"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Monday, September 28, 2009

Brahim Ali dah mula mengarut

PEJUANG PRO DEMOKRASI

Seingat saya pada ketika mula - mula Orang tua gemuk ni merayu untuk bertanding atas tiket PAS dia banyak menghentam UMNO dari kiri dan kanan namun setelah memiliki apa yang telah di hajati dia mula "menikam tangan yang pernah membantunya ketika hampir mati lemas" Pada ketika PAS mula bergolak dan menghadapi goncangan yang kuat pada tahun 1975 hingga berpecahnya PAS yang terbahagi kepada BERJASA(Barisan Jemaah Islamiah) dan HAMIM (Hizbul Muslimin) antara orang yang kononya menjadi pahalawan pemuda Hamim ketika itu adalah orang tua gemuk ini. Namun pun begitu PAS memaafkan segala sumpah seranahnya terhadap PAS selama berdekad - dekad namun selepas gelombang reformasi 98 orang tua gemuk ini bermuka - muka tapi hari ini setelah gagal meminta algojo supaya melamarnya semula Ibrahim Ali mula menikan Tuan Guru yang di sanjung dan di rayu ketika mahu bertanding atas tiket PAS pada PRU yang lalu

Setelah saranan busuknya yang meminta Tuan Guru meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan Ia bermula dengan desakan Menteri Besar itu supaya BK melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan PAS - parti yang mengangkatnya menjadi Ahli Parlimen dalam PRU 12. Ini bukan pertama kali BK diminta oleh Tok Guru mahu pun pihak-pihak lain untuk meletak jawatan. Tapi seperti katak puru di bawah tempurung, BK hanya tersengih setiap kali dicabar kerana dalam hatinya dia sedar jika pilihanraya diadakan dan dia bertanding dengan memakai baju bebas atau BN, dia bukan saja pasti tewas, malah mungkin hilang wang pertaruhan. Sebagai MB yang memegang kepada kewajaran prinsip, cabaran Tok Guru itu memang patut dibuat. Yang menjadi tak wajar ialah pihak yang dicabar cuma seekor katak yang menyerupai manusia. Malangnya mana ada katak di dalam sejarah planet bumi yang memahami bahasa manusia, kecuali cerita dongeng Barat tentang putera Raja yang disumpah menjadi katak?

Yang lebih memilukan mengenai orang tua gemok ini ialah apabila cabaran Tok Guru dijawabnya dengan meminta Nik Aziz meletak jawatan kerana kononnya gagal melaksanakan tugas sebagai MB dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda. Saya tidak faham mengapa Tok Guru dikatakan gagal melaksanakan tugas sebagai MB. Kalau gagal, mengapa beliau masih diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan MB sejak 19 tahun yang lalu?

Mengenai faktor usia, ia juga agak melucukan apabila yang mengucapkannya ialah BK. Jika yang mengucapkannya KJ, tidak heranlah, sebab dia masih berusia awal 30an. Berahim Katakbukan orang muda lagi. Usianya yang telah mencecahi 60 tahun itu boleh digelar sebagai warga emas yang bila-bila masa sahaja boleh dipanggil Illahi mengadapNya. Oleh itu apabila BK menyatakan Tok Guru sudah tua, dia seperti meludah ke langit, akhirnya terkena batang hidung tuanya sendiri!!

Tok Guru dalam jawapan kepada Orang Tua Gemok mengenai isu tua ini berkata faktor usia yang tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik. "Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" katanya.

Benar kata Tok Guru, tua apa salahnya, kerana muda juga bukan satu kelebihan. Yang salahnya ialah apabila menjadi orang sepert Berahim Katak yang sudahlah tua, tapi masih berlagak seperti sampah tegar yang enggan berundur, walau sudah cuba diusir berpuluh kali!

Sudah jelas lagi pada sesiapa pun akan meluat mendengar kenyataan yang keluar dari katak gemok ini...jadi biarkan lah mangkuk ayun ni melalut sendirian dan kita akan tengok dimana tempatnya bagi katak bobok macam ibrahim ali sebab kita masih pelik kenapa Tok Guru yang mesti di suruh letak jawatan bukan Mat Monggol.

Dicatat oleh LeeSlimShady


Kekal atau keluar MIC: Subra tangguh umum pelan jangka panjang

Mstar

Oleh G. MANIMARAN

KLANG: Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam menangguhkan pengumuman keputusan mengenai masa depan politiknya sehingga aduan tujuh calon bahawa wujudnya pelanggaran peraturan pemilihan 12 September didengar oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Beliau yang dijangkakan akan membuat keputusan penting pada pertemuan di sini malam kelmarin, mengambil pendirian terbaru itu ekoran tindakan sekumpulan calon membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan antara 18 dan 25 September lalu.

Beliau mahu menungggu keputusan terhadap aduan-aduan dibuat oleh mereka.

Walaupun kalah Subramaniam tidak membuat sebarang aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan.

Perkara itu diumumkan oleh K.P. Samy yang bertindak sebagai salah seorang penceramah pada majlis yang diadakan di Dewan Hamzah di sini.

Samy merupakan orang kepercayaan Subramaniam lebih tiga dekad lamanya.

Samy juga merupakan salah seorang calon yang memenangi kerusi CWC pada pemilihan 12 September lalu.

Beliau adalah antara empat orang yang direstui Subramaniam memenangi kerusi CWC kali ini.

"Ini perkembangan terbaru. Subramaniam tidak akan bersara daripada politik tetapi beliau memutuskan untuk menangguhkan untuk mengumumkan keputusan beliau (mengenai masa depannya dalam politik)," kata beliau ketika berucap pada majlis itu.

Ketika ditemui wartawan kemudian, Samy menjelaskan, Subramaniam sedang mempertimbangkan tiga opsyen iaitu sama ada menyertai parti pembangkang, kekal bersama Barisan Nasional ataupun menubuhkan sebuah parti baru.

"Apa pun Subramaniam sudah memutuskan tidak akan menyertai Parti Makkal Sakti yang akan dilancarkan bulan depan.

"Datuk Subramaniam sudah memutuskan tidak akan menyertai Parti Makkal Sakti," kata beliau sambil menambah, Subramaniam akan menyertai sama ada BN atau Pakatan Rakyat - bergantung pada parti yang boleh melakukan yang terbaik untuk masyarakat India.

Katanya, Subramaniam dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam tempoh seminggu dua ini.

Pada 14 September lalu, Subramaniam yang kalah buat kali kedua dalam pemilihan Timbalan Presiden MIC memberitahu mStar Online bahawa akan mengumumkan keputusan mengenai masa depan kerjaya politiknya menjelang awal bulan depan.

Subramaniam berkata, beliau sedang mempertingkan beberapa opsyen yang ada baginya buat masa sekarang.

"Biar saya fikirkan dan timbangkan kesemua opsyen yang ada... opsyen masih terbuka (untuk saya pertimbangkan). Dalam tempoh seminggu dua ini, saya akan mengumumkan keputusan saya," kata beliau.

"Banyak pihak bercakap, mencadangkan banyak perkara, saya akan memikirkan setiap perkara ini," katanya.

Kesian Isa Samad

Oleh Zaid Ibrahim

Dalam menentukan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang, pucuk pimpinan UMNO (yang sekarang seolah-olah diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad) riuh-rendah tidak mahu Isa Samad menjadi calon. Bagi mereka, Isa telah tercemar dengan rasuah dan UMNO perlukan calon yang “bersih”. Wah, wah, wah! Begitu bersungguh-sungguh UMNO mahu banteras rasuah. Kesalahan politik wang dalam UMNO dianggap rasuah yang besar sedangkan rasuah sebenar yang melinatkan berbilion ringgit wang rakyat, mereka sanggup tutup sebelah mata.

Betullah bagi duit untuk perwakilan sewaktu pemilihan adalah satu kesalahan rasuah tetapi hal bagi duit kepada orang UMNO ini adalah satu budaya yang lazim dan diguna pakai oleh semua pemimpin UMNO. Ada perwakilan menerima RM500 dan ada juga yang menerima RM1,000; bergantung kepada jawatan yang dipertandingkan, dan siapa yang bertanding. Setahu saya, semua pemimpin Majlis Tertinggi UMNO, bila berkempen, mereka gunakan ejen-ejen tertentu untuk membeli undi atau meluluskan projek (yang sama juga taraf rasuahnya).

Jadi usahlah mereka berlagak “whiter than white” dan menganggap kesalahan Isa Samad itu besar benar. Kalaulah Isa semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dahulu mengambil rasuah berjuta ringgit, itu memang patut menjadi sebab mengapa beliau tidak boleh menjadi calon. Kalau itulah yang berlaku, mengapa pula beliau dikekalkan sebagai MB begitu lama? Malah kita dengar ramai MB dan bekas MB dari UMNO yang bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan duit rakyat. Kalau setakat duit kempen pemilihan UMNO, rasanya tak ada seorang pun pemimpin UMNO yang berani bersumpah yang dia adalah “bersih”.

Usahlah guna alasan politik wang dalam UMNO semata-mata nak tunjuk kononnya UMNO ini parti yang bersih. Kalau benar-benar jujur dan mahu “bersih”, mengapa sibuk nak tangkap orang yang dedahkan maklumat tentang PKFZ? Sepatutnya siasatan dan tindakan diambil terhadap orang yang disyaki bersalah. Ini cuma nampak kuman di seberang laut, gajah di depan mata, pura-pura buta. Skandal PKFZ itu penyelewengannya berbilion-bilion ringgit. Masakan PKA dapat pinjaman mudah dari kerajaan dengan cara kelulusan retrospektif Cabinet sebanyak $4billion tanpa penglibatan orang atasan. Pinjaman yang pasti tidak terbayar kerana projek itu telah pun gagal . . Samakah rompakan wang rakyat itu dengan kesalahan beri duit kempen kepada perwakilan UMNO?

Kalau tak mahu Isa Samad bertanding, cakap saja kerana dia orang lama yang sudah tua dan tak sesuai lagi. Cakap saja UMNO mahu muka baru.. Saya harap pucuk pimpinan UMNO akan menghormati pilihan akar umbi, terutamanya UMNO Bahagian Teluk Kemang, yang benar-benar mahu Isa Samad bertanding. Beri peluang kepada Isa untuk bertanding.

Sunday, September 27, 2009

Nik Aziz jawab cabaran Ibrahim Ali

KedahLanie

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, supaya beliau meletakkan jawatan sebagai isu lama yang tidak perlu dilayan.

Mursyidul Am PAS itu berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.

Banyak perubahan dari segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, katanya kepada pemberita di majlis Aidilfitri PAS di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-1V, di Kota Bharu hari ini, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Ibrahim semalam yang mencabarnya meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai menteri besar dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin muda.

Cabaran Ibrahim itu adalah sebagai susulan kepada desakan menteri besar itu supaya ahli parlimen Pasir Mas itu melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu. Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket PAS.

Nik Abdul Aziz berkata faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik.

Tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah apa guna?" katanya.


Tanah Kubur Pulak Dah


Penduduk tuntut pendirian Pakatan tentang tanah perkuburan

Selama lima tahun, penduduk Taman Saujana Puchong telah berkempen membantah rancangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk menjadi sebahagian daripada hutan simpan Ayer Hitam sebagai kawasan tanah perkuburan.

Ketika itu, penduduk terbabit mendapat sokongan daripada parti pembangkang DAP, PKR dan PAS.

Kini ketiga-tiga parti berkenaan merupakan sebahagian daripada kerajaan Pakatan Rakyat yang mentadbir negeri Selangor sejak setahun setengah yang lalu.

Sewaktu sesi dialog dengan pegawai kerajaan negeri pada 22 Jun lalu, penduduk dijanjikan oleh pengerusi jawatankuasa setinggan, pengurusan bangunan dan perumahan, Iskandar Abdul Samad bahawa penyelesaiannya akan dicapai dalam tempoh tiga bulan.

Dan kini, tempoh tiga bulan itu yang berakhir pada 22 September telah berlalu tanpa sebarang maklumat dari pihak berkuasa.

Sehubungan itu, jawatankuasa sementara membantah projek tanah berkuburan itu, menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan mengenainya.

"Mereka bersama kami sebelum menjadi kerajaan. Kami berharap mereka cepat membuat keputusan mengenai perkara itu. Kami mahu tinggal di sini dalam keadaan aman dan tidak perlu bimbang mengenai tanah perkuburan tersebut," kata jurucakapnya Lau Seng You (kiri).

Cadangan untuk membina tanah perkuburan awam seluas 55 hektar di situ, termasuk tempat membakar mayat - yang dianggap terbesar di negara ini - akan membabitkan sebahagian besar kawasan hutan simpan yang kini dimiliki Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan kini digunakan untuk tujuan penyelidikan.

Mahu diselesai di luar mahkamah

Menurut penduduk, hutan simpan seluas 3,000 hektar itu adalah antara segelintir kawasan hijau yang masih tinggal di negara ini. Ia juga menjadi tempatan tinggal masyarakat Orang Asli.

Kira-kira 1,500 penduduk di situ bimbang mengenai kejatuhan nilai hartanah serta pencemaran alam sekitar ekoran cadangan pembinaan tempat pembakaran di situ.

Wakil jawatankuasa sementara penduduk itu telah memfailkan semakan kehakiman pada 2006 tetapi kes berkenaan telah beberapa kali ditangguhkan.

Hari ini penduduk telah membawa pihak media ke pinggir kawasan hutan simpan tersebut untuk bergambar bersama kain rentang yang dibuat pada 2007, dengan kandungannya disarankan oleh Iskandar, yang juga seorang ahli politik PAS.

Lau berkata, walaupun perkara itu telah dibawa ke mahkamah dan tarikh untuk mendengarnya belum ditetapkan, tetapi pihaknya berharap ianya dapat diselesaikan di luar mahkamah.

Berita asal Malaysiakini



Pemuda PAS khuatir isu Selcat bawa kejatuhan Pakatan Rakyat

MStar

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS pusat memberi amaran kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat "boleh tumbang seandainya kakitangan awam terus diaibkan dan mereka mula membenci pemerintah" berikutan tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat).

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS mengingatkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim agar jangan mengulangi kesilapan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu kepada pihak berkuasa tempatan dua tahun lalu.

Ketika itu Dr. Khir merupakan Menteri Besar Selangor.

Pada 12 November 2007, kerajaan negeri ketika itu pimpinan Dr. Khir menyampaikan hadiah penyapu kepada Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan dan ketua jabatan yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang.

Penerima pertama penyapu itu ialah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor.

"Kita perlu mengambil pengajaran daripada tindakan Khir Toyo yang membawa penyapu dan menghadiahkan kepada pegawai kanan kerajaan (pada November 2007, lima bulan sebelum pilihan raya umum)... membawa kepada kerajaan negeri dijatuhkan, dibenci kakitangan kerajaan negeri," kata Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi kepada mStar Online ketika dihubungi semalam.

Nasrudin melahirkan pendiriannya ini ketika banyak pihak menggesa agar Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali keluar Pakatan Rakyat negeri itu dan dikenakan tindakan disiplin ekoran pendirian beliau mempertikaikan secara terbuka perjalanan Selcat.

"Walaupun Datuk Hasan memberikan pandangan yang berbeza, jangan sampai beliau dipancung, jangan beliau dibuang.

"Perbezaan pandangan ini mewujudkan satu kaedah pemantauan pengurusan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.

"Kita dengar dulu penjelasan daripada Datuk Hasan terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman," katanya.

"Apa yang ditegur oleh Datuk Hasan ada kewajarannya," kata beliau.
Hasan telah melahirkan sokongan kepada pihak yang mengkritik Selcat termasuk pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan Barisan Nasional (BN).

Malah, pemimpin Pakatan Rakyat termasuk pemimpin PAS sendiri merasakan Hasan tidak wajar menyatakan pandangan sedemikian kerana Selcat adalah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat selepas memenangi pilihan raya umum 2008.




Ketika diminta mengulas lanjut, Nasrudin memberitahu, sekiranya pegawai-pegawai kerajaan negeri merasakan mereka diaibkan dengan sesi soal siasat secara terbuka dan tidak mengikut kesusilaan, ia boleh menyebabkan perasaan membenci terhadap kerajaan negeri.

"Kalau mereka sudah menanam perasaan benci... mereka diperlekeh, dipersenda, saya bimbang mereka yang ada pengaruh ini (kakitangan kerajaan), mereka akan menyebabkan pulangan yang negatif kepada keraajan negeri.

"Tidak keterlaluan saya boleh katakan ia akan mengancam kemantapan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

"Saya minta jangan hanya menuding jari atas konflik yang berlaku ini, tetapi kita perlu mendengar pandangan semua pihak secara terbuka," kata beliau sambil menambah, "kita mahu satu pasukan kerajaan yang mesra pemerintah."

"Walaupun Selcat adalah satu jawatankuasa yang sah dan ada hak untuk memanggil kakitangan tetapi ia perlu dibuat secara adab dan susila yang sesuai supaya tidak aibkan dan memalukan mereka," katanya lagi.

Khalid akan mempengerusikan mesyuarat khas Isnin ini bagi menangani isu Selcat membabitkan anggota Selcat, Exco dan pegawai-pegawai daerah yang disoal siasat oleh jawatankuasa itu.

Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Ia kini menyiasat penggunaan dana oleh wakil-wakil rakyat BN Selangor beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Perjalanan Selcat kini dikritik dengan pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa mereka dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa itu.

Sebelum 1 Syawal lalu, Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi selain menjejaskan imej serta kredibiliti diri beliau sebagai penjawat awam.

Beliau adalah antara sembilan Pegawai Daerah di Selangor yang dipanggil memberi keterangan pada 9 September lalu.

Bakhtiar mendakwa siasatan yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim itu dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

Umno kian terbelit dengan lingkaran sentimen perkauman ciptaannya

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

YA, apabila kita diberi petunjuk jelas tentang kehadiran Lailatulqadr - malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan - pada malam-malam ganjil di hari-hari sepuluh terakhir Ramadan, tentu tiada siapa yang akan meremehkannya.

Ya, apa sukarnya untuk menghidupkan malam dengan melakukan ibadah sepenuhnya hanya pada beberapa malam tertentu itu, sedangkan ganjarannya cukup luar biasa?

Namun realitinya, insan begitu mudah alpa dan leka, tawaran sehebat mana pun, jika tidak didahului dengan jiwa tauhid yang mantap dan latihan yang konsisten, maka pada saban tahun, segalanya akan berlalu begitu sahaja.

Saya cuba mengingatkan diri yang kerdil ini - berkali-kali - bahawa kita masih belum terlambat untuk merebut tawaran Ilahi itu. Ramadan, bulan di mana nafas orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada wangi kasturi. Bulan di mana setiap malamnya Allah akan membebaskan seratus ribu orang yang sebelumnya diwajibkan ke atas mereka neraka.

Justeru, penuhkanlah malam dan siangnya dengan al-Quran, istighfar, zikir, taubat, sedekah, solat sunat dan beribadah dengan khusyuk. Sucikanlah hati, mohonlah keampunan seikhlasnya, cantas segala keinginan syahwat, moga-moga Allah menerima amalan kita yang sedikit ini.

II.

Hari Jumaat bulan Ramadan adalah hari baik di bulan yang baik. Tapi pada hari itulah juga sekumpulan penduduk di Shah Alam mengarak kepala seekor lembu sambil melaungkan slogan provokatif dan mempamerkan ungkapan menghina.

Mereka membantah proses pemindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 21. Rupanya Ramadan 'tidak cukup' untuk melatih mereka agar bersifat sabar, menundukkan nafsu amarah dan melihat isu kontroversi itu dari gambaran lebih menyeluruh serta terpisah dari sentimen perkauman sempit yang ternyata cuba diapi-apikan pihak tertentu.

Lebih berbahaya apabila tindakan mengusung kepala lembu yang masih berdarah itu boleh ditafsirkan dari sudut penghinaan kepada amalan agama tertentu. Sebenarnya tidak sukar untuk menelah siapa dalang di belakang peristiwa yang sarat dengan agenda politik itu.

Malah jika diteliti perancangan Umno - dengan restu Presidennya, Najib Razak sendiri - untuk merampas kerajaan negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun, banyak pihak bimbang jika sentimen keagamaan dieksploit semahu mungkin untuk menjayakan misi berkenaan. Umno di negeri termaju itu kian kelemasan selepas bertaraf pembangkang.

Umno sebenarnya dalam keadaan terhimpit. Malah pemimpin dan para strategisnya juga keliru untuk mencari jalan keluar. Selama ini Umno merasakan ia berjaya melalui propaganda perkaumannya, seperti selalu dikumandangkan dalam program-program anjuran BTN. Zaman sudah berubah. Senjata perkauman menikam dirinya sendiri.

Tetapi Umno ternyata begitu sukar untuk mengambil iktibar dan belajar dari sejarah kegagalannya dalam pilihan raya umum 2008. Bekalan intelektual dan kematangan fikiran pimpinannya boleh dipersoalkan.

Dalam keadaan pengundi Cina dan India semakin menjauhi BN terutama selepas kes kematian Teoh Beng Hock dan perarakan kepala lembu, ditambah jika 'permainan perkauman' Umno kali ini membelit dirinya, riwayat Umno-BN sebagai parti pemerintah dijangka berakhir dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun, seperti yang selalu saya tekankan juga, pengundi Melayu harus seberapa segera disedarkan daripada terus dibuai keyakinan palsu terhadap Umno. Jelas terdapat kempen besar-besaran mahu meniupkan sentimen perkauman Melayu melalui beberapa isu di Selangor.

Pendedahan maklumat dan pengedaran berita yang lebih cepat dan tepat melalui media baru diharap dapat membantu menjernihkan tanggapan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

III.

Memang ia satu kejutan dan hadiah hari merdeka yang tidak sepatutnya. Kenaikan harga minyak biar sekecil mana pun pasti mempunyai kesan berantai yang cukup negatif kepada pengguna. Apatah lagi ia diumumkan menjelang hari perayaan dalam suasana kelembapan ekonomi yang masih ketara.

Sekali lagi, apakah Najib tidak mengambil iktibar daripada eksperimen buruk Abdullah Ahmad Badawi dahulu? Rakyat yang cukup perit dengan bebanan kenaikan kos sara hidup mengajar Abdullah melalui peti undi.

Keuntungan besar Petronas ternyata tidak dimanfaatkan untuk meningkatkan keperluan asas. Banyak projek (lihat saja di Terengganu) hanya untuk mengisi tembolok para kroni dan membawa masalah selepas disiapkan.

Semasa rakyat masih termangu-mangu dengan skandal PKFZ berbelas bilion ringgit, istana bekas menteri bernilai puluhan juta, projek membazir yang menghanguskan dana awam, tiba-tiba mereka hendak dibebankan lagi.

Saya menjangkakan rentetan slogan muluk Najib boleh menjerat lehernya sendiri, mengulangi mimpi ngeri Abdullah. Kini, rakyat berhak bertanya, siapa yang didahulukan dan siapa pula yang diutamaka?

PM lancar Parti Makkal Sakti 10 Oktober

Detikdaily


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dijadual melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia - parti terbaru kaum India negara ini, 10 Oktober ini.

Parti itu diumumkan penubuhannya Mei lalu.

Setiausaha Agung parti, Kannan Ramasamy berkata, Perdana Menteri telah menerima jemputan untuk melancarkan parti itu.

"Kami gembira beliau menerima jemputan kami dan ia permulaan yang baik untuk mempunyai Perdana Menteri melancarkan parti kami," kata Kannan.

Ia akan dilancarkan pada pukul 10 pagi di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang.

Parti Makkal Sakti Malaysia ditubuhkan oleh bekas pemimpin pertubuhan Hindraf yang telah diharamkan tahun lalu.

Bekas penyelaras kebangsaan Hindraf, R.S. Thanenthiran merupakan Presidennya.

From INTIfAdA

Mantan PM Dr. Mahathir menyokong penubuhan Makkal Sakhti kerana menganggap parti ini akan menambah sokongan kaum India kepada BN kerana MIC tidak lagi mampu menangani kepercayaan kaum india kepada BN lebih-lebih lagi Samy Vellu berdegil tetap gila jawatannya walaupun telah disaran banyak kali oleh Dr. Mahathir.

Mantan PM berkata deminkian ketika ditanya semasa Rumah Terbuka Aidilfitri di rumahnya Seri Kembangan.

Ketika ramai pemimpin UMNO bersetuju Makkal Sakhti ditubuhkan namun apakah yang ada disebalik penubuhan parti tersebut.

Adakah penubuhan parti baru ini ikhlas?

Saya beranggapan tidak kerana parti ini ditubuhkan untuk mengambil peluang keadaan parti MIC yang haru-biru. Pada masa yang sama mencari cencaru makan petang untuk melobi agar pemimpinnya dicalonkan pada PRU 13 (pasti mengugut BN pada pilihanraya akan datang seperti parti PPP dahulu).

Parti ini ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa ia sebuah parti yang sah sedangkan sebelum ini pertubuhan Hindraf diharamkan oleh kerajaan dan kerajaan melakukan kesilapan.

Adakah Makkal Sakhti parti kasta dan perkauman?

ya, kerana dasar parti ini kepada agama (hindu) ingin mencontohi PAS. Mereka ingin menggunakan agama sebagai perjuangan mereka kerana kaum India memang fanatik terhadap agama mereka. Agama Hindu pula pada prinsipnya mempunyai kasta-kasta tertentu.

Ahli-ahlinya hanya terdiri daripada kaum India dan beragama Hindu jelas menunjukkan perkauman.

Oleh itu, parti ini lebih berjuang untuk agama dan kaumnya saja.

Mengapa mereka menggunakan makkal Sahkti?

Nama tersebut memang popular semasa PRU 12 dan digunakan oleh Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain. Mereka berharap nama itu akan memberi tuah dan memang terpahat dalam kepala kaum India.

Mengapa parti ini dijangka memilih untuk bergabung dengan BN?

Sememangnya kaum India (Minoriti ) kepada kebiasaanya akan menyokong jika ada merit dan keuntungan kepada mereka. Misalnya semasa PRU dahulu mereka menyokong PR kerana merasakan PR yang boleh menumbangkan MIC. Mereka sendiri tidak boleh melawan Samy Vellu yang dianggap gangter dan kepala batu oleh mereka. Apabila MIC mula bercelaru maka itulah peluang mereka.

Pada PRU 13 akan datang parti ini pastinya ingin dicalonkan dalam pilihanraya tersebut dan menggunakan kekalahan MIC sebagai libialitinya.

Mengapa kumpulan tersebut tidak sahaja bergabung dengan PPP atau IPP?

PPP,IPP dan MIC adalah satu puak yang sama, konsep dan dasarnya yang ada dalam kepala pemimpin mereka sama. Degil dan samseng(presidennya).

Adakah penubuhan Makkal Sakhti hanya nafsu beberapa pemimpinnya?

Ya, sebab jawatan tertinggi mereka yang ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan(semboliknya) dan mereka tidak akan berada dalam jawatan penting jika masuk mana-mana parti kaum India, tambahan pula PRU13 hampir tiba.

Jika tidak dicalonkan pun para pemimpinnya ingin mengambil peluang untuk kepentingan mereka tanpa diketahui oleh ahli-ahlinya.

Adakah agaknya penubuhan Makkal Sahkti strategi UMNO?

Ada asasnya, UMNO ingin menjadikan parti ini sebagai imbangan kepada parti MIC. UMNO boleh menjadikan parti ini sebagai agen tarik tali terhadap MIC. UMNO tahu bahawa pada waktu ini MIC tidak boleh buka mulut untuk melarang Makkal Sahkti di terima oleh BN seperti terdahulu. Itu sebab mengapa PM dijangka sudi untuk merasmikan penubuhan parti tersebut.

Parti ini juga akan dijadikan srtategi oleh UMNO sebagaimana digunakan kepada IPP dan PPP serta MIC.

Adakah parti ini akan diterima rakyat?

Saya beranggapan bahawa parti ini hanya dapat diterima oleh sebahagian kaum India sahaja. Parti ini hanya digemari oleh mereka yang fanatik agama. Tambahan pula dasar perjuangan lebih mirip kepada perjuangan bekas pemimpin India di negara India yang tiada kena mengena dengan local Value. Parti ini dianggap extrem dan menakutkan kerana latar belakang pemimpin-pemimpinnya.

Rakyat hanya menganggap bahawa parti itu hanya parti pipisan dan hanya parti yang ada perasaan dendam dan maksud tertentu.

Adakah parti ini akan menang jika pemimpinnya akan dicalonkan dalam PRU 13?

Tidak, Ini kerana selain yang disebutkan tadi, tiada tempat DUN atau Parlimen majoritinya kaum India. Selain itu, parti ini tidak akan diterima oleh ahli MIC, kaum cina dan Orang Melayu khasnya.
 
Ulasan:

UMNO adalah sebuah Parti Melayu yang sombong dimana pemimpinnya kaya raya dan memiliki harta entah dari mana datangnya. Mereka sekarang terdesak dan sekiranya ada parti nama tahi pun jika ingin bergabung dengan BN pasti mereka sokong. Hidup Melayu!!!!!

Saturday, September 26, 2009

Mahathir: Jika saya Isa Samad...

Malaysiakini

Mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.
"Tetapi di Malaysia, budaya seumpama itu tidak wujud," kata Dr Mahathir kepada pemberita ketika ditemui di majlis hari terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan.

Mengenai tindakan akar umbi Umno di situ yang tetap berkeras mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya.

Sebaliknya, kata beliau, mereka berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja.

"Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk," katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.

Friday, September 25, 2009

Bakar 'Syiah'/Penarik Beca Menulis.....

That fellow 'main wayang'

Ketika bersembang di Restoran Thaqwa dekat Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar semalam, seorang pengundi berbangsa India dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia memberitahu saya dan dua ahli PAS yang bersembang dengan saya bahawa beliau tidak ada masalah untuk mengundi PAS.

"But not Hassan Ali. That fellow 'main wayang'," kata beliau yang sangat membenci Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Restoran Thaqwa ialah tempat kutu ini selalu melepak. Di situlah saya mendapat banyak maklumat (maklumat kedai kopi pun maklumat juga).

Saya hanya menyampaikan maklumat yang saya dapat. If anybody wants to shoot the messenger, please feel free to do that.

Di restoran itulah juga beberapa pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dok cari-cari mana satu bakaq a.k.a. ~penarik beca sebelum menjejaki saya hingga ke rumah dan kemudiannya menangkap saya (mangkok sungguh, macam mana aku tak sedaq hampa dok follow aku. Cekap hampa. Memang la, polis).

La ni saya dok tertanya-tanya, katakanlah (sekali lagi, katakanlah) Barisan Nasional (BN) ditolak oleh rakyat seperti orang-orang Jepun menolak Liberal Democratic Party (LDP) dan Pakatan Rakyat (PR) memerintah, adakah aku tak akan kena tangkap? Ah, kalau saya dikafirkan oleh beberapa orang kerana mengkritik PAS (dan saya percaya, saya tidak akan dikafirkan jika tidak berbuat demikian), tidak ada jaminan perkara itu tidak akan berlaku (gambar saya dalam gelap ada di sebelah jika polis di bawah kerajaan PR nak tangkap saya nanti manakala gambar Restoran Thaqwa dekat Taman Melewar pula ada di bawah - tapi sign board dia pi tulis cawangan Sri Gombak pula).

Saya juga tak nampak apa perbezaan antara pemerintahan Umno dan pemerintahan pembangkang kini jika berulang apa yang berlaku di Kedah sekarang. Yang bertukar hanya orang, yang lain tak ada apa yang nak dibanggakan. Sama macam Umno atau mungkin lebih teruk lagi sebab Umno tak bersyarah atas nama Islam.

Kerajaan yang dipimpin oleh PAS tetapi tidak melakukan perubahan yang sepatutnya, berdalih tak habis-habis dengan hujah-hujah dari diri yang perasan terlebih kononnya orang tak boleh dan tak berani pangkah cakap dia serta tak puas-puas membodoh-bodohkan ahli-ahli PAS kononnya "depa tu kenuri ja reti" - kerajaan seperti itu tak ubah seperti orang Umno yang memperkenalkan diri dengan kad keahlian PAS.

Mengenai perubahan, seorang kawan memberitahu saya, jika PAS pakai dok harap kat Datuk Seri Anwar Ibrahim ja dan tidak menuntut dilakukan perubahan habis-habisan serta melaksanakan institutional rules kepada badan-badan seperti kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis, Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga badan-badan yang menjaga kepentingan orang Melayu seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), tak ada beza Umno perintah ka, sapa perintah ka.

Badan-badan tersebut mesti dibebaskan dari cengkaman Perdana Menteri atau menteri serta bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Khas Parlimen. Jika badan-badan seperti kehakiman, SPR dan SPRM terus merengkok di bawah cengkaman Perdana Menteri melalui Jabatan Perdana Menteri, siapa pun jadi Perdana Menteri, beliau dijangka akan membikin celaka seperti sekarang.

Berkaitan:
PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat (Harakah Daily 25/9/09)
Hadiah penyapu untuk PAS Selangor (Kelab Greenboc 25/9/09)
'PAS should get rid of Hasan Ali' (Malaysiakini 25/9/09)
Lessons from Japan for Pakatan Rakyat (Malaysiakini 25/9/09)
Keluar Pakatan?: Nabi tidak pernah khianati perjanjian!! (Al-Bakistani 25/9/09)
Hasan Ali Antara Ikhlas Atau Hipokrit? (Ikut Suka Aku 25/9/09)
Malaysia rated 47th least corrupt, Penang praised (Malaysian Insider 24/9/09)

Dah Tak Ada Lagi Kah Calon UMNO Yang Bersih....

Calon Pilihanraya

Oleh Dr Mahathir

1. Saya akui calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang. Di Bagan Pinang, saya percaya siapa juga yang dilantik sebagai calon, besar kemungkinan dia akan menang.

2. Sudah lupakah kita akan pilihanraya kecil di Permatang Pasir di mana calon Barisan Nasional terdiri daripada seorang peguam yang dikatakan terlibat dengan melesapkan duit pelanggannya dan berbohong berkenaan dengan jumlah isterinya? Kempen BN mudah dipatah oleh parti lawan. Apabila ia kalah ramai yang berkata BN harus selidik dahulu latarbelakang calon. BN tidak harus letak calon yang mempunyai latar belakang yang mudah dijadikan isu oleh parti lawan.

3. Imej UMNO sekarang sudah banyak tercemar dengan politik wang semasa pemilihan Majlis Tertinggi. Boleh dikatakan hampir semua yang dipilih terlibat dengan rasuah.

4. Sesungguhnya orang ramai tidak lagi hormati UMNO. Dan besar kemungkinan mereka tidak akan undi calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13.

5. Imej ini boleh diubah jika UMNO secara serius cuba bertindak membersihkan dirinya. Yang rakyat lihat ialah janji akan terus bertindak terhadap yang terlibat dengan penggunaan wang dalam pemilihan Majlis Tertinggi tidak dikotakan. Sebaliknya banyak tanda-tanda yang menunjuk yang kotor diterima juga. Jika yang dipilih sebagai calon di Bagan Pinang tidak bersih maka persepsi rakyat terhadap UMNO sebagai parti rasuah tidak akan berubah. Ia akan mempunyai kesan buruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

6. Memang benar saya disingkir daripada UMNO dan kemudian diterima balik dan dicalonkan dalam Pilihanraya Umum 1974. Tetapi saya tidak disingkir kerana jenayah rasuah. Saya disingkir kerana saya telah suarakan pendapat ramai ahli parti yang tidak senang dengan dasar Presiden ketika itu.

7. Demikian juga beberapa orang ahli Semangat 46 telah diterima balik, dicalon dan ada yang dipilih menjadi menteri. Mereka bukan diambil tindakan disiplin kerana rasuah atau politik wang. Kesalahan mereka bukan satu jenayah. Sebaliknya tindakan mereka disebabkan perbezaan pendapat politik dengan kepimpinan parti.

8. Tidak ada persamaan di antara kes saya dengan kes tindakan tatatertib keatas seorang yang menggunakan wang untuk mendapat jawatan dalam parti.

9. Jika ahli UMNO utamakan orang tertentu lebih daripada parti dan penerimaannya oleh masyarakat, janganlah hairan jika UMNO sekali lagi ditolak dalam pilihanraya umum.

10. Sebenarnya penolakan UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-12 disebabkan kebanyakan ahli UMNO terus menyokong pemimpin yang tidak disukai oleh rakyat. Oleh kerana ahli UMNO tidak bertindak menukar pemimpin yang tercemar dengan rasuah dan nepotisme, maka rakyat sebagai pengundi terpaksa bertindak mengalahkan BN dan UMNO di banyak kawasan.

11. Kalau sayang pada parti, janganlah begitu utamakan individu tertentu sehingga imej parti tercemar lagi. Korbankanlah sedikit supaya akhirnya parti dapat dipulih semula.

Tuesday, September 22, 2009

PENYELEWENGAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU-ISLAM

Tun Telani

Assalamu’alaikum wm.wrt,

UMNO berhempas pulas untuk mengekalkan kuasa dengan memperalatkan seluruh institusi-institusi kerajaan dan disokong oleh institusi istana tertentu bukanlah bermatlamatkan untuk membantu rakyat dan negara mengecapi pembangunan selari dengan pembangunan yang dicapai oleh negara-negara lain di dunia ini. Nawaitu utamanya ialah untuk terus berkuasa dan dengan kuasa itu UMNO dan para pemimpinnya [termasuk ahli-ahli keluarga institusi istana tertentu] dapat mengawal, mengepong dan monopoli kekayaan negara ini daripada melimpah keluar yang memboleh rakyat sama-sama berkongsi merasai nikmat kekayaan negara kerana di luar sana masih banyak rakyat dibelenggu dalam lingkaran kemiskinan.

Dalam erti kata lainnya, UMNO akan tetap memastikan kekayaan negara ini hanya beredar disekitar golongan mereka sahaja tidak kepada rakyat. UMNO dan para pemimpinnya tetap mahu menjadi ‘TUAN’ dan rakyat selama-lamanya terus menjadi ‘HAMBA’. Konsep feudalisma masih tebal dianuti dan dihayati oleh UMNO. Oleh itu, UMNO akan terus melaksanakan langkah-langkah membataskan reformasi pengagihan ekonomi yang adil, mengekang perjalanan demokrasi dalam negara ini dan mengawal institusi-institusi keselamatan dan keadilan supaya institusi-institusi tersebut kekal berpihak kepadanya. UMNO mahu rakyat berterusan berada dalam keadaan buta huruf dan berada dalam kemiskinan.


Dua keadaan inilah yang membolehkan UMNO mempertahankan kuasa sehingga kini. Paling disukainya ialah lebih ramai rakyat buta huruf dan berada dalam kedudukan kemiskinan [menjadi peminta sedekah], maka lebih baik baginya kerana dengan kedudukan sedemikian, maka UMNO boleh berlakon menonjolkankan imej baiknya itu dan ia menjadi semakin bernilai dan popular di mata rakyat khususnya dikalangan golongan ini yang agak besar bilangannya yang hidup dipendalaman, luar bandar dan dipinggir bandar di dalam negara ini.


Dua keadaan ini juga memudahkan UMNO untuk memunipulasikan isu-isu besar yang melibatkan penyalahgunaan kuasa, rasuah, pecah amanah dan berbagai perkara buruk lagi yang melingkari UMNO bagi menjadikan pandangan mata golongan ini kabur dan senantiasa berpihak kepadanya. Ini dapat dibuktikan dalam PRU ke-12 lalu, di mana golongan ini telah memberi kemenangan yang besar kepada UMNO sehingga dapat membentuk kerajaan, walaupun tanpa majoriti 2/3.


Orang Melayu-Islam luar bandar, pinggir bandar dan penduduk di pendalaman Sabah dan Serawak tetap memberi sokongan kepada UMNO [baca: BN] kerana UMNO berjaya melakonkan watak begitu realistik dan menyakinkan mereka. Berbeza dengan golongan yang berada di luar dua keadaan ini telah berjaya menghakis kekuasaan mutlak UMNO terhadap rakyat dan dalam sistem pemerintahan negara, tetapi masih tidak berupaya mempengaruhi golongan yang buta huruf dan miskin ini kerana banyak faktor yang menjadi penghalangnya.


Contohnya faktor orang Melayu-Islam [dalam golongan ini] menolak Islam yang dibawa oleh PAS kerana semulajadinya mereka telah dididik dan diasuh oleh UMNO menyatakan politik lain, agama lain. Politik dan agama [Islam] tidak boleh dicampur-adukan. Politik hanya untuk dunia dan Islam untuk hari akhirat kelak. Islam bagi fahaman golongan ini hanyalah ibadah khusus untuk individu mengerjakan fardhu Ain semata-mata dan tidak boleh melibatkan dengan politik yang mementingkan kehidupan duniawi sahaja. Golongan ini juga diasuh oleh para pemimpin UMNO supaya anti kepada pengajian agama [menuntut ilmu] yang diajar di masjid-masjid dan di surau-surau, di samping itu mereka juga digalakkan berhibur dan bergurukan tv, radio dan menjadi media massa yang dikawal oleh UMNO sebagai kitabnya, bukan al-quran yang diajarkan oleh Nabi Mohammad saw.


Sebaliknya, orang bukan Islam menyokong PAS menyebabkan PAS memenangi banyak kerusi di kawasan-kawasan yang taburan pengundinya seimbang di antara Melayu-Islam dan bukan Islam, Melayu-Islam tidak menjadi majoritinya. Bagi kawasan-kawasan majoriti Melayu-Islam melebihi 70 peratus, PAS mengalami kekalahan. Di negeri Kedah contohnya, PAS dan PKR memenangi banyak kerusi di Kedah Tengah dan di Kedah Selatan kerana di kawasan-kawasan ini terdapat ramai penduduk bukan Islam [Cina dan India]. Di Kedah Utara majoritnya Melayu-Islam, PAS mengalami kekalahan. Orang Melayu-Islam menolak PAS dan memilih UMNO yang banyak melakukan kerosakan di muka bumi ini kerana fahaman mereka terhadap Islam terlalu cetek akibat ajaran songsang yang dibawa oleh UMNO dan kerana kelalaian PAS sendiri.


Sekiranya kita gagal membenteras penyelewengan yang amat besar yang telah dan sedang dilakukan oleh UMNO terhadap orang Melayu-Islam, maka golongan buta huruf dan miskin ini akan terus memberi sokongan kepada UMNO tanpa memikirkan kesan baik-buruknya terhadap tindakan-tindakan yang dilaksanakan oleh UMNO. Rakyat daripada golongan ini akan merestui apa jua tindakan UMNO lakukan kerana akhirnya mereka akan diberi sedikit habuan dalam berbagai bentuk yang diuruskan oleh badan-badan tertentu yang ditubuhkan oleh kerajaan dan diperalatkan oleh UMNO untuk kepentingannya. Umpamanya seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat yang menyalurkan berbagai bantuan kepada warga emas, OKU, fakir-miskin, ibu tunggal dan sebagainya. Jabatan/agensi kerajaan tertentu juga turut melaksanakan perkara yang sama.


UMNO sudah pun mengakui bahawa semuanya itu adalah datang daripadanya. Rakyat Malaysia telah lama diajar bahawa UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO. Hal ini menyebabkan rakyat menjadi keliru terutama golongan yang kita bicarakan ini. Memang itu matlamat UMNO mahu mengelirukan rakyat sebab itu tercacak diseluruh negara setiap projek pembangunan dengan tulisan yang berbunyi :“ Satu Lagi Projek Barisan Nasional” seolah-olah seluruh rakyat Malaysia ini bodoh belaka boleh ditipu setiap masa. Wang bagi setiap pembangunan yang dilaksanakan adalah datang dari poket seluar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik melalui kutipan pelbagai jenis cukai yang dikenakan ke atas kepala rakyat. UMNO jenis muka tembok tidak pernah tahu malu mengaku wang itu seolah-olah UMNO yang punya, sebaliknya rakyat yang punya.


Mereka adalah golongan ‘daif’ yang tidak mampu berfikir secara matang dan mereka menganggap habuan-habuan tersebut merupakan jasa besar UMNO kepada rakyat, di samping berbagai lagi kemudahan awam yang menjadi kewajiban kerajaan yang memerintah menyediakannya seperti jalan raya, api, air, sekolah, hospital dan sebagainya. Berbanding habuan yang para pemimpin UMNO terima hasil dari khazanah negara yang mereka rompak secara terhormat yang jumlahnya berlipat kali ganda apa yang golongan ini terima. Golongan ini menjadi ‘mangsa keadaan’ dan akan berterusan berada dalam kegelapan.


Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat yang berada di luar dua keadaan ini wajib bangkit membantu menyedarkan golongan ini. UMNO adalah pengkianat bangsa dan agama. Kaedah yang digunakan oleh UMNO sekarang adalah merupakan satu bentuk penyelewengan yang amat besar terhadap bangsa Melayu-Islam.



UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wassalam.Terima kasih

PRK Johol Selepas Bagan Pinang?

Thinking Of Life

Belum pun pilihanraya kecil Bagan Pinang bermula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang tadi baru menerima satu lagi Surat Perletakan Jawatan dari Adun Johol, Barisan Nasional.

Punca pengutusan surat tersebut kerana ADUNnya sedang bersabung nyawa; akibat penyakit kanser tulang tahapan ketiga/genting.

Ini menandakan Negeri Sembilan bakal menempuhi satu lagi pilihanraya kecil; selepas selesainya pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak.

Pun begitu, MKT PKR Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata, SPR sedaya upaya cuba menyelamatkan BN dengan menolak surat perletakan jawatan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, dua ADUN BN yang lain sedang berdepan dengan pertuduhan rasuah; yang membolehkan kedua-dua mereka hilang kedudukan sebagai ADUN.

Jika berlaku juga pilihanraya di kedua-dua Dun itu, menjadikan BN Umno terus diselubungi sindrom takut kalah pilihamraya (atychiphobhia).

Ini kerana, Umno sudah kalah tujuh kali berturut-turut di Semenanjung – Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir.

Umno BN bertambah bimbang, takut-takut Negeri Sembilan akan jatuh dalam genggaman Pakatan Rakyat (PR).

Ianya tidak mustahil kerana perbezaan kerusi BN-PR hanya empat kerusi sahaja.

Sama-sama kita nantikan apa pula konspirasi SPR-UMNO BN dalam masa terdekat ini demi mempertahankan status quo mereka sebagai pemerintah zalim menjelang PRU13 kelak. -zainulfaqar

Persaraan Panglima Angkatan Tentera luarbiasa

PerakExpress

Peralihan kepimpinan Angkatan Tentera baru-baru ini memeranjatkan kebanyakan orang, manakala bagi sebahagian lagi…ianya seperti dijangkakan. Saya terpaksa mengambil masa untuk memahami mengapa pemergian secara tiba-tiba Panglima Angkatan Tentera. Tan Sri Abd Aziz Zainal, yang kelihatan bersara tanpa apa-apa penghormatan tentera seperti perbarisan kehormat, jamuan makan malam, lawatan ataupun menemui rakan-rakan dari Negara lain, terutamanya Negara-negara ASEAN.

Saya cuba untuk mendapatkan penjelasan dari beberapa pegawai yang masih bertugas dan juga yang sudah bersara mengenai persaraan mengejut Jen. Aziz Zainal, tetapi ramai yang bersetuju bahawa apa jua alasan, adalah tidak wajar kerajaan menyuruh Jen. Aziz zainal bersara secara mengejut. Tidak pernah berlaku dalam sejarah Angkatan Tentera dimana seorang Panglima Tentera diperlakukan demikian. Sekurang-kurangnya, Angkatan Tentera memberikan perbarisan kehormat untuk mengucapkan selamat jalan kepada Panglima Angkatan Tentera yang akan bersara.

Saya tidak mahu membuat spekulasi ataupun berkata apa-apa yang boleh menyinggung perasaan Je. Aziz zainal. Tetapi saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dan ini akan menyebabkan pegawai-pegawai yang masih bertugas dan pegawai kanan tentera yang sudah bersara untuk membelanya, dan menganggap kerajaan tidak memberikan penghargaan atau penghormatan yang sepatutnya, kepada seorang Panglima Angkatan Tentera yang akan bersara. Sudah semestinya, saya adalah diantara mereka yang beranggapan sama seperti mereka.

Saya diberitahu bahawa Jen. Aziz Zainal sepatutnya bersara pada Ogos 2007 pada umur 56 tahun pada masa itu, tetapi selepas dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera pada Februari 2007, beliau ditawarkan untuk berkhidmat selama setahun berkuatkuasa dari tarikh perlantikannya sebagai Panglima Angkatan Tentera, yang sepatutnya berakhir pada hujung Januari 2008. Sekali lagi beliau ditawarkan setahun lagi yang sepatutnya berakahir pada Januari 2009, lebih kurang enam bulan dari umur persaraan wajib, iaitu 58 tahun. Selepas menamatkan perkhidmatan sambungan kali kedua pada Januari 2009, beliau telah ditawarkan sekali lagi sehinggalah 1 September 2009. Saya diberitahu bahawa beliau sekarang didalam cuti peralihan selama 5 bulan sehingga 31 Januari 2010. Secara keseluruhan, Jen. Aziz Zainal berkhidmat sebagai Panglima Angkatan Tentera selama 2 tahun 6 bulan.

Saya tidak faham, bagaimana kerajaan, terutamanya Kementerian Pertahanan boleh mengumumkan penyerahan tugas Jen Abd. Aziz kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru beberapa sebelum Majlis Angkatan Tentera bersidang. Pengalaman saya sebelum ini ialah, sebarang keputusan Majlis Angkatan Tentera tentang perlantikan Panglima Angkatan Tentera yang baru, memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Agong sebelum sebarang pengumuman secara rasmi dibuat, dan selalunya ia mengambil masa.

Walau apapun alasan yang membawa kepada perlantikan Panglima Angkatan Tentera yang baru, saya berpendapat bahawa persaraan Jen Aziz Zainal adalah secara mengejut dan tidak memenuhi etika tentera yang biasanya diberikan kepada semua Panglima Angkatan Tentera sebelum ini. Seseorang itu perlu faham tentang status dan kedudukan Panglima Angkatan Tentera didalam tentera dan juga dikalangan masyarakat, dan amat mengecewakan apabila mengetahui cara Jen Aziz meninggalkan perkhidmatan tentera.

Adalah diharapkan, bahawa tidak ada lagi peristiwa sebegini berulang lagi dan setelah berkhidmat didalam Bahagian Perjawatan Angkatan Tentera, adalah tidak salah kalau saya katakan, bahawa Bahagian tersebut patut dipersalahkan. Begitu juga Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,yang juga Setiausaha kepada Majlis Angkatan Tentera.

Perakexpress:

Artikel diatas diterjemahkan dari artikel asal yang bertajuk, THE SUDDEN DEPARTURE OF THE ARMED FORCES CHIEF IS ABNORMAL, tulisan Mohd. Arshad Raji. Seorang bekas pegawai tentera.

Tulisan beiau boleh dibaca di Mind No Evil.

Rule of law versus rule by law

Malaysia Today

Many are of the opinion I should not comment on religion because I am not learned enough in matters of religion to be able to comment. I suppose lawyers would also argue that I should not comment on matters of law since I never went to law school.

I also do not know how to cook. But I can damn well tell you whether the rendang and ketupat taste delicious or are rancid, notwithstanding the fact I could never cook a decent rendang even if my life depended on it. And, in that same context, I can’t sing a single note but I can certainly tell you whether the song is pleasant to listen to or is torturous to my ears.

Anyway, while the majority of us never went to law school, we can certainly ‘see’ injustice when we see it. We do not need for injustice to bite us on our sorry behinds to understand what injustice means.

No doubt, those who walk in the corridors of power would scream that Malaysia has laws and, therefore, as law-abiding citizens, we must respect the law. And if we do not ‘respect the law’ then we should face a future in jail.

Sure, Malaysia has laws. So does Afghanistan. Should we, therefore, not also respect the laws of Afghanistan instead of criticising the Talibans when they stone to death a teenage girl who was gang-raped because of her crime of ‘immoral behaviour’? Who are we to decide that this is wrong? It is, after all, the legitimate laws of that country, just like Malaysia too has ‘legitimate’ laws which the powers-that-be do not want us to criticise.

They may be so-called ‘legitimate’ laws. And they are ‘legitimate’ because the laws were passed by Parliament. But this just means Malaysians are being subjected to rule by law. There is a difference between rule by law and rule of law.

We shall continue this discussion later. However, before we do, first of all understand what is meant by rule of law. And once we understand this we can then enter into an unemotional and intelligent discussion as to why some Malaysian laws, although they may have been legally passed by Parliament, need to be opposed. The legality of these laws is just one aspect. The more important point that needs to be debated is whether these laws violate the Federal Constitution of Malaysia, which thereby subject Malaysians to rule by law instead of rule of law.


*************************************************
Rule of law - Definition             

The rule of law implies that government authority may only be exercised in accordance with written laws, which were adopted through an established procedure. The principle is intended to be a safeguard against arbitrary rulings in individual cases.

Generalities

Perhaps the most famous exposition of the concept of rule of law was laid down by Albert Venn Dicey in his Law of the Constitution in 1895:

When we say that the supremacy or the rule of law is a characteristic of the English constitution, we generally include under one expression at least three distinct though kindred conceptions. We mean, in the first place, that no man is punishable or can be made to suffer in body or goods except for a distinct breach of law established in the ordinary legal manner before the ordinary courts of the land. ...

... every official, from the Prime Minister down to a constable or a collector of taxes, is under the same responsibility for every act done without legal justification as any other citizen. The Reports abound with cases in which officials have been brought before the courts, and made, in their personal capacity, liable to punishment, or to the payment of damages, for acts done in their official character but in excess of their lawful authority. [Appointed government officials and politicians, alike] ... and all subordinates, though carrying out the commands of their official superiors, are as responsible for any act which the law does not authorise as is any private and unofficial person.

-- Law of the Constitution (London: MacMillan, 9th ed., 1950), 194.

Thus, those who make and enforce the law are themselves bound to adhere to it.

The concept "rule of law" is generally associated with several other concepts, such as:

Nullum crimen, nulla poena sine praevia lege poenali - No ex post facto laws

* Presumption of innocence - All individuals are "innocent until proven otherwise"

* Double jeopardy - Individuals may only be punished once for every specific crime committed. Retrials may or may not be permitted on the grounds of new evidence. See also res judicata.

* Legal equality - All individuals are given the same rights without distinction to their social stature, religion, political opinions, etc. That is, like Montesquieu would have it, "law should be like death, which spares no one."

* Habeas Corpus - A Latin term meaning "you must have the body". It is a component of the Magna Carta which ensures the right of the person being arrested to know what evidence the arresting body has against them. A is a court order that commands the custodial authority to present the arrested/detained person before a judge or court to determine the validity of the arrest. Its purpose is to help curb unlawful detainment by ensuring that anyone arrested or detained is entitled to a court appearance within a reasonable amount of time (normally within 48 hours of the arrest).

The concept of "rule of law" per se says nothing of the "justness" of the laws themselves, but simply how the legal system upholds the law. As a consequence of this, a very undemocratic nation or one without respect for human rights can exist with or without a "rule of law", a situation which many argue is applicable to several modern dictatorships. However, the "rule of law" is considered a pre-requisite for democracy, and as such, has served as a common basis for human rights discourse between countries such as the People's Republic of China and the West.

The rule of law is an ancient ideal of first posited by Aristotle as a system of rules inherent in the natural order. It continues to be important as a normative ideal, even as legal scholars struggle to define it. The concept of impartial rule of law is found in the Chinese political philosophy of Legalism, but the totalitarian nature of the regime that this produced had a profound effect on Chinese political thought which at least rhetorically emphasized personal moral relations over impersonal legal ones. Although Chinese emperors were not subject to law, in practice they found it necessary to act according to regular procedures for reasons of statecraft.

In the Anglo-American legal tradition rule of law has been seen as a guard against despotism and as enforcing limitations on the power of the government. In the People's Republic of China, the discourse around rule of law centers on the notion that it will ultimately enhance the power of the state and the nation.

While there is a consensus both in China and the West that rule of law is a good thing, this is not a universally accepted truth. Some communist governments, including China during the Cultural Revolution, have been at least partially negative toward the idea of rule of law, arguing that it interferes with class struggle. Furthermore, rule of law is opposed in many authoritarian and totalitarian states. The explicit policy of those governments, as evidenced in the Night and Fog decrees of Nazi Germany, is that the public should be constantly in fear of the government.

http://www.wordiq.com/definition/Rule_of_law

*************************************************

The above definition of rule of law shows that Malaysia does not adhere to certain principles like no double jeopardy (where you cannot be punished twice for the same crime), no detention without trial (where you need to be put on trial and be found guilty before you can be sentenced to jail), your right to Habeas Corpus (where you must be produced in court and be told of the crime you are alleged to have committed), your right to legal representation, your right to defend yourself in court, and whatnot. The fact that the laws are passed by Parliament and therefore this allows the Malaysian government to violate your fundamental rights do not make these laws right. And the fact that the laws also violate the Federal Constitution makes it even worse.

In fact, there are certain Articles in the Federal Constitution of Malaysia that are ambiguous because they violate or contradict other Articles. While one Article says you can’t do this, another Article says you can. And this was how the unconstitutional laws were passed and made ‘legal’.

In the past, it was believed that the King of England was appointed by God. Therefore, if you criticise the King, this is considered seditious because then you are then criticising God. And if you are ruled to have acted in a seditious manner then the government will cut off your ears. This was the law. So it was ‘legal’ to cut off the ears of those who criticised the King. But that does mean it was right even though at that time it was ‘legal’.

Read what Datuk Zaid Ibrahim has to say about the issue of rule of law:

There are many who see the promotion of human rights as a threat to order and security and inconsistent with stability and public order. Others see it as detracting from more pressing economic issues which, they argue, should take precedence. Some have argued that because we have different cultural values, the concept needs to be modified and that it is necessary for us to be very selective of the kind of human rights we can have.

But let us be clear. Human rights do not challenge social stability and development. On the contrary, human rights promote these ideals by recognising the value and importance of each and every individual in society. What human rights do challenge is authoritarianism.

Human rights are not and have never been a luxury wish list; they are not about promoting the rights of the individual without regard to the rights of the community. They are not about promoting selfish individualism as some would have us believe. They are about treating people with respect, with due regard to the due process of the law.

If we have no capacity to respect the dignity and the rights of one individual, then be assured that we will also have no capacity to respect the dignity and the rights of many.

The rule of law has no meaning if judges are not prepared to enter the fray in the struggle for the preservation of human rights and fundamental liberties. Supreme Court judges in other jurisdictions have done so time and again. Though it is far less difficult to accommodate the will of the government, that must be resisted at all costs, particularly where justice so demands. Only then can we say that Malaysia is grounded on the rule of law.

To all our judges I say discard your political learnings and philosophy. Stick to justice in accordance with the law. As Lord Denning reminded us, justice is inside all of us, not a product of intellect but of the spirit.

Your oath is to the Constitution; shield yourself behind it. Without your conviction, democracy is but a concept.

Datuk Zaid Ibrahim

Thursday, September 17, 2009

Dr M: Samy Vellu patut letak jawatan, liabiliti pada BN

Malaysiakini

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada BN dalam pilihanraya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan perdana menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.

Dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri pun kalah.

"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.

"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya.

Mengambil contoh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripda Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia.

"Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah kata: "Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?"

Tindakan Dr Mahathir menegur Samy menjelang pemilihan MIC minggu lepas telah dilihat cubaan mencampuri urusan MIC dan ia telah menimbulkan kemarahan seorang anggota perwakilan yang mencadangkan agar gambar bekas Perdana