru juga telah meningkatkan hutang tambahan negara bernilai RM58.1 bilion.” Juga akan membebankan rakyat ?

Rakyat sebenarnya sedang memerhati segala tindakan yang dilakukan oleh kerajaan termasuk segala operasi saman di jalan-jalan raya. Lebuh raya telah menjadi lukah menjana hasil dan bukan demi keselamatan rakyat. Jika untuk keselamatan banyak lagi cara yang boleh dilakukan termasuk mengenakan sistem “demerit mata” seperti yang dilakukan oleh banyak negara-negara di dunia. Semakan semula cukai pendapatan secara berulang kali terhadap isirumah dan mengenakan cukai dan taksiran tambahan juga sebenarnya disedari terutama bagi orang-orang yang tinggal di bandar.

Pemimpin-pemimpin BN tidak tahu bagaimana peritnya rakyat bekerja untuk mencari wang. Segala pendapatan mereka dihisap dengan begitu rakus oleh pihak kerajaan dalam bentuk cukai, lesen, saman, bil-bil, denda dan sebagainya.

Kepada kedua-dua bocah iaitu Nazri dan KJ kami ingin berpesan supaya jauh dari gelanggang ini. Jangan kacau daun. Rakyat ingin menyaksikan pertikaman antara Anwar dan Najib. Rancangan 100 hari oleh Anwar sebenarnya membawa cahaya baru untuk rakyat Malaysia terutama rakyat yang miskin. 53 tahun merdeka dalam sebuah negara yang kaya, namun rakyatnya tetap susah dan sengsara.


Sunday, January 9, 2011

UMNO ni apa?

SEJARAH PENDERHAKAAN UMNO TERHADAP RAJA & SULTAN MELAYU : OLEH NASIR

Assalamu...alaikum kepada semua pembaca terutamanya dari kalangan penyokong Umno.Berikut saya sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu. Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat.akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua. Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya. Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini.Saya susun mengikut negeri-negeri.

Kelantan : Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan. Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan. Dato'Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru.Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan. Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku. Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri. Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam.Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu. Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato'Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku "Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah"sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.

Negeri Sembilan : Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau.Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.

Selangor : Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan "kisah" beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah). Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab "Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam"Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu. Pahang : Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir. Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu.Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.

Perak : Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya. Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.

Johor : Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir. Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan. Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam? Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.

Terengganu : Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.

Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan. Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.

Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu. Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu. Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.

Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya. Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.

Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno. Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu.Jahat bukan? Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.

Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…? Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu. Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.Renung-renungkanlah semua.


Read more: http://wartawansukarela.blogspot.com/2010/09/sejarah-penderhakaan-umno-terhadap-raja.html#ixzz1AWsJQybY

Saturday, January 8, 2011

TERKINI: Migrant Care Sahkan Laporan Robengah Diperkosa..Siapa yang Menipu?




Oleh: Pria Malaya



1. Hari ini terdapat dua laporan yang bercanggah antara satu sama lain mengenai isu 'menteri rogol amah'..di satu pihak, pengerusi Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Jumhur Hidayat menafikan isu ini, bahkan menurutnya, Robengah telah menafikannya dan isu ini sebenarnya langsung tak wujud..boleh baca di dlm laporan "DetikNews" di SINI..



2. Di satu pihak yang lain, Migrant Care dalam satu kenyataan medianya hari ini, mempertahankan laporannya yang terdahulu berkaitan dokumen Robengah diperkosa, malah menurut Direktur Eksekutif Migrant Care, Anis Hidayah Jumat, mereka tidak sesekali gentar dengan ugutan pemerintah Malaysia..boleh baca dalam laporan "Tempo Interaktif" di SINI..



3. Menurut kementerian Luar Negeri Indonesia pula, kerajaan Indonesia tidak boleh mengambil tindakan lanjut kerana mangsa dikatakan tidak membuat laporan rasmi sama ada kepada polis atau lain2 badan bebas..namun ini bukan bermakna isu ini akan ditutup terus..katanya jika ada maklumat terkini atau tuntutan dari tenaga kerja Indonesia, maka kerajaan Indonesia akan bertindak..baca seterusnya dalam laporan "Tempo Interaktif" di SINI..

3. Mohd Sayuti Omar (MSO) ketika mengulas isu ini pula mendakwa:

"Penafian amah itu tidak akan menamatkan isu menteri berkenaan. Dalam kepala orang kampung, budak sekolah, guru Tadika, tukang gunting, pemandu teksi, penjaga lif, budak pejabat semua bertanya... betulkah? Benarkah? Takkan le? Semua pertanyaan berbentuk tanda seruan itu sudah cukup untuk menteri berkenaan berundur perlahan-lahan.

Tidak susah untuk beliau berundur kerana tuduhan itu (kalau ia benar). Menteri itu seorang ahli bahasa, dia boleh putar dan menghalalkan tindakan itu. Dia boleh tenggelamkan dalam bahasa berbunga-bunganya."
Boleh rujuk artikel penuh beliau di SINI..

4. Membaca penulisan MSO diatas membuatkan penulis teringat kisah seorang bekas Menteri Umno/BN yang dituduh meraba punggung seorang pelayan hotel sekitar tahun 2008 disebuah hotel di ibu negara..rentetan perlakuan tersebut, wanita berkenaan yang ditemani teman lelakinya membuat laporan polis empat hari selepas kejadian..

5. Namun kalian tahu apa keputusan dari kes ini??..ya, wanita tadi tiba2 menarik semula laporan polis terhadap menteri Umno itu, dan kes ini 'ditutup' begitu sahaja...boleh lihat versi video di SINI dan diSINI...so, apa kaitannya kes 'menteri raba punggung' ini dgn kes 'menteri rogol amah' di sini??...korang fikirlah sendiri..

6. Untuk yg terakhirnya, seruan penulis pd blogger Umno, daripada kamu meroyan dan melalut jauh, ada baiknya kalian menasihati baik2 supaya Rais Yatim menyaman Migrant Care andai laporannya tidak benar..ingat, isu ini bakal meledak dlm situasi yg tidak dijangka2, bahkan kesannya bukan shj tercalit pd parti Umno, malah pada negara Malaysia..

Akhir kalam..berani kerana benar..fikir2kan..wallahua'lam..

p/s: Pada blogger Umno terbabit, penulis masih menunggu jawapan kalian dalam isu ini di SINI..mohon disampaikan pada blogger2 yg berkenaan...


Migran CARE akui laporan kes rogol amah

NGO buruh Indonesia, Migrant CARE dalam satu sidang media di Jakarta hari ini mengakui telah membuat siasatan berhubung dakwaan seorang menteri Malaysia yang telah merogol pembantu rumahnya seorang wanita warga Indonesia.

Dalam kenyataan bersama yang dibuat oleh Pengarah Eksekutif, Anis Hidayah dan Penganalisis Polisi, Wahyu Susilo, mereka juga mengesahkan dokumen rahsia bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI)' yang didedahkan beberapa blog politik adalah laporan hasil siasatan mereka.

"Migrant CARE pada pertengahan bulan Juli 2007 silam, memang telah melakukan investigasi mengenai kasus dugaan perkosaan yang dialami oleh RB dengan pelaku majikannya selama menjadi PRT migran di Malaysia. Dan majikannya adalah seorang menteri.

"Namun pihak korban tidak mau kasus tersebut diungkap ke publik dan tidak menuntut secara hukum. Dan Migrant CARE kemudian menyerahkan hasil investigasi tersebut kepada pihak pemerintah yakni, Mabes Polri dan KBRI Kuala Lampur," kata mereka seperti kenyataan media yang diterima Harakahdaily.

Menurut mereka lagi, sehingga ianya didedahkan oleh Wikileaks pada akhir Desember 2010, Migran Care tidak pernah menghebahkan kes tersebut kepada mana-mana pihak ekoran permintaan magsa, Rubingah.

Bagaimanapun kata mereka, dengan terungkapnya kes tersebut mereka berharap agar pemerintah Indonesia mampu berbuat sesuatu untuk keadilan mangsa.

"Kasus ini juga memberikan pelajaran kepada pemerintah Indonesia dan Malaysia untuk segera menuntaskan revisi MoU antara Indonesia-Malaysia tentang perlindungan PRT migran.

"Diharapkan revisi MoU tersebut akan menjadi inastrumen hukum yang melindungi sekaligus meminimalisir kerentanan-kerentanan PRT migran Indonesia terhadap berbagai bentuk pelanggaran HAM, seperti kekerasan fisik, kekerasan seksual dan perkosaan," kata kenyataan media mereka.

Versi akhbar Indonesia..
[tempointeraktif.com]

Migrant Care Tidak Takut Digugat Pemerintah Malaysia

TEMPO Interaktif, Jakarta - Pada 26 Desember 2010 lalu, Wikileaks membuka sejumlah dokumen rahasia ke publik. Satu dokumen di antaranya mengenai kasus pemerkosaan pekerja wanita asal Indonesia, berinisial RB, di Malaysia pada 2007 silam. Menurut dokumen itu, RB diperkosa oleh majikannya yang juga seorang menteri di Malaysia.


Satu sumber yang disebut-sebut Wikileaks adalah Migrant Care. Meski perhimpunan buruh itu membantah telah membocorkan dokumen ke Wikileaks, namun mereka menyatakan tidak takut bila pemerintah Malaysia melayangkan gugatan.


"Kalau ada gugatan kami tidak punya kepentingan tidak berani. Tidak ada masalah apa pun," kata Direktur Eksekutif Migrant Care Anis Hidayah, Jumat (7/1).

Alasan Anis tidak merasa takut karena proses investigasi dilakukan berdasar laporan keluarga korban, penyelidikan dilakukan ke korban secara mendalam, dan Migrant Care tidak pernah membocorkan hasil investigasi itu. "Lagi pula yang kami ungkap dugaan kasus pidana yang kerap dialami TKI di Malaysia."

Dia juga mengaku bila Migrant Care tidak memiliki kepentingan dengan pemerintah Malaysia atau majikan RB yang merupakan menteri itu. "Yang kami lakukan adalah pekerjaan sebagai pemerhati buruh," ujarnya.

Baca juga terjemahan laporan Free Malaysia Today tentang isu ini dibawah..

Jakarta Sudah Tahu Kes Robengah Sejak 2007 Lagi!!

PETALING JAYA: Kerajaan Indonesia sudah mengetahui kes Menteri Penerangan, Kominukasi dan Kebudayaan Malaysia, Rais Yatim yang didakwa merogol seorang pembantu rumah Indonesia, Robengah sejak tahun 2007.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi satu isu besar apabila Robengah sendiri tidak mahu menekan tuduhan undang-undang terhadap Rais atas alasan takut dan malu.

Pengarah Migrant Care Malaysia, Alex Ong memberitahu FMT (Free Malaysia Today) bahawa jabatan Migrant Care Indonesia yang telah merangka draf laporan berdasarkan temuramah dengan Robengah dan penyiasatan selanjutnya.

Laporan asal dari Free Malaysia Today di bawah.

PETALING JAYA: The Indonesian government has known about Information, Communications and Culture Minister Rais Yatim’s alleged rape of an Indonesian maid, Robengah, since 2007.

However, it did not make an issue out of it as Robengah did not want to press charges against Rais out of fear and shame.

Migrant Care Malaysian country director Alex Ong told FMT that its Indonesian department had drafted a report based on an interview with Robengah and subsequent investigations.

Ong said that Migrant Care in Indonesia had sent officers to interview Robengah in 2007, after she was sent back from Malaysia.

“We confirm that the document is original and from us. After Migrant Care did the report, we came out with a statement and sent it to the Indonesian embassy in KL, and to Mabes Polri (Indonesian police headquarters),” Ong said.
The report was also allegedly released through Internet whistleblower WikiLeaks, and was recently highlighted by Ahiruddin Attan (better known as the blogger Rocky Bru).

Migrant Care, however, maintained that it did not release the report.
“The leak was not from us. If we wanted to do it, we would have done it in 2007. Not in 2010. Migrant Care did not reveal this case in accordance with the victim’s request,” Ong said.

“With the unfolding of the case, Migrant Care hopes that the Indonesian government will resolve this case in the interest of justice,” he said.
Migrant Care also told FMT that a press conference over Robengah’s report was held this afternoon in central Jakarta. Hence, the issue has been widely discussed in the Indonesian media.

According to online news portal Detik, the Indonesian Ministry of Foreign Affairs had known about Robengah’s case since 2007.

“I have read reports on this issue. But based on our information in 2007, when we raised the matter, the victim chose not to follow it up with the police,” Foreign Minister Marty Natalegawa was quoted as saying in Detik’s website.

Indonesian newspaper KOMPAS quoted Migrant Care Policy analyst Wahyu Susilo as saying that the government could not do anything over Robengah’s report.

“They were unable to do anything at the time because our report could only protect the victim, and at the same time, there was no Witness Protection Agency,” he said.

Isu Rais Yatim : Jawapan AMK kepada PM Najib Razak

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan terbaru Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang mempertikaikan dakwaan ke atas Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Antara lain Najib mempertikaikan kenapa dakwaan yang berlaku pada tahun 2007 dibangkitkan pada tahun 2011. Suka diingatkan, isunya bukanlah masa, sebaliknya isu yang timbul ialah salahlaku jenayah seksual yang didakwa telah berlaku dan tentunya secara tidak langsung boleh menyebabkan kekeruhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.

