"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Friday, July 30, 2010

Umno-BN Kerajaan Kuku Besi 1Malaysia Peralat Polis

Dari Suara Keadilan


Oleh Sidiqin Omar
SHAH ALAM 31 Julai - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional sebagai 'Kerajaan Kuku Besi 1Malaysia' apabila memperalatkan agensi kerajaan seperti polis untuk menghalang program politik yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.
"Ini memang satu strategi baru untuk halang program Pakatan Rakyat. Mereka ingin mengatakan bahawa mereka ada hak yang lebih daripada rakyat. Sedangkan Perlembagaan yang bertanggungjawab menjamin hak rakyat. Ini bercanggah dengan semangat Deklarasi Kemerdekaan yang dibacakan pada tahun 1957 itu," kata beliau kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.
Chua menjelaskan Perlembagaan telah menjamin kebebasan kepada setiap warganegaranya untuk berhimpun dan berekspresi bagi membincangkan isu semasa dan dasar parti politik termasuk daripada Pakatan Rakyat 
"Kita tahu negara ini adalah negara bebas, tetapi seolah-olah hak asasi telah dinafikan. Polis seperti diberi kuasa yang terlalu luas dan lebih tinggi dari Perlembagaan Persekutuan. Ini sangat memualkan. Saya nak ingatkan kepada Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri, dalam pilihan raya umum akan datang, belum pasti lagi Umno dan Barisan Nasional akan mengekalkan kuasanya," kata Chua.
Beliau memberikan contoh mengenai nasib yang menimpa Chen Shui-bian, bekas Presiden Taiwan yangdipenjara seumur hidup akibat kesalahan penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa semasa menerajui tampuk pemerintahan negara itu. 
Beliau turut mengingatkan pimpinan Umno-BN supaya tidak angkuh dengan sikap mereka apabila memberikan tekanan yang melampau kepada lawan politik mereka.
"Kini hak dan kebebasan kepada rakyat Malaysia jauh lebih merosot  berbanding negara-negara di Afrika Selatan dan Amerika Latin. Mereka sudah pamerkan pemerintahan 'Kuku Besi 1 Malaysia'nya," kata Chua lagi.
Semalam Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris memberi amaran jika mana-mana pertubuhan menganjurkan perhimpunan tanpa permit mereka boleh ditahan dan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967. 
Jika didapati bersalah mereka boleh dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM2,000 mengikut akta yang sama. 

No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration