"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Tuesday, December 14, 2010

Utusan, TV3 dan Lain-Lain Media Perdana tidak akan melaporkan ini

Jamal Pak Tongkol

LAPORAN SYDNEY MORNING HERALD DAN KANDUNGAN KABEL DIPLOMATIK SINGAPURA:
KEADILAN MENOLAK PENDAPAT PERIBADI YANG DISENSASIKAN

KEADILAN memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai. Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai. Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat.

Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara itu.

Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam ASEAN, Jepun, China dan India. Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta.

Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan oleh Wikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura:

Bilahari Kausikan


Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, En Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina “meninggalkan” Malaysia dan “menyusahkan” Singapura.

Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: “Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa”, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Sharibu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa “Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu”.

Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan “rasuah”, “sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand”. Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin “membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu”. Katanya , putera itu “tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi”.

Komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau “lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear”. Beliau juga mengkritik Russia, yang menurutnya “berekonomi dunia ketiga dan sistem kesihatan Russia pula kucar-kacir”.

Peter Ho


Dalam Mac 2008, En Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana “membaling batu” kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.

Menurutnya, “Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga”.

Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Sharibu. Katanya, “Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)”.

En Tommy Koh


Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009.

Dia menggelarkan Jepun sebagai “orang gemuk yang kalah dan merajuk” apabila membandingkan hubungan China dan ASEAN yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada “kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan”.

Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa “kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN”.

Justeru, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang.

KEADILAN mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung di dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh Wikileaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka.

Jika tidak, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung di dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Sharibu.

Akhirnya, kita kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan. Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik; agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus.

Fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak tahun 1998 lagi. Igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan.

Makanya, KEADILAN akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta. Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura.

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
12 DISEMBER 2010
<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>


SYDNEY MORNING HERALD’S REPORT ON LEAKED DIPLOMATIC CABLES:

KEADILAN WOULD HAVE WELCOMED NEW FACTS, NOT SENSATIONALISED PERSONAL OPINIONS

KEADILAN views seriously any attempt by any parties to make political capital out of the leaked US State Department cable published by WikiLeaks on Singaporean intelligence officials’ views on sodomy allegation levelled at Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Most importantly, one has to understand the nature of operation of WikiLeaks. WikiLeaks provides an avenue for whistle-blowers to share classified information with the public. The nature of the information or documents shared with the public varies from case to case.

The articles published by The Sydney Morning Herald revolve around a set of US State Department cables on opinions made by Singaporean Foreign Ministry officials on the neighbouring countries in ASEAN, Japan, China and India. These are their opinions and were reported as such by the US State Department officials in the cables.
To illustrate the sensationalism and a high degree of personal opinions that was involved, KEADILAN would like to draw the public’s attention to the other comments made by three of Singaporean Foreign Ministry officials that also form part of the leaked cables:

Mr Bilahari Kausikan


According to one cable detailing a meeting in September 2008, Mr Kausikan told US Deputy Secretary of Defence for East Asia David Sedney there was a “distinct possibility of racial conflict” which could see ethnic Chinese “flee” Malaysia and “overwhelm” Singapore.

On Barisan Nasional’s leadership, he said “a lack of competent leadership is a real problem for Malaysia. Najib Razak needs to prevail politically in order to avoid prosecution”, linking the Prime Minister to an alleged involvement in the murder of a Mongolian woman Altantuya Sharibu. “Najib Razak has hisneck on the line in connection with a high-profile murder case”, he said further.

On Thailand’s political elite, he labelled Thaksin Shinawatra as “corrupt” along with “everyone else, including the opposition”. He opined that Thaksin “made a mistake pursuing a relationship with the Thai crown prince by paying off the crown prince’s gambling debts”. He felt the crown prince was “very erratic and easily subject to influence”.

His other notable comments include his opinion that he would be “more comfortable with a nuclear-capable North Korea than a nuclear-capable Iran”. He didn’t mince his words on Russia either, criticising Russia’s economy as “third world and its health system a shamble”.

Mr Peter Ho

In March 2008, Mr Ho condemned the former Prime Minister, Tun Mahathir Mohamad for “throwing stones” at his replacement, Tun Abdullah Badawi. He was even less flattering on YB Khairy Jamaludin, Umno’s Youth Head when he predicted the latter’s political demise.

“The political knives will be out for Abdullah’s son-in-law, Umno politician Khairy Jamaluddin, whom nobody likes because he got where he is through family ties,” recorded the cable on Mr Ho’s opinion.

Similar to his colleague, he echoed the allegation linking Prime Minister Dato’ Seri Najib Tun Razak with the 2006 murder of Altantuya Sharibu: “As for Najib Razak, he is an opportunist. Although he has not been critical of Singapore, he will not hesitate to go in that direction if it is expedient for him to do so. Najib’s political fortunes continue to be haunted by the … murder scandal”.

Mr Tommy Koh


Another senior official, Mr Tommy Koh trained his scoff at other influential powers in the region. A leaked cable recorded his opinions communicated to US officials in a meeting in September 2009.

He described Japan as “the big fat loser” in the context of improving ties between China and ASEAN. He attributed his perceived Japan’s reducing influence in the region to Japan’s “stupidity, bad leadership and lack of vision”. Mr Koh also spared no bad words for India, describing his “stupid Indian friends” as “half in, half out of ASEAN”.

Therefore, the leaked cable of Lee Kuan Yew’s and Singapore intelligence’s opinion on Dato’ Seri Anwar Ibrahim should be viewed in the context of the broad criticism of its foreign officials against Malaysia, with nobody being spared.

KEADILAN maintains that those views and assessments are their own personal views that do not contain any facts – otherwise Prime Minister Dato’ Seri Najib Tun Razak will have a tough time explaining similarly damaging allegations against him made by the same Singaporean officials and leaked by the same set of cables.

At the heart of it, we must allow the natural course of justice to take place. This means a fair and just trial accorded to YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim to settle the case once and for all. Malaysians have been dragged into this mud-slinging for a generation and are very keen to move on. The bigger struggle in this nation is to restore confidence and order in the judiciary system that has been crippled by continuous emasculation by the ruling government.

As such, we would have welcomed the leaked cable if it in anyway provides new evidence or factual insights that can guarantee justice will be preserved in a fair and just trial. Unfortunately, it is nothing but a series of tirades against anyone or anything that is not Singapore that continues a long history of vituperation against Malaysia coming from the Singaporean establishment.

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SECRETARY GENERAL OF KEADILAN
12 DECEMBER 2010

No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration