"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Tuesday, July 13, 2010

Amaran Bapak Katak Raksasa

Katak Raksasa kata jika mahu menang pilihan raya, jangan bermusuh dengan katak, kalau bermusuh juga tentu kalah dalam pilihan raya.

Saya setuju sangat dengan kata-kata Katak Raksasa ni sebab sekarang ni dah banyak katak. Ada katak lekap. Ada katak lompat. Ada katak kemut. Tidak lama lagi katak-katak ni akan disalai untuk hidang para cukong.


KUALA LUMPUR, 27 Mac — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada parti-parti politik negara ini khususnya Umno agar tidak “bermusuh” dengan pertubuhan bukan kerajaan itu, yang berusia dua tahun, jika mahukan sokongan dalam pilihan raya umum.

Pada masa yang sama Ibrahim (gambar) yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mahu Umno kembali kepada landasan perjuangan asal jika mahu kekal berkuasa.

“Orang berkata Perkasa hendak bersaing dengan Umno. Kita bukan bersaing dengan mana-mana parti, kita bukan bertanding dalam pilihan raya.

“Tetapi jangan bermusuh (dengan Perkasa) jika mahu menang pilihan raya, kalau bermusuh mereka akan rugi.

“Kami mahu parti-parti politik ambil tindakan proaktif,” kata beliau dalam ucapan pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Perkasa di sini hari ini.

Ia dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - malaysiainsider

Kerajaan Rakyat

Respon Anwar Ibrahim dari Mekkah

Dari Malaysiandigest.com


Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa'i mashkur dan amalan solehah.

Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya. Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA. Khabar ini langsung tidak mengejutkan. Apatah lagi walau Umno-Bn punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.

Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian. Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA. Pimpinan Umno pula bersahuti-sahutan menyokong. Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian.
Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan Umno yang diketuai Dato' Sri Najib Razak. CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya. Kemunculan saya untuk ruang 'Connect The World' merupakan keputusan penerbit program tersebut.

Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi Umno yang berusaha memfitnah saya. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.

ANWAR IBRAHIM
Sent via BlackBerry from Maxis

Wacana Perdana - Bolehkah Melayu Bersatu part 1

Wacana Perdana - Bolehkah Melayu Bersatu part 2

Wacana Perdana - Bolehkah Melayu Bersatu part 3

Wacana Perdana - Bolehkah Melayu Bersatu part 4

Wacana Perdana - Bolehkah Melayu Bersatu part 4

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration