 
Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..
Friday, April 30, 2010
Mana Dia NGO terutama PERKASA ....... Buat lah Laporan POLIS segera
Dr M: Pak Lah serah 'blok minyak  RM320b' pada Brunei
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa  penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei  dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun  lalu. Menurutnya, perkara itu dilaporkan oleh  The  Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan yang  kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak  lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Menulis  dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa  jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320  bilion).
Menurutnya, Abdullah telah menyerahkan 'Blok  L' dan Blok M' di Laut Cina Selatan, dikatakan sebagai pertukaran  dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.
"Blok L dan Blok M dituntut oleh Malaysia berdasarkan  kepada fakta sejarah. Menurutnya, Petronas menandatangani kotrak  perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil (Corp) untuk memulakan  pengeluaran minyak.Simpanan minyak di kawasan itu adalah hampir 1 bilion  tong.
"Abdullah berunding dengan sultan (Brunei)  untuk mengambil Limbang di Sarawak. Sebagai balasannya, beliau bersetuju  untuk menyerahkan dua blog tersebut kepada Brunei.
"Tidak  ada wakil Petronas yang hadir, hanya kakitangan pejabat luar dan  pnasihat halehwal luar kepada PM," dakwa Mahathir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????
Lagi disini
Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....
RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration
 
 
 
 
 


 
 
 
 



No comments:
Post a Comment