"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Monday, September 5, 2011

MENGINJAK PARADIGMA – UMNO DAN SEJARAH

oleh Tongkat Bahaman   


Selepas 64 tahun usia parti keramat yang semakin hilang keramatnya ini tiba-tiba mereka meloncat seperti kera kena belacan bukan kerana gatal tetapi kerana libang libu (risau). Intisari ucapan Presiden Partisecara kasar membayangkan dua tujuan. Pertama cuba mententeramkan perwakilan dan ahli UMNO bahawa mereka tidak sekali kali akan hilang kuasa kerana dilindungi secara mutlak oleh perlembagaan dan yang kedua ucapan ini cuba mengugut rakyat jelata bahawa jika UMNO tumbang pada PRU13 akan datang maka negara akan huru hara.
UMNO tetap akan tumbang tapi mungkin bukan dalam PRU 13. Dan UMNO tidak akan tumbang sekiranya dia tahu apakah sebab rakyat telah menolaknya dan mencari parti alternatif. Dalam kepala rakyat, UMNO adalah sebuah parti Melayu yang telah menipu Melayu, pengamal rasuah dan pelbagai dasarnya yang menindas rakyat. Dari luar rakyat nampak mewah tetapi sebenarnya mereka hidup dalam sengsara dan tertekan sama ada yang di bandar atau di desa. Mereka perlu menampung kos tambahan setiap barang atau perkhidmatan yang mereka guna sama ada daripada perkhidmatan awam atau swasta. Kos ini timbul kerana rasuah yang berlaku dalam semua transaksi dan dalam setiap projek-projek kerajaan, tidak kira besar atau kecil. Setiap projek akan masuk ke mulut ketua-ketua bahagian UMNO yang gendut, Pemuda, Wanita serta suku sakat mereka. Nasib sangatlah kalau ada yang terpelanting keluar dari pinggan mereka.Untuk makan yang terpelanting inipun mesti hulur juga. Kalau tidak tak merasa, bukan mudah….

Dalam perhimpunan tahun ini, mereka sudah takut menyebut perkataan “rasuah” dan “ kronisme” sebaliknya telah menggantikan dengan perkataan yang lebih lunak iaitu “integriti” yang sukar difahami oleh orang kampung yang tinggal di ceruk dan hulu banat.Seloka Najib di PWTC pada 21 Oktober 2010 ini yang menginjak soal integriti tetapi telah disambut oleh perwakilan sebagai gurindam jiwa.Apa yang berlaku bukanlah membahas tetapi macam biasa pantun pantin yang loya. Pemantun pemantin terkinja-kinja untuk dapat sedikit publisiti dan bukanlah ikhlas nak membahas sangat malah tak ada bahasan pun. Semua kaki bodek, ampu dan kipas dengan aksi berbagai ragam. Ini paradigma gerombolan Melayu UMNO yang oportunistik, tidak peka dan punya nilai diri. Di perhimpunan tahun ini, kesian tengok Paklah berjalan sorang macam bekas guru besar sekolah rendah yang baru pencen. Tahun lepas ketika Pak Lah masihin power bukan main lagi Che Det telah dinista sebagai orang tua nyanyuk” dan tidak relevan. Tak ada yang mahu bersalam dan berjalan dengannya malah tak berani nak duduk sebelah beliau pun takut kena black mail dan tak boleh dapat projek. Takut setakut-takutnya. Lepas persidangan sandiwara istana budaya PWTC itu, kelihatan Paklah balik menyisih macam kucing tua yang sudah luruh bulu, tersipu-sipu menahan malu. Dalam masa baru setahun lebih,Che Det pula tiba-tiba berjalan dengan ramai peminat macam pak pak lang...… kalah Shah Rukh Khan. Ini semua sebab Najib sebut nama Che Det banyak kali dan kurang sebut nama Pak Lah dalam selokanya. Kenapa teruk sangat perangai gerombolan Melayu UMNO ini !. Perangai opportunist yang mungkin sedang di fasa terakhir “fasa hentam habis kampoi lagi boleh kampoi…. kut kut mana tahu ini kali yang terakhir… Supaya mereka jangan panik dan gelabah,maka ucapan Najib itu sangat penting untuk mententeramkan jiwa mereka yang sedang dilanda kerisauan.
Ucapan dan nyanyian gurindam Najib membayangkan kebimbangan yang amat besar. Ini kerana orang Cina kini lebih percaya PAS dari MCA dan Gerakan. UMNO di mata orang Cina sangat jijik. Mereka bukan nak rongkai kontrak sosial tapi mereka benar-benar telah meluat dengan perangai UMNO yang rasuah. Mereka tak pernah marah kalau kerajaan tolong orang Melayu yang susah dan patut dibantu. Mereka tahu bahawa UMNO sebenarnya telah tipu Melayu.Perkara ini ada dalam otak orang-orang Cina. Mereka tahu UMNO bagi beras (beras nasional beras grade paling cikai) sekampit dua di kampung-kampung dan diberi publisiti meluas di media sedang mereka mendapat geran SMEs berjuta-juta ringgit dari kerajaan. Mereka tahu ini kebodohan UMNO menipu bangsanya sendiri.


Orang Melayu yang ada 63 peratus itu terpecah 3 pula. Perbezaan undi dalam PR 10, 11, dan 12 menunjukkan julat yang kecil saja.Dalam pilihanraya jumlah 1 % pun sangat besar maknanya. Silap-silap boleh menonggeng. Kuasa rakyat kuasa keramat.
Dalam loncat tonggeng terbalik itu tiba-tiba saja soal sejarah dibangkitkan. Pelajar SPM wajib lulus subjek sejarah dan pelajar sekolah rendah pula kena ikuti sebagai subjek teras. Kena jawab kuiz sejarah, melawat Bangunan Parlimen dan satu program susulan melatih guru sejarah juga akan dilakukan untuk menterjemahkan sejarah UMNO yang membingungkan ini menjadi satu strategi baru untuk membungkus minda pelajar dengan skima yang ketat demi untuk lulus peperiksaan.
Subjek sejarah ini bukanlah perkara baru atau perkara yang tidak pernah difikirkan di zaman Tunku, Tun Razak, Tun Hussain Onn atau Mahathir dan Abdullah. Mereka sebenarnya faham jika rakyat fahami sejarah sebenar tentang siapa sebenarnya yang memperjuangkan Kemerdekaan pastinya lebih cepat UMNO al-fatihah dan dikapankan.Mereka akan tahu bahawa yang mengumpulkan rakyat menentang Malayan Union bukanlah UMNO tetapi PUTERA-AMCJA yang dipimpin oleh Pak Sako, Dr. Burhanuddin, Mustapha Hussein (bapa-bapa kemerdekaan Malaya) dan lain-lain parti kiri yang begitu kuat menentang Inggeris. Sebab itu ketika perhimpunan itu tidak nampak satu pun bendera UMNO. UMNO hanya gerombolan. Pelajar-pelajar juga akan tahu UMNO hanya muncul sesudah para pemimpin PKMM, API, AWAS, PKM dan lain-lain telah ditangkap Inggeris. Ada yang  dibunuh dan ada yang disumbat ke penjara. Ramai juga yang terpaksa lari ke hutan, berjuang dengan senjata, bergerila menentang askar Inggeris lebih kurang 400,000 orang ramainya itu yang didatangkan ke Malaya demi menjaga tanah jajahan yang begitu kaya dan penting ini. Mereka juga akan tahu bahawa askar Inggeris yang begitu ramai tidak mungkin boleh diusir dengan bisik-bisik, kecek-kecek atau diskusi-diskusi. Mereka juga akan tahu bahawa bendera UMNO – Sang Saka bangsa (saduran) itu berasal dari bendera KMM, PKMM, yang diwaris sejak kerajaan Sriwijaya lagi yang di panggil “Sang Saka Merah Putih” yang membawa makna anti penjajah. Selain itu mereka juga akan tahu bahawa parti MCA itu berasal dari parti Komintang atau Bintang Tiga yang pernah mengganas semasa Perang Jepun, semasa 14 hari Inggeris lari dan semasa darurat. Merekalah yang mengganas dan bukan PKM.
Bagus juga jika rakyat tahu. Hukum sejarah akan mengambil tempatnya, menghukum pendusta-pendusta. Internet dan Broadband akan menjadi penderas yang akan melintas apa saja sekatan seperti suatu tangan dari langit yang diutus untuk menegakkan kebenaran.Kebenaran dan sejarah yang sebenar ; siapa yang boleh membebaskan dirinya dari dialektika dalam hukum perkembangan sejarah.

No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration