Monday, September 5, 2011
RABUN TANDA UMNO SUDAH UZUR
“Musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politikyang meningkat…..” Prof. Shamsul Amri Baharudin.
Ini bukan nasihat dari seorang profesor kangkong. Ini nasihat dari seorang yang betul-betul profesor yang cuba menyedarkan pemimpin-peminpin UMNO supaya mereka dapat melihat siapa musuh mereka sebenar. Mereka juga perlu sedar dan faham bahawa kita sedang berada di abad 21 dan bukan lagi era tahun 60an abad 20 di mana rakyat mendapat maklumat hanya dari corong Radio Malaya dan berlibur dengan menonton wayang pacak di padang yang menceritakan tentang bahaya cacing kerawit kemudian diselit pula dengan propaganda-propaganda….!
Ini zaman IT - Pasca Angkasa Lepas (makna ditekan) di mana berita dan peristiwa dapat dipancar sekelip matamenerusi satelit ke seluruh dunia. Zaman Generasi You Tube, Twitter – Face book; anak semua bangsa berkenal dan berinteraksi dengan pantas menerusi sistem saraf rangkaian maklumat digital – generasi perubahan yang sedar bahawa mereka bertanggung jawab untuk memberi makna kepada masa depan serta hak dan nasib rakyat.
Menerusi sistem saraf rangkaian maklumat ini mereka bukan sahaja mampu menilai semula sejarah negara bangsa malah makna kemerdekaan itu sendiri, yang selama ini di kulum dengan rasa mual dan penuh ketidakpastian. Mereka begitu keliru tentangnya.
Haruskah sejarah yang ditulis oleh bangsawan Melayu gendut ini diwariskan untuk generasi akan datang sedang mereka sendiri keliru tentangnya……! Kata George Santayana “sesiapa yang melupai sejarah (bangsa dan negaranya) akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali…” Apakah maksud ungkapan ini ?
Rakyat Malaysia bukan melupai sejarah negaranya tetapi mereka sebenarnya tidak faham. Tidak ada seorang pelajar yang benar-benar tahu atau professor sejarah yang beranibercerita tentang sejarah kita yang sebenar kerana bimbang implikasi berbagai akta. Akhirnya tiada orang yang benar-benar tahu tentang sejarah negara dan bangsanya termasuklah kalangan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.
Kita tidak tahu sama ada kita dijajah oleh Inggeris atau oleh PKM kerana dari gelagat UMNO kita semacam dijajah oleh PKM. Kita tidak tahu sama ada regim kolonial Inggeris atau PKM yang membunuh dan memenjara pemimpin-pemimpin kita yang berjuang di bawah semboyan “MERDEKA”. Tugu Pahlawan menunjukkan Inggeris sedang menginjak-injak kaki pada gerila-gerila PKM yang gugur sambil mengibarkan bendera jalur gemilang.Senario ini menunjukkan kita merdeka dari PKM dan bukan dari Inggeris. Di situ juga kita membaca jajaran nama askar-askar British yang terkorban dalam perang bersama gerila PKM sejak darurat diistiharkan oleh British pada 18 Jun 1948.Kita juga tidak tahu sama ada kita terhutang budi denganBritish atau PKM justeru kemerdekaan tanah air kita. Begitu juga tentang apa sebab Inggeris memerdekakan negara kita. Sebahagian rahsia sejarah sebenar tersimpan dalam benak kapitalis birokrat aka bangsawan gendut yang mengambilalih kuasa dari British. Dari cebis-cebis coretan para gerila yang masih mereka genggam, mereka berkata Inggeris lari kerana tidak tahan dengan ribuan serangan dari mereka hingga terpaksa merdekakan Malaya secara bersyarat. Kita juga tidak pernah tahu syarat-syarat itu kecuali satu dua antaranya supaya UMNO dan Kerajaan Perikatan terus melancar perang dalam negeri terhadap PKM. Peperangan ini menguntungkan British yang bertindak sebagai penjual senjata di samping pada masa yang sama sempat mengurus segala asset dan modalnya.British tidak menyuruh UMNO memusuhi PKM hingga kiamat ia memadai untuk satu masa bagi memberi sedikit ruang kepada British untuk mengambil apa yang patut walaupun negara sudah merdeka.
0 Comments dan 0 Reactions
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment