"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Wednesday, December 2, 2009

BTN Seingat Saya ......................

From Tranungkite

Dr_Sabirin_Ehsan

Saya membaca boleh dikatakan semua kenyataan, artikel dan maklumat dalam akhbar arus perdana dan dari maklumat internet. Saya tersenyum panjang dan terkenangkan kursus BTN yang pernah saya ikuti sebelum melanjut pelajaran di United Kingdom beberapa tahun lalu (era tahun 80'an) dan sekali lagi ketika saya hendak dinaikkan pangkat kegred JUSA C. Saya tersenym bila mendengar/membaca kenyataan pak-pak dan ibu-ibu menteri. Shahrizat bersuara, Ahmad Mazlan bersuara, Nazri bersuara dan Mahyudin turut bersuara. Semuanya mempertahankan kewajaran kursus BTN dan kebaikannya programnya yang membangkitkan semangat patriotisma.

Saya tersenyum kerana saya tahu, rakan-rakan yang pernah mengikutinya tahu, anak-anak saya yang pernah mengikutinya sebagai pelajar IPTA juga tahu! Apa yang kami tahu? Kami tahu kenyataan mereka semua TIPU dan tidak jujur! Saya masih ingat bagaimana seorang peserta kursus BTN, yang seingat saya saya seorang Prof. Madya diri sebuah universiti di selatan tanahair. Beliau dihina dan diperlekeh dalam kursus tersebut kerana sema-mata mempersoalkan kandungan dan isi kursus BTN tersebut. Mereka menghina bangsa lain dan beranggapan bahawa bangsa lain di Malaysia selain Melayu hanya bermuka-muka dan mahu menjadikan negara ini seperti Republik Singapura. Kebetulan walaupun Prof Madya tersebut memang berbangsa Melayu tetapi ibunya seorang berbangsa China walaupun seorang Muslim yang amat patuh! Sahabat saya itu mempersoalkan kewajarannya membenci bangsa China! Apa salah mereka? Benarkah mereka mahu 'mengambi-alih' negara ini melalui apa cara sekalipun!

Saya ingat penceramah kursus tersebut adalah seorang Pengarah BTN Negeri Perak! Beliau dengan sinis dan suara tinggi menempelak kawan saya tersebut kerana 'tidak cintakan bangsa'nya! Kawan saya menjawab, bahawa beliau cintakan agamanya dan Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa untuk saling kenal-mengenai dan berkasih sayang! Namun saya masih ingat bagaimana rakusnya penceramah BTN tersebut terus menempelak rakan saya itu sebagai orang yang tidak tahu agenda dan strategi bangsa bukan Melayu untuk meruntuhkan bangsa Melayu!

Kawan saya dengan selamba menjawab, "ibu saya seorang China tetapi seorang Muslim yang patuh, ayah saya berbangsa Melayu yang patuh kepada agamanya! Tidak pernah sesaat pun saya melihat ibu saya hendak menjatuhkan ayahnya atau keluarga ayahnya yang berbangsa Melayu...". Terkebil-kebil mata Pengarah BTN tersebut bila mendapat tahu Prof Madya tersebut separuh Melayu dan separuh China! Akhirnya saya mendapat tahu bahawa rakan saya itu tidak di kurniakan Sijil Kehadiran BTN, malah diminta majikannya hadir sekali lag kursus BTN!

Kursus BTN yang saya hadiri memang menjijikkan. Kami diajar membenci bukan membina semangat patriotisma. Semangat dan rasa benci dibakar! Akhirnya kami diminta menyanyi beramai2, kononnya untuk menyemarakkan semangat partiotisma...

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Mengalir Keringat
Bumi milik diancam orang (kini dinyanyikan Bumi Dipijak milik orang)


Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman...


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri


Masa Depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang (kini dinyanyikan Dah Hilang...)


Kita rumpun bangsa Melayu
Menganut Agama Yang Suci
Semangat Bangsa Berlandaskan Islam
Teras capai kemerdekaan


Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan Bangsa
Alatkan Agama Demi Peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi(Dua rangkap di atas tidak dinyanyikan lagi kini)


Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti


Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa (kini dinyayikan Maha Perkasa)
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha


Melayu kan gagah di Nusantara

Begitulah lirik lagu yang pasti akan diingat oleh mereka-mereka yang pernah diindoktrinasi oleh BTN. Namun bagi saya, saya tak mahu menggadaikan agama saya. Saya hadir terus-terang saya katakan hanya untuk memenuhi syarat hadir. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kursus ini menyebabkan saya membina rangkaian rakan-rakan ldengan lebih ramai dari pelbagai bangsa dan saya dapati indoktrinasi BTN tidak betul!

Kebetulan kursus BTN terakhir yang saya ikuti pada era tahun pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Maka pada ketika itu, seorang penceramah mempetualangkan Dato' Seri Anwar, mengaibkan beliau dan menghina beliau dengan perkataan yang amat menjijikan. Dan DSAI tidak dapat mempertahankan dirinya kerana beliau telah terpenjara ketika itu. Mereka turut menghina kebodohan Ustaz Fadzil Noor kerana menyokong seorang 'peliwat' dan menghentam ke'komunis'an Lim Kit Siang. Pada BTN mereka ini petualang bangsa dan pemusnah masyarakat Malaysia. Itulah yang saya dengar pada kursus BTN!

Sebab itulah saya hanya tersenyum. Saya tersenyum sinis kerana saya tahu merka MENIPU dalam kenyataan-kenyataan mereka. Bagi saya BTN harus dihapuskan serta-merta demi menjadikan negara ini sebuah negara yang Adil, saksama dan saling hormat-menghormati. Manusia seperti Nordin Kardi (Bekas Ketua Pengarah BTN dan skrg Naib Canselor UUM), Sagul Hamid, Prof Mustaffa (UUM), Nik Mustapha (Naib Caselor UPM) dan lain-lain "SAHABAT" BTN yang bertindak sebagai fasilitator utama BTN adalah merka yang ingin menghancurkan keharmonian; integrasi kaum di Malaysia. Mereka tidak layak berada disitu!


Catitan:

Disini saya turunkan (Video) lagu Anak Kecil Main Api untuk tatapan Rakyat 1Malaysia

 

No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration