"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Saturday, February 6, 2010

Tiada undang-undang bayar "wang ihsan" – Ku Li

Oleh Neville Spykerman

Ku Li KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah semalam membuat pengakuan bahawa undang-undang tidak membenarkan Petronas memberi wang ihsan menggantikan royalti minyak kepada negeri-negeri.

Putera daripada Kelantan itu mengulangi pendiriannya bahawa Kelantan berhak mendapat royalti minyak bila mana kerajaan persekutuan menawarkan hanya RM20 juta sebagai "wang ihsan" dan minyak disedut luar dari sempadan maritim negeri itu.
Kelantan adalah salah sebuah yang termiskin di Malaysia dan 90% daripada rakyatnya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

"Sesetengah golongan berkata bayaran ini (wang ihsan) adalah tidak sah.  Saya bukan seorang peguam untuk menentukan perkara ini," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu yang merupakan bekas pengerusi yang mengasaskan penubuhan Petronas.

Veteran Umno itu dikecam oleh anggota partinya sendiri, setengahnya mendakwa beliau berdolak dalih atas pendiriannya sebelum ini ketika kerajaan pusat menggantikan royalti minyak dengan geran kepada Terengganu apabila PAS memerintah negeri itu pada 1999.

Tengku Razaleigh menerangkan bahawa "wang ihsan" kepada Terengganu dibayar kepada pihak-pihak yang salah dan tidak kepada kerajaan negeri seperti termaktub di bawah Seksyen 4, Akta Pembangunan Petroliam 1974.

Beliau menambah, kerajaan pusat harus mematuhi perjanjian-perjanjian yang dibuat dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Di bawah Akta tersebut, bayaran tunai hendaklah diberi kepada kerajaan negeri berkenaan dan bukan kepada mana-mana pihak yang lain, jika bayaran hendak dibuat," kata bekas menteri kewangan yang lebih mesra dikenali sebagai Ku Li.

Beliau memberitahu "wang ihsan" pergi kepada Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, kolam mandi yang bocor, stadium yang runtuh, bilik makmal sekolah yang runtuh dan stesyen bas yang runtuh dan membiayai pertandingan kapal layar Piala Monson.

Pemimpin Umno itu berkata Masjid Kristal tidak boleh digunakan untuk tujuan ibadat dan dikelilingi oleh orang-orang miskin di Kuala Terengganu manakala Piala Monson dianjurkan untuk orang-orang kaya.

Beliau berkata perkara-perkara ini perlu diperbetulkan dan mencadangkan penubuhan Majlis Penasihat Petroliam Kebangsaan, yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Petroliam.

Tengku Razaleigh berkata Majlis ini hendaklah dianggotai oleh pemimpin-pemimpin senior di peringkat nasional dan bertugas menasihati perdana menteri dan pendirian beliau ini bukan bermotifkan politik tetapi melakukan sesuatu dengan cara yang betul.

Beliau adalah satu-satunya pemimpin Umno yang mengakui hak Kelantan ke atas royalti minyak dan menzahirkan pendiriannya di perhimpunan di Stadium Mohamed IV, Kota Bharu pada 28 Januari lalu.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang lain hadir pada perhimpunan raksasa lebih 100,000 orang yang diisi dengan solat hajat dan ceramah.

Tengku Razaleigh juga mendedahkan bahawa undang-undang dan perjanjian-perjanjian yang menjadi pertikaian, ditandatangani di antara Petronas dan setiap kerajaan negeri dan bukan dengan kerajaan persekutuan serta perjanjian-perjanjian ini mestilah dihormati.

"Kerajaan persekutuan tidak ada kena mengena dalam soal ini.  Isu royalti adalah di antara kerajaan negeri dengan Petronas," kata beliau bagi menjawab soalan sama ada isu ini telah dipolitikkan.

Beliau menambah, pada pendapatnya Petronas tidak harus menurut arahan daripada ahli-ahli politik tetapi bertindak mengikut undang-undang.

Tengku Razaleigh memberitahu Allahyarham Tun Razak, yang mengarahkan beliau menubuhkan Petronas, selalu memikirkan kebajikan orang-orang miskin dan negeri-negeri yang miskin tetapi beliau kesal dan merasa malu perkara ini telah dilupakan oleh rakyat.  Anak Tun Razak iaitu Datuk Seri Najib adalah perdana menteri pada ketika ini.

"Beliau (Tun Razak) memberitahu saya tidak boleh tidak, kita mesti memastikan negeri-negeri termiskin di Pantai Timur termasuk Sabah dan Sarawak menerima manfaat dari kekayaan minyak negara," kata beliau.
Tengku Razaleigh berkata beliau tidak menjangka masalah dihadapi oleh kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan seperti sekarang ini apabila minyak mula ditemui.

Beliau menyokong langkah kerajaan negeri Terengganu yang enggan menerima bayaran sehingga isu ini selesai dan menambah sesiapa didapati menyeleweng dana tersebut mesti disiasat.

Bagi negeri Kelantan, beliau berkata rakyat merasa malu dengan tawaran "wang ihsan" dari kerajaan pusat.
"Mereka menawarkan untuk memberi RM20 juta sedangkan syarikat-syarikat rokok memberi RM50 juta hingga RM100 juta untuk menaja acara-acara sukan," katanya, yang kini didesak supaya beliau meletak jawatan sebagai ahli parlimen.

Tengku Razaleigh berkata beliau bimbang sama ada Umno boleh mengekalkan kerusi Gua Musang jika beliau meletak jawatan.

No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration