Tiada kes dalam pembelian kapal selam Malaysia....Malaysia memang tiada Kes kalau UMNO punya hal...

         |  | 
       |  Malaysia hari ini mendakwa tidak ada kes berhubung pembelian  kapal selam Malaysia daripada Perancis yang bernilai lebih 1.1 bilion  dolar.  Semalam, Joseph  Breham (kiri), seorang daripada anggota perundangan Perancis  yang memfailkan aduan di mahkamah di Paris berhubung skandal pembelian  kapal selam itu tiba di Kuala Lumpur.  Misi Breham  adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan  serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga  adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.AFP yang memetik seorang jurucakap  daripada Jabatan Perdana Menteri berkata “adalah hak mereka untuk  menyiasat tetapi tidak ada kes.”
 
 Pihak  pembangkang menyambut baik siasatan itu yang disifatkan mereka cuma satu  daripada banyak lagi kontrak pertahanan yang didakwa dicemari rasuah.   Perjanjian pembelian kapal selam itu dimeterai oleh  menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini  adalah perdana menteri Malaysia.
 
 Pegawai perundangan  Perancis juga mengesahkan kepada AFP bahawa mereka telah  membuka kertas siasatan berhubung pembelian dua kapal selam Scorpence  pada Mac lalu yang dibina yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat  firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai  Direction des Constructions Navales).
 
 Kes berkenaan dibuka  semula atas permintaan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram yang  mendakwa DCN membayar komiyen 114 juta euro (150 juta dolars) kepada  sebuah firma yang dikenali sebagai Perimekar.  Perimekar  dikaitkan dengan seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda yang  sebelum ini dibebaskan atas dakwaan membunuh kekasihnya, Altantuya  Shaariibuu, seorang penterjemah Mongolia pada tahun 2006 yang juga  dibabitkan dengan kes itu.
 
 | 
 
 
 
          
      
 
 
No comments:
Post a Comment