"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Thursday, September 8, 2011

Pejuang kemerdekaan sebenar!



Yang memegang senapang itu polis melayu yg menjadi balaci British masa itu,klu macam tu macamana polis bukit kepong/rumah pasong yg dianggap wira, betul le penjajah menipu kita.

Dapatkah diterima orang-orang Melayu yang menjadi polis dan askar Melayu di zaman negara dijajah oleh Inggeris sebagai pejuang bangsa dan negara?... Mereka menjulang bendera Union Jack. Merekalah yang memberikan keamanan dan keselesaan kepada penjajah Inggeris mengaut kekayaan negara. Mereka melupakan pejuang-pejuang seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok janggut, Ahmad CD, Samsiah Fakeh dll.

Jangan dinafikan sejarah tulen bahawa Mat Indra berjuang semasa negara dijajah oleh Inggeris dan mata-mata di Rumah Pasong Bukit Kepong itu adalah kakitangan kerajaan penjajah Inggeris.


Mereka mendapatkan bekalan daripada pihak komunis bagi menghalau penjajah Inggeris. Apa salahnya?


Adakah kerajaan Malaysia yang mendapatkan bekalan pesawat pejuang dari Rusia maka kerajaan Malaysia juga adalah komunis?

Memang patut semua mereka yang makan gaji sebagai polis dan askar Melayu di zaman penjajahan Inggris diguris hati mereka kerana mereka adalah pengkhianat bangsa dan negara kerana mereka melindungi penjajah Inggeris dari dapat dihalau oleh pejuang-pejuang Melayu tulen. Mereka menjulang bendera Unioon Jack.

Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.

Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh.

Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Penasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih.

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari.

Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.

Monday, September 5, 2011

RABUN TANDA UMNO SUDAH UZUR

Musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politikyang meningkat…..” Prof. Shamsul Amri Baharudin.

Ini bukan nasihat dari seorang profesor kangkong. Ini nasihat dari seorang yang betul-betul profesor yang cuba menyedarkan pemimpin-peminpin UMNO supaya mereka dapat melihat siapa musuh mereka sebenar. Mereka juga perlu sedar dan faham bahawa kita sedang berada di abad 21 dan bukan lagi era tahun 60an abad 20 di mana rakyat mendapat maklumat hanya dari corong Radio Malaya dan berlibur dengan menonton wayang pacak di padang yang menceritakan tentang bahaya cacing kerawit kemudian diselit pula dengan propaganda-propaganda….!
Ini zaman IT - Pasca Angkasa Lepas (makna ditekan) di mana berita dan peristiwa dapat dipancar sekelip matamenerusi satelit ke seluruh dunia. Zaman Generasi You Tube, Twitter – Face book; anak semua bangsa berkenal dan berinteraksi dengan pantas menerusi sistem saraf rangkaian maklumat digital – generasi perubahan yang sedar bahawa mereka bertanggung jawab untuk memberi makna kepada masa depan serta hak dan nasib rakyat.
Menerusi sistem saraf rangkaian maklumat ini mereka bukan sahaja mampu menilai semula sejarah negara bangsa malah makna kemerdekaan itu sendiri, yang selama ini di kulum dengan rasa mual dan penuh ketidakpastian. Mereka begitu keliru tentangnya.
Haruskah sejarah yang ditulis oleh bangsawan Melayu gendut ini diwariskan untuk generasi akan datang sedang mereka sendiri keliru tentangnya……! Kata George Santayana “sesiapa yang melupai sejarah (bangsa dan negaranya) akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali…” Apakah maksud ungkapan ini ?
Rakyat Malaysia bukan melupai sejarah negaranya tetapi mereka sebenarnya tidak faham. Tidak ada seorang pelajar yang benar-benar tahu atau professor sejarah yang beranibercerita tentang sejarah kita yang sebenar kerana bimbang implikasi berbagai akta. Akhirnya tiada orang yang benar-benar tahu tentang sejarah negara dan bangsanya termasuklah kalangan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.
Tugu Negara, tugu penajajah inggeris
Kita tidak tahu sama ada kita dijajah oleh Inggeris atau oleh PKM kerana dari gelagat UMNO kita semacam dijajah oleh PKM. Kita tidak tahu sama ada regim kolonial Inggeris atau PKM yang membunuh dan memenjara pemimpin-pemimpin kita yang berjuang di bawah semboyan “MERDEKA”. Tugu Pahlawan menunjukkan Inggeris sedang menginjak-injak kaki pada gerila-gerila PKM yang gugur sambil mengibarkan bendera jalur gemilang.Senario ini menunjukkan kita merdeka dari PKM dan bukan dari Inggeris. Di situ juga kita membaca jajaran nama askar-askar British yang terkorban dalam perang bersama gerila PKM sejak darurat diistiharkan oleh British pada 18 Jun 1948.Kita juga tidak tahu sama ada kita terhutang budi denganBritish atau PKM justeru kemerdekaan tanah air kita. Begitu juga tentang apa sebab Inggeris memerdekakan negara kita. Sebahagian rahsia sejarah sebenar tersimpan dalam benak kapitalis birokrat aka bangsawan gendut yang mengambilalih kuasa dari British. Dari cebis-cebis coretan para gerila yang masih mereka genggam, mereka berkata Inggeris lari kerana tidak tahan dengan ribuan serangan dari mereka hingga terpaksa merdekakan Malaya secara bersyarat. Kita juga tidak pernah tahu syarat-syarat itu kecuali satu dua antaranya supaya UMNO dan Kerajaan Perikatan terus melancar perang dalam negeri terhadap PKM. Peperangan ini menguntungkan British yang bertindak sebagai penjual senjata di samping pada masa yang sama sempat mengurus segala asset dan modalnya.British tidak menyuruh UMNO memusuhi PKM hingga kiamat ia memadai untuk satu masa bagi memberi sedikit ruang kepada British untuk mengambil apa yang patut walaupun negara sudah merdeka.
0 Comments dan 0 Reactions

SEJARAH BAGAI GADIS DISOLEK SESUKA HATI

54 Soalan untuk renungan anak-anak muda pasca merdeka sempena 54 tahun “merdeka…”

  1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang ?
  2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula,walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar.?
  3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya(TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?.
  4. Bilakah semboyan MERDEKA bermula dan siapakah pemulanya ?
  5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini ?
  6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati ? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya ?
  7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.
  8. Akta darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggerisdi Malaya ?.
  9. Benarkah Darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.
  10. Benarkah Darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.
  11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948…. dan kenapa ?
  12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu… ?
  13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ?
  14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ?
  15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (UMNO sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).
  16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan ? Apakah signifikan syarat ini ? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak “premature withdrawal” ? dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjangke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada.
  17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.
  18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi UMNO sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.
  19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau, Dato Sagor, Dato Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu adalah sebahagian dari pejuang kemerdekaan.
  20. Benarkah pada tahun 1948 UMNO hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ?
  21. Kenapa semboyan UMNO adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris. ?
  22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshallyang merancang untuk menggagalkan rundingan ini ? (Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara).
  23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia.
  24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk Ulama’ telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan UMNO. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap - kenapa ?
  25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr. Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Buestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis ?
  26. Jika PKM adalah anti Agama dan Tuhan, bagaimana ulama’ seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris.
  27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia ?. Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka.
  28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan UMNO menjunjungsistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).
  29. Kenapa ulama-ulama upahan UMNO lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba ?.
  30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan UMNO tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau Datok Maharajalela, Datok Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding ?
  31. Kenapa UMNO sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan UMNO.
  32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu UMNO hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya.
  33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948. Kenapa tidak nampak satu pun bendera UMNO ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain.
  34. Pernahkah UMNO menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ?
  35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ?
  36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?
  37. Kenapakah UMNO terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989.Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat.
  38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat.
  39. Kenapa UMNO perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi UMNO benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal.
  40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini ?
  41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan.
  42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih ?
  43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh UMNO – apakah dosa UMNO hingga ia semakin dibenci.
  44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan ?
  45. Kenapa UMNO masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah – tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat ?
  46. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorangperunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa ?
  47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil.
  48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah – kenapakah UMNO terus-terusan mahu membela penjajah ? Adakah kita masih belum merdeka. ?
  49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka. Dari Inggeris atau PKM ?
  50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikitdaripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli UMNO) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenarperjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan.?
  51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini.?
  52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini. Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh UMNO. ?
  53. Benarkah kita sudah Merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversive oleh pemerintah.
  54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain. ?


YANG MENANG TULIS SEJARAH, YANG KALAH BUAT PUISI.


Antara buku-buku yang baik untuk dibaca…
Bacalah dan bacalah wahai adik-adikku… sejarah tentang bangsamu.Ada yang baik dan ada yang jahat. Yang jahat pernah bersekongkol dengan penjajah menindas dan menipu sebangsanya. Yang lari ke rimba tidak pernah di dengar suara batin mereka. Merekalah yang memburu dan membunuh penjajah hingga mereka meninggalkan bumi kita Malaya. Ketahuilah bahawa Kemerdekaan yang kita capai itu bukanlah melalui bisik-bisik, kecek-kecek dan diskusi-diskusi. Ia telah dicapai dengan darah dan api. Bacalah semua buku yang ditulis oleh orang yang di bandar, oleh orang-orang UMNO dan baca juga buku-buku yang ditulis oleh para pejuang dari lembah dan hutan rimba.Kisah-kisah kenapa mereka bergerila…. Seperti bergerilanya Bahaman, Tok Janggut, Dato’ Sagor, Dato’ Maharaja lela dan yang lainnya.

MENGINJAK PARADIGMA – UMNO DAN SEJARAH

oleh Tongkat Bahaman   


Selepas 64 tahun usia parti keramat yang semakin hilang keramatnya ini tiba-tiba mereka meloncat seperti kera kena belacan bukan kerana gatal tetapi kerana libang libu (risau). Intisari ucapan Presiden Partisecara kasar membayangkan dua tujuan. Pertama cuba mententeramkan perwakilan dan ahli UMNO bahawa mereka tidak sekali kali akan hilang kuasa kerana dilindungi secara mutlak oleh perlembagaan dan yang kedua ucapan ini cuba mengugut rakyat jelata bahawa jika UMNO tumbang pada PRU13 akan datang maka negara akan huru hara.
UMNO tetap akan tumbang tapi mungkin bukan dalam PRU 13. Dan UMNO tidak akan tumbang sekiranya dia tahu apakah sebab rakyat telah menolaknya dan mencari parti alternatif. Dalam kepala rakyat, UMNO adalah sebuah parti Melayu yang telah menipu Melayu, pengamal rasuah dan pelbagai dasarnya yang menindas rakyat. Dari luar rakyat nampak mewah tetapi sebenarnya mereka hidup dalam sengsara dan tertekan sama ada yang di bandar atau di desa. Mereka perlu menampung kos tambahan setiap barang atau perkhidmatan yang mereka guna sama ada daripada perkhidmatan awam atau swasta. Kos ini timbul kerana rasuah yang berlaku dalam semua transaksi dan dalam setiap projek-projek kerajaan, tidak kira besar atau kecil. Setiap projek akan masuk ke mulut ketua-ketua bahagian UMNO yang gendut, Pemuda, Wanita serta suku sakat mereka. Nasib sangatlah kalau ada yang terpelanting keluar dari pinggan mereka.Untuk makan yang terpelanting inipun mesti hulur juga. Kalau tidak tak merasa, bukan mudah….

