"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Monday, August 16, 2010

PKR tawar Saifuddin ketuai kaukus siswa berpolitik

Malaysiakini

Ahli parlimen PKR menawarkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk mengetuai kaukus parlimen untuk membuka jalan bagi penyertaan mahasiswa dalam politik.

"Untuk (penyertaan) mahasiswa dalam politik, kami sedia bekerjasama dengan YB Saifuddin dalam sebuah kaukus dalam usaha menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universit (Auku)," kata ahli parlimen PKR bagi kawasan Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Menurutnya, walaupun Saifuddin merupakan seorang pemimpin tinggi Umno, tetapi mereka masih bersedia untuk bekerjasama dengan timbalan menteri itu bagi mencapai matlamat tersebut.

Saifuddin lantang menyatakan bahawa mahasiswa harus dibenarkan menyertai politik walaupun para pemimpin Umno yang lain berpendirian sebaliknya.

Cadangan supaya mahasiswa dibenarkan menyertai politik semakin mendapatkan perhatian selepas keputusan kerajaan menarik balik larangan dan membenarkan guru lulusan universiti menyertai politik.

Nurul Izzah menegaskan demikian dalam sidang akhbar selepas beliau dan wakil rakyat PKR menghandiri seminar perspektif muda dalam hal ehwal semasa.

Seminar tersebut, anjuran Unit Perancang Ekonomi Selangor (Upen), dihadiri oleh hampir 80 mahasiswa dan profesional muda yang membahas pandangan mereka tentang hal-hal seperti pendidikan, ekonomi dan urustadbir.

No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration