
 
Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..
Thursday, August 5, 2010
Umno-BN Bimbang CheGuBard Sebar Kisah Sebenar Altantuya Ke Luar Negara
Detikdaily
Oleh Faizal Ezzany
SHAH  ALAM- Ahli Majlis   Pimpinan  KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin  menyifatkan 

penahanannya   oleh  pihak polis  semalam mempunyai motif yang lebih besar dan bukan   sekadar  dakwaan  berkaitan aktikel yang di tulis di dalam blog beliau.
Ketika     dihubungi Suara Keadilan, Badrul Hisham aka CheGuBard memberitahu    dalam  siasatan yang dilakukan oleh pihak polis soal siasat hanya    tertumpu  kepada aktiviti semasa lawatan beliau ke Jakarta dan bukannya    isu surat  terbuka kepada Yang DiPertuan Agong atau kenyataan  berkenaan   pembunuhan  warga Mongolia Altantuya Shaariibu.
"Sebaik  sampai   dari Jakarta  saya terus sahaja ke Pejabat KEADILAN Negeri  Sembilan    untuk mempengerusikan mesyuarat Cabang Rembau. Apabila saya  sampai di    sana pihak polis seramai 15 orang telah mengepung pejabat  tersebut dan    mereka  menyerahkan waran tangkap kepada saya.
Beliau  berada di   Jakarta selama enam hari bermula 4 Julai dalam rangka  aktiviti   Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). 
"Saya  di bawa  ke Balai   Polis Daerah (IPD) Seremban dan di sana pihak polis   mengatakan saya   ditahan di bawah Akta Hasutan seksyen 41 serta ada   laporan dibuat oleh   Pemuda Umno yang mengatakan penulisan saya di   dalam blog mempunyai unsur   hasutan. Apabila saya ingin melihat laporan   tuduhan tersebut saya  telah  dinafikan hak.
"Polis mengatakan   laporan tersebut dibuat   terhadap surat terbuka saya kepada Yang   DiPertuan Agong sempena hari   Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang   Di Pertuan Agong yang lalu   dikatakan ada unsur hasutan dan menghina   institusi raja. Keterangan saya   cukup jelas surat terbuka saya itu   hanya dengan niat untuk  meningkatkan  martabat Raja-Raja Melayu tidak   ada langsung unsur  hasutan.
"Apa  yang dihairankan kalau laporan   itu hanya tertumpu  kepada laporan  tersebut kenapa saya tidak  dipanggil  lebih awal lagi  kerana laporan itu  telah dibuat sebulan  lebih selain  itu juga soalan  pihak polis lebih  kepada lawatan saya ke  Jakarta.  Mereka ingin  mengetahui apa tujuan saya  ke sana adakah isu  Altantuya  menjadi agenda  utama saya ke sana. 
"Pihak  polis  juga menyoal  saya tentang  hubungan jaringan antarabangsa saya  dengan  negara luar  yang lain adakah  agendanya sama seperti apa yang  saya  lakukan di  Jakarta," kata  CheGuBard.
Tambahnya lagi selepas  di  soal siasat  beliau di bawa  ke rumahnya di Bukit Chedang, Seremban   untuk digeledah  bagi mencari  bahan bukti kerana pihak polis telah   mempunyai waran  mengeledah  rumahnya.
"Saya di bawa ke rumah   setelah pihak polis  menunjukkan  waran geledah, semasa di sana  mereka  mencari buku nota dan  juga  komputer riba yang selalu saya  gunakan.  Mereka tetap bertanya di  mana  saya letak komputer riba tersebut   walaupun berkali-kali  memberitau saya  tidak mempunyai komputer riba  dan  segala kerja saya  hanya mengguna  komputer di Pejabat KEADILAN dan  juga  'cyber cafe'  sahaja. Walaupun  mereka tidak menjumpai apa-apa  bukti pihak  polis  tetap merakam gambar  tempat ruang kerja saya,"  jelas beliau lagi.
Beliau   dibebaskan  dengan jaminan polis  setelah keterangan kali kedua   diambil.CheGuBard  juga tidak menolak  kemungkinan pihak polis akan   menyerbu pejabat  KEADILAN Negeri  Sembilan Isnin nanti kerana   kenyataannya yang  mengatakan beliau  menggunakan komputer pejabat untuk   urusan kerjanya.
Beliau   memberitahu kebanyakan organisasi   negara luar mahupun media   antarabangsa tidak mengetahui cerita sebenar   yang menimpa Altantuya   malah anggapan mereka kes tersebut sudah  selesai.
"Disebabkan    oleh putar belit media Umno menyebabkan  kebanyakan organisasi dan media    negara luar tidak tahu cerita sebenar  yang telah menimpa Altantuya.    Apabila saya menjelaskan perkara yang  sebenarnya berlaku serta    pengedaran buku dan juga VCD barulah mereka  tahu kenapa Altantuya di    bunuh dan siapa dalang sebenarnya.
"Buku  dan VCD sudah berada    ditangan organinasi dan media disana, sekarang  mereka membuat penilaian    sebenar disebalik pembunuhan Altantuya. Saya  pasti masyarakat luar  juga   menilai kenapa media negara ini perlu  memutar belit berita yang    sebenar," kata CheGuBard.
Dipetik dari Blog CheguBard  
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????
Lagi disini
Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....
RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration
 
 
 
 
 


 
 
 
 



No comments:
Post a Comment