Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rombakan portfolio exco – dengan beliau mengambil alih portfolio hal ehwal agama – dibuat dengan mengambil kira pelbagai perkara, termasuk tempoh pilihan raya yang semakin hampir.
Katanya, sekiranya kerajaan negeri memberikan portfolio itu kepada exco baru Dr Ahmad Yunus Hairi, ia tidak adil kepada ADUN Sijangkang itu yang akan terpaksa mengambil masa untuk memahami sistemnya.
“Tetapi keputusan lebih daripada politikal. (Ia) termasuk (soal) pentadbiran dan bagaimana kamu menguruskan situasi, kerana kita tidak lebih setahun (sebelum pilihan raya). Itu maksimum. - Mkini.
Tindakan MB Selangor tak lantik Exco PAS pegang pottfolio hal ehwal agama memang jadi senjata besar buat United Malay National Organisation dan muga para 'balachi'. Memang pun PAS nampak terpukul dengan isu tu.
Macam jawapan yang MB Selangor tu, memang logik tapi bagi aku tak berapa kuat. Lebih kurang macam tu jugak jawapan yang Mat Sabu bagi, tak kuat tara mana.
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, Jan 20: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, bukan semestinya orang belajar agama sahaja yang boleh mengambil tugas Exco hal ehwal agama, tetapi perlukan seorang Muslim yang amanah, jujur dan ikhlas.
Lagipun, katanya, Pembantu Exco Hal Ehwal Agama adalah kekal dipegang Adun PAS iaitu Dr Shafei Abu Bakar (Bangi). - Hrkh.
Walaupun macam tu aku masih yakin, keputusan tu adalah yang terbaik terutama sekali kalau ditengok dari sudut politik. Dari sudut agama, tak banyak mana bezanya pasai para ulama' PAS masih boleh menyumbang terutamanya melalui Dr. Shafie.
Sebelum ni FreeMalaysiaToday ada melaporkan:
PETALING JAYA: Datuk Dr Hasan Ali masih kekal memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), walaupun beliau bukan lagi Exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Agama Islam.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dan berkata mesyuarat sudah memutuskan Hasan Ali kekal memegang jawatan tersebut.
Menurut Mohamad Adzib, mesyuarat yang diadakan pada 17 Januari lalu itu juga turut dihadiri oleh Hasan Ali. Mesyuarat itu merupakan yang pertama diadakan bagi sesi 2012 hingga 2014.
“Beliau (Hasan Ali) masih kekal sebagai Timbalan Pengerusi Mais dan juga ahli. Memang perlu ada Exco yang bertanggungjawab untuk menjaga Hal Ehwal Agama Islam dan kini dipegang oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Namun saya menegaskan jawatan Timbalan Pengerusi itu kekal milik Hasan kerana mesyuarat sudah memutuskan perkara itu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini. - FMT.
Berita ni sebenarnya pada aku berita yang paling siknifikan dari segi politik sebagai pencerahan episod ni. Nampak macam memang ada 'grand gesign' dalam eposok ni.
Takdak lain logiknya keputusan tu melainkan untuk menyusahkan Pakatan Rakyat Selangor. Takdak lain melainkan untuk menyediakan "infrastruktur dalaman" untuk mudah buat kerja bagi busuk nama Pakatan Rakyat Selangor.
Kalau tengok dengan teliti episod kali ni, aku tak boleh tolak kemungkinan Istana Selangor memang main peranan besar termasuk keputusan tak lantik Exco dari PAS pegang portfolio hal enwal agama.
Sapa pun tak boleh nafi yang Sultan Selangor terutama sekali melalui pejabat Istana memang dikuasai oleh puak-puak penchachai United Malay National Organisation. Aku sangat-sangat yakin puak-puak ni lah yang menasihat Sultan Selangor untuk mempengaruhi keputusan supaya merugikan Pakatan Rakyat Selangor.
Jadinya, memang elok sangat buat masa ni, MB Sendiri yang pegang portfolio hal ehwal agama tu. Kalau Exco dari PAS yang pegang, dengan infrastruktur dalaman yang puak-puak CERLAKA tu pegang, memang senang sangat depa nak sabotaj dan membusukkan Exco berkenaan.
Sekurang-kurangnya kalau MB sendiri yang pegang, kalau puak-puak celaka tu beraksi. damage untuk Pakatan Rakyat tak la nanti teruk sangat. Sekurang-kurangnya payah la sikit depa nak sabotaj hubungan PAS dan DAP.
Apa pun, macam yang aku pernah tulis sebelum-sebelum ni, aku tak boleh buang prasangka dalam kepala otak aku yang kata kemungkinan besar Khalid Ibrahim terpaksa tunduk jugak dengan kemahuan Sultan yang dah dinasihat oleh puak-puak penchachai Umno tu.
Episod terbaru ni pada aku semacam bukti yang menunjukkan Sultan memang menaungi kerja-kerja CELAKA puak-puak penchachai Umno.
Berkaitan:
- Lagi petunjuk Sultan menaungi kerja jahat Umno Selangor?
- Lagi petunjuk jelas Sultan menaungi kerja celaka Umno?
- Mungkinkah Hasan Ali bekerjasama dengan Khusrin sabotaj Khalid?
source: http://cenangau.blogspot.com/2012/01/ecxo-hal-ehwal-agama-kenapa-khalid.html#ixzz1k1Kswq99
No comments:
Post a Comment