Sunday, July 11, 2010
Umno: Tak hairan jika Anwar biayai temubual CNN
Biasalah jika kita berkelakuan serupa syaitan, kita menganggap semua orang buat kerja sama macam kita.
Kita bayar perkhidmatan "APCO" dengan wang rakyat sebanyak RM77 juta untuk baik pulih image yang buruk dimata dunia, semua orang-orang ini tak ulas. APCO ini di tubuhkan di Madinah oleh Ulamak muktabar ? Sila jelaskan dan siarkan hari-hari agar rakyat faham. Ini tidak jika Anwar, semua orang buat ulasan entah apa tujuan mereka.
Kalau betul pun Anwar buat temubual di CNN dia bayar adakah dengan wang rakyat?......Kenapa tidak UMNO buat temubual secara langsong dengan Anwar dan CNN tak boleh ke. Kalau lah UMNO ini ada keberanian untuk mencari kebenaran. Ada jalan yang paling mudah iaitu adakan debat di TV3 dan buat secara langsong semua rakyat boleh jadi saksi bahawa UMNO berjuang untuk kebenaran.
Akhir kata UMNO dari dulu hingga kini tak berubah dan nampaknya sampai bila-bila tidak mau berubah.
Bagaimana orang yang ada prinsip mau tunduk kepada UMNO atau berkawan baik dengan mereka. Kata orang tua-tua UMNO ini sesuai untuk menjadi kawan ditepi jalan saja dan tak sesuai dibawa balik kerumah. Percaya atau tidak terserah, kita diberi otak untuk berfikir dan fikir-fikirkan dan renung-renung UMNO ini sesuai untuk mereka yang tak mau berubah dari dulu hingga kini dan selamanya.
Jangan marah ini pendapat bukan hadith atau ayat Quran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Laporan dalam Utusan dakwa Anwar 'alat' CIA
ReplyDeleteMana Utusan dapat cerita ini? Bukan dari siasatan tapi dari orang lain (Blog). Amboi senangnya tuduh orang. Apakah orang yang tulis itu Utusan kenal baik atau sebab orang itu bantai Anwar? Maka bolehlah kita cuci tangan jika dipersoalkan.
Utusan ini akhbar yang patut digantung pengeluarannya. Jika Suara Keadilan digantung kerana membuat laporan yang megelirukan kenapa tidak Utusan.
Hari-hari buat cerita apa orang kata betul atau tidak apa ada hal. Rakyat harus diperbodohkan baru puas hati jerung-jerung diatas.
Mereka ini jika mati berasap kubur mereka.