"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0: Umno pada tahap celaru

Malaysiakini
Oleh Khalid Idham Lim

Umno-BN sedang berada di tahap celaru yang kritikal apabila Menteri yang berkhidmat di bawah Datuk Seri Najib Razak telah bertindak songsang setelah kenyataannya yang masih mendakwa BERSIH adalah haram dan ini bercanggah dengan kenyataan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini.

Hal ini tidak sepatutnya berlaku tambahan pula BERSIH telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan memberi kebenaran bersyarat dan telah dijamin pula oleh Perdana Menteri sendiri.

Lebih memburukkan keadaan lagi, Polis Diraja Malaysia yang sepatutnya memberikan seluruh ketaatan terhadap Tuanku Sultan Mizan sebagai Yang Dipertuan Agong telah berlaku ingkar terhadap Baginda kerana terlalu mengikut telunjuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussien.

BERSIH yang telah mendapat perkenan Seri Paduka sepatutnya dibolehkan untuk meneruskan himpunan seperti mana syarat yang telah tentukan kerajaan dan pihak Istana sendiri

Dalam hal ini seluruh yang berkaitan BERSIH sepatutnya telah diberi akses oleh KDN untuk bergerak secara bebas kerana KDN bernaung dibawah KDYMM Tuanku yang mana telah memberikan perkenannya kepada bersih.

Jika hasrat BERSIH yang mewakili suara sebilangan rakyat tidak diendahkan oleh kerajaan Umno-BN walaupun ia telah direstui oleh KDYMM Tuanku, kemanakah lagi suara rakyat harus dibawa untuk perhatian yang sewajarnya?

Justeru berdasarkan respon terkini kerajaan yang amat memalukan negara setelah lapan tuntutan BERSIH dikemukakan, ia suatu yang tidak layak terjadi di era negara yang sedang membangun, Umno-BN perlu dibuang kesemuanya pada PRU 13 nanti.





No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration