Oleh Mohd Sayuti Omar SYABAS diucapkan kepada 50 warga emas di negeri Pulau Pinang yang telah me Warga emas itu itu masing-masing diberi RM100 seorang. Ini bermakna sebanyak RM4,000 wang bantuan kemiskinan itu dikembalikan. Apakah hanya 40 orang itu saja berbuat demikian dan yang lain menerima dan memakan wang berkenaan? Apa yang dilakukan oleh warga emas itu menunjukkan pendirian umat Islam. Mereka tidak mahu bersubahat dalam apa saja yang boleh merosakkan akidah mereka. Segala amal ibadat lain akan terbatal kalau diri seseorang itu masih bergelumang dengan maksiat dan judi. Jadi langkah warga emas itu setidak-tidaknya merupakan protes bahawa perjudian harus ditentang kerana ia haram dari sisi agama Islam. Bagaimana pun tindakan itu tidak cukup setakat dilakukan warga emas berkenaan saja. Itu adalah permulaan. Kalau ia serius tindakan lanjut perlu dilakukan oleh mereka. Dalam hal ini pihak yang menguruskan pengembalian wang itu iaitu Umno. Dan bukan saja warga emas harus menolak wang judi golongan muda juga wajib berbuat demikian. Sampai masanya Umno bukan saja prihatin mengenai hal itu di Pulau Pinang saja. Sebalik ia harus diperluaskan ke negeri-negeri lain juga, termasuk Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan ataupun Sabah dan Sarawak. Perlu diingat perjudian bukan berlaku di Pulau Pinang saja tetapi di negeri lain juga wujud perjudian. Kena pastikan wang judi tidak tersalah disedekahkan kepada umat Islam. Di Pahang, Genting adalah pusat perjudian terbesar dan tertinggi di negara ini. Molek kalau MB Pahang, Adnan Yaacob turut memantau apakah wang dari Genting itu jangan sampai turun ke bawah dan diberikan kepada warga emas atau kanak-kanak di Bentong atau Pekan. Umno Pahang kena pasti dan intai apakah ada wang Genting sampai dimakan oleh orang Islam Pahang atau tidak. Begitu juga dengan institusi perjudian yang cambah di segenap bandar dan pekan negara ini. Kedai toto, lumba kuda, empat nombor ekor, pelacuran dan macam-macam lagi juga perlu dipantau. Umno kena bertindak dan berusaha agar segala institusi judi itu dihapuskan. Jangan hanya tegas dan serius di Pulau Pinang saja tetapi di negeri lain dibiarkan bermaharajalela. Umno sebagai parti yang memerintah bertanggungjawab terhadap akidah umat Islam sdeluruhnya. Dalam hal ini molek juga kalau modus operandi membenteraskan wang haram dilaksanakan oleh Umno Pulau Pinang itu diajar kepada Umno negeri-negeri lain. Umno kena ingat bukan Melayu di Pulau Pinang saja ingin masuk syurga, tetapi Melayu lain juga. Kalau perlu Umno boleh lantik Umno Pulau Pinang menjadi ketua dalam membenteraskan judi di negara ini. Adalah kesal kalau usaha Umno di Pulau Pinang itu bermotifkan politik semata-mata nak burukkan kerajaan Lim Guan Eng saja. |
Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..
Friday, October 1, 2010
Umno Pulau Pinang Lebih Islamik?.................Peeeeraaaaaaaaah
Detikdaily
Wednesday, September 8, 2010
Ada Lagi Mu nih
Gambar Terkini Raja Petra - Nizar News
Posted by Love Perak
Nampaknya Raja Petra terus menjadi misteri kepada PDRM yang bersungguh-sungguh mahu menahan beliau. Tiada siapa yang tahu di mana Raja Petra berada ketika ini. Gambar diatas nampak biasa tapi mempunyai maksud yang mendalam. cuba perhatikan betul-betul. Bajunya gambar Gandhi dan dililit oleh peluru. Raja Petra, kami semua mendoakan keselamatan anda walau di mana anda berada! Teruskan Perjuangan!

Musa Hasan Jangan Berdalih - Anwar
Posted by Love Perak
Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 8 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya pihak polis meneruskan siasatan berhubung pembabitan syarikat berkepentingan Israel dalm projek IT PDRM berdasarkan kepada bukti yang sedia ada bukan mengeluarkan kenyataan meminta beliau menyerahkan bukti untuk membantu siasatan.
"Tan Sri Musa Hassan telah meminta saya untuk memberi keterangan supaya beliau boleh memulakan siasatan. Pertama kali saya ingin menyuruh beliau merujuk kepada hansard ucapan saya yang telah dikeluarkan untuk rujukan umum kerana disitu sudah cukup bukti. Oleh kerana beliau telah menyebut maka saya ingin menyatakan kembali bukti-bukti tersebut.
"Beliau boleh merujuk surat Pengarah Logistik Polis kepada Penasihat Undang-undang Kementerian Dalam Negeri bertarikh 7 Januari 2009, surat Pengarah Logistik Polis kepada Ketua Setiausaha bertarikh 3 Disember 2008, serta laporan yang telah dibuat oleh Pengarah Jabatan logistik melalui surat kepada Ketua Pengarah Bahagian Pencegahan Rasuah (BPR) sekarang SPRM.
"Laporan itu menyebut antara kaitan Asiasoft Sdn Bhd dengan Israel, menyebut pemegang saham Asiasoft dan pengarah syarikat yang mempunyai kaitan dengan perisik Israel," jelas Anwar pada sidang media di Palrimen tengahari tadi.
Selain itu juga beliau juga menjelaskan ada laporan polis telah dibuat tentang penglibatan tersebut.
"Laporan polis Dang Wangi, no report 0337776/2008 yang telah dibuat oleh ASP Abdullah Suhaimi Daud dari Bahagian Unit Perundangan dan Pendakwaan pada 28 November 2008, telah menyebut tentang Syarikat Masterplan Consulting Sdn Bhd yang melantik sub kontraktor Asiasoft yang didaftarkan di Tel Aviv, Israel.
"Selain itu juga pada 11 Ogos 2008, mesyuarat PAC Datuk Seri Azmi Khalid ada menjelaskan dalam perolehan baru ada penglibatan Israel dan ini suatu yang menakutkan kerana Israel bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan mereka telah melaksanakan sistem keselamatan dengan tujuan ini mendapat semua maklumat seluruh dari seluruh dunia," katanya lagi.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menyambung laporan terbaru dikeluarkan oleh akhbar Suara Keadilan jelas mengatakan ada pertemuan antara APCO dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan bukti ini boleh dirujuk kepada laman sesawang KDN.
"Saya ingin menegaskan agar Musa Hassan menyambung kembali siasatan yang telah dibuat pada tahun 2008 tetapi telah terbantut yang tidak diketahui sebabnya, jadi apa tunggu lagi dengan banyak persoalan siasat sahaja jangan jadi macam Utusan Malaysia yang memutar belit berita selain menuduhkan kita mempertikaikan soal keselamatan negara," tegas Anwar.

Keluhan Musa Hassan......Ketika Dipenghujungan
Jangan Jadi Barua.... Macam Saya
Ucapan perpisahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini secara tidak langsung terus membidas camputangan Kementerian Dalam Negeri.
Musa yang dilihat tidak mahu berundur sebelum menyatakan apa yang terbuku di hatinya, mengingatkan anggota polis dan pegawainya supaya kekal setia meskipun “menerima tekanan dari pihak atasan dari dalam dan juga luar”.
“Jangan jadi 'yes men'. Jangan jadi orang suruhan. Jika polis terdiri daripada orang suruhan, seluruh pasukan akan busuk dan musnah,” katanya.
Beliau juga mengingatkan anggota polis supaya tidak berpuak-puak.
“Zaman saya tidak ada sesiapa pegawai yang tahu siapa yang rapat dengan saya. Saya tidak pernah memanggil mana-mana pegawai ke rumah saya atau keluar untuk makan minum dengan mereka.
"Ini menjadikan kerja lebih mudah, kerana tidak ada pegawai yang mengampu saya,” katanya.
Isnin lalu, Musa meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.
"Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan.
"Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 Sept ini.
Sebelum itu, Musa pada ucapannya juga memuji penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang bakal dilantik sebagai ketua polis negara yang baru, Isnin ini.
Bermandi darah
Katanya, beliau memberi kepercayaan sepenuhnya kepada timbalannya itu.
"Ismail akan bekerja dengan baik. Tetapi beliau memerlukan sokongan semua. Saya harap selepas bersara, dia akan memantapkan lagi pasukan polis dan memastikan setiap rancangan dan strategi dilaksanakan,” katanya.
"Saya sendiri banyak menerima aduan berhubung diri saya dan juga pasukan polis kerana kita dilihat tidak memberikan khidmat yang terbaik atau tidak boleh dipercayai ataupun mengamalkan rasuah. Tetapi saya harap, selepas dilantik saya berjaya memperbaiki pasukan polis.
"Dan sekarang, saya pula akan duduk sebagai pemerhati. Saya sering diperhatikan dan sekarang giliran Ismail pula.
"Jangan terbabit dengan salah-guna kuasa dan pastikan anda bermandi darah melindungi negara ini,” katanya.
Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali dan akan bersara pada 12 Sept ini selepas 41 tahun bersama pasukan polis itu.
Malaysiakini

Wednesday, September 1, 2010
Untuk Renungan Zahid Hamidi......dan Utusan
Doa Untuk Bukan Muslim: Bicara Harmoni Buat S.S Mufti Perak
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang ‘dikecohkan’ sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati S.S Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salahfaham dapat dielakkan.
Apabila seorang tokoh UMNO yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya ‘malu’) dengan fatwa S.S Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan muslim, saya jawab saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut. SMS beliau kepada saya: “apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?”. Setelah mendapat sms itu saya cuba mencari kenyataan S.S Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.
Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh S.S Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain di luar apa yang saya faham. Perkataan ‘sejahtera’ itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut;
2. Pandangan agama yang membabitkan hal bukan muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam. Kita memberitahu dunia ‘Islam adalah agama yang rahmat’, pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.
3. Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan –terutama di media-media kerajaan- “assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Walaupun Nabi s.a.w –seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik baginda, jika ada bukan muslim bersama dengan muslim baginda hanya memberikan ‘assalamualaikum’ sahaja. Perkataan ‘assalamualaikum’ itu memang bermaksud ‘kesejahteraan ke atas kamu’. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan ‘salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam’. Tidakkah ‘salam sejahtera kepada bukan beragama Islam’ itu satu doa untuk mereka. Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru ‘salam 1 Malaysia’ juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan muslim. Mengapa tidak diharamkan?. Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.
4. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.
5. Kata Abdullah bin Mas’ud:
“Aku seakan masih melihat Rasulullah s.a.w menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi a.s yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: “Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.
6. Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi s.a.w pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing. Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah tersebut: “Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar”. Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan muslim.
7. Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan muslim yang bermusuh dengan Islam. Firman Allah: (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).8. Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu muslim atau bukan muslim. Firman Allah:
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113).9. Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik. Sebab itu ‘Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama:
“Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil” (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.
10. Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredhaan sesuatu pihak semata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau pendetilan.
11. Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda. Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman? Jika seorang pemimpin muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?
12. Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan muslim menerima Islam ini. Orang cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh. Jika Nabi s.a.w pernah berdoa:
“Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau ‘Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.
Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya S.S Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya
Monday, August 23, 2010
Betul Ke RPK ni..........................
Mereka dari Istana Keadilan, mana mungkin perkara yang dihebohkan jadi macam Jom heboh. Mufti Harusani kena bagi faktwa bahawa ini berita bohong. Atau Saiful boleh tolong bersumpah lagi bahawa perkara ini adalah fitnah dan penuh dengan niat jahat yang tak berkesudahan.
Mana mungkin 1 tahil jadi 4 tahil......tolong jangan mulakan fitnah ini. Ghani Pathil ada lah Peguam Negara yang hebat di Abad ini...........tolong jangan fitnah beliau. Tiada orang sebaik beliau di Abad ini.............peeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeerah.
Andai akhirnya Guan Eng memeluk Islam..
Dari Muslimeen United

Hebatnya UMNO kini...
Perkasanya UMNO kini...
Hinggakan hal Islam dibuat main..
Terdesaknya UMNO kini...
Hinggakan khutbah dijadikan taruhan..
Hinggakan kedudukan Khatib dijadikan perjudian..
Bagi memohon perhatian yang sedikit daripada rakyat Malaysia..
Bagi menimbulkan kebencian melayu kepada cina...
Bagi menimbulkan kehairanan cina kepada melayu...
Adakah Islam ini agama Ekslusif hanya untuk melayu?
Adakah sekecil itu nilai Islam di mata UMNO?
Adakah sehina itu nilai Islam dimata panglima melayu UMNO?
Doa untuk Guan Eng?
Di dalam khutbah? Benarkah?
Ada sesiapa yang merakamnya?
Ada sesiapa yang meng'3gp' kannya?
Atau ada sesiapa yang membuat siaran langsungkannya?
Oklah.. katakanlah ianya benar-benar berlaku...
Benar-benar Tok Khatib mendoakan agar Lim Guan Eng masuk Islam..
menerima hidayah Islam..
Apa masalahnya?
Namun yakinlah..
Sekiranya benar-benar Lim Guan Eng kembali kepada Islam..
maka itu adalah checkmate yang sebenar-benarnya buat UMNO!
'Ya Allah.. dibulan yang mulia dan penuh keberkatan ini,
aku mohon padaMu Ya Allah, kau bukakanlah pintu hati Lim Guan Eng ini,
bagi menerima kebenaran Islam,
Kau kuatkanlah hatinya bagi memilih Islam sebagai agama yang sebenarnya,
Kau berikanlah Lim Guan Eng ini kekuatan jiwa bagi memperoleh hidayah dan menjadi daripada hanya pejuang keadilan menjadi juga sebagai pejuang Islam yang sebenar..
Ya Allah, kau HANCURKANLAH UMNO dan BARISAN NASIONAL!
Kau hancurkanlah UMNO yang semakin hari semakin munafik dan berani mempertaruhkan Islam untuk kepentingan politik mereka!
UMNO yang berani melanggar apa yang Rasulullah SAW perjuangkan iaitu Perjuangan Islam bukan perjuangan bangsa asabiyah seperti yang UMNO perjuangkan!
UMNO yang menganggap Islam hanya untuk keturunan melayu sahaja!
Ya Allah! KepadaMulah aku memohon.. Amin Ya Rabbal A'lamin"

Subscribe to:
Posts (Atom)
Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????
Lagi disini
Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....
RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration

Wed, Nov 18, 2009