"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Sunday, January 31, 2010

Pakatan Rakyat bercelaru dan mula hilang arah tuju???

From PerakExpress

Pensyarah Sains politik di Universiti Sains Malasyia, P Sivamurugan mendakwa bahawa Pakatan Rakyat bercelaru dan mula hilang arah tuju. Baca kat sini.

Adei…. butul ka??

Dia beranggapan, PR bercelaru…. mungkin sebab, isu-isu dalaman parti-parti anggota dan isu antara parti anggota. Eleh… what’s the big deal. BN pun ada masalah jugak. Gerakan ada masalah… MCA bermasalah…. MIC dan PPP sentiasa berbalah… dan UMNO pulak retak menanti belah. MCA-UMNO pernah bertelagah, MIC-PPP pernah dan masih bercakaran, Gerakan-MCA… ada jer yang tak kena, malah Gerakan-UMNO pun kata mengata serta cabar mencabar jugak. Mengapa tak kata BN bercelaru dan hilang arah tuju??

BN lagi pulak…. satu gagasan yang sudah teramat veteran. Malah… dalam proses sedang mereput. Sepatutnya, pada usia veteran sebegitu… persefahaman antara mereka sudah sebati dan mantap tetapi… mengapa masih berlaku pergolakan dan sering dilanda masalah?? Mengapa hanya nampak masalah PR yang baru setahun jagung usianya??

Kalau pasangan A, yang muda belia menghadapi masalah nak serasikan diri, kita boleh faham, sebab mereka baru nak mulakan kehidupan bersama. Faktor masa menjadi kekangan. Tetapi…. kalau pasangan B, yang dah tua bangka… dah tua tagun, tetapi masih sentiasa bermasalah, maknanya mereka jenis yang tak tahu belajar dan tak mahu belajar… tak ambil iktibar… tidak bermuhasabah… degil… ego… tidak prihatin… tidak mahu bertoleransi… pentingkan diri… etc.. etc.

Oleh itu… kepada siapa kita harus beri peluang untuk terus melayari bahtera agar kehidupan masa depan mereka aman dan sejahtera. Pasangan A atau B??
Pastinya pasangan A kerana mereka masih muda dan future mereka masih panjang. Kepada pasangan B yang dah nak mampus… baik humbankan saja mereka. Buang masa jer melayan mereka. Dah tua tetapi masih tak sedar diri lagi.

Dei… apabila bagi pandangan, pakai otak sikit ler. Perhubungan yang mantap tidak boleh dilahirkan dalam sekelip mata. Ia memakan masa… kadang-kadang masa yang agak lama, baru bonding itu kukuh. Nak serasi… nak sesuai… nak mantop… nak erat… kita kena belajar untuk adjust dan adapt. Untuk itu, ia perlukan masa. Dalam proses nak adjust dan adapt, pasti kita akan menghadapi ups and downsnya…. Hai, gigi dan lidah lagikan tergigit, inikan pulak manusia daripada parti yang berbeza ideologi dan dasar. Bercelaru di sana sini pasal isu itu dan isu ini tu, biasalah…. Itu part of proses nak men’adjust’ and meng’adapt’. Itu semua asam dan garam yang akan me’lazat’kan kehidupan yang diimpikan. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Namun demikian, Pakatan Rakyat sebenarnya tidak hilang arah tuju. Mereka masih berpegang kepada satu common dasar yang telah mereka semua setujui bersama dan yang menjadi pegangan mereka. Mereka mahu membina sebuah Malaysia Baru yang lebih sejahtera… yang bebas daripada kebobrokan tahap serius, hasil kerja tangan pentadbiran UMNO/BN selama 52 tahun mereka memerintah. Dalam masa itu jugalah, habis porak-peranda, tonggang-langgang sistem pemerintahan negara mereka kerjakan. Kering kontang kantung negara mereka bazir dan jolikan mengakibatkan negara hampir bangkrap. Sebab itu, kita mesti serik untuk terus membiarkan UMNO/BN menerajui pemerintahan negara. Lebih banyak bencana yang mereka akan bawa!!

PR sebaliknya, mahukan satu sistem pentadbiran yang lebih adil… ada telusan… ada pertanggungjawaban dan lebih efisyen. Mereka mahukan satu sistem yang ada integriti, kredibiti dan maruah…. yang boleh dibanggai oleh rakyat dan juga dihormati oleh dunia luar.

Dan setakat ini, PR masih dilandasan yang betul, masih fokus mengikut arah tuju, haluan yang mereka inginkan untuk Malaysia dan rakyatnya. Yang hilang arah tuju ialah sebilangan malaun-malaun dan samdol-samdol yang tidak ada prinsip dalam mengharungi perjuangan. Malaun samdol yang pentingkan diri, tidak tahan diuji dan yang tidak ada political will. Mind you thamby…. mereka inilah yang telah hilang arah tuju…. not Pakatan Rakyat!!

Sometimes…. we need to be cruel to be kind. Demi menjaga maruah… demi menjaga integriti dan demi menjaga kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat, para pemimpin PR mesti tegas berpegang pada prinsip dan dasar yang telah dipersetujui bersama. Inilah yang membezakan para pemimpin UMNO/BN dengan Pakatan Rakyat. Sikap pertanggungjawaban… sikap no nonsense…. sikap amanah untuk melaksanaan dasar CAT inilah yang mungkin telah disalah tafsirkan sebagai sikap diktator.

Mungkin kerana ketegasan ini jugalah yang menjadi masalah kepada mereka yang telah dan berkira-kira untuk mengkhianati parti dan gagasan yang mereka anggotai. Begitu juga bagi puak musang berbulu ayam dalam PR, yang sering menimbulkan kontroversi dan masalah kepada negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Apakah kita mahukan golongan ini terus berada dalam Pakatan Rakyat?? The answer is a big NO!!! Mereka MERUGIKAN kita!!

Apakah para pemimpin yang prinsip perjuangan mereka mudah lentur kerana kedudukan, pangkat serta harta kekayaan patut kita hormati dan sanjungi. No… no… tidak sama sekali. Ambik pi la pengkhianat-pengkhianat ini!!! Well… if they cannot adjust and adapt dengan prinsip dan dasar PR…. GET LOST, BERAMBUS!!! Kita tak mahu duri ada dalam daging. Ouch…. menyakitkan!! Apa kita nak buat?? Tendang mereka keluar!! Berambus pi la ke mana mereka nak pergi sebab kita tak rugi apa-apa.

Siapa yang akan hormat dan percaya kepada biawak-biawak hidup ini?? Anda boleh percaya ke puak-puak yang arah tuju perjuangan mereka berfokus dan berkiblat $$$$$$$$ ?? Ada maruah ke pihak yang menawarkan $$$$$$$$ supaya puak-puak ini menjadi katak dan melompat?? Ketuk kepala tanya akai!! Ini kerja bangang bagi orang yang tidak ada maruah.

Sebagai rakyat yang mahukan perubahan, keadilan dan kesejahteraan, kita juga mesti berubah, berkorban dan bersabar. Jangan cepat putus asa, jangan cepat melatah dan jangan mudah termakan serta terpengaruh dengan propaganda jahat pihak yang cuba berpaut terus pada kuasa. Buka minda and bersikap lebih rasional dalam membuat pertimbangan.

Dalam masa 2 tahun PR memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan…. terdapat perubahan yang kita boleh lihat dalam pentadbiran mereka terutama dalam pengurusan kewangan. Ini diakui sendiri oleh pihak Jabatan Audit melalui Laporan Ketua Audit Negara. Malah… negeri Perak yang hanya setahun di bawah pentadbiran PR turut diberi pujian. Kredit patut diberikan kepada mereka.

Sebenarnya, inilah yang mengerunkan dan menakutkan UMNO/BN kerana rakyat sudah didedahkan dengan bukti yang kukuh…. yang membolehkan mereka membuat perbandingan antara BN dan PR. Siapa lebih efisyen?? Siapa lebih accountable?? Siapa lebih telus?? Well… of course ler PR. Jauh panggang dari api. BN…. on the other hand, hanya pandai merompak dan perabis duit rakyat jer.

Ya… mereka ada buat pembangunan tapi pembangunan yang pasti mengenyangkan…. DIRI, KELUARGA, SANAK SAUDARA, RAKAN DAN TAULAN serta KRONI. Beli itu, beli ini untuk negara, guna wang rakyat…. tetapi, komisyen untuk diri dan kroni masuk kocek sendiri. Shopping untuk negara barangan yang low qualiti… bayarannya amat tinggi sekali, sebab… nakkan komisyen tinggi bagi mengayakan diri dan kroni. Ini namanya pembangunan ’serampang dua mata’… tak gitu??

Kita harus menerima realiti yang kerajaan PR yang baru setahun jagung usianya, tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Ini bukan bermakna mereka tak bagus tetapi… mustahil dalam masa dua tahun semuanya perfect belaka. Apa yang lebih penting…. sesuatu yang baik telah dilakukan demi rakyat, walaupun dalam keadaan banyak halangan dan kekangan daripada pihak kerajaan Pusat yang terpaksa mereka hadapi. Dan…. usaha ke arah itu masih diteruskan dan akan berterusan. Yang penting… mereka kerajaan people-oriented. Bare with PR untuk sementara waktu dan jika diberikan mereka masa dan peluang…. banyak yang mampu mereka lakukan untuk kesejahteraan rakyat. UMNO/BN tahu hakikat ini dan jika PR dibiarkan terus mara…. pasti UMNO/BN akan kecewa. Mengapa kecewa???

Sebab…. PR pasti akan mendapat sokongan padu daripada rakyat dan tidak mustahil Putrajaya pun akan kita tawan. Inilah yang menyebabkan UMNO/BN gelabah dan kerisauan. Kerana itu jugalah, mereka terpaksa memperkuda semua agensi dan institusi kerajaan bagi mempertahan, melindungi dan melakukan kerja-kerja kotor bagi pihak mereka. Media-media arus perdana dijadikan alat propaganda mereka untuk memesongkan pemikiran dan sokongan rakyat. Semua ini terpaksa mereka lakukan. Kerana…. itu soal hidup dan matinya kuasa mereka. Kelangsungan politik mereka kini berdepan dengan ranjau dan duri. Mereka dah mula merasakan keperitannya. Ini yang menakutkan mereka…. ini yang menggusarkan mereka!!

As for Anwar… satu dunia sudah tahu bahawa pertuduhan dan pendakwaan terhadapnya adalah satu konspirasi gila babi. Anwar merupakan antara ranjau dan duri yang menyukarkan kelangsungan politik UMNO/BN kerana dia mampu menggerakkan satu lagi gelombang besar…. satu lagi Tsunami, yang bakal memusnahkan mereka. Dengan aura yang dia miliki, Anwar mampu melakukannya…. tak kira dari dalam penjara, apa tah lagi jika dia bebas. Ini yang menyengalkan sendi-sendi dan perut UMNO/BN.

Kalau Pakatan Rakyat bercelaru…. BN juga apa kurangnya. Apa yang jelas…. setelah 52 memerintah negara, UMNO/BNlah yang telah terpesong jauh daripada landasan perjuangan. Mereka jadikan negara macam milik persendirian mak bapak mereka. Mereka jadikan negara bahan ketawa seantero dunia. Sebab itu… mereka kehilangan sokongan. Pakatan Rakyat sebaliknya…. masih istiqamah dengan perjuangan dan masih fokus mengikut arah tuju… menuju ke destinasi perjuangan mereka.

InsyaAllah… dengan doa dan usaha serta pengorbanan rakyat, kita akan sampai ke destinasi tersebut.



Anwar: JJ ketuai usaha Umno 'pikat' MP PKR

Malaysiakini

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu, termasuk ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Anwar berkata, usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis dan juga pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.

"Azan beritahu secara khusus bahawa Huan daripada Parti Cinta Malaysia cuba untuk pikat dia," katanya yang menerima bukti hubungan itu dibuat melalui telefon bimbit Azan.

"Dan pastinya Datuk Jamaludin mewakili (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) untuk cuba memujuk dan memberi jaminan apa yang beliau perlu asalkan meninggalkan PKR. Tapi kerana (Azan) tidak layan lebih daripada itu, maka jumlah berapa juta (yang ingin ditawarkan itu) tidak disebut," katanya lagi.

"Maknanya usaha itu berjalan, cara merasuah dan menyogok parti itu ada. Sebab itu saya minta Azan (kanan) ada di sini sendiri untuk mengesahkan Huan (Cheng Guan) daripada Parti Cinta Malaysia dan Datuk Jamaludin Jarjis itu hubungi beliau," tambahnya.

Jelasnya, usaha itu mengambarkan tawaran untuk Azan meninggalkan PKR dalam masa terdekat.

Katanya lagi, ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Mohd Yusuff (kiri) juga disahkan menerima pelawaan seperti itu.

"(Yusmadi) ada (dalam mesyuarat) dan beritahu (pelawaan) itu semua karut," katanya lagi dan menambah usaha berkenaan termasuklah usaha untuk merampas kerajaan Pakatan di Selangor.

"Semua ini termasuk hendak rampas Selangor, hendak dakwa Tan Sri Khalid, hendak beli ahli-ahli parlimen dan ADUN nak dilakukan sebelum hari raya Cina kerana bila hari raya Cina keadaan reda selama dua minggu," katanya lagi.

Anwar yang juga ketua pembangkang memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya hari ini.

Ditemui Malaysiakini selepas itu, Azan berkata beliau tidak akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menganggap pelawaan itu dibuat atas dasar "kawan baik."

"Saya anggap panggilan telefon itu sebagai panggilan sebagai kawan baik.

"Saya tampil untuk buat penjelasan ini atas tanggungjawab saya kepada orang dalam kawasan saya," tambahnya. 


Tekad Mengharungi Gelombang Fitnah

Anwar Ibrahim Blog

Sekembalinya dari Manila semalam, saya berkesempatan mengunjungi ayahanda di kediamannya sebelum ke majlis anjuran ABIM yang dilansungkan di Kajang. Pertemuan ini sungguh bermakna kerana ianya dihadiri sahabat seperjuangan dekad 70an dan awal 80an dahulu dan disertai lapisan pimpinan muda yang bersemangat. Paduan generasi sebegini, inshaallah akan memantapkan lagi dakwah dan usaha ABIM menyampaikan mesej Islam yang sejagat.

Antara sahabat lama yang hadir ialah Sdr Siddiq Fadhil, Sdr Idris Jauzi, Ustaz Abdul Halim El Muhammady, Sdr Ridhuan Othman dan Sdr Muhd Nur Manuty. Alhamdulillah ukhuwwah di antara kami ternyata kukuh sungguhpun kadangkala ada perbezaan pendapat. Saya juga mengambil kesempatan, selain dari menghimbau pengalaman lalu dengan tokoh seperti almarhum Muhammad Natsir, Profesor Syed Naguib, almarhum Profesor Syed Hussein Alatas dan almarhum Profesor Ismail Raji Al Faruqi mengungkapkan kepentingan organisasi Islam untuk kekal relevan di zaman ini.

Demonstrasi Baling antara bukti kesejagatan mesej dakwah menuntut keadilan dan menumpaskan kezaliman. Ianya juga merupakan upaya yang melintasi sebarang sempadan fahaman serta kepercayaan. Saya juga terharu keperihatinan teman-teman terhadap fitnah yang ditohmahkan ke atas saya dan keluarga. Moga dengan berkat doa semua, inshaallah saya dan keluarga, dapat mengharungi ujian Allah SWT ini.

Fitnah yang dipintal membuktikan pimpinan umno-barisan nasional bersungguh-sungguh mahukan saya dihumban ke dalam penjara. Siang malam media yang dikongkong mengolah propaganda bertujuan merasuk minda dan nurani rakyat. Saya digambarkan kononnya takut berhadapan dengan mahkamah dan sengaja melengah-lengahkan perbicaraan.

Aduhai, janganlah kerana nak mengampu, integriti dan maruah diri digadaikan. Apa yang saya dan barisan peguam pembela lakukan adalah untuk menuntut keadilan dilaksanakan sepenuhnya. Kami menuntut satu proses perbicaraan yang adil serta bebas. Keengganan pihak pendakwa menyerahkan dokumen serta bukti sesuai dengan peruntukan seksyen 51A Kanun Acara Jenayah menzahirkan hasrat mereka untuk menjadikan perbicaraan ini umpama satu serangan hendap, sedangkan ini bersalahan dengan prinsip kedaulatan undang-undang yang menuntut agar kes ini dibicarakan secara adil.

Kelihatannya serangan bertali arus dan usaha memenjarakan saya bertujuan memporak perandakan Pakatan Rakyat. Namun mereka lupa, ikatan yang mengikat perjuangan Pakatan Rakyat berasaskan kemahuan dan cita-cita membawa Perubahan kepada negara ini.

Kita sedar di sebalik sogokan muluk-muluk oleh kerajaan yang diperintah umno-barisan nasional, negara sebenarnya berada di kedudukan yang tenat. Ekonomi tidak memperlihatkan keupayaan yang menyegarkan dan hubungan antara kaum meruncing. Harga barang semakin meningkat dan apa yang mampu dilakukan oleh pimpinan negara hanyalah menasihati rakyat agar cermat berbelanja serta menggesa kita untuk perihatin dengan saudara kita yang lain.

Akan tetapi persoalannya, apakah upaya pemimpin, ketika negara memerlukan pimpinan membawa rakyat keluar dari kemurungan? Jawapannya tidak ada! Tidak ada tindakan yang jitu, berkeyakinan dan imajinatif. Semuanya serba kaku.

Di sebalik tohmahan akan kelemahan muafakat ini, kita sudah berjaya melahirkan dokumen bermakna yang dikenal sebagai “Dasar Bersama Pakatan Rakyat.” Ianya dilakarkan selepas perdebatan dan perbincangan secara terus terang demi menggarap hala tuju negara. Proses bersejarah itu bahkan mematangkan serta memperkukuh kerjasama di antara kami. Yakinlah muafakat ini bukanlah satu ikatan rapuh bahkan mampu memimpin negara keluar dari kelesuan yang sekian lama menghinggapinya.

ANWAR IBRAHIM

Saturday, January 30, 2010

Ahli UMNO terlibat dalam insiden menyerang Gereja kata Azmin

From Malaysia Today

"Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawangan mana pun saya sudah perolehi," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Harakah Daily

By Nazri Abdullah

PETALING JAYA, 27 Jan: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum.

Selain nama, beliau juga sedang dalam usaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kesemua mereka yang didakwa terlibat.

"Berdasarkan senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian daripada mereka pemuda Umno bahagian Gombak dan bahagian Ampang.

"Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawangan mana pun saya sudah perolehi," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, terbakar diserang dengan bom api.

Pada masa sama, beliau mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli Umno dalam kes terbabit.

"Saya lihat trend hari ini, survival Umno itu hanya boleh diperolehi melalui permainan isu kaum dan agama.

"Saya harap Umno hentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu melawat tempat kepala babi yang dilontar di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya awal pagi ini.

Berhubung hal itu, PKR jelasnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Islam tegasnya tidak menganjurkan perbuatan khianat seperti itu apatah lagi yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk.

"Pihak polis harus kerah seluruh kekuatan yang ada untuk menjaga ketenteraman awam dan bukan menjaga keselamatan dan ketenteraman pemimpin Umno dan Barisan Nasional sahaja," katanya.

Untuk selamatkan Malaysia: Guling kerajaan Umno

From MalaysiaToday

Free Malaysia Today) - Kelangsungan Malaysia dan rakyatnya semakin terancam dan perlu diselamatkan daripada pemerintahan rasuah kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Najib Razak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengingatkan rakyat bahawa pertikaian mengenai masa depan negara bukan lagi berpaksi kepada perbezaan politik tetapi atas kesedaran Malaysia di ambang kehancuran di segi politik, ekonomi dan sosial.

Dengan pengangguran mencecah ratusan ribu orang, rizab antarabangsa negara makin susut, pengaliran modal asing semakin ketara dan rasuah serta penyelewengan kuasa terus bermaharaja lela, Anwar berkata Malaysia tidak lagi boleh “menanggung” sebuah kerajaan korup seperti Umno-BN.

“Saya perlu tegaskan di sini, Malaysia sekarang perlu diselamatkan, pemimpin Umno-BN sekarang korup,” kata Ketua Pembangkang itu, dipetik dari keluaran terbaru bilangan 217, Suara Keadilan.

Beliau kesal semua masalah tenat negara ditutup media arus perdana yang sebaliknya menggambarkan Malaysia dalam kesejahteraan.

Beliau berkata, ekonomi Malaysia jauh merosot berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Thailand manakala rizab negara terus merudum.

Malaysia di segi ekonomi sudah kalah dengan Indonesia, Thailand,Brunei. Dengan Singapura dan Taiwan sudah lama ketinggalan. Sebab apa? Pemimpin rasuah,” katanya.

READ MORE HERE

Umno-BN Diselubungi Ketakutan Melampau

From Anwar Ibrahim Blog

Iklim ketakutan atau climate of fear makin menyelubungi negara. Umno-BN, yang sudah lama memerintah, memperkuatkan lagi cengkamannya agar nafas Demokrasi, Kebebasan dan Karamah Insan di negara ini mulai sesak.   Minggu kebelakangan ini keresahan memuncak apabila adanya percubaan untuk merekayasa ketegangan antara kaum dan agama. Siri serangan ke atas rumah ibadat mengejutkan rakyat Malaysia kerana ada di antara kita demi kelansungan politik segelintir, sanggup menggadai keamanan dan keharmonian negara ini.

Kita dikejutkan lagi dengan berita bahawa adanya tangkapan secara beramai-ramai minggu lalu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA), kononnya untuk memerangi pengganas. Sekiranya tidak didedahkan oleh Gerakan Mansuh ISA, pastinya kerajaan akan mendiamkan perkara ini agar tidak diketahui umum. Persoalannya jika ada bukti kukuh, mengapa menggunakan ISA? Saya menggesa agar kerajaan segera membawa mereka ke muka pengadilan dan diadili secara bebas tanpa menurut telunjuk sesiapapun.

Manakala tohmahan diperhebat terhadap Pakatan Rakyat, dibantu pula oleh  ”lidah rasminya,” yang mengabaikan segala prinsip serta integriti kewartawanan, keadaan ternyata semakin memburuk. Dipaparkan kononnya pimpinan umno-bn sedang berusaha memulihkan negara dari kemurungan ekonomi dan sedang cuba membawa perubahan, walhal pada masa yang sama,  mereka yang bangkit menyatakan perbezaan, dibantai serta cuba dialahkan menggunakan taktik keji.

Lihat sahaja apabila kerajaan sanggup membiarkan anak-anak mahasiswa kita diberkas dan diugut. Apa erti slogan perubahan jika suara mahasiswa dibungkam dan mereka ditakut-takutkan. Lebih menyedihkan kemurnian kawasan universiti dicemar apabila pihak keselamatan menceroboh lalu angkuh mempamirkan kekuatan. Tidak sedarkah kamu wahai pemerintah! Yang cuba ditakut-takutkan ini adalah penzahiran dari damir perjuangan bangsa! Mahasiswa dan anak muda adalah generasi pemberani yang tidak gentar walau hanya berbekal genggaman tapak tangan apabila berhadapan kekuatan pemerintah.

Jelas kelihatan kepada kita, iklim ketakutan dimunculkan demi mengalih pendangan rakyat dari isu sebenar. Apatah lagi kerana  kemurungan ekonomi yang belum berlalu, kebobrokan rasuah yang semakin memualkan, kehakiman yang tidak bebas serta peningkatan  ketidakyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno.

ANWAR IBRAHIM

Ku Li’s stand on oil riles Rais

From Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said today he was shocked at the change in the stand of former finance minister, Tengku Razaleigh Hamzah, that Kelantan had the right to receive oil royalty compared to his earlier stand.

Rais said that Tengku Razaleigh’s statement on Thursday that the Kelantan state government should now get the oil royalty instead of compassionate payment was contradictory to the statement made in October 2000, and his latest statement had confused the people, especially those in Kelantan.


Rais said this to Bernama when asked to comment on Tengku Razaleigh’s statement on the oil royalty issue in his speech at the special prayers and special ceramah on the petroleum royalty at the Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan on Thursday, which was also attended by Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

On Oct 31, 2000, the media quoted Tengku Razaleigh as saying that in terms of the law, states in peninsular Malaysia did not have any right on the oil found outside the jurisdiction of their administration.

As such, Tengku Razaleigh, who was the Petronas Chairman in 1974 who was involved in the agreement on the payment of compassionate payment to the state governments concerned, including Terengganu and Kelantan, said the payment of oil revenue by Petronas to the state governments concerned was not given because there was a policy that it was the right of the state concerned.

Tengku Razaleigh made the statement in response to the dispute by PAS State Assemblymen on the compassionate payment at the State Legislative Assembly sitting.

Rais said Tengku Razaleigh’s statement in 2000 was very clear that all states in the peninsula did not have any right under the Petroleum Act 1974, and “when Ku Li changed his stand two nights ago, it is most surprising how he could change his actual stand expressed in late October 2000 in front of thousands of people.”
“For states thinking of making claims on the oil royalty as Kelantan is doing, they have no right under any Petroleum Act as they (oil wells) are in international waters where the Federal government had the right.
“This is the position of the international law as well as the national law. The Petroleum Act is different from the provisions under the Continental Shelf Act where Sabah and Sarawak are subjected to,” he said, adding that Tengku Razaleigh’s statement was most confusing.

“I did not expect he could ignore Umno’s official stand because he is collaborating with the opposition pact in Kelantan. This situation is also confusing to the Umno members.

“It will not be a problem if he wants to be an intermediary, but I hope he will not submit views and opinions on behalf of PAS and the opposition parties because he is still the Gua Musang Umno division head, and I hope the people understand the actual situation,” he said. – Bernama



Friday, January 29, 2010

Anwar: Najib wants me in jail quickl

From Free Malaysia Today
 
anwar By Karl Malakunas
 
MANILA: Opposition leader Anwar Ibrahim today accused the Najib regime of seeking to convict him quickly of sodomy as part of efforts to deflect attention against its own woes.

Anwar spoke out angrily after he lost his appeal for access to the government’s evidence against him in the sodomy trial, which is due to start this Tuesday and could see him jailed for 20 years.

"I’m shocked with the (government’s) impunity to go on with such a case despite overwhelming evidence to the contrary," Anwar told AFP on a short trip to the Philippines.

Anwar accused Prime Minister Najib Abdul Razak of orchestrating efforts to have him convicted of sodomy, and said he feared the court could buckle under pressure from the government.

Asked if he thought he would win the case, Anwar said: "Yes, assuming the court agrees… to look at facts and the law. I’m confident of the facts.

"(But) I’m not too confident of the system because I think Najib is quite directly involved."
Anwar said the court case may be over in a matter of weeks.

"It seems they want to rush it… their political masters want a quick conviction."

Anwar insisted the government was seeking to jail him on sodomy charges only to eliminate his political challenge, as the Barisan Nasional was losing popularity amid corruption allegations and rising racial domestic tensions.

"I think Najib wants to deflect attention from the cases of corruption and the tensions that are brewing," he said.

In Kuala Lumpur, Anwar’s lawyer said his legal team would seek a review of Friday’s Federal Court ruling that barred him from having access to the prosecution’s evidence against him.

"The court ruled that the evidence that we were seeking did not fall within the ‘necessary and desirable’ category and turned down the appeal," lawyer Sankara Nair told AFP.

"It has far-reaching negative implications in Malaysian criminal law as it is a reversal of earlier positions in law allowing greater disclosure by the prosecutors so the accused can prepare his defence effectively."

Sankara said he would seek a stay of the trial, which is due to begin on Tuesday, to give time for Anwar’s legal team to push for an appeal to strike out the case completely.


Sunday, January 24, 2010

Negara Akan Bankrup Jika UBN Terus Memerintah

From PerakExpress.com


Oleh: Nash Ar-Rawy

Negara akan terus lingkup di bawah UBN . Pendedahan oleh Ku Li, berlakunya penyelewengan wang rakyat dan salahgunakuasa Bank Negara untuk kepentingan broker pertukaran wana asing Rosmah Najib amat mengejutkan sekali yang membuatkan rakyat marhein sesak nafas !. Apa tidaknya pada pertengahan tahun lepas(2009) perjudian Bank Negara yang tiada ambil iktibar daripada kesalahan yang sama yang pernah berlaku dalam pasaran perjudian tukaran wang asing . Bank negara terus berjudi sehingga mengalami kerugian sebanyak RM32BILLION ! Satu jumlah yang cukup besar yang bisa menampung bajet negeri Pulau Pinang selama 100 TAHUN !

Selain daripada itu , defisit negara yang berturutan selama 13 tahun membimbangkan rakyat. Hutang negara sebanyak RM 363 BILLION pula terpaksa dibayar sebanyak RM13,000 setiap kepala rakyat Malaysia. Lahir sahaja seorang bayi ; sudah terhutang kepada negara sebanyak RM13,000. Warga marhein yang akan membayarnya bukan PM dan kabinetnya yang ‘joli katak ‘ dengan wang rakyat sebagaimana kata Ku li .

Negara akan muflis jika salahguna wang negara dan penyelewengan terus berlaku. Tak cukup dengan penyelewenan dan kerakusan pembaziran yang di buat oleh Badawi sebagaimana dakwa Mahathir sebanyak RM270BILLION dan Mahathir sendiri sebagaimana pendedahan Barry Wain telah membazirkan RM100Billion wang rakyat yang dinafi cuma RM10 Billion sahja adalah juga wang rakyat yang terpaksa menanggung siksa dan derita membayar setiap sen wang negara yang hilang dengan kenaikan harga barang, gula , minyak , dsn. Ditambah pula siksa-derita rakyat marhein dengan perjudian tukaran wang asing oleh Bank Negara RosmahNajib sebanyak RM32 BILLION ! Rakyat yang membayarnya bukannya UBN dan kroni mereka yang menjadi kaya raya di atas keperitan rakyat jelata.

Kerugian Bank Negara tersebut pada pertengahan tahun lepas( 2009) mengakibatkan pada tahun itu kakitangan kerajaan tiada bonus dan ada ura-ura cola akan di potong dan minyak naik( selepas pilihanraya semula di Perak ) dan sekarang makanan sekolah berasrama penuh dipotong dan gula naik. .RM270 + 100 Billion yang berjumlah RM370Billion dan yang terkini RM32 Billion itu; berjumlah sekitar RM400BILLION . Jika UBN terus memerintah dengan kerakusan dan ketamakan keqorunan mereka , tiada mustahil negara akan bisa jatuh bankrup.Bapak menteri bisa cabut luar negara dengan aset mereka di seberang laut ; tetapi rakyat bagaimana!!!!

Sewajarnyalah rakyat golongan marhein bersama PAKATAN RAKYAT mendesak supaya harta Mahathir dan Badawi disita untuk menampung kerugian dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh mereka dan kroni mereka ; golongan Umnoputra Korprat Melayu Islam di bawah UBN yang beramal dengan koruspsi, kroni, nepotisme dan salahguna kuasa dan wang rakyat untuk projek yang membazir dan harga kos projek yang berlipatkali ganda daripada harga yang sebenar sepertimana yang pernah didedahkan oleh Chua Ju Meng bekas Menteri kabinet yang berpengalaman luas ; yang keciwa dengan sikap kerakusan umno yang tiada akan berubah dan mutakhir ini bergiat cergas di dalam Pakatan Rakyat untuk membina tapak baru dan harapan baru untuk masa depan rakyat Malaysia.

Satu Malaysia di tipu oleh UBN dalam program : JMR ( JUARA MENIPU RAKYAT) tajaan UBN satu Malaysia. Isu penyelwengan demi penyelewengan wang rakyat ini; termasuk skandal PKFZ, cuba di alih-fokus oleh UBN dengan perihal isu ‘Kalimah Allah “ yang diperbesarkan dan diekploitasikan oleh mereka demi untuk mendapat semula sokongan orang Melayu dalam PRU13 nanti . Namun, massa sudah celik mata akan sandiwara mereka dan tiada memberikan sokongan ke atas lakunan demonstrasi mereka yang cuba mencetuskan huru hara antara kaum dan antara agama ; dalam isu ‘Kalimah Allah” di negara ini ; setelah huru-hara heret kepala lembu tiada mendapat sokongan orang Melayu apalagi daripada PAS yang berhati-hati dan menunjukkan kematangan siasahnya daripada masuk perangkap perkauman dan ugama manipulasi Umno . PAS yang semakin utuh di hati massa yang menyaksikan sendiri bukti kehebatan Islam yang di bawanya selaku gerakan dan Parti Islam SATU MALAYSIA, di negara ini.

Bahkan TGNA, Mursyudul Am PAS, menyatakan memberi salam kepada orang bukan Islam itu kilaf dan boleh mengucapkan salam . Bahkan inilah yang sebenarnya mesej Islam supaya orang bukan Islam tahu bahawa Islam itu baik ; bahkan dinyatakan tuhan sebagai ‘ Rahmatan lil alameen” ; ertinya Rahmat kepada sekelian alam , manusia dan binatang; termasuk memberikan rahmat kepada bukan Islam juga sebagaimana terkandung dalam salamnya : ‘ “ Peace Be Upon You “ .( Sejahtera ke atas kamu ); secara literalnya adalah untuk dan kepada semua manusia wajar diselamatkan.

Kehebatan gerakan Islam PAS amat dikagumi bukan Islam yang akan membenarkan bukan Islam menjadi ahli penuh dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS yang bakal ditubuhkan dengan rasminya , insyaAllah ; yang setaraf , sesuara dan sehak dengan Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulamak; menjadikan konsep keadilan dalam Islam dapat dicernai oleh Gerakan Islam PAS sebagai gerakan terulung massa dalam massa dewasa ini . PAS dibawah Mursyidul Am TGNA bisa melakukan refomasi uslub dakwah yang paling sesuai dengan waqi’ terkini bersama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sebagai PILIHAN RAKYAT pada PRU13. insyaAllah.; disamping tiada menggadaikan prinsip perjuangan Islam yang sebenar yang anti nasionalisme , racialisme dan ekstremis agama.

UBN , akan bertambah gusar dan phobia lagi , apabila PAS sendiri akan meletakkan calun bukan Melayu dan Bukan Islam yang sesuai untuk menentang calun UBN daripada MCA dan MIC bersama DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan baru di peringkat federal. Oleh itu , perkemaskanlah daftar pemilih dan pendaftaran pengundi baru daripada sekarang khususnya anak- anak muda yang bersemangat tapi apa ertinya tiada bisa mengundi jika belum lagi mendaftar sebagai pengundi. Semakan tempat mengundi juga perlu di segerakan kerana SPR dan JPN adalah anggota UBN yang tiada berdaftar! Yang bekerja untuk tipu muslihat dan strategi UBN untuk menang secara penipuan dan cara jahat . Justeru Bilik Greakan bagi semua UPU ( Unit Peti Undi) sepatutnya sudah pun bersiap-siaga daripada sekarang khususnya bagi negeri Perak untuk memintas perancangan UBN dan agensi dibawah telunjuknya (JPN dan SPR) ; khususnya penggunaan ‘Mycard” di kalangan anggota polis dan tentera .

Kamu merancang . Allah juga merancang ; Tetapi perancangan Allah yang terbaik ( Maksud Qur’an)

Gerakan yang batil bisa menyalahkan Gerakan yang hak jika yang batil itu lebih tersusun rapi dan organisir .kata Syaidina Ali.

“ Selamatkan Negara Kamu Daripada Bankrup ! DETHRONE UBN!!! “

“ VICTORY FOR PAKATAN RAKYAT ! “ “ GOD IS THE GREATEST ! “

Sunday, January 10, 2010

Demo Protes Isu "Allah": Sah Ahli UMNO Terlibat..!

Blog Perisik Rakyat

Sumber: Kelab Greenboc

Perdana Menteri Najib Razak telah silap apabila beliau mengatakan bahawa UMNO tidak terlibat dalam protes berkenaan dengan penggunaan perkataan "Allah" kerana memang orang UMNO terlibat dalam protes-protes ini.

Saya merujuk kepada sebuah laporan media oleh Malaysiakini yang melaporkan seperti berikut :


  • "Memulakan perhimpunan itu sejurus selepas solat Jumaat, Ketua Wira PERKASA Selangor, Arman Azha Abu Hanifah membacakan 'Deklarasi Masjid Negara' menuntut :



  • Penganut Katholik menggunakan perkataan tuhan bagi menggantikan kalimah Allah dalam penerbitannya.


  • Perkara berkaitan Islam mesti dibawa ke Mahkamah Syariah, bukan mahkamah sivil.


  • Majlis Raja-raja Melayu perlu memainkan peranan lebih proaktif untuk mempertahankan agama dan umat Islam.

    Bacaan deklarasi itu disambut teriakan takbir bertalu-talu daripada mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Pada masa yang sama satu bendera merah bertulis 'Melayu' dalam warna hitam, dikibarkan bersama bendera berjalur tiga - merah, kuning dan hijau - mewakili PEKIDA.

    Arman Azha Abu Hanifah, 35 tahun merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara. Beliau juga merupakan pentadbir kumpulan (group) Facebook Pemuda UMNO PJU yang diberi tajuk "@MB Pemuda UMNO PJU




    Beliau mempunyai akaun facebook dan blogsnya sendiri di http://www.facebook.com/armandpju dan http://armandpju.blogspot.com/, dan bekerja sebagai seorang pengurus cawangan Naza Motor yang juga merupakan seorang pencinta kereta mewah.

    Sama ada beliau seorang yang betul-betul memperjuangkan hak orang Islam dan Melayu, saya serah kepada kebijaksanaan semua untuk menilai daripada tulisan dan gambar-gambar foto beliau.

    Ini hanya salah seorang daripada ketua-ketua yang terlibat dalam protes-protes ini dan saya percaya bahawa sebahagian besar daripada mereka merupakan pemimpin-pemimpin UMNO di pelbagai peringkat dan sayap parti itu, sama ada di Pemuda, Wanita, Puteri UMNO di peringkat cawangan, bahagian ataupun negeri.

    Justeru itu, adalah silap bahawa UMNO tidak harus dipersalahkan dalam isu ini. Sebenarnya, jika UMNO tidak terlibat dalam isu ini, hakikatnya ialah ahli-ahlinya dan pemimpin-pemimpinnya selama ini telah diketahui terlibat dalam menganjurkan protes-protes yang mengugat ketenteraman dan keharmonian agama di Malaysia.

    Jika UMNO tidak harus dipersalahkan, maka UMNO dan Presidennya harus mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin mereka seperti Arman Azha bin Hj Abu Hanafiah yang terlibat secara langsung dalam protes ini.

    Soalannya ialah, adakah Najib sedia berbuat demikian atau tidak



  • Isu Gereja di bakar ..... Mula asal kenapa?


     Islam berlepas diri dari tindakan yang seperti ini. Al-Quran sendiri menyatakan bahawa tujuan peperangan yang berlaku dalam ajaran Islam ialah untuk membela keadilan buat manusiawi, yang antara kebaikannya menyelamatkan tempat-tempat ibadah. Ini seperti firman Allah:

    (maksudnya) “Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah al-Baqarah, ayat 2).

    Sehingga hari ini terdapat 4 Gereja di Lembah Klang telah dibakar. Angkara siapa itu hanya Allah dan mereka yang melakukannya sahaja yang mengetahuinya. Persoalan yang timbul disini siapakah yang mengapi-api sehingga isu penggunaan nama Allah ini telah menjadi begitu sensetif.

    Siapa yang menyiar dan mengangkat isu ini menjadi gamat tak tentu hala. Tak sabar-sabar mengadakan demotrasi. Kononnya mereka lah orang Islam yang perihatin terhadap agama ini. Mereka mendabid dada kononnya mereka sayangkan Allah lebih dari diri mereka dan anak bini mereka, sedangkan hukum-hukum Allah merekalah orang yang pertama menentangnya. Apa kah mereka ini faham agama atau sebaliknya.

    Mari kita sama-sama baca tulisan Dr. Asri Zainalabidin bekas Mufti Perlis dan TGN Aziz berhubung dengan perkara ini.

    Dari blog Drmaza disini....Serangan ke atas Gereja

    Dari Malaysiakin oleh TGNA...Perbuatan bakar gereja berdosa

    Bagi saya orang yang harus dipertanggungjawab adalah mereka yang cuba menjadi juara untuk kepentingan Politik sempit dan disisi Allah mereka adalah hamba yang lebih buruk dan neraka adalah tempat juara-juara ini ditempatkan....Amin.

    Dari Blog Rakyat 1Malaysia.


    Saturday, January 2, 2010

    Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah

    Blog Dr Maza (Artikal asal.....http://drmaza.com/home/?p=566#more-566)



    ** Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin enggan mengulas mengenai isu nama Allah yang telah diputuskan di mahkamah, sebaliknya berikut merupakan artikel lama yang telah ditulis beliau dan dicadangkan untuk pembacaan.

    Banyak pihak mendesak saya memberikan pandangan tentang penggunaan nama Allah oleh agama lain khususnya agama Kristian di Malaysia ini. Pada awalnya, saya selalu mengelak, cuma memberikan pandangan ringkas dengan berkata: “Isu ini bukan isu nas Islam, ianya lebih bersifat pentadbiran atau tempatan.


    Peraturan ini mungkin atas alasan-alasan setempat seperti kenapa sekarang baru ditimbulkan isu ini? Kenapa hanya Bible dalam bahasa melayu sahaja yang hendak menggunakan panggilan Allah, tidak pula edisi Inggerisnya? Adakah di sana ada agenda tersembunyi? Maka wujudnya tanda soal dan beberapa prasangka yang mungkin ada asasnya. Maka lahirlah kebimbangan terhadap kesan yang bakal timbul dari isu itu nanti.

    Namun, akhir-akhir ini saya terus didesak. Saya kata: jika anda hendak tahu pendirian Islam bukanlah dengan falsafah-falsafah tentang akar bahasa itu dan ini yang diutamakan. Rujuk terdahulu apa kata al-Quran dan al-Sunnah. Lepas itu kita bincang hukum berkenaan bertitik tolak dari kedua sumber tersebut.

    Kadang-kala kesilapan kita dalam mempertahankan perkara yang tidak begitu penting, boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Isu yang terpenting bagi saya adalah kefahaman mengenai keadilan dan kerahmatan Islam yang mesti sampai kepada setiap rakyat negara ini, muslim atau bukan muslim. Supaya gambaran negatif yang salah terhadap Islam dapat dikikis dari minda mereka yang keliru.

    Di samping itu, hendaklah kita jelas bahawa yang membezakan akidah Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan, atau rebutan nama Allah, sebaliknya pada ketulusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Di samping, kita mesti bertanya diri kita: mengapakah kita sentiasa merasakan kita akan menjadi pihak yang tewas jika orang lain memanggil tuhan Allah? Mengapakah kita tidak merasakan itu akan lebih memudahkan kita menyampaikan kepada mereka tentang akidah Islam?. Maka, apakah isu ini bertitik tolak dari nas-nas Islam, atau kebimbangan disebabkan kelemahan diri umat Islam itu sendiri?

    Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.
    Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).
    Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).
    Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

    Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.

    Apakah patut kita kata kepadanya: awak jangan kata Allah yang menurunkan hujan, atau mencipta itu dan ini, awak tidak boleh kata demikian kerana awak bukan muslim, sebaliknya awak kena kata tokong awak yang menurun hujan”. Apakah ini tindakan yang betul? Tidakkah itu menjauhkan dia dari daerah ketuhanan yang sebenar? Kita sepatutnya berusaha mendekatkan dia kepada ajaran yang benar. Namun, jika dia berkata: “Tokong ini adalah Allah”. Saya kata: “Awak dusta, itu tidak benar! Maha suci Allah dari dakwaan awak”.
    Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia,
    Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40).
    Ayat ini mengakui tempat-tempat ibadah itu disebut nama Allah. Adapun berhubung dengan orang Kristian,
    Allah menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).
    Ayat ini tidak membantah mereka menyebut Allah, tetapi yang dibantah adalah dakwaan bahawa Allah adalah satu dari yang tiga.

    Justeru itu kita lihat, orang-orang Kristian Arab memang memakai perkataan Allah dalam Bible mereka, juga buku-buku doa mereka. Tiada siapa pun di kalangan para ulama kaum muslimin sejak dahulu yang membantahnya. Jika ada bantahan di Malaysia, saya fikir ini mungkin atas alasan-alasan setempat yang saya sebutkan pada awal tadi. Cuma yang diharapkan, janganlah bantahan itu akhirnya memandulkan dakwah Islam dan menjadikan orang salah faham terhadap agama suci ini.

    Saya selalu bertanya sehingga bilakah kita di Malaysia ini akan begitu defensive, tidak memiliki anti-bodi dan tidak mahu berusaha menguatkannya dalam diri? Akhirnya, kita terus bimbang dan takut kepada setiap yang melintas. Padahal itu bukan sifat Islam. Islam agama yang ke hadapan, misi dan intinya sentiasa disebarkan.
    Sehingga Allah menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). (Surah al-Taubah ayat 6).
    Ada orang tertentu yang berkata kepada saya: nanti orang Islam keliru kerana sebutan nama Allah itu sama antara mereka dan Islam. Lalu rosak akidah orang Islam kita nanti. Saya berkata kepadanya: “Jikalaulah sebutan nama tuhan itulah yang menentukan akidah Islam, tentulah golongan musyrikin Mekah tidak memerlukan akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Mereka telah sekian lama memanggil tuhan dengan panggilan Allah.

    Lihatlah bapa Nabi kita Muhammad bernama ‘Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Tentu sekali bapa baginda lahir pada zaman jahiliah sebelum kemunculan baginda sebagai rasul. Nama itu dipilih oleh datuk Abdul Muttalib yang menjadi pemimpin Quraish pada zaman dahulu. Quraish pada zaman jahiliah juga bertawaf dengan menyebut: LabbaikalLahhumma yang bermaksud: Menyahut seruanMu ya Allah!

    Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:
    “Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.
    Maka yang membezakan akidah Islam dan selainnya adalah tauhid yang tulus yang menentang segala unsur syirik. Ketidak jelasan dalam persoalan inilah yang menggugat akidah jenerasi kita. Mereka yang berakidah dengan akidah Islam sangat sensitif kepada sebarang unsur syirk agar tidak menyentuh akidahnya. Bukan semua yang mengakui Allah akan dianggap beriman dengan iman yang sah selagi dia tidak membersihkan diri dari segala unsur syirik.

    Lihat, betapa ramai yang memakai serban dan jubah, berzikir sakan tetapi dalam masa yang sama menyembah kubur-kubur tok wali tertentu dengan cara menyeru dan merintih pemohonan darinya. Ini yang dilakukan oleh sesetengah tarekat yang sesat. Apa beza mereka ini dengan yang memanggil nama-nama berhala yang asalnya dari nama orang-orang saleh juga, yang mati pada zaman dahulu.

    Firman Allah: (maksudnya) Ingatlah! Untuk Allah agama yang suci bersih (dari segala rupa syirik). dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung (sambil berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan Yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Surah al-Zumar ayat 3).

    Di Malaysia kita pun ada yang memakai gelaran agama menentang pengajaran tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Mereka ini menyimpan agenda musuh-musuh dakwah. Padahal pengajaran tauhid yang sedemikianlah yang mampu menjadikan muslim memahami dengan mudah hakikat tauhid. Mampu membezakan antara; sekadar mempercayai kewujudan Allah dengan mentauhidkan Allah dalam zatNya, ibadah kepadaNya dan sifat-sifatNya.

    Persoalan tauhid anti syirik ini begitu mudah dan ringkas untuk memahaminya. Nabi s.a.w telah menyebarkannya dengan begitu pantas dan mudah. Seorang badawi buta huruf yang datang berjumpa baginda mampu memahami hanya dalam beberapa sessi ringkas. Bahkan mampu pulang dan mengislamkan seluruh kaumnya dengan akidah yang teguh. Namun, di kalangan kita, pengajaran akidah yang dinamakan ilmu kalam begitu berfalsafah dan menyusahkan.

    Bukan sahaja badwi, orang universiti pun susah nak faham. Sehingga seseorang bukan bertambah iman, tetapi bertambah serabut. Bertahun-tahun masih dalam kesamaran. Diajar Allah ada, lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta..lalu ditokok tambah dengan falsafah-falsafah dan konsep-konsep yang menyusahkan. Padahal penganut agama lain juga menyatakan tuhan itu ada, melihat, tidak buta, mendengar, tidak pekak dan seterusnya. Apa bezanya jika sekadar memahami perkara tersebut cuma?

    Maka anak-anak orang Islam kita gagal memahami hakikat tauhid anti-syirik yang sebenar. Padahal ianya begitu mudah semudah memahami kalimah-kalimah akidah dalam surah al-Ikhlas yang ringkas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah…Lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran Yunan dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka” (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat). Dahulu kelemahan ini mungkin tidak dirasa, tetapi apabila kita hidup dalam dunia persaingan, kita mula menderitai kesannya.

    Jika akidah jenerasi kita jelas, apakah mereka boleh keliru antara ajaran Islam dan Kristian? Adakah mereka tidak tahu beza antara ajaran yang menyebut tuhan bapa, tuhan anak dan ruhul qudus dengan akidah Islam yang anti-syirik, hanya disebabkan adanya sebutan Allah? Begitu jauh sekali perbezaan itu! Bagaimana mungkin sehingga mereka tidak dapat membezakan antara malam dan siang? Apakah juga nanti kita tidak membenarkan pihak lain menyebut nama nabi Ibrahim, Ishak, Ya’kub, Daud dan lain-lain kerana budak-budak kita akan keliru lagi. Akidah apakah yang mereka belajar selama ini di KAFA, JQAF dan berbagai lagi sehingga begitu corot. Kalau begitu, sama ada sukatan itu lemah, atau tenaga pengajarnya perlu dibetulkan.

    Maka sebenarnya, isu ini adalah isu kelemahan kita umat Islam dalam memahami akidah yang sebenar. Jenerasi kita tidak mempunyai benteng akidah yang kukuh. Lalu kita semua bimbang mereka keliru dengan akidah orang lain. Untuk mengatasi masalah ini, kita cuba mengambil pendekatan undang-undang. Agar dengan halangan undang-undang, kelemahan akidah generasi kita dapat dipertahankan.

    Persoalan yang patut kita fikirkan, sehingga bilakah kita akan mampu terus hidup hanya berbekalkan oksigen dari saluran undang-undang sehingga kita yang majoriti, dengan segala peruntukan yang ada; TV, radio, berbagai-bagai institusi dan agensi yang dilindungi, masih takut kepada gerakan minoriti? Di manakah kehebatan Islam yang selalu kita sebut dan ceritakan sejarah kegemilangannya? Atau sebenarnya, kita tidak memiliki Islam seperti hari ia diturunkan? Maka kempen Islam kita selalu tidak berkesan.

    Bagi saya, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.


    'Zaman joli katak sudah berakhir'

    Malaysiakini (Artikal asal....http://www.malaysiakini.com/news/120890)

    Zaman 'joli katak' sudah berakhir dan wang 'loteri minyak' makin berkurangan, khususnya akibat kelemahan pengurusan kerajaan, kata pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

    Menurut pengasas Petronas itu, rancangan asal gergasi petroleum itu tidak termasuk mengeluarkan minyak berlebihan untuk membayar kos projek kerajaan bernilai berbilion ringgit.

    "Ia bermula dengan perjanjian (pembelian peralatan ketenteraan) dengan (perdana menteri Britain pada masa itu) Margaret Thatcher.

    "Kemudian, pengeluaran minyak tiba-tiba berganda daripada 650,000 tong sehari kepada lebih satu juta tong sehari (untuk menampung pembelian senjata). Itu sudah terlalu banyak untuk kita," katanya.

    Sebagai seorang perancang utama kepada rancangan minyak Malaysia, bekas menteri kewangan itu kini cuba untuk membetulkan keadaan, lebih-lebih lagi untuk negeri asalnya sendiri yang beliau percaya mempunyai "hak berdaulat" untuk menerima bayaran royalti minyak bagi sumber yang ditemui di perairannya.

    "Ianya bukan isu yang sukar sebab selagi minyak itu ditemui di perairan Kelantan, sama ada ianya kawasan usaha sama atau sama ada ia di luar pantai dalam zon ekonomi eksklusif negara, Petronas tetap perlu membayarnya," katanya.

    Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah rundingan di antara negeri dan pusat, yang disifatkan Tengku Razaleigh sebagai lapuk dan tidak mampu menyediakan pulangan yang diperlukan bagi pembangunan di setiap negeri.

    Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.

    "Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.

    "Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga," katanya lagi.

    Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

    Lagi disini

    Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

    RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration