"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Friday, July 30, 2010

CIJ Desak KDN Luluskan Permit Penerbitan Suara Keadilan, The Rocket Segera

Dari Suara Keadilan

Oleh Sidiqin Omar
SHAH ALAM 30 Julai - Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mendesak Kementerian Dalam Negeri supaya segera memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan dan The Rocket sambil membidas sikap tidak bertanggungjawab kementerian itu melengah-lengahkan kelulusan permit Harakah.
"Masyarakat mempunyai hak untuk mengetahui tentang pendirian dan pendapat daripda semua parti politik, selain isu-isu semasa. Menolak hak parti pembangkang peringkat persekutuan untuk menerbit dan mengedarkan akhbar mereka sendiri tidak menunjukkan citra Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang moden," kata pegawai publisiti CIJ, Chuah Siew Eng.
CIJ menganggap sebuah masyarakat yang demokratik, adil dan bebas berhak mempunyai akses kepada media yang bebas untuk mengungkap, mencari, dan menyampaikan maklumat. 
Siew Eng turut membidas langkah KDN berhubung kekangan terhadap media dengan menyalahgunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. 
"KDN menjadikan alasan mengenai pelanggaran syarat jualan kepada 'ahli parti sahaja' sebagai sebab kelewatan kelulusan permit. Sekatan ini menunjukkan pembangkang berada dalam 'padang permainan yang tidak rata' dalam konteks semasa. 
"Dalam masa yang sama, media utama negara ini dipunyai oleh syarikat yang milikannya di kawal oleh mereka yang rapat dengan parti pemerintah, iaitu Barisan Nasional," tambah beliau dalam satu kenyataan media Rabu lalu.
Badan itu beranggapan penangguhan kelulusan permit oleh KDN itu bermotif politik, apabila dalam pada masa yang sama membenarkan pula cetakan dan edaran sebuah penerbitan milik NGO Melayu yang ekstrim, iaitu Suara Perkasa, tanpa sebarang dakwaan.
Kelulusan akhbar daripada sebuah rejim pentadbiran yang bermotifkan politik tidak akan mendapat tempat dalam sistem demokrasi kata CIJ.
"Setiap warganegara, organisasi dan parti politik adalah bebas untuk menyatakan pandangan mereka dalam media apa pun. 
"Kami mendesak KDN untuk membenarkan Suara Keadilan dan The Rocket untuk meneruskan penerbitan mereka. 
Halangan ini akan menyebabkan Malaysia boleh dikaitkan dengan pencabulan hak asasi dan kebebasan berekspresi," kata Siew Eng lagi.
CIJ mengulangi gesaannya agar Parlimen melakukan reformasi undang-undang, seperti mana dalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikongsi bersama wartawan, ketika mula-mula menjawat jawatan tersebut pada tahun 2009 bahawa beliau mempunyai visi agar media menjadi bebas.
"Jika kita benar-benar ingin membina sistem demokrasi yang responsif terhadap keperluan ramai, kita memerlukan media - baik yang lama atau pun yang baru - yang bertanggungjawab untuk melaporkan apa yang mereka lihat tanpa rasa takut, supaya menjadikan kerajaan dan kakitangan awam akan lebih bertanggungjawab atas tindakan mereka, sama ada ianya dicapai atau pun tidak," tegas CIJ.

No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration