"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Friday, April 30, 2010

Limbang, Blocks L and M: Tell us the real deal

Malaysia Today

More questions have been raised on the reported surrender of Blocks L and M to Brunei during the Abdullah Badawi administration.

By Anil Netto
Kikeh field
Source: rigzone.com

Blocks L and M, not far from the Sabah coast, are reportedly referred to in Brunei as Blocks J and K or there is some kind of overlap in the Exclusive Economic Zone. This Block J alone is projected to produce more than 150,000 to 200,000 barrels per day, which could double Brunei’s oil production.

Essentially, Brunei appears to have awarded the two blocks to Total and Shell prospectors while Malaysia awarded the same or overlapping blocks to Petronas Carigali and Murphy Oil. Murphy held a 60 per cent stake in Block L and a 70 per cent stake in Block M.

The two blocks, about 1.5 million acres each with water depths of 2,700-9,300 feet, lie next to the oil-rich 4 million acre-Block K, which was awarded in 1999 to Murphy (80 per cent) and Petronas Carigali. Murphy had reported that drilling in the Kikeh oil field in the southern part of Block K had yielded a “very significant oil discovery”. One report said it could reach 125,000 barrels per day.


Source: thestar.com.my

According to Mahathir, in return for surrendering the two blocks (Blocks L and M), Abdullah negotiated with the Sultan of Brunei to get back Limbang – though Limbang was reportedly not mentioned by name in the letters of exchange: “No Petronas representatives were present, only foreign office staff and the foreign affairs adviser to the PM,” writes Mahathir. (Ironically, the Far Eastern Economic Review was sued in 1987 during the Mahathir administration for suggesting that there could be a “possible sale” of Limbang to Brunei.)
He adds in a blog post sarcastically titled ‘Malaysia’s generosity’:
As we all know Abdullah triumphantly announced that he had settled the Limbang claim with Brunei (here). No mention was made of the two blocks. Brunei disclaimed (here) that they had agreed to give up Limbang. The foreign office and Abdullah did not rebut Brunei’s statement. Now it is made clear that the two blocks are no longer a part of Malaysia.
Mahathir alleges Abdullah has caused Malaysia to lose at least US$100 billion dollars (about RM320 billion) of Malaysia’s oil in this agreement. “Can Wisma Putra please explain why it did not stop Abdullah.”
The exchange of letters between Malaysia and Brunei reportedly took place on 16 March 2009 – that is, 18 days before Abdullah stepped down as premier to make way for Najib.

Read more at: http://anilnetto.com/accountability/limbang-blocks-l-and-m-tell-us-the-real-deal/
And also at: http://anilnetto.com/accountability/abdullahs-denial-raises-more-questions/

Ezam Dah Gebu Muka dan Gemok .......Pokek Mesti Penuh...Kah Kah Kah

Tengok muka ni....dulu punya kutuk sekarang terpaksa jilat......ingat kamu jika apa yang kamu jaja selama ni tak betul....tunggu pembalasannya...



Pejuang serupa ini.......hanya cari kesempatan....buruk orang sana sini asal diri sendiri senang....ada maruah kah orang seperti ini.

Dalam Poliitik kamu serupa Pondan jual ponggong sana sini......mohon doa agar kamu di telan bumi sedikit masa nanti......Amin

Tiada kes dalam pembelian kapal selam Malaysia....Malaysia memang tiada Kes kalau UMNO punya hal...

Malaysiakini
 
Malaysia hari ini mendakwa tidak ada kes berhubung pembelian kapal selam Malaysia daripada Perancis yang bernilai lebih 1.1 bilion dolar.

AFP
yang memetik seorang jurucakap daripada Jabatan Perdana Menteri berkata “adalah hak mereka untuk menyiasat tetapi tidak ada kes.”
Semalam, Joseph Breham (kiri), seorang daripada anggota perundangan Perancis yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian kapal selam itu tiba di Kuala Lumpur. Misi Breham adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.

Pihak pembangkang menyambut baik siasatan itu yang disifatkan mereka cuma satu daripada banyak lagi kontrak pertahanan yang didakwa dicemari rasuah. Perjanjian pembelian kapal selam itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.

Pegawai perundangan Perancis juga mengesahkan kepada AFP bahawa mereka telah membuka kertas siasatan berhubung pembelian dua kapal selam Scorpence pada Mac lalu yang dibina yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales).

Kes berkenaan dibuka semula atas permintaan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram yang mendakwa DCN membayar komiyen 114 juta euro (150 juta dolars) kepada sebuah firma yang dikenali sebagai Perimekar. Perimekar dikaitkan dengan seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda yang sebelum ini dibebaskan atas dakwaan membunuh kekasihnya, Altantuya Shaariibuu, seorang penterjemah Mongolia pada tahun 2006 yang juga dibabitkan dengan kes itu.

Ini Penjelasan Orang 'Alim ..... Pak Mentua Khairy ....ada kenal ke

Malaysiakini

Ini penjelasan Pak Lah...

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau telah 'menyerahkan' 'dua kawasan yang kaya minyak' kepada Brunei.Dalam kenyataannya lewat petang ini, Abdullah berkata sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac tahun lalu.

Walaupun blok L dan M kini berada di bawah kedaulatan Brunei, tetapi katanya, Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usaha bersama untuk memajukan pengeluaran minyak dan gas di situ untuk tempoh 40 tahun.

Menurut Abdullah, ia bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.

Ulasan:
Macam mana dengan kilang Arak anak orang UMNO beli tu......jika Pak Lah tak ulas,
Khairy jangan lah duduk diam.....kasi pecah lah.....gua caya lu....



Mana Dia NGO terutama PERKASA ....... Buat lah Laporan POLIS segera

Dr M: Pak Lah serah 'blok minyak RM320b' pada Brunei

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun lalu. Menurutnya, perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).

Menurutnya, Abdullah telah menyerahkan 'Blok L' dan Blok M' di Laut Cina Selatan, dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.

"Blok L dan Blok M dituntut oleh Malaysia berdasarkan kepada fakta sejarah. Menurutnya, Petronas menandatangani kotrak perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil (Corp) untuk memulakan pengeluaran minyak.Simpanan minyak di kawasan itu adalah hampir 1 bilion tong.

"Abdullah berunding dengan sultan (Brunei) untuk mengambil Limbang di Sarawak. Sebagai balasannya, beliau bersetuju untuk menyerahkan dua blog tersebut kepada Brunei.

"Tidak ada wakil Petronas yang hadir, hanya kakitangan pejabat luar dan pnasihat halehwal luar kepada PM," dakwa Mahathir.

Wednesday, April 28, 2010

PRK Hulu Selangor (P94)......Percaya kah anda......

Ini Pandangan saya....tiada tujuan untuk menghasut

Saya berada di Kuala Kubu Baru kerana ada Pilihanraya P94 Hulu Selangor.....Kuala Kubu Baru tiada apa yang menarik tetapi ramai orang mengunjunginya kerana ada PRK P94.

Bergini lah selalunya jika tiada halangan olih P O L I S nescaya keadaan akan lebih tenteram lagi.....percaya lah halangan yang diujudkan oleh P O L I S lah keadaan yang tenteram menjadi sebaliknya. Pada malam 25 April saya kembali dari pekan Kuala Kubu Baru untuk ke Kampong Padang Golf memakan masa 2 jam lebih (Perjalanan biasa 10 minit saja). Pihak P O L I S bukan menjaga lalulintas tetapi sebaliknya sengaja menjadi keadaan bergini menjadi lebih huru hara. Halangan dibuat dimerata-merata simpang dan menjadikan Kuala Kubu Baru umpama G A Z A di Pelastien. Percaya atau tidak ini lah kenyataannya.

Mari kita baca apa kata Raja Petra ..... disini

Sampai bila perkara sebagini akan terus berlaku............


Friday, April 16, 2010

Dr M: Don’t put APCO bill on my tab Links


By Debra Chong

KUALA LUMPUR, April 16 — Tun Dr Mahathir Mohamad said today he disagrees with the Najib administration for spending a whopping RM76 million to arrange a meeting between the prime minister and US President Barack Obama earlier this week.
 
“Meeting is good but to say this money is spent because of what happened in the past, I don’t think is good,” the former premier said, rubbishing claims the government needed to spend the enormous sum of money.
Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz had disclosed this week the amount paid to global public relations firm, APCO Worldwide, and claimed it was necessary to “repair” Malaysia-US ties strained during his 22-year rule from 1981 to 2003.
“I don’t care,” Dr Mahathir said, when asked to comment on Nazri’s charge.
“Whether the ties are good or bad, the fact is the US has not done anything that would show they were offended by us,” he added, citing the absence of official US complaints lodged with his administration.
Dr Mahathir also pointed out that investments from the US continued to flow into Malaysia.
“We did not get anything from the US,” he claimed, but was quick to make an exception that the world military superpower had given “one million US dollars” (RM3.2 million at current rates) to Malaysia “for the training of our armed forces”.
“They want it back? We have one million US dollars,” he quipped.
Dr Mahathir was speaking to reporters after delivering a keynote speech here, in conjunction with the 44th anniversary celebration of Majlis Amanah Rakyat (Mara), a government agency formed to aid the indigenous community.
He appeared disinterested in continuing the subject, noting that he was no longer in power. He noted that the Najib administration had the authority to do as it sees fit with federal funds.
“If I’m in power, I have my own way of doing things,” he said with a smile, capping the subject.

Sunday, April 4, 2010

Lakonan Najib Di Hulu Selangor

Oleh Datuk Halik Zaman

Drama sebabak bermula lagi. Drama tradisi Umno ini di ulang tayang tatkala menjelangnya pilihan raya kecil yang bakal di adakan pengujung April ini di Hulu Selangor. Drama meruntun jiwa ini melihatkan keperihatinan Najib dan kuncu-kuncunya mengadakan siri lawatan ke kawasan Hulu Selangor untuk menggamit hati setiap pengundi.

Masa inilah Najib akan melebihkan adegan beramah-mesra dengan penduduk setempat. Adegan-adegan huluran bantuan dan projek binaan bangunan sekolah dan masjid pasti menduduki carta teratas dalam drama beli jiwa rakyat hasil mahakarya Umno-BN ini.

Adegan sampingan seperti duduk makan bersama rakyat sessi peluk-memeluk, ganding-mengandingi orang kampung, bertanya khabar dan berbagai-bagai lagi bentuk keperihatinan yang mempunyai makna terselindung merupakan antara adegan 'favourite' dalam drama sebabak pemimpin besar Umno yang bergelar Najib.

TV3 juga turut menyibukkan diri memainkan peranan penting mengatur acarakan "satu Melayu, satu India dan satu Cina" bercakap menurut skrip yang disusun oleh TV3 memuji-muja Najib berjaya menjadi Perdana Menteri 12 purnama dalam 1Malaysianya.

PM penuh yakin akan menawan kembali kerusi Hulu Selangor.

Keyakinan yang cuba di perkuatkan semangat biarpun Umno sedar hakikat sebenarnya mereka amat goyah dan terlalu goyah. Ingin memperkasakan lagi slogan 1Malaysia maka ura-ura dapat di lihat dengan jelas mereka ingin meletakkan calon dari MIC dalam kawasan Melayu.

PM dan delegasinya di lawatan ke Hulu Selangor, cuba meraih simpati dan perhatian rakyat dengan mencanangkan kononnya pembangkang hanya pandai berjanji tapi tidak dapat mengotakan janjinya.

Apakah PM lupa, kemudahan yang pelbagai bentuk sedang di nikmati oleh rakyat Selangor yang telah di jayakan dengan cemerlangnya oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang di terajui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengapa kemudahan yang berbagai itu tidak di laksanakan oleh kepimpinan Umno-BN dahulu semasa mereka memerintah negeri Selangor ? Sekarang ini Umno sedaya upaya mempelbagaikan propaganda memperselekehkan Kerajaan Pakatan Rakyat demi untuk menarik perhatian rakyat Selangor untuk kembali ke pangkuan Umno.

Karenah Umno-BN ini tidak ubah seperti orang yang gila talak. Dahulu semasa Selangor dalam genggaman mereka, rakyat Selangor di abaikan yang di utamakan hanyalah poket/akaun masing-masing. Apabila rakyat Selangor sudah bosan dengan telatah kepimpinan Umno di Selangor, maka kuasa rakyat Selangor di pertaruhkan di PRU-12 dan akhirnya membawa peralihan kuasa di negeri Selangor.

Apakah Umno lupa mengapa senario ini berlaku? Tidakkah Umno sedar-sedar lagi bahawa rakyat Selangor telah bosan/muak dengan system pentadbiran Umno-BN yang matlamat utama mereka hanyalah kekayaan diri sendiri dan kroni-kroni kecuali kalau ada pilihan raya kecil baru ada bantuan.

Apa pun, selamat mencuba nasib lagi di PRK Hulu Selangor, kita akan lihat betapa besarnya kuasa rakyat berbanding dengan kuasa yang ada ditangan kerajaan Umno disebalik tabir ditadbirkan oleh Jin yang diberi nama sebagai 'BIG MAMA'.

Thursday, April 1, 2010

Kuasa Politik dan Kuasa Agama

Dari Minda Tajdid

 Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka, apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis.

Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa.

Kita hendaklah mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang berasaskan keadilan dan kerahmatan.

Begini…

Sepanjang sejarah kita lihat bukan sedikit pemimpin yang cuba mendakwa dirinya adalah jelmaan Tuhan, atau dia merupakan Tuhan. Jika tidak pun, ramai pemimpin tanpa mengira jenis agama, bangsa dan negara cuba menguasai upacara agama, atau menguasai orang agama. Mengapakah hal ini berlaku?

Sebenarnya, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila ‘iman rakyat’ dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan diri pemimpin dengan ‘Tuhan’ atau ‘pegangan agama’ adalah faktor terkuat untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang pemimpin.

Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai ‘tuhan’ atau ‘jelmaan Tuhan’ adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau menguasai ‘iman rakyat’.

Begitulah juga penonjolan ciri-ciri agama seperti membawa orang agama menyokong atau berdoa atau berdampingan dengan sesebuah kepimpinan politik itu kadangkala atas tujuan sedemikian. Maka, sikap pemimpin atau raja menonjolkan unsur-unsur agama atau hubungannya dengan ahli-ahli agama mempunyai berbagai andaian; boleh jadi atas kesedaran dan kecintaan serta ikhlas kepada agama atau ‘Tuhan’, tetapi boleh jadi juga ada tujuan yang membabitkan agenda penguasaan politiknya.

Orang Agama

Rentetan dari itu, kita hendaklah sedar bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan oleh orang ramai disebabkan faktor agama, dia sebenarnya telah memiliki sebahagian daripada kuasa penguasaan terhadap orang lain. Ertinya, dia mempunyai sebahagian ‘penguasaan politik’ atau kuasa yang menyebabkan orang lain hormat, patuh dan menurut arahannya.

Maka jangan hairan jika ada orang agama yang bersaing antara satu sama lain seperti mana orang politik bersaing. Jangan hairan jika ada imam yang ’senior’ tidak mahu memberi laluan kepada ‘imam junior’ di sesebuah masjid yang hanya berada di hulu kampung. Walaupun kadangkala tiada elaun yang tinggi yang dibayar, namun ‘pengaruh politik agama’ amat besar harganya bagi seseorang yang terbiasa dengan kuasa penguasaan ke atas orang lain. Itu jika di hulu kampung, bagaimana pulak jika membabitkan tempat, atau wilayah yang lebih besar?

Maka janganlah hairan, jika tanpa keikhlasan iman golongan agama juga akan bertarung dan jatuh menjatuh sama seperti orang politik. Bukan kerana perbezaan idea, tetapi kerana ‘kemaruk kuasa’ seperti mana yang berlaku kepada ramai orang politik yang tidak bersandarkan wahyu. Mereka pun akan menghapuskan apa sahaja yang boleh mengikis penguasaan mereka. Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H):
“Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya” (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 7/262).
Justeru itu juga, kita melihat bukan sedikit golongan agama yang cuba mendampingi pemerintah atau raja. Perdampingan mereka itu boleh jadi kerana keikhlasan untuk menerapkan nilai-nilai agama dan keadilan demi kebaikan rakyat, tetapi boleh jadi juga kerana tujuan untuk menguatkan penguasaan mereka terhadap masyarakat dan rakyat.

Perkongsian dan pertarungan kuasa

Sepertimana politik boleh menjadi saluran mendapat kemegahan, sanjungan, kekuasaaan dan harta, demikianlah agama. Maka sepanjang sejarah, bukan sedikit kita melihat dua kelompok ini berpakat untuk menguatkan antara satu sama lain. Tujuannya; sama ada demi mematuhi perintah agama, ataupun demi mengukuhkan cengkaman mereka ke atas orang lain.

Begitulah juga kita melihat kedua kuasa ini; kuasa politik dan kuasa agama kadangkala bersaing dan bertarung antara satu sama lain. Boleh jadi pertarungan itu disebabkan kuasa politik merasakan kuasa agama bersaing pengaruh terhadap rakyat, ataupun kuasa agama merasakan kuasa politik telah berperanan merentasi sempadan yang sepatutnya dikawal oleh pengaruh agama.

Maka kerja sama atau pertarungan antara dua kuasa ini boleh jadi atas asas menegakkan kebenaran dan keadilan di mana kuasa agama cuba mencegah kezaliman kuasa politik seperti para nabi menentang pemerintah yang zalim di zaman mereka.

Ataupun, kuasa politik cuba mencegah kezaliman atas nama agama seperti kebangkitan Eropah menentang kuasa gereja atau Pemerintah Inggeris yang menghapuskan beberapa amalan agama yang zalim di India seperti sati yang membakar hidup-hidup isteri bersama suami yang mati.

Islam Dan Pemerintah

Islam juga menyatakan pemerintah adalah khalifah yang bertanggungjawab terhadap menegakkan agama dan bersiasah dengan panduan agama. Namun, Islam menjadikan keadilan dan kebenaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas.
Pemerintah tiada kuasa mutlak atau dianggap maksum (infaillible). Pemerintah sentiasa terdedah kepada kritikan dan pembetulan. Ini terbukti dalam teks al-Quran dan al-Sunnah serta amalan Khulafa al-Rasyidin yang menegaskan prinsip ini.

Membetulkan pemerintah apabila salah adalah satu tanggungjawab. Islam tidak menyatakan semua perbuatan pemerintah itu divine atau diredhai Allah. Islam tidak menyatakan taatlah apa sahaja yang disuruh oleh pemerintah. Sebaliknya, Allah menyebut: (maksudnya)
“Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ 59).
Ertinya, jika berlaku perselisahan, asasnya bukan pendapat pemerintah tetapi kembali kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Selepas ayat ini, Allah menegaskan tanggungjawab rakyat melantik pemerintah yang berkualiti dan layak, dan tanggungjawab pemerintah yang dilantik melaksanakan keadilan: (maksudnya)
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat”. (Surah al-Nisa: 58).
Terlalu banyak nas-nas yang melarang mentaati pemimpin secara ‘membabi buta’ (blind imitation). Antaranya, sabda Nabi s.a.w:
“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Islam dan ulama

Islam tidak pernah memaksumkan ulama. Seperti mana orang lain, ulama terdedah kepada salah dan silap. Sebab itu adanya istilah ulama al-suk atau ulama jahat yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri sehingga menggadaikan kebenaran. Bahkan al-Quran mensifatkan ulama jahat seperti anjing dalam Surah al-’Araf ayat 75-76.

Ulama dilarang mengampu pemerintah atas kesalahan atau bersekongkol dengan mereka atas kezaliman. Sehingga Nabi s.a.w memberi amaran:
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)”. Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi, ia dinilai sahih oleh al-Albani).
Pemerintah dan ulama

Pemerintah dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemaslahatan rakyat. Bukan kepentingan diri ataupun puak tertentu semata sehingga meminggirkan prinsip kepentingan umum. Pemerintah di suruh bersama ulama jujur demi memastikan mereka sentiasa berada atas landasan yang redhai Allah bukan untuk menguatkan cengkaman kuasa kedua kelompok itu. Sabda Nabi s.a.w:
“Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang diselamatkan Allah”. (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).
Inilah Perbezaannya…

Jika gabungan pemerintah dan golongan agama itu jujur, maka natijahnya akan ditegakkan kebenaran, keadilan dan kerahmatan kepada rakyat. Pemerintah akan tunduk kepada agama dan ulama akan bebas daripada kepentingan lantas rakyat menikmati keadilan. Sebaliknya, jika tujuannya untuk cengkaman kuasa, kita akan mendapati kedudukan kedua golongan bertambah selesa sedangkan rakyat bertambah resah.

Di dunia Islam, ada mufti-mufti yang berjenama besar, tetapi gagal untuk menasihati pemerintah mereka dengan tegas agar jangan bersekongkol dengan Israel yang menzalimi rakyat Palestin. Lihat apa yang Mesir, Jordan dan negara-negara lain lakukan terhadap nasib rakyat Palestin yang terkepung di sempadan mereka. Ketika golongan agamawan makan mewah di meja bersama penguasa, rakyat Palestin di sempadan mati kebuluran!!

Di negara kita juga mesti dilihat keadaan mana yang berlaku. Umpamanya, jika peraturan agama pencetakan atau selainnya dibuat dengan ditegaskan ‘tidak boleh mengkritik mufti’ atau sultan atau majlis agama, maka itu untuk cengkaman kuasa. Jika dimasukkan ‘tidak boleh menghina Allah dan Rasulullah, itu untuk Islam dan kebenaran!!! Setiap pihak terdedahkan kepada kesilapan dan penilaian, sehingga Abu Bakr dan Umar membenarkan diri mereka dikritik, bagaimana ada kelompok yang tidak boleh dikritik!!

Apabila sesebuah buku diharamkan tanpa alasan melainkan ‘panel kurang selesa’ atau ‘panel agama merasa keliru’ maka itu ke arah negara primitive dan kepentingan kuasa. Namun jika dilarang dengan asas-asas ilmiah yang dibahas secara ilmu dan adil, maka itu prinsip Islam!!

Jika yoga diharamkan kerana ada unsur bagai menyembah, tetapi dalam masa yang sama ‘adat menyembah raja sehingga merangkak’ direstui golongan agamawan, maka itu kepentingan! Jika doa dibaca buat pemimpin dan sultan dimasukkan unsur mengampu dipuja sultan dan raja dalam doa sehingga hilang rasa rendah diri di hadapan Allah maka itu kepentingan ’sambungan jawatan’! Demikianlah seterusnya..
Kita tidak takutkan prinsip Islam ditegakkan, kita takut nama agama digunakan untuk cengkaman kuasa dan kerjasama ‘pintar dan putar’ antara kedua kelompok ini untuk kepentingan masing-masing! Marilah kita nilai dengan teliti apa sebenarnya yang sedang berlaku…

Comments

MELAYU KAH MALAON INI ?

Tukar Tiub Berkata

TENGOK MUKA BETUL BETUL - MANA ADA RUPA MELAYU !


INI KAH DIA ?



INIKAH DIA MENYAMAR JADI MELAYU ?




INI KAH DIA?



INI KAH DIA MALAON ITU ?


SPRM AMBIL KETERANGAN MENTERI KAKAN BERKAITAN KES RASUAH SETIAUSAHA POLITIK – berita hairan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil keterangan seorang menteri kanan berhubung kes rasuah bekas Setiausaha Politiknya, kelmarin.

Perkara itu disahkan Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali di sini, sebentar tadi. Mustafar berkata,keterangan itu diambil di pejabat menteri kanan Kabinet itu di sini dan berlangsung lebih dua jam bermula 3.30 petang.

KAH KAH KAH…

woit…INI MESTI BUKAN MENTERI PAKATAN RAKYAT….kah kah kah..

woit.. INI MESTI BUKAN AHLI PKR…kah kah kah..

woit… KALAU MENTERI PAKATAN… MESTI ADA NAMA…kah kah kah..

kah kah kah…ADA GAMBAR MENTERI KENA KEPONG POLIS..kah kah kah.

kah kah kah..… ADA GAMBAR BILIK KENA GELEDAH….kah kah kah..

kah kah kah... ADA BERITA TV... kah kah kah..

woit… RASA RASA MALAON INI BUKAN MELAYU…. kah kah kah..

kah kah kah… TAPI ...MENYAMAR NAK JADI MELAYU…kah kah kah…

kah kah kah…. INI MESTI AHLI MIC… YANG MENYAMAR… kah kah kah..

nota:
negara ini dihancirkan
oleh orang bukan melayu
yang menyamar jadi melayu.

tak kan melayu tak sedar sedar kah kah kah

nota:
perlu ditubuhkan badan melayu nasional
dengan nama singkatnya BANA
pemimpin agung nya di panggil KEPALA BANA kah kah kah


nota: (Saya Tambah)
 mana dia Presiden PERKASA
nyahkan mereka ini dari UMNO
minta mereka ini Tubuh Parti 'The Black Mumbai' kah kah kah
 kemudian PANGGIL DATO' SHAH RUKKHAN untuk rasmikan
kah kah kah........Melaon2

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration