Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..
Friday, July 30, 2010
Skandal Pegawai Kewangan Negeri - Siri 3
Blog Skandal Selangor
Kepada sesiapa yang belum begitu mengenali Dato Arif, di sini kami paparkan sedikit pengenalan mengenai beliau sebelum kita meneruskan siri pendedahan skandal beliau selanjutnya.
Nama penuh beliau ialah Mohd Arif Abdul Rahman. Memulakan pekerjaan beliau disektor perkhidmatan awam pada tahun 1980 sebagai pegawai tadbir diplomatik. Kemudian ditugaskan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Penolong Pengarah di Unit Penyelarasan Perlaksanaan. Setelah 10 tahun berkhidmat di JPM, beliau ditempatkan di Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor sebagai Ketua Penolong Setiausaha di unit penswastaan dan setinggan.
Dato Arif kemudiannya menjadi Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Kewangan salama 7tahun sebelum kembali dipindahkan ke negeri Selangor sebagai Ketua Penolong Pengarah yang menjaga bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Latihan dan Biasiswa.
Pada 2003 beliau menggantikan tempat Dato Abdul Karim Munisar sebagai YDP Majlis Perbandaran Sepang(MPSP). Setelah dua tahun di MPSP beliau kemudiannya dipindahkan ke Majlis Perbandaran Subang Jaya menggantikan tempat Datuk Abdul Hakim Borhan sebagai Yang DiPertua.
Sekarang jawatan yang sedang dinikmati oleh beliau adalah PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR (PWN). Dan khabarnya sekarang ini, beliau sedang berusaha keras dan melobi sakan untuk mendapatkan jawatan SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR yang akan dikosongkan oleh Dato Ramli Mahmud yang akan bersara pada bila-bila masa.
Seterusnya kita melihat sedikit mengenai perwatakan dan personaliti beliau.
Mukanya agak manis berkulit gelap bermisai tebal laksana hero filem tamil. Sangat suka senyum terutamanya kepada kaum hawa. Suka berjenaka tetapi agak sensitif. Sangat suka menyanyi dan berkaraoke. Tapi tidak suka berceramah atau berpidato kerana beliau adalah seorang yang gagap.
Mempunyai citarasa yang sangat tinggi. Sangat suka membazir terutamanya untuk membeli barang-barang berjenama.(Rahsia bagaimana pegawai tinggi kerajaan seperti beliau boleh mendapat duit yang begitu banyak setiap bulan akan kita dedahkan selepas ini).
Tersangat suka main golf hingga boleh di katakan padang golf adalah rumah bini no. 2 beliau. Sangat pandai bermuka-muka. Tetapi sayangnya tidak berapa suka solat dan amat jarang pergi ke masjid.
Dato Arif juga adalah seorang ahli UMNO yang begitu rapat dengan mantan MB Selangor Dato Seri Khir Toyo sehingga sekarang. Beliau begitu kecewa apabila UMNO/BN kalah di Selangor. Beliaulah yang begitu setia menemani Khir Toyo di pejabat UMNO pada malam keputusan pilihanraya diumumkan (8 Mac, 2008) sehinggalah ke awal pagi.
Jadi, melihat kepada sejarah beliau dan kuasa yang beliau ada di negeri Selangor di campur dengan perwatakan dan persenolati yang disebutkan tadi, bayangkanlah apa yang beliau boleh dan berupaya untuk lakukan di negeri ini.
Kami akan dedahkan lagi apa yang Dato Arif telah lakukan supaya rakyat Selangor dan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor sedar siapa sebenarnya Dato Arif supaya kita tidak berterusan membela biawak hidup yang boleh menggugat imej kerajaan negeri Selangor.

CIJ Desak KDN Luluskan Permit Penerbitan Suara Keadilan, The Rocket Segera
Dari Suara Keadilan
Oleh Sidiqin Omar
SHAH ALAM 30 Julai - Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mendesak Kementerian Dalam Negeri supaya segera memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan dan The Rocket sambil membidas sikap tidak bertanggungjawab kementerian itu melengah-lengahkan kelulusan permit Harakah.
"Masyarakat mempunyai hak untuk mengetahui tentang pendirian dan pendapat daripda semua parti politik, selain isu-isu semasa. Menolak hak parti pembangkang peringkat persekutuan untuk menerbit dan mengedarkan akhbar mereka sendiri tidak menunjukkan citra Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang moden," kata pegawai publisiti CIJ, Chuah Siew Eng.
CIJ menganggap sebuah masyarakat yang demokratik, adil dan bebas berhak mempunyai akses kepada media yang bebas untuk mengungkap, mencari, dan menyampaikan maklumat.
Siew Eng turut membidas langkah KDN berhubung kekangan terhadap media dengan menyalahgunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"KDN menjadikan alasan mengenai pelanggaran syarat jualan kepada 'ahli parti sahaja' sebagai sebab kelewatan kelulusan permit. Sekatan ini menunjukkan pembangkang berada dalam 'padang permainan yang tidak rata' dalam konteks semasa.
"Dalam masa yang sama, media utama negara ini dipunyai oleh syarikat yang milikannya di kawal oleh mereka yang rapat dengan parti pemerintah, iaitu Barisan Nasional," tambah beliau dalam satu kenyataan media Rabu lalu.
Badan itu beranggapan penangguhan kelulusan permit oleh KDN itu bermotif politik, apabila dalam pada masa yang sama membenarkan pula cetakan dan edaran sebuah penerbitan milik NGO Melayu yang ekstrim, iaitu Suara Perkasa, tanpa sebarang dakwaan.
Kelulusan akhbar daripada sebuah rejim pentadbiran yang bermotifkan politik tidak akan mendapat tempat dalam sistem demokrasi kata CIJ.
"Setiap warganegara, organisasi dan parti politik adalah bebas untuk menyatakan pandangan mereka dalam media apa pun.
"Kami mendesak KDN untuk membenarkan Suara Keadilan dan The Rocket untuk meneruskan penerbitan mereka.
Halangan ini akan menyebabkan Malaysia boleh dikaitkan dengan pencabulan hak asasi dan kebebasan berekspresi," kata Siew Eng lagi.
CIJ mengulangi gesaannya agar Parlimen melakukan reformasi undang-undang, seperti mana dalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikongsi bersama wartawan, ketika mula-mula menjawat jawatan tersebut pada tahun 2009 bahawa beliau mempunyai visi agar media menjadi bebas.
"Jika kita benar-benar ingin membina sistem demokrasi yang responsif terhadap keperluan ramai, kita memerlukan media - baik yang lama atau pun yang baru - yang bertanggungjawab untuk melaporkan apa yang mereka lihat tanpa rasa takut, supaya menjadikan kerajaan dan kakitangan awam akan lebih bertanggungjawab atas tindakan mereka, sama ada ianya dicapai atau pun tidak," tegas CIJ.
Umno-BN Kerajaan Kuku Besi 1Malaysia Peralat Polis
Dari Suara Keadilan
Oleh Sidiqin Omar
SHAH ALAM 31 Julai - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional sebagai 'Kerajaan Kuku Besi 1Malaysia' apabila memperalatkan agensi kerajaan seperti polis untuk menghalang program politik yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.
"Ini memang satu strategi baru untuk halang program Pakatan Rakyat. Mereka ingin mengatakan bahawa mereka ada hak yang lebih daripada rakyat. Sedangkan Perlembagaan yang bertanggungjawab menjamin hak rakyat. Ini bercanggah dengan semangat Deklarasi Kemerdekaan yang dibacakan pada tahun 1957 itu," kata beliau kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.Chua menjelaskan Perlembagaan telah menjamin kebebasan kepada setiap warganegaranya untuk berhimpun dan berekspresi bagi membincangkan isu semasa dan dasar parti politik termasuk daripada Pakatan Rakyat
"Kita tahu negara ini adalah negara bebas, tetapi seolah-olah hak asasi telah dinafikan. Polis seperti diberi kuasa yang terlalu luas dan lebih tinggi dari Perlembagaan Persekutuan. Ini sangat memualkan. Saya nak ingatkan kepada Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri, dalam pilihan raya umum akan datang, belum pasti lagi Umno dan Barisan Nasional akan mengekalkan kuasanya," kata Chua.
Beliau memberikan contoh mengenai nasib yang menimpa Chen Shui-bian, bekas Presiden Taiwan yangdipenjara seumur hidup akibat kesalahan penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa semasa menerajui tampuk pemerintahan negara itu.
Beliau turut mengingatkan pimpinan Umno-BN supaya tidak angkuh dengan sikap mereka apabila memberikan tekanan yang melampau kepada lawan politik mereka.
"Kini hak dan kebebasan kepada rakyat Malaysia jauh lebih merosot berbanding negara-negara di Afrika Selatan dan Amerika Latin. Mereka sudah pamerkan pemerintahan 'Kuku Besi 1 Malaysia'nya," kata Chua lagi.
Semalam Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris memberi amaran jika mana-mana pertubuhan menganjurkan perhimpunan tanpa permit mereka boleh ditahan dan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.
Jika didapati bersalah mereka boleh dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM2,000 mengikut akta yang sama.
Felda Tidak Perlu Bayar Cukai
Dari Suara Keadilan
Oleh Frederick Luccas
SHAH ALAM 31 Julai - Pakar Perlembagaan, Dr Samarudin Rejab menganggap tindakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) membayar cukai sebanyak RM1.303 bilion sebagai tidak munasabah kerana Felda adalah agensi milik kerajaan dan tidak perlu membayar cukai pendapatan.
Justeru itu beliau mempersoalkan kesahihan pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada 26 Julai lalu yang tidak menjelaskan kepada rakyat kedudukan sebenar isu tersebut.
Menurut Ahmad, pembayaran cukai pendapatan oleh Felda adalah untuk tempoh empat tahun iaitu sebanyak RM314.96 juta untuk, RM205.99 juta bagi 2005, RM151.94 juta bagi 2006 dan pada tahun 2007 sebanyak RM186.55 juta.
"Takkanlah sebuah badan yang sudahpun menjadi sebahagian daripada struktur kerajaan membayar cukai kembali kepada kerajaan? Saya rasakan itu tidak munasabah langsung," kata beliau dalam satu temubual dengan Suara Keadilan.
Tambah beliau, Felda merupakan satu badan kerajaan dan bukannya syarikat swasta ataupun syarikat berhad bagi memerlukannya diiktiraf sebagai entiti membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Sehubungan itu Dr Samarudin mempertahankan artikel Suara Kesdilan bertjuk 'Felda Bankrap" yang menjadi begitu kontroversi sehingga menggamit tindakan gantirugi sebanyak RM200 juta daripada agensi tersebut.
"Yang menjadi pertikaian dan topik perbahasan ialah Felda itu sendiri, bukan anak syarikat Felda yang telahpun dikorporatkan seperti Felda Global Ventures Holdings dan sebagainya.
"Dalam kes ini syarikat berkait kerajaan seperti anak syarikat Felda yang berjumlah kira-kira 40 buah perlu membayar cukai pendapatan tetapi Felda yang merupakan satu agensi yang berada terus di bawah kerajaan tidak diperlukan untuk membayar cukai.
"Cukai tersebut mungkin daripada anak syarikat yang begitu banyak, maka tidak hairanlah jika dijumlahkan boleh mencapai jumlah mencecah ribuan juta ringgit," tegas beliau lagi.
Wednesday, July 28, 2010
Guan Eng salah - Datuk Ahmad Ibnihajar
Pelabuhan Pulau Pinang tidak pernah mencatatkan kerugian terutamanya dalam trafik kontena, kata pengarah urusan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) Datuk Ahmad Ibnihajar.
Keseluruhannya PPSB meraih keuntungan dalam tempoh sedekad ini walaupun operasi feri mengalami kerugian, katanya.
"Sejak saya mengambil alih Pelabuhan Pulau Pinang pada 1999, ia meraih keuntungan. Kami tidak pernah mengalami masalah dalam apa bentuk situasi," katanya kepada pemberita.
Beliau membalas kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa pelabuhan itu mencatatkan kejatuhan trafik kontena 24 peratus pada suku kedua tahun ini.
Ahmad berkata Guan Eng memetik angka yang salah dalam kenyataan akhbarnya pada Selasa. Kenyataan itu akan menjejaskan imej PPSB, katanya.
Beliau berkata PPSB berjaya mencapai prestasi terbaik dalam sejarah pengendalian kontena dengan mencatatkan 92,439 TEU (unit bersamaan 20 kaki) pada Ogos sahaja dan tidak pernah mengalami kerugian dalam suku kedua tahun ini seperti yang dilaporkan media semalam.
Bertentangan dengan kenyataan Guan Eng, Ahmad berkata Pelabuhan Pulau Pinang mencatatkan kenaikan 13 peratus dalam TEU daripada 199,391 kepada 225,322 pada tempoh yang sama.
"Beliau (Guan Eng) tidak mempunyai kuasa untuk bercakap bagi pihak PPSB sebelum berbincang dengan kami. Saya adalah orang yang berkuasa untuk bercakap bagi pihak Pelabuhan Pulau Pinang.
"Kami mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (PPU) kami sendiri dan kerajaan persekutuan akan menilai kami setiap tahun. Saya akan melepaskan jawatan saya sekiranya saya gagal untuk menunaikan tanggungjawab saya dengan cekap," katanya, sambil menambah pengendalian kontena dijangka mencatatkan kenaikan 12 peratus dalam suku ketiga tahun ini.
"Meskipun mengalami kerugian dalam operasi feri tahun lepas, kami masih berjaya meraih RM23.13 juta dalam keseluruhan keuntungan tahun lepas.
"Jika kerajaan negeri serius untuk membantu kami, mereka harus menghubungi kami dan membuat perancangan untuk mengadakan perbincangan dan bukan sebaliknya menyiarkan publisiti buruk bagi PPSB dengan angka yang salah," katanya.
Meskipun kelembapan ekonomi global, jumlah kendalian kontena tahun ini dijangka menyamai kuantiti tahun lepas pada 929,639 TEU, katanya.
Guan Eng dalam kenyatannya pada Selasa berkata rekod Jabatan Marin menunjukkan pelabuhan-pelabuhan di negara ini mengendalikan 10 peratus lebih banyak kontena dalam suku kedua tahun ini berbanding suku pertama, mencerminkan pemulihan dalam bahagian kargo domestik dan kargo pindah kapal.
Trafik kontena di 10 pelabuhan utama meningkat kepada 3.79 juta TEU daripada 3.44 juta pada tempoh tersebut manakala kuantiti di Pelabuhan Pulau Pinang hanya 2,000 TEU, kurang berbanding Pelabuhan Johor, pada suku pertama, katanya.
Guan Eng juga meminta kerajaan persekutuan untuk memberikan lebih banyak tumpuan kepada Pelabuhan Pulau Pinang dengan menyuntik dana bagi membantu menyelamatkan pelabuhan itu dan memastikan ia terus beroperasi
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Azizan dan Saiful...sama saja....
Cuba kita imbau tatapan video di bawah ketika wartawan asing cuba menemuramah Azizan yang mengaku diliwat oleh Anwar Ibrahim. Beliau tidak berani berdepan dengan media.
Rakyat juga tidak pernah lupa semasa kes liwat Anwar dijalankan,tiba-tiba kita terima maklumat dari Alor Gajah, Melaka memberitahu bahawa saksi utama kes tuduhan liwat ke atas Anwar, Azizan Abu Bakar, ditangkap khalwat bersama pasangannya pada 15 September 1999.Azizan Abu Bakar telah ditangkap di rumahnya kerana bersekedudukan dengan seorang gadis berusia 22 tahun berasal dari Kangar oleh oleh Imam II Alor Gajah.
Kini Saiful yang juga saksi utama kes liwat ke 2 Anwar Ibrahim juga gempar dengan skandal bersama tunang dan pendakwarayanya. Baca di sini.
"..Mereka merancang..Allah juga merancang...tetapi Allah juga sebaik-baik perancang...."

Tetapi umno akan terus memfitnah Anwar termasuk raja sesumpah haram jadah senatak Ezam yang dalam siri ceramah terbaru "Selamatkan Selangor" menuduh Anwar bukan sahaja peliwat politik tetapi adalah seorang PELIWAT.
Mungkin Ezam pernah kena liwat dengan Anwar agaknya..he..he..sebab itu dia tahu Anwar memang seorang peliwat..
Anwar yang kini berusia 62 tahun, maknanya beliau seorang warga emas, jika dilihat liku-liku perjuangan yang terpaksa ditempuhi demi untuk menegakkan keadilan, ternyata beliau seorang yang cukup tabah dan sememangnya Anwar harus dinobatkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru..InsyaAllah...Takbir..

Friday, July 23, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????
Lagi disini
Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....
RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration

Wed, Nov 18, 2009