"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Monday, August 16, 2010

Saifuddin: Benarkan mahasiswa berpolitik juga

Malaysiakini

Satu-satunya pemimpin UMNO yang pemikirannya tak jumud. Andai kata mana-mana pelajar melalak menghentam Pembangkang AUKU tak lut. Tapi cuba menegor pimpinan yang rasuah memungah harta rakyat AUKU pasti lut. Kerana apa? pelajar-pelajar tersebut telah dicucuk oleh anasir luar yang tidak bertanggungjawab......Kahhhhhhh kah kah........kahhhhhhh kah kah.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan mempertimbangkan pembabitan mahasiswa dalam politik.

Saifuddin berkata, beliau akan mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang.

Cadangannya itu berikutan pengumuman semalam bahawa guru berijazah dibenarkan berpolitik.
“Masa telah tiba bagi kita mengkaji semula kedudukan sekarang dan berfikir secara serius bagi membenarkan pelajar universiti menjadi ahli parti politik,” katanya.

Menurut Saifuddin, Akta Universiti dan Kolej Universiti hanya membenarkan pelajar terbabit dengan politik jika mereka mendapatkan kebenaran daripada naib canselor (VC).

“Jika ada klausa yang mengatakan bahawa VC boleh membenarkannya, maka adalah lebih baik membenarkannya secara keseluruhan. Tetapi jika ini menyusahkan, maka lebih baik membuat lebih banyak pindaan,” katanya.

Seringkali pelajar universiti yang didakwa terbabit dalam kempen politik menyaksikan kelab politik di universiti mereka juga digantung. Mereka juga sukar mendapatkan kebenaran daripada naib canselor untuk bergiat dalam politik.
Langkah bijak

Katanya lagi tindakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan membenarkan guru berijazah berpolitik adalah langkah bijak kerana ia boleh mengurangkan politik wang di negara ini.
"Jika sekarang guru siswazah DG41 hingga DG48 dibenarkan berpolitik, mengapa tidak kita memberi peluang yang sama untuk mahasiswa berbuat demikian," katanya.

Sebagai contoh, Saifuddin berkata apabila guru secara rasmi dilarang berpolitik pada 1993, Umno menyaksikan kemasukan besar-besaran ahli korporat dan usahawan.

Masanya adalah seperti itu. Seseorang boleh membuat kesimpulan berdasarkan perkaar berkenaan,” katanya.

“Politik adalah perkara akar umbi. Terdapat guru lulusan ijazah di seluruh negara, termasuk di kampung. Apabila guru dihadkan daripada berpolitik, cawangan politik kekurangan orang yang berilmu.

“Lagipun kita tidak mempunyai arkitek dan jurutera di setiap kampung,” kata Saifuddin, yang juga adalah ahli majlis tertinggi Umno.

“Saya sentiasa berpendapat tidak membenarkan guru berpolitik adalah satu kesilapan,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration