Oleh Herman Samsudeen
Tinggal di hutan Sherwood di Nottinghamshire bersama kawan-kawannya dan merompak golongan kaya. Hasil rompakan diberikan kepada golongan fakir miskin. Itulah kerjaya harian Robinhood hingga ia dijulang sebagai hero rakyat.
Bagaimana pula keadaan Vincent Tan? Beliau tidak merompak, tetapi menjual tiket-tiket perjudian yang dihalalkan oleh Kerajaan Umno-BN. Dari segi undang-undang negara Vincent Tan dilihat tidak salah. Tetapi dari segi undang-undang moral kemanusiaan ianya jelas salah.
Judi tetap haram. Dan tidak semua kaki judi itu orang kaya macam mangsa Robinhood. Ramai kaki judi itu dari golongan miskin dan sederhana. Mereka terpedaya dengan iklan judi dengan harapan dapat jadi kaya dengan cepat.
Vincent Tan dapat kutip berbilion setahun dan dia mahu dermakan RM 525 juta hasilnya itu melalui Better Malaysia Foundation untuk membantu rakyat yang susah. Duit haram untuk lakukan kebajikan, janggal tapi benar.
Jika Robinhood hanya mampu bina rumah dalam hutan Sherwood dengan hasil rompakannya, Vincent pula mampu bina banyak rumah yang berharga jutaan ringgit dari hasil keuntungan judi. Memang luarbiasa cara hidup mereka.
sebab itulah kita tidak boleh melihat Vincent Tan sama macam Robinhood. Vincent gunakan peluang itu untuk kaut keuntungan lebih, tetapi Robinhood hanya mahu membantu. Persamaan mereka satu sahaja, mereka gunakan cara yang salah, haram dan bermoral rendah untuk mencari duit.
Oleh itu, rakyat Malaysia harus menghentikan lakonan dan putar belit Vincent ini. Kalau dia boleh bagi RM 525 juta dalam bentuk sumbangan, berapa pula yang dia mampu bagi untuk dapatkan lesen itu.
Jangan lupa, beliau juga kena bayar cukai kepada Kerajaan. Jadi fikirlah berapa banyak hasil judi yang masuk dalam poketnya. Tidak ada orang yang berniaga untuk rugi.
Soal halal haram Vincent mana peduli, tapi rakyat harus peduli.
No comments:
Post a Comment