Dalam perhimpunan tahun ini, mereka sudah takut menyebut perkataan “rasuah” dan “ kronisme” sebaliknya telah menggantikan dengan perkataan yang lebih lunak iaitu “integriti” yang sukar difahami oleh orang kampung yang tinggal di ceruk dan hulu banat.Seloka Najib di PWTC pada 21 Oktober 2010 ini yang menginjak soal integriti tetapi telah disambut oleh perwakilan sebagai gurindam jiwa.Apa yang berlaku bukanlah membahas tetapi macam biasa pantun pantin yang loya. Pemantun pemantin terkinja-kinja untuk dapat sedikit publisiti dan bukanlah ikhlas nak membahas sangat malah tak ada bahasan pun. Semua kaki bodek, ampu dan kipas dengan aksi berbagai ragam. Ini paradigma gerombolan Melayu UMNO yang oportunistik, tidak peka dan punya nilai diri. Di perhimpunan tahun ini, kesian tengok Paklah berjalan sorang macam bekas guru besar sekolah rendah yang baru pencen. Tahun lepas ketika Pak Lah masihin power bukan main lagi Che Det telah dinista sebagai orang tua nyanyuk” dan tidak relevan. Tak ada yang mahu bersalam dan berjalan dengannya malah tak berani nak duduk sebelah beliau pun takut kena black mail dan tak boleh dapat projek. Takut setakut-takutnya. Lepas persidangan sandiwara istana budaya PWTC itu, kelihatan Paklah balik menyisih macam kucing tua yang sudah luruh bulu, tersipu-sipu menahan malu. Dalam masa baru setahun lebih,Che Det pula tiba-tiba berjalan dengan ramai peminat macam pak pak lang...… kalah Shah Rukh Khan. Ini semua sebab Najib sebut nama Che Det banyak kali dan kurang sebut nama Pak Lah dalam selokanya. Kenapa teruk sangat perangai gerombolan Melayu UMNO ini !. Perangai opportunist yang mungkin sedang di fasa terakhir “fasa hentam habis kampoi lagi boleh kampoi…. kut kut mana tahu ini kali yang terakhir… Supaya mereka jangan panik dan gelabah,maka ucapan Najib itu sangat penting untuk mententeramkan jiwa mereka yang sedang dilanda kerisauan.
Ucapan dan nyanyian gurindam Najib membayangkan kebimbangan yang amat besar. Ini kerana orang Cina kini lebih percaya PAS dari MCA dan Gerakan. UMNO di mata orang Cina sangat jijik. Mereka bukan nak rongkai kontrak sosial tapi mereka benar-benar telah meluat dengan perangai UMNO yang rasuah. Mereka tak pernah marah kalau kerajaan tolong orang Melayu yang susah dan patut dibantu. Mereka tahu bahawa UMNO sebenarnya telah tipu Melayu.Perkara ini ada dalam otak orang-orang Cina. Mereka tahu UMNO bagi beras (beras nasional beras grade paling cikai) sekampit dua di kampung-kampung dan diberi publisiti meluas di media sedang mereka mendapat geran SMEs berjuta-juta ringgit dari kerajaan. Mereka tahu ini kebodohan UMNO menipu bangsanya sendiri.


Orang Melayu yang ada 63 peratus itu terpecah 3 pula. Perbezaan undi dalam PR 10, 11, dan 12 menunjukkan julat yang kecil saja.Dalam pilihanraya jumlah 1 % pun sangat besar maknanya. Silap-silap boleh menonggeng. Kuasa rakyat kuasa keramat.
Dalam loncat tonggeng terbalik itu tiba-tiba saja soal sejarah dibangkitkan. Pelajar SPM wajib lulus subjek sejarah dan pelajar sekolah rendah pula kena ikuti sebagai subjek teras. Kena jawab kuiz sejarah, melawat Bangunan Parlimen dan satu program susulan melatih guru sejarah juga akan dilakukan untuk menterjemahkan sejarah UMNO yang membingungkan ini menjadi satu strategi baru untuk membungkus minda pelajar dengan skima yang ketat demi untuk lulus peperiksaan.
Subjek sejarah ini bukanlah perkara baru atau perkara yang tidak pernah difikirkan di zaman Tunku, Tun Razak, Tun Hussain Onn atau Mahathir dan Abdullah. Mereka sebenarnya faham jika rakyat fahami sejarah sebenar tentang siapa sebenarnya yang memperjuangkan Kemerdekaan pastinya lebih cepat UMNO al-fatihah dan dikapankan.Mereka akan tahu bahawa yang mengumpulkan rakyat menentang Malayan Union bukanlah UMNO tetapi PUTERA-AMCJA yang dipimpin oleh Pak Sako, Dr. Burhanuddin, Mustapha Hussein (bapa-bapa kemerdekaan Malaya) dan lain-lain parti kiri yang begitu kuat menentang Inggeris. Sebab itu ketika perhimpunan itu tidak nampak satu pun bendera UMNO. UMNO hanya gerombolan. Pelajar-pelajar juga akan tahu UMNO hanya muncul sesudah para pemimpin PKMM, API, AWAS, PKM dan lain-lain telah ditangkap Inggeris. Ada yang  dibunuh dan ada yang disumbat ke penjara. Ramai juga yang terpaksa lari ke hutan, berjuang dengan senjata, bergerila menentang askar Inggeris lebih kurang 400,000 orang ramainya itu yang didatangkan ke Malaya demi menjaga tanah jajahan yang begitu kaya dan penting ini. Mereka juga akan tahu bahawa askar Inggeris yang begitu ramai tidak mungkin boleh diusir dengan bisik-bisik, kecek-kecek atau diskusi-diskusi. Mereka juga akan tahu bahawa bendera UMNO – Sang Saka bangsa (saduran) itu berasal dari bendera KMM, PKMM, yang diwaris sejak kerajaan Sriwijaya lagi yang di panggil “Sang Saka Merah Putih” yang membawa makna anti penjajah. Selain itu mereka juga akan tahu bahawa parti MCA itu berasal dari parti Komintang atau Bintang Tiga yang pernah mengganas semasa Perang Jepun, semasa 14 hari Inggeris lari dan semasa darurat. Merekalah yang mengganas dan bukan PKM.
Bagus juga jika rakyat tahu. Hukum sejarah akan mengambil tempatnya, menghukum pendusta-pendusta. Internet dan Broadband akan menjadi penderas yang akan melintas apa saja sekatan seperti suatu tangan dari langit yang diutus untuk menegakkan kebenaran.Kebenaran dan sejarah yang sebenar ; siapa yang boleh membebaskan dirinya dari dialektika dalam hukum perkembangan sejarah.

Saturday, July 16, 2011

Komisyen ketiga dibayar untuk Scorpene: Suaram

Malaysiakini



"KEBENARAN MENGATASI KEKEJAMAN 2.0"

Khamis depan, rakyat Malaysia berpeluang mendengar maklumat secara langsung daripada peguam Perancis bahawa "lebih besar" komisyen dibayar oleh pegawai kerajaan "peringkat amat tinggi" di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam pada 2002.

cynthia gabriel and unknown man ops scorpeneDi Pulau Pinang, Peguam William Bourdon dijadual mendedahkan perjanjian dengan syarikat Perancis DCNS dalam acara kutipan dana yang digelar 'Ops Scorpene'.

NGO hak asasi Manusia Suaram menganjurkan majlis makan malam itu di mana aktivisnya Cynthia Gabriel, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan turut berucap.

Gabriel (lihat gambar) mendakwa, bukti baru ditemui bahawa komisyennya "lebih besar" daripada sebelumnya dibayar kepada syarikat perunding Malaysia Perimekar Sdn Bhd.

Friday, July 15, 2011

Gambar Terpilih Bersih 2.0

Go Malaysia


Gambar ini telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia. Wanita tua ini telah mengorbankan dirinya untuk memberitahu pihak berkuasa bahawa Rakyat Malaysia memerlukan pilihanraya yang bersih dan adil!

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration