"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Friday, July 8, 2011

Wajah sebenar UMNO-BN

Kepada sesiapa yang belum mengenali UMNO dan BarisanNasional, inilah pelhttp://www.straitstimes.com/STI/STIMEDIA/image/20110108/najib-st.jpguang terbaik untuk melihat sendiri wajah sebenar kerajaan yang telah mengisytiharkan rakyat jelata sebagai musuh.
UMNO-BN juga jelas memaparkan diri sebagai pimpinan yang memandang enteng terhadap rakyat dan sanggup memperkudakan apa sahaja demi mengekalkan kuasa yang dimenangi dalam pilihanraya yang kotor, tidak adil dan tidak bebas.


Kerana itulah UMNO-BN bermati-matian mahu mempertahankan amalan dan sistem pilihanraya yang kotor, jelek dan penuh kebejatan mereka sudah tidak mampu menang dalam pilihanraya yang bebas, adil dan bersih.
Matlamat jijik itu telah menghalalkan cara mereka yang penuh dengan penipuan, pembohongan dan perlakuan zalim. Semuanya itu kerana takut menghadapi perhimpunan aman damai Bersih yang dijadualkan esok.
Jika ada yang masih ragu-ragu tentang kejijikan UMNO-BN, buktinya terserlah di sini.
Setelah berminggu-minggu menohmah, mencaci, membenci, menabur fitnah terhadap Bersih, tiba-tiba Yang di-Pertuan Agong bertitah mahu pihak kerajaan berunding dengan penganjur perhimpunan aman itu bagi mengekalkan keharmonian dan kestabilan negara.
Bermula dengan titah Yang di-PertuanAgong itu, satu harapan baru telah bertukar menjadi tekanan, penindasan dan kongkongan terhadap rakyat jelata oleh kerajaan UMNO-BN hingga ke saat ini.

No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration