Saturday, January 22, 2011
Debat?? sorry... dalam UMNO hanya ada BODEK!
DEBAT ANWAR – NAJIB
Ditulis oleh Tongkat Bahaman
Debat politik secara terbuka bukanlah sesuatu yang baru. Dua ribu tahun yang lalu masyarakat Athens telah pun menjadikan perdebatan secara terbuka ini bagi memberi pilihan terbaik untuk rakyat mereka. Di Amerika dan England berpuluh-puluh tahun lalu ia telah menjadi amalan menyemarakkan sistem demokrasi anutan mereka.
Dalam isu debat antara Anwar – Najib, jika kita banci pendapat rakyat sudah tentu majoriti akan minta agar ia diadakan. Ini selaras dengan slogan yang sering dilaung-laungkan kerajaan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” Kita tidak nampak sebarang sebab untuk Najib berdolak dalih mengenai cabaran ini.
Tidak ada sebab juga mengapa Najib perlu takut untuk berdepan dengan Anwar! Hadiahkanlah sebuah kesempatan paling berharga buat rakyat, menyaksikan detik bersejarah ini. Benar-benar rakyat ingin menyaksikannya. Biarlah ia menjadi satu perkembangan baru ke arah pembangunan politik yang lebih sihat di negara ini.
Apabila Najib berdolak dalih untuk mengelak, rakyat sudah dapat membaca bahawa Najib yang selalunya gemar berseloka, tidak sanggup berdepan dengan Anwar. Kemunculan KJ dan Nazri Aziz pula dilihat sebagai langkah untuk menyelamatkan air muka boss mereka sekaligus juga membodek.
Dalam UMNO tidak pernah ada budaya debat. Yang ada adalah budaya angguk dan bodek. Bila boss buat sedikit lawak, walaupun tidak lucu satu dewan ketawa berdekah-dekah. Jika ada idea baru dari muka baru cepat-cepat dicantas. Sebarang komen dilihat sebagai kritikan. Setiap kritikan adalah ancaman. Dalam mesyuarat UMNO, bukan sahaja tidak ada perbahasan malah yang ada drama “cadang.. sokong.. dan cadangan ditutup” 15 minit mesyuarat selesai.
Pemimpin-pemimpin UMNO berfikir bahawa semakin bodoh ahli-ahli UMNO maka semakin mudah mereka dapat mengendalinya “macam kerbau…” Sebab itu media-media arus perdana tidak bekerja membangunkan fikiran sebaliknya memperbodohkan rakyat. Lagi bodoh lagi bagus. Lagi bodoh lagi senang suap. Lagi bodoh lagi senang kelentong.
Rancangan 100 hari yang dicadangkan Anwar kali ini benar-benar suatu yang menakjubkan. Belum pernah tercetus sebelum ini yang memberi tumpuan secara objektif terhadap kepentingan rakyat. Ia akan menjadi lebih anjal jika rakyat dapat memahaminya dengan jelas. Rancangan ini juga anjal terhadap menjana pertumbuhan ekonomi negara, pendapatan benar isirumah dan sokongan terhadap penurunan kos pihak swasta.
Rancangan ini akan menamatkan ISA. Sebuah akta yang merembat pemimpin-pemimpin progresif negara berwibawa sebelum ini. Akta warisan penjajah yang berasal dari Undang-Undang Darurat 1948 yang digunakan oleh rejim kolonial Inggeris melumpuhkan gerakan progresif di Malaya suatu ketika dulu. Selepas itu ISA menjadi alat UMNO pula bagi musuh-musuh politiknya atas alasan palsu “keselamatan negara”. Sepatutnya pemimpin UMNO perlu melihat lebih jauh kerana sekiranya kuasa bertukar tangan dan tumpas, sekurang-kurangnya ISA tidak akan membidas !
Rancangan pengambilan Asset Lebuh Raya oleh Khazanah dan KWSP yang dicadangkan dalam Rancangan 100 hari itu juga suatu yang dinanti-nantikan rakyat. Ia akan mengurangkan beban kos begitu besar yang ditanggung oleh isirumah/swasta selama ini.
Harga barang dan perkhidmatan juga akan menggelungsur turun kerana selama ini kos angkutan ini telah dipindahkan kepada pengguna dalam bentuk harga di pasar yang ditentukan pengeluar. Kos ini juga sebenarnya suatu hambatan kepada pertumbuhan KDNK kerana ia mengekang luncuran aktiviti ekonomi. Penurunan kos juga akan memberi Malaysia lebih daya saing secara berbanding kerana harga domestik produk yang lebih rendah di samping nilai buruh yang lebih baik.
Mengurangkan atau membebaskan kos ini dari ditanggung oleh rakyat akan menyebabkan ekonomi mampu bertumbuh lebih pantas dan rakyat akan menikmati kos sara hidup yang lebih rendah. Secara tidak langsung pendapatan benar isirumah bertambah baik.
Pemimpin-pemimpin UMNO dan BN tidak pernah merasa kesengsaraan yang dialami oleh rakyat termasuk kakitangan kerajaan bergaji tetap. Keperitan hidup yang berpunca oleh kos sara hidup yang tinggi mengheret mereka kepada gejala rasuah! Kerana tekanan hidup mereka tidak peduli halal dan haram rezeki yang mereka bawa balik untuk keluarga.
Tidak ada lagi Jabatan Kerajaan yang tidak rasuah termasuk Jabatan Agama Islam. Tidak usah kita menuding jari kepada anggota polis yang menahan motorsikal dan kereta di lorong-lorong sunyi atau mengganggu pekerja-pekerja asing untuk pau gaji mereka. Dalam UMNO, rasuah telah jadi air minum. UMNO hanya perangi rasuah dengan papan-papan tanda bagi mengelirukan rakyat. Papan tanda ini sendiri satu projek rasuah yang lumaian tendernya.
Pendedahan Ketua Audit Negara bahawa jumlah nilai rasuah atau tirisan yang berlaku dari wang perbendaharaan negara di Malaysia adalah sebanyak RM28,000,000,000 (dua puluh lapan billion setahun) menunjukkan ia satu ancaman yang besar terhadap rakyat.
Memerangi rasuah secara habis-habisan dalam Rancangan 100 hari itu paling tidak ia dapat mengurangkan kesan tirisan ini yang bukan sahaja ditanggung oleh rakyat secara langsung malah sebenarnya telah memberi kesan berganda kepada rakyat yang perlu membayar harga yang lebih tinggi bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang mereka gunakan. Harga yang tinggi itu termasuk kos rasuah yang terlibat dalam transaksi yang melibatkan orang yang berkuasa dengan pihak kedua yang mungkin terdiri daripada pengusaha-pengusaha swasta.
Rancangan 100 hari itu juga sebenarnya suatu yang sangat hebat, dicetuskan oleh orang-orang yang benar-benar pakar melihat reformasi bukan sahaja pada soal pemimpin tetapi juga pada sistem dan nilai.
Begitu juga dengan rancangan mengembalikan penghormatan rakyat terhadap guru. Ia boleh dilihat sebagai satu langkah awal ke arah itu. Guru adalah agen pembinaan insan paling mulia. Jika langkah awal ini berjaya, guru-guru tidak lagi perlu menjual buku-buku kerja di sekolah atau mengajar tuisyen demi untuk mencari pendapatan tambahan keluarga.
Imej guru sebenarnya telah hancur sejak tahun 1980an lagi, selepas Dr. Mahathir memperkenalkan dasar Malaysia Incorporated. Bila Malaysia sudah jadi sebuah syarikat korporat, semua orang termasuk guru juga ingin hidup mewah. Pengetua dan guru-guru mula berlegar-legar di stock market.
Jika rancangan awal ini berjaya, pengetua-pengetua sekolah juga tidak perlu ambil komisyen jualan daripada pengedar buku di sekolah. Suatu ketika dulu golongan pendidik begitu dihormati dalam masyarakat. Panggilan “cikgu” kekal hingga di saat dia sedang nazak. Hari ini guru di pandang sebelah mata… !
Najib tidak perlu berdolak dalih. Pelan 100 hari ini adalah suatu yang masuk akal. Sebagai pemimpin tertinggi ia perlu berani turun gelanggang. Tidak perlu hantar KJ atau Nazri kerana kedua-dua bocah ini sama sekali bukan lawannya.
Rakyat ingin melihat Najib menikam Anwar di gelanggang jika benar rancangan Anwar ini suatu yang karut yang boleh membawa negara muflis. Tidakkah angka hutang negara yang sudah melebihi 53 % berbanding KDNK kita itu satu indikator ke arah negara muflis ? Bukankah Dasar 19 Program Penjualan Bon baru juga telah meningkatkan hutang tambahan negara bernilai RM58.1 bilion.” Juga akan membebankan rakyat ?
Rakyat sebenarnya sedang memerhati segala tindakan yang dilakukan oleh kerajaan termasuk segala operasi saman di jalan-jalan raya. Lebuh raya telah menjadi lukah menjana hasil dan bukan demi keselamatan rakyat. Jika untuk keselamatan banyak lagi cara yang boleh dilakukan termasuk mengenakan sistem “demerit mata” seperti yang dilakukan oleh banyak negara-negara di dunia. Semakan semula cukai pendapatan secara berulang kali terhadap isirumah dan mengenakan cukai dan taksiran tambahan juga sebenarnya disedari terutama bagi orang-orang yang tinggal di bandar.
Pemimpin-pemimpin BN tidak tahu bagaimana peritnya rakyat bekerja untuk mencari wang. Segala pendapatan mereka dihisap dengan begitu rakus oleh pihak kerajaan dalam bentuk cukai, lesen, saman, bil-bil, denda dan sebagainya.
Kepada kedua-dua bocah iaitu Nazri dan KJ kami ingin berpesan supaya jauh dari gelanggang ini. Jangan kacau daun. Rakyat ingin menyaksikan pertikaman antara Anwar dan Najib. Rancangan 100 hari oleh Anwar sebenarnya membawa cahaya baru untuk rakyat Malaysia terutama rakyat yang miskin. 53 tahun merdeka dalam sebuah negara yang kaya, namun rakyatnya tetap susah dan sengsara.
Sunday, January 9, 2011
UMNO ni apa?
SEJARAH PENDERHAKAAN UMNO TERHADAP RAJA & SULTAN MELAYU : OLEH NASIR
Assalamu...alaikum kepada semua pembaca terutamanya dari kalangan penyokong Umno.Berikut saya sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu. Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat.akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua. Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya. Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini.Saya susun mengikut negeri-negeri.
Kelantan : Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan. Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan. Dato'Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru.Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan. Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku. Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri. Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam.Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu. Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato'Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku "Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah"sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.
Negeri Sembilan : Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau.Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.
Selangor : Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan "kisah" beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah). Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab "Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam"Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu. Pahang : Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir. Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu.Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.
Perak : Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya. Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.
Johor : Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir. Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan. Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam? Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.
Terengganu : Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.
Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan. Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.
Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu. Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu. Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.
Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya. Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.
Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno. Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu.Jahat bukan? Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.
Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…? Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu. Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.Renung-renungkanlah semua.
Kelantan : Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan. Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan. Dato'Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru.Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan. Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku. Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri. Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam.Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu. Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato'Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku "Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah"sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.
Negeri Sembilan : Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau.Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.
Selangor : Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan "kisah" beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah). Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab "Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam"Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu. Pahang : Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir. Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu.Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.
Perak : Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya. Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.
Johor : Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir. Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan. Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam? Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.
Terengganu : Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.
Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan. Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.
Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu. Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu. Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.
Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya. Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.
Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno. Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu.Jahat bukan? Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.
Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…? Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu. Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.Renung-renungkanlah semua.
Read more: http://wartawansukarela.blogspot.com/2010/09/sejarah-penderhakaan-umno-terhadap-raja.html#ixzz1AWsJQybY
Saturday, January 8, 2011
TERKINI: Migrant Care Sahkan Laporan Robengah Diperkosa..Siapa yang Menipu?
Oleh: Pria Malaya
1. Hari ini terdapat dua laporan yang bercanggah antara satu sama lain mengenai isu 'menteri rogol amah'..di satu pihak, pengerusi Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Jumhur Hidayat menafikan isu ini, bahkan menurutnya, Robengah telah menafikannya dan isu ini sebenarnya langsung tak wujud..boleh baca di dlm laporan "DetikNews" di SINI..
2. Di satu pihak yang lain, Migrant Care dalam satu kenyataan medianya hari ini, mempertahankan laporannya yang terdahulu berkaitan dokumen Robengah diperkosa, malah menurut Direktur Eksekutif Migrant Care, Anis Hidayah Jumat, mereka tidak sesekali gentar dengan ugutan pemerintah Malaysia..boleh baca dalam laporan "Tempo Interaktif" di SINI..
3. Menurut kementerian Luar Negeri Indonesia pula, kerajaan Indonesia tidak boleh mengambil tindakan lanjut kerana mangsa dikatakan tidak membuat laporan rasmi sama ada kepada polis atau lain2 badan bebas..namun ini bukan bermakna isu ini akan ditutup terus..katanya jika ada maklumat terkini atau tuntutan dari tenaga kerja Indonesia, maka kerajaan Indonesia akan bertindak..baca seterusnya dalam laporan "Tempo Interaktif" di SINI..
3. Mohd Sayuti Omar (MSO) ketika mengulas isu ini pula mendakwa:
"Penafian amah itu tidak akan menamatkan isu menteri berkenaan. Dalam kepala orang kampung, budak sekolah, guru Tadika, tukang gunting, pemandu teksi, penjaga lif, budak pejabat semua bertanya... betulkah? Benarkah? Takkan le? Semua pertanyaan berbentuk tanda seruan itu sudah cukup untuk menteri berkenaan berundur perlahan-lahan.Boleh rujuk artikel penuh beliau di SINI..
Tidak susah untuk beliau berundur kerana tuduhan itu (kalau ia benar). Menteri itu seorang ahli bahasa, dia boleh putar dan menghalalkan tindakan itu. Dia boleh tenggelamkan dalam bahasa berbunga-bunganya."
4. Membaca penulisan MSO diatas membuatkan penulis teringat kisah seorang bekas Menteri Umno/BN yang dituduh meraba punggung seorang pelayan hotel sekitar tahun 2008 disebuah hotel di ibu negara..rentetan perlakuan tersebut, wanita berkenaan yang ditemani teman lelakinya membuat laporan polis empat hari selepas kejadian..
5. Namun kalian tahu apa keputusan dari kes ini??..ya, wanita tadi tiba2 menarik semula laporan polis terhadap menteri Umno itu, dan kes ini 'ditutup' begitu sahaja...boleh lihat versi video di SINI dan diSINI...so, apa kaitannya kes 'menteri raba punggung' ini dgn kes 'menteri rogol amah' di sini??...korang fikirlah sendiri..
6. Untuk yg terakhirnya, seruan penulis pd blogger Umno, daripada kamu meroyan dan melalut jauh, ada baiknya kalian menasihati baik2 supaya Rais Yatim menyaman Migrant Care andai laporannya tidak benar..ingat, isu ini bakal meledak dlm situasi yg tidak dijangka2, bahkan kesannya bukan shj tercalit pd parti Umno, malah pada negara Malaysia..
Akhir kalam..berani kerana benar..fikir2kan..wallahua'lam..
p/s: Pada blogger Umno terbabit, penulis masih menunggu jawapan kalian dalam isu ini di SINI..mohon disampaikan pada blogger2 yg berkenaan...
Migran CARE akui laporan kes rogol amah
NGO buruh Indonesia, Migrant CARE dalam satu sidang media di Jakarta hari ini mengakui telah membuat siasatan berhubung dakwaan seorang menteri Malaysia yang telah merogol pembantu rumahnya seorang wanita warga Indonesia.
Dalam kenyataan bersama yang dibuat oleh Pengarah Eksekutif, Anis Hidayah dan Penganalisis Polisi, Wahyu Susilo, mereka juga mengesahkan dokumen rahsia bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI)' yang didedahkan beberapa blog politik adalah laporan hasil siasatan mereka.
"Migrant CARE pada pertengahan bulan Juli 2007 silam, memang telah melakukan investigasi mengenai kasus dugaan perkosaan yang dialami oleh RB dengan pelaku majikannya selama menjadi PRT migran di Malaysia. Dan majikannya adalah seorang menteri.
"Namun pihak korban tidak mau kasus tersebut diungkap ke publik dan tidak menuntut secara hukum. Dan Migrant CARE kemudian menyerahkan hasil investigasi tersebut kepada pihak pemerintah yakni, Mabes Polri dan KBRI Kuala Lampur," kata mereka seperti kenyataan media yang diterima Harakahdaily.
Menurut mereka lagi, sehingga ianya didedahkan oleh Wikileaks pada akhir Desember 2010, Migran Care tidak pernah menghebahkan kes tersebut kepada mana-mana pihak ekoran permintaan magsa, Rubingah.
Bagaimanapun kata mereka, dengan terungkapnya kes tersebut mereka berharap agar pemerintah Indonesia mampu berbuat sesuatu untuk keadilan mangsa.
"Kasus ini juga memberikan pelajaran kepada pemerintah Indonesia dan Malaysia untuk segera menuntaskan revisi MoU antara Indonesia-Malaysia tentang perlindungan PRT migran.
"Diharapkan revisi MoU tersebut akan menjadi inastrumen hukum yang melindungi sekaligus meminimalisir kerentanan-kerentanan PRT migran Indonesia terhadap berbagai bentuk pelanggaran HAM, seperti kekerasan fisik, kekerasan seksual dan perkosaan," kata kenyataan media mereka.
Versi akhbar Indonesia..
[tempointeraktif.com]
Migrant Care Tidak Takut Digugat Pemerintah Malaysia
TEMPO Interaktif, Jakarta - Pada 26 Desember 2010 lalu, Wikileaks membuka sejumlah dokumen rahasia ke publik. Satu dokumen di antaranya mengenai kasus pemerkosaan pekerja wanita asal Indonesia, berinisial RB, di Malaysia pada 2007 silam. Menurut dokumen itu, RB diperkosa oleh majikannya yang juga seorang menteri di Malaysia.
Satu sumber yang disebut-sebut Wikileaks adalah Migrant Care. Meski perhimpunan buruh itu membantah telah membocorkan dokumen ke Wikileaks, namun mereka menyatakan tidak takut bila pemerintah Malaysia melayangkan gugatan.
"Kalau ada gugatan kami tidak punya kepentingan tidak berani. Tidak ada masalah apa pun," kata Direktur Eksekutif Migrant Care Anis Hidayah, Jumat (7/1).
Alasan Anis tidak merasa takut karena proses investigasi dilakukan berdasar laporan keluarga korban, penyelidikan dilakukan ke korban secara mendalam, dan Migrant Care tidak pernah membocorkan hasil investigasi itu. "Lagi pula yang kami ungkap dugaan kasus pidana yang kerap dialami TKI di Malaysia."
Dia juga mengaku bila Migrant Care tidak memiliki kepentingan dengan pemerintah Malaysia atau majikan RB yang merupakan menteri itu. "Yang kami lakukan adalah pekerjaan sebagai pemerhati buruh," ujarnya.
Baca juga terjemahan laporan Free Malaysia Today tentang isu ini dibawah..
Jakarta Sudah Tahu Kes Robengah Sejak 2007 Lagi!!
PETALING JAYA: Kerajaan Indonesia sudah mengetahui kes Menteri Penerangan, Kominukasi dan Kebudayaan Malaysia, Rais Yatim yang didakwa merogol seorang pembantu rumah Indonesia, Robengah sejak tahun 2007.
Bagaimanapun, ia tidak menjadi satu isu besar apabila Robengah sendiri tidak mahu menekan tuduhan undang-undang terhadap Rais atas alasan takut dan malu.
Pengarah Migrant Care Malaysia, Alex Ong memberitahu FMT (Free Malaysia Today) bahawa jabatan Migrant Care Indonesia yang telah merangka draf laporan berdasarkan temuramah dengan Robengah dan penyiasatan selanjutnya.
Laporan asal dari Free Malaysia Today di bawah.
PETALING JAYA: The Indonesian government has known about Information, Communications and Culture Minister Rais Yatim’s alleged rape of an Indonesian maid, Robengah, since 2007.
However, it did not make an issue out of it as Robengah did not want to press charges against Rais out of fear and shame.
Migrant Care Malaysian country director Alex Ong told FMT that its Indonesian department had drafted a report based on an interview with Robengah and subsequent investigations.
Ong said that Migrant Care in Indonesia had sent officers to interview Robengah in 2007, after she was sent back from Malaysia.
“We confirm that the document is original and from us. After Migrant Care did the report, we came out with a statement and sent it to the Indonesian embassy in KL, and to Mabes Polri (Indonesian police headquarters),” Ong said.
The report was also allegedly released through Internet whistleblower WikiLeaks, and was recently highlighted by Ahiruddin Attan (better known as the blogger Rocky Bru).
Migrant Care, however, maintained that it did not release the report.
“The leak was not from us. If we wanted to do it, we would have done it in 2007. Not in 2010. Migrant Care did not reveal this case in accordance with the victim’s request,” Ong said.
“With the unfolding of the case, Migrant Care hopes that the Indonesian government will resolve this case in the interest of justice,” he said.
Migrant Care also told FMT that a press conference over Robengah’s report was held this afternoon in central Jakarta. Hence, the issue has been widely discussed in the Indonesian media.
According to online news portal Detik, the Indonesian Ministry of Foreign Affairs had known about Robengah’s case since 2007.
“I have read reports on this issue. But based on our information in 2007, when we raised the matter, the victim chose not to follow it up with the police,” Foreign Minister Marty Natalegawa was quoted as saying in Detik’s website.
Indonesian newspaper KOMPAS quoted Migrant Care Policy analyst Wahyu Susilo as saying that the government could not do anything over Robengah’s report.
“They were unable to do anything at the time because our report could only protect the victim, and at the same time, there was no Witness Protection Agency,” he said.
Isu Rais Yatim : Jawapan AMK kepada PM Najib Razak
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan terbaru Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang mempertikaikan dakwaan ke atas Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.
Antara lain Najib mempertikaikan kenapa dakwaan yang berlaku pada tahun 2007 dibangkitkan pada tahun 2011. Suka diingatkan, isunya bukanlah masa, sebaliknya isu yang timbul ialah salahlaku jenayah seksual yang didakwa telah berlaku dan tentunya secara tidak langsung boleh menyebabkan kekeruhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.
Isu ini pernah dikemukakan oleh MigrantCare, NGO yang bertanggungjawab mengenai isu kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia pada tahun 2007, tetapi tidak ada sebarang tindakan oleh kerajaan pada ketika itu.
Tindakan Najib mengatakan bahawa ‘Rais tidak boleh dihakimi sehinggalah siasatan dijalankan’ juga adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab !
Terbukti wujud dua set undang-undang yang berbeza untuk ahli Umno dan musuh Umno. Di saat Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang media, dinafikan hak bersuara, dikecam peribadinya di sebalik perbicaraan mahkamah yang lompong dan belum dibuktikan bersalah, tindakan Najib ini jelas bersifat dangkal.
Sekiranya benar sebagaimana kata Najib bahawa dakwaan ke atas Rais ini perlu disiasat, maka wujud kewajaran mendesak agar Rais digantung tugas atau direhatkan sementara daripada menjalankan tugas selaku ahli kabinet untuk mengelakkan sebarang ‘conflict of interest’.
Malaysia tidak harus lupa dengan insiden penarikan diri Rais selaku calon Setiausaha Agung Komanwel pada tahun 2007 dahulu,kira-kira 5 bulan selepas dakwaan merogol amah beliau tercetus. Apakah ada rahsia di sebaliknya? AMK mendesak agar Najib selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu menjawab persoalan ini pada kadar segera.
Isu di bawah ada kaitan
.
Friday, January 7, 2011
Mau Tipu Lagi......Memang Dia Bisu Selepas Ni Hendaknya....Amin!!!!!
Malaysiakini
Pejabat MB: Ramli 'membisu' hingga majlis bersara
Pejabat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa, sehingga majlis persaraan Datuk Ramli Mahmud pada 16 Disember lalu, bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan penggantinya.
Pejabat Khalid juga mendawa pada hari yang sama, dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di seelah pagi pada hari yang sama, Ramli turut 'membisu' mengenai perkara itu.
Kenyataan itu dikeluarkan lewat petang ini, dipercayai sebagai respons terhadap kenyataan Ramli dalam Malaysiakini awal petang ini yang menafikan beliau menyerahkan cadangan penggantinyakepada Sultan Selangor tanpa memaklumkan kepada Khalid.
Berikut kronologi pelantikan SUK menurut versi pejabat menteri besar yang merakamkan perkara itu:
26 Oktober 2010PSM memberi Nota Amalan kepada Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:
i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.
ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang
sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.
26 Oktober 2010Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.
8 November 2010Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.
22 November 2010.Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .
1 Disember 2010Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.
2 Disember 2010Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.
3 Disember 2010Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato' Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian
8 Disember 2010Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.
9 Disember 2010Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.
15 Disember 2010Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.
16 Disember 20102pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.
9pm: Majlis Persaraan untuk Dato' Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato' Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau
17 Disember 2010Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato' Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.
20 Disember 2010Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato' Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar.
21 Disember 2010Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Haji Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato' Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato' Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato' Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.
24 Disember 2010Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.
27 Disember 2010Dato' Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.
3 Januari 2011Dato' Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato' Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.
4 Januari 2011Pejabat Dato' Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.
6 Januari 2011Dato' Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato' Mohamad Khusrin.
(Ulasan: Sekiranya di Takdirkan PR memerintah negara ini suatu hari nanti...........mula-mula pecat semua Dato'-Dato' dan Pegawai serupa ini dan jangan bagi muka. Mereka cuba khianat pemerintah pilahan rakyat.....doa kami yang dizalimi hanya satu "Wahai Allah, hanya satu pinta kami, kau benamkan lah mereka-mereka ini ke dalam bumi mu ini sebagaimana yang telah kamu lakukan keatas kaum Nabi Luth a.s. Amin ya rabulalamin")
(Ulasan: Sekiranya di Takdirkan PR memerintah negara ini suatu hari nanti...........mula-mula pecat semua Dato'-Dato' dan Pegawai serupa ini dan jangan bagi muka. Mereka cuba khianat pemerintah pilahan rakyat.....doa kami yang dizalimi hanya satu "Wahai Allah, hanya satu pinta kami, kau benamkan lah mereka-mereka ini ke dalam bumi mu ini sebagaimana yang telah kamu lakukan keatas kaum Nabi Luth a.s. Amin ya rabulalamin")
Umno terjerat: Pindaan Perlembagaan 1994, dedah tembelang kemelut di Selangor
Biaqpila
Ketika Umno anti Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu, dan mahu kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja dikurangkan, presidennya, Tun Mahathir Mohamad telah melakukan pindaan terhadap Perlembagaan dan kini tindakan memerangkap Umno sendiri.
Menegaskan perkara ini, pakar Perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, Umno terlupa bahawa Perlembagaan telah dipinda oleh pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila melalui pindaan itu mempertimbangkan "nasihat" hendaklah difaham sebagai "menerima nasihat".
Beliau berkata, Umno sebenarnya sudah lupa perlembagaan telah mereka pinda dan usaha untuk mensabotaj Kerajaan Selangor akan gagal kerana jalannya sudah ditutup oleh mereka sendiri dahulu.
Kata Aziz, isu penting dalam kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor ialah cara perlantikan dan ini perlu ditangani dengan cara yang telah ditetapkan.
Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jelas memperuntukkan bahawa Sultan diberi tanggung jawab melantik ahli ex-officio Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) termasuk Setiausaha Kerajaan, tegasnya.
Bagaimana pun, kata beliau, baginda Sultan diminta mempertimbangkan syor Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan sebelum itu mempertimbangkan nasihat Menteri Besar.
Jelas Aziz, nasihat itu mesti dipatuhi oleh sultan.
Aziz berkata Kerajaan Selangor boleh membawa isu ini ke mahkamah untuk mendapat penjelasan, dan bila ditanya tentang kebebasan mahkamah beliau menegaskan itu soal lain.
"Apa yang penting ialah kita ada masalah; yakni pertikaian tentang siapa yang benar dan ini perlu diselesaikan melalui tafsiran undang-undang oleh mahkamah.
"Memang selama ini mahkamah sentiasa mengikut telunjuk Umno. Jadi kita nak tengok kali ini apa mahkamah nak buat. Ke mana hakim nak pergi", jelasnya.
Pensyarah kanan UIAM itu berkata, apa pun keputusan mahkamah Umno tetap dalam dilema dan malu.
Sekiranya mahkamah hendak menyebelahi Umno dalam isu SUK Selangor ini ia terpaksa mengisytiharkan bahawa Pindaan 1994 yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu tidak sah, dan ini mempunyai kesan yang mendalam selain memalukan Umno sendiri khususnya Mahathir yang sekarang memainkan peranan penting dalam politik Umno, tegasnya.
Dengan kata lain untuk mempertahankan kedudukannya di Selangor, ujar Aziz, Umno perlu mengorbankan ego dan maruah Mahathir.
Ditanya mengenai upacara angkat sumpah SUK di depan Sultan Selangor beliau berkata ia tidak dikehendaki oleh Perlembagaan kerana ia menetapkan bahawa upacara itu perlu dibuat di depan Menteri Besar.
"Walau apa pun angkat sumpah soal kedua, ia tidak berguna sekiranya pelantikannya sudah tidak sah. Yang penting pelantikan itu mesti dibuat dengan betul; yakni mengikut ketetapan Perlembagaan," tegas beliau.
Dalam soal ini Kerajaan Persekutuan, melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, telah melanggar Perlembagaan kerana mereka tidak ada peranan dan kuasa langsung dalam soal perlantikan SUK di Selangor dan negeri-negeri lain.
Kalau ada pun hanyalah bersifat pentadbiran dan ini perlu dibuat di dalam kerangka undang-undang yang begitu jelas sebagai mana yang dinyatakan tadi, ujarnya lagi.
Aziz juga mempersoalkan mengapa pelantikan SUK itu dibuat dengan tergesa-gesa.
"SUK tidak penting sangat. Lagipun penyandang yang ada boleh berkhidmat sehingga bulan Mac 2011. Mengapa dengan tiba-tiba beliau berhenti?
"Kalau itu tidak dapat dielakkan sekalipun, bukankah ada dua orang Timbalan SUK yang boleh memangku dan menjalankan kerja-kerja SUK?" soal beliau sambil menegaskan perlantikan itu boleh ditangguh dan tidak perlu dibuat dengan pantas.
Beliau menambah, perlembagaan negeri tidak menetapkan tempoh tertentu dan adalah tidak betul apabila Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Munir Bani menyalahkan kerajaan negeri yang didakwanya lambat menghantar calon untuk SUK.
Aziz mengimbau perletakan jawatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 1997 selepas ditahan di Australia.
"Menteri Besar amat penting kerana beliau adalah tonggak kerajaan. Dalam kes Muhammad itu, Selangor ketika itu sebenarnya tidak ada kerajaan kerana apabila Menteri Besar meletakkan jawatan, semua Exco secara automatik juga meletakkan jawatan bersamanya.
Bagaimanapun Almarhum Sultan ketika itu menyerahkan kepada Mahathir untuk memberi calon baru dan ini mengambil masa beberapa bulan, ujar beliau.
Aziz mempersoalkan sekiranya Selangor boleh bergerak tanpa kerajaan selama beberapa bulan apalah sangat dengan SUK; apatah lagi apabila jawatan itu boleh dipangku oleh pegawai lain.
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/01/umno-terjerat-pindaan-perlembagaan-1994.html#ixzz1ALuwg6yD
Wednesday, January 5, 2011
Bukti kerja busuk Umno
Bukti kerja busuk Umno
Biar Khusrin 'macam cacing kepanasan'KERAJAAN Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat, dengan jelas mengambil sikap menolak pelantikan Dato' Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Khusrin ditolak kerana, sejak menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, beliau memang sengaja mencari pasal untuk menyusahkan PAS, KeADILan dan DAP, dengan pelbagai alasan. Alasan yang sering disebut-sebut beliau, khususnya dalam soal agama di Selangor, ialah inilah 'titah tuanku' (titah Sultan Selangor). Terlalu banyak larangan yang beliau nyatakan, sama ada secara kenyataan atau bertulis. Sama ada betul atau tidak ianya titah Sultan, memang susah hendak disahkan. Sama ada ia rasional atau tidak, itu Khusrin tidak peduli asalkan 'hasrat beliau' tercapai. Sebagai rekod untuk memudahkan pemahaman pembaca Khusrin sebelum ini adalah bekas Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, Tan Sri Mohamad Mohd Taib. Jika latar belakang sudah menjadi SU Sulit MB dari Umno, dan berdasarkan banyak tindakannya dalam Jais menindas PAS khususnya, bermakna, Khusrin adalah spesies Umno tegar. Sebab itu Khusrin tidak peduli soal Kerajaan Pakatan Rakyat tidak menerimanya sebagai SUK, kerana tuannya adalah Kerajaan Pusat Umno-BN. Justeru pelantikannya ke jawatan SUK, tidak dapat ditolak, ianya adalah bermotifkan, bertujuan politik untuk kepentingan Umno-BN. Maka Pakatan Rakyat yang ditunjangi tiga parti PAS, KeADILan dan DAP, tidak ada pilihan lain. Mereka mesti bekerjasama sepenuhnya bagi menyekat balaci Umno ini dalam kerajaan. Berdasarkan 'track record', Khusrin bukan sahaja menjadi alat, malah menjadi 'key player' Umno-BN untuk merosakkan imej Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Soal beliau lompat jawatan dari gred Jusa C, terus naik ke Jusa A dengan mengetepikan penjawat gred Jusa B, biar pegawai kerajaan sendiri menilai ketidakadilan yang dilakukan. Jelas, kenaikan pangkat secara mendadak Khusrin, dibuat semata-mata untuk kepentingan politik Umno-BN. Amalan ini bukan baru, dalam soal institusi kehakiman misalnya, banyak hakim-hakim junior dinaiktaraf secara mendadak, akibat kedangkalan politik pemimpin Umno-BN. Justeru, dalam soal Khusrin ini, biarpun beratus kali beliau menafikan menjadi alat Umno-BN, tetapi jelas pada tindakannya semasa menjadi Pengarah Jais, semuanya dibuat mengikut kehendak politik Umno. Namun, beberapa persoalan besar sudah terungkai selepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadap Sultan Selangor. Di mana Sultan dilaporkan bertitah, bahawa baginda tidak ada kuasa menerima atau menolak pelantikan seseorang ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, kerana kuasa baginda sudah dicabut dalam pindaan Perlembagaan 1993. Seolah-olahnya ia berbentuk keluhan Sultan, betapa di dalam negeri di bawah naungannya, kuasa baginda terbatas. Keterbatasan itu wujud, akibat kerakusan pemimpin Umno-BN juga. Oleh itu kenyataan awal Dato' Munir Bani sebelum ini, bahawa Sultan sudah memperkenankan pelantikan Khusrin, ternyata tidak berasas sama sekali. Ianya mengundang persepsi dan menguatkan hujah bahawa, wujudnya tangan-tangan ghaib dalang Umno-BN, yang membuat onar, semata-mata untuk mensabotaj Pakatan Rakyat. Persoalan besar yang tercetus berikutan pertemuan MB dengan Sultan ialah, hari ini rakyat Selangor baru tahu, betapa rakusnya ketamakan kuasa Umno-BN, sehingga habis kuasa Sultan dicabut. Sehingga dalam isu pelantikan SUK ini, berdasarkan pindaan Perlembagaan 1993, bermakna Sultan harus menerima siapa sahaja yang dilantik. Dalam ertikata lain, Sultan terpaksa akur dengan telunjuk Umno. Hebatnya kuasa Umno sehingga mengatasi kuasa Sultan! Ini baru dalam satu perkara, entah berapa banyak lagi yang rakyat tidak ketahui, betapa besarnya kuasa Umno-BN. Rakyat sebenarnya tidak sedar, dengan Pindaan Perlembagaan 1993, kuasa sebenar, ada kepada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Besar. Terma yang digunakan dari sudut perundangan agak lunak. Iaitu, Yang di-Pertuan Agong atau Sultan hendaklah bertindak 'di atas nasihat' PM atau MB. Walhal, hakikat sebenarnya dari sudut Perlembagaan, sama ada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan berkenaan atau tidak, ianya tetap akan menjadi peraturan dan ketetapan. Semua ini berlaku kerana kehendak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Presiden Umno ketika itu, melalui ketetapan Perhimpunan Agung Umno tahun 1993, seterusnya dibawa ke Parlimen. Oleh kerana itu tiada sebab orang-orang Umno hendak 'memekik melolong' dengan pekikan 'Daulat Tuanku', sedangkan pemimpin mereka, parti mereka yang mereka sokong, mencabut habis kekebalan Raja-Raja Melayu. Tiada sebab untuk media talibarut Umno-BN untuk menuduh pemimpin Pakatan Rakyat tidak menghormati Raja, sedangkan mereka juga yang 'menelanjangkan kehormatan' Raja-Raja Melayu. Tidak ada sebab juga pada waktu ini, Umno dan media talibarut, memberikan sepenuh sokongan kepada Khusrin, kononnya mendapat perkenan Raja, kononnya begitu marah terhadap golongan yang tidak menghormati Raja. Malah mereka sering memainkan agenda ketuanan Melayu, agenda kedaulatan Raja, juga mereka kononnya parti yang mendaulatkan agama Islam di Malaysia. Umno-BN merosakkan ketuanan Melayu dengan pelbagai dasar rasuah, kronisme dan nepotisme selama lebih 50 tahun, sehingga bilangan kependudukan Melayu menyusut, membiarkan ramai Melayu miskin. Kini mahu mendakwa mereka juara mempertahan hak istimewa Melayu? Mereka sebenarnya yang 'menelanjangkan' kuasa Raja-Raja Melayu, kini cuba bermain wayang bahawa merekalah 'hulubalang' yang mempertahankan Raja. Umno-BN sebenarnya yang menghalang perkembangan Islam dalam negara, menempelak dan menghina peraturan Islam di Kelantan dan Terengganu (semasa PAS memerintah), mempergunakan orang seperti Khusrin untuk menyekat pemimpin PAS menyampaikan kuliah di surau dan masjid. Kini mereka hendak mendakwa mereka mempertahankan kesucian Islam? Si bodoh mana hendak percaya lawak semacam ini? Si bodoh mana yang hendak mempercayai kesucian dan keikhlasan pemimpin Umno dalam soal masa depan orang Melayu, soal kedaulatan Raja dan pemartaban agama Islam? Ingat pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, jika semua keikhlasan ini wujud dalam hati pemimpin Umno, sudah lama PAS dibubar, tidak perlu wujud PAS. Berbalik kepada soal krisis di Selangor. Pakatan Rakyat mahu Umno-BN berkompromi dalam isu pelantikan SUK. Jangan lantik Khusrin, biar satu panel pemilihan dibuat secara bebas. Tetapi nampaknya Umno-BN berkeras. Oleh kerana itu Pakatan Rakyat tiada pilihan lain selain meminda Perlembagaan Negeri. Usaha Pakatan Rakyat untuk memanggil sidang khas untuk mengembalikan kuasa pelantikan SUK kepada Sultan dan MB harus disokong semua rakyat. Pindaan tersebut sudah tentunya akan memerlukan sokongan dua pertiga dari anggota Dewan Undangan Negeri Selangor. Oleh kerana Pakatan Rakyat tidak mempunyai dua pertiga daripada 56 kerusi Dun Selangor, maka usaha pindaan ini harus mendapat sokongan Adun Umno-BN jika hendak diluluskan. Maka sekarang ini, rakyat Selangor ternanti-nanti, apakah Adun Umno-BN akan menyokong usaha mengembalikan kuasa Sultan Selangor. Dalam hal ini Umno-BN Selangor sendiri yang akan tersepit, jika mereka menentang pindaan, bermakna mereka menghina Sultan, jika mereka menyokong, ia bertentangan dengan kehendak Umno-BN Pusat. Jelas, keengganan Umno-BN menghormati kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim, mempertahankan Khusrin dan keengganan mereka berkompromi, merupakan suatu 'back-fire' kepada mereka. Jangan sesiapa pedulikan Khusrin di pejabat SUK, dia memang jenis 'muka tebal'. Biar dia macam 'cacing kepanasan', biar dia macam 'kupang tembaga', biarpun dia terus tersengih macam 'kerang busuk', Khusrin tidak harus ada tempat dalam kerajaan negeri. Mohd Rashidi Hasan |
Tuesday, January 4, 2011
Di Petik Dari Sharp Shooter......Utusan, TV3 tiada laporannya
Hei Pak Menteri...mana mau lari...
Kisah seorang pembantu rumah Indonesia dirogol oleh majikannya yang merupakan seorang menteri bermula apabila sebuah badan kebajikan dan hak asasi manusia, Migrant Care, menerima sepucuk surat aduan daripada adik mangsa.
Surat tanpa tarikh yang ditaip dengan mesin taip biasa itu mendakwa kakaknya yang bernama Robengah telah diperkosa oleh seorang menteri kerajaan Malaysia beberapa kali.
"Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07," cerita adik mangsa kepada badan yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia yang bekerja di luar negeri itu.
Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.
Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat
(Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.
Banyak kes yang berjaya diselesaikan oleh mereka dalam menjaga kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia. NGO ini juga membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari saudara mara mereka di Indonesia sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Azreen Che Ishak, gadis dari kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa ke Lombok, Indonesia.
Perjalanan ke Banjarnegara pada 24 Julai 2007 merupakan satu perjalanan yang panjang bagi para sukarelawan ini. Ia bermula sehari sebelum itu lagi apabila mereka bertolak dari Jakarta ke Jawa Tengah pada 23 Julai. Namun, demi tugas, mereka ke sana untuk mengesahkan laporan yang mereka terima itu.
Ketika dalam perjalanan, mereka terngiang-ngiang kata-kata rayuan adik mangsa rogol ini yang meminta kasihan belas agar kehormatan wanita Indonesia ini dibersihkan.
"Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia," rayu adik mangsa dalam surat aduan itu.
Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.
Mereka ke sana untuk mendapatkan cerita sebenar dari mangsa sendiri. Ini kerana, surat aduan itu penuh keyakinan kakaknya akan ceritakan segala-galanya.
"Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya (bertudung biru) bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya," cerita surat aduan itu lagi.
Namun mereka bertiga juga teringat pesan adik mangsa itu. Ini kerana, beliau bimbang kes yang berlaku kepada wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu berulang kepada kakaknya.
"Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia," tulis adik mangsa itu lagi.
Mereka bertiga sampai di rumah Robengah kira-kira jam 11 pagi. Namun, suasana yang ada tidak membolehkan isu pemerkosaan ini ditanya terus kepadanya sehingga jam lewat petang. Ini kerana suami serta dua anaknya sentiasa berada di sisinya.
Mereka hanya berjaya mendapat sejarah kerja Robengah di rumah majikannya di Kuala Lumpur selama lapan tahun itu. Dalam pada itu, mereka juga sempat bergambar bersama.
Namun, selepas pulang ke rumah salah seorang dari mereka iaitu kira-kira jam 8.30 malam, mereka menelefon Robengah melalui anaknya.
Dalam perbualan telefon itulah, Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut.
Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh.
Suami Robengah juga menelefon mereka semua supaya isu ini tidak diperbesarkan dan menganggap ini adalah satu cobaan untuk keluarganya.
Pada 26 Julai sekali lagi para sukarelawan ini menelefon Robengah melalui ibu pejabat mereka di Jakarta.
Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya.
Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini.
Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.
Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa inilah, Migrant Care telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang iaitu Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).
Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.
Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.
Berdasarkan dokumen dari kedutaan Amerika inilah WikiLeaks mendedahkan kembali kes ini kerana dokumen yang didedahkan oleh WikiLeaks semuanya daripada dokumen yang bocor dari Amerika.
Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger Rocky Bru (Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.
Bermula dari situlah Harakahdaily menyiasat kes ini dan mendapat cerita ini. Menurut maklumat awalnya, menteri ini sudah bersara tetapi selepas disiasat rupanya menteri ini masih kekal dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Wed, Nov 18, 2009