Isu ini pernah dikemukakan oleh MigrantCare, NGO yang bertanggungjawab mengenai isu kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia pada tahun 2007, tetapi tidak ada sebarang tindakan oleh kerajaan pada ketika itu.

Tindakan Najib mengatakan bahawa ‘Rais tidak boleh dihakimi sehinggalah siasatan dijalankan’ juga adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab !

Terbukti wujud dua set undang-undang yang berbeza untuk ahli Umno dan musuh Umno. Di saat Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang media, dinafikan hak bersuara, dikecam peribadinya di sebalik perbicaraan mahkamah yang lompong dan belum dibuktikan bersalah, tindakan Najib ini jelas bersifat dangkal.

Sekiranya benar sebagaimana kata Najib bahawa dakwaan ke atas Rais ini perlu disiasat, maka wujud kewajaran mendesak agar Rais digantung tugas atau direhatkan sementara daripada menjalankan tugas selaku ahli kabinet untuk mengelakkan sebarang ‘conflict of interest’.

Malaysia tidak harus lupa dengan insiden penarikan diri Rais selaku calon Setiausaha Agung Komanwel pada tahun 2007 dahulu,kira-kira 5 bulan selepas dakwaan merogol amah beliau tercetus. Apakah ada rahsia di sebaliknya? AMK mendesak agar Najib selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu menjawab persoalan ini pada kadar segera.

Isu di bawah ada kaitan

.

Friday, January 7, 2011

Mau Tipu Lagi......Memang Dia Bisu Selepas Ni Hendaknya....Amin!!!!!


Malaysiakini

Pejabat MB: Ramli 'membisu' hingga majlis bersara


Pejabat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa, sehingga majlis persaraan Datuk Ramli Mahmud pada 16 Disember lalu, bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan penggantinya.

Pejabat Khalid juga mendawa pada hari yang sama, dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di seelah pagi pada hari yang sama, Ramli turut 'membisu' mengenai perkara itu.

Kenyataan itu dikeluarkan lewat petang ini, dipercayai sebagai respons terhadap kenyataan Ramli dalam Malaysiakini awal petang ini yang menafikan beliau menyerahkan cadangan penggantinyakepada Sultan Selangor tanpa memaklumkan kepada Khalid.

Berikut kronologi pelantikan SUK menurut versi pejabat menteri besar yang merakamkan perkara itu:

26 Oktober 2010PSM memberi Nota Amalan kepada Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa: 

i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.
ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang
sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.

8 November 2010Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.

22 November 2010.Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .

1 Disember 2010Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.

2 Disember 2010Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

3 Disember 2010Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato' Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian

8 Disember 2010Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

9 Disember 2010Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

15 Disember 2010Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.

16 Disember 20102pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.
9pm: Majlis Persaraan untuk Dato' Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato' Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau

17 Disember 2010Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato' Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.

20 Disember 2010Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato' Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar.

21 Disember 2010Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Haji Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato' Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato' Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato' Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.

24 Disember 2010Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

27 Disember 2010Dato' Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

3 Januari 2011Dato' Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato' Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.

4 Januari 2011Pejabat Dato' Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.

6 Januari 2011Dato' Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato' Mohamad Khusrin.


(Ulasan: Sekiranya di Takdirkan PR memerintah negara ini suatu hari nanti...........mula-mula pecat semua Dato'-Dato' dan Pegawai serupa ini dan jangan bagi muka. Mereka cuba khianat pemerintah pilahan rakyat.....doa kami yang dizalimi hanya satu "Wahai Allah, hanya satu pinta kami, kau benamkan lah mereka-mereka ini ke dalam bumi mu ini sebagaimana yang telah kamu lakukan keatas kaum Nabi Luth a.s. Amin ya rabulalamin")

Umno terjerat: Pindaan Perlembagaan 1994, dedah tembelang kemelut di Selangor

Biaqpila

Ketika Umno anti Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu, dan mahu kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja dikurangkan, presidennya, Tun Mahathir Mohamad telah  melakukan pindaan terhadap Perlembagaan dan kini tindakan memerangkap Umno sendiri. 


Menegaskan perkara ini, pakar Perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, Umno terlupa bahawa Perlembagaan telah dipinda oleh pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila melalui pindaan itu mempertimbangkan "nasihat" hendaklah difaham sebagai "menerima nasihat".


Beliau berkata, Umno sebenarnya sudah lupa perlembagaan telah mereka pinda dan usaha untuk mensabotaj Kerajaan Selangor akan gagal kerana jalannya sudah ditutup oleh mereka sendiri dahulu. 

Kata Aziz, isu penting dalam kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor ialah cara perlantikan dan ini perlu ditangani dengan cara yang telah ditetapkan. 

Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jelas memperuntukkan bahawa Sultan diberi tanggung jawab melantik ahli ex-officio Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) termasuk Setiausaha Kerajaan, tegasnya. 

Bagaimana pun, kata beliau, baginda Sultan diminta mempertimbangkan syor Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan sebelum itu mempertimbangkan nasihat Menteri Besar. 

Jelas Aziz, nasihat itu mesti dipatuhi oleh sultan.

Aziz berkata Kerajaan Selangor boleh membawa isu ini ke mahkamah untuk mendapat penjelasan, dan bila ditanya tentang kebebasan mahkamah beliau menegaskan itu soal lain. 

"Apa yang penting ialah kita ada masalah; yakni pertikaian tentang siapa yang benar dan ini perlu diselesaikan melalui tafsiran undang-undang oleh mahkamah. 

"Memang selama ini mahkamah sentiasa mengikut telunjuk Umno. Jadi kita nak tengok kali ini apa mahkamah nak buat. Ke mana hakim nak pergi", jelasnya. 

Pensyarah kanan UIAM itu berkata, apa pun keputusan mahkamah Umno tetap dalam dilema dan malu. 

Sekiranya mahkamah hendak menyebelahi Umno dalam isu SUK Selangor ini ia terpaksa mengisytiharkan bahawa Pindaan 1994 yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu tidak sah, dan ini mempunyai kesan yang mendalam selain memalukan Umno sendiri khususnya Mahathir yang sekarang memainkan peranan penting dalam politik Umno, tegasnya.

Dengan kata lain untuk mempertahankan kedudukannya di Selangor, ujar Aziz,  Umno perlu mengorbankan ego dan maruah Mahathir.
Ditanya mengenai upacara angkat sumpah SUK di depan Sultan Selangor beliau berkata ia tidak dikehendaki oleh Perlembagaan kerana ia menetapkan bahawa upacara itu perlu dibuat di depan Menteri Besar. 

"Walau apa pun angkat sumpah soal kedua, ia tidak berguna sekiranya pelantikannya sudah tidak sah. Yang penting pelantikan itu mesti dibuat dengan betul; yakni mengikut ketetapan Perlembagaan," tegas beliau.

Dalam soal ini Kerajaan Persekutuan, melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, telah melanggar Perlembagaan kerana mereka tidak ada peranan dan kuasa langsung dalam soal perlantikan SUK di Selangor dan negeri-negeri lain. 

Kalau ada pun hanyalah bersifat pentadbiran dan ini perlu dibuat di dalam kerangka undang-undang yang begitu jelas sebagai mana yang dinyatakan tadi, ujarnya lagi.

Aziz juga mempersoalkan mengapa pelantikan SUK itu dibuat dengan tergesa-gesa. 

"SUK tidak penting sangat. Lagipun penyandang yang ada boleh berkhidmat sehingga bulan Mac 2011. Mengapa dengan tiba-tiba beliau berhenti? 

"Kalau itu tidak dapat dielakkan sekalipun, bukankah ada dua orang Timbalan SUK yang boleh memangku dan menjalankan kerja-kerja SUK?" soal beliau sambil menegaskan perlantikan itu boleh ditangguh dan tidak perlu dibuat dengan pantas. 

Beliau menambah, perlembagaan negeri tidak menetapkan tempoh tertentu dan adalah tidak betul apabila Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Munir Bani menyalahkan kerajaan negeri yang didakwanya lambat menghantar calon untuk SUK.

Aziz mengimbau perletakan jawatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 1997 selepas ditahan di Australia. 

"Menteri Besar amat penting kerana beliau adalah tonggak kerajaan. Dalam kes Muhammad itu, Selangor ketika itu sebenarnya tidak ada kerajaan kerana apabila Menteri Besar meletakkan jawatan, semua Exco secara automatik juga meletakkan jawatan bersamanya. 

Bagaimanapun Almarhum Sultan ketika itu menyerahkan kepada Mahathir untuk memberi calon baru dan ini mengambil masa beberapa bulan, ujar beliau. 

Aziz mempersoalkan sekiranya Selangor boleh bergerak tanpa kerajaan selama beberapa bulan apalah sangat dengan SUK; apatah lagi apabila jawatan itu boleh dipangku oleh pegawai lain. 


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/01/umno-terjerat-pindaan-perlembagaan-1994.html#ixzz1ALuwg6yD

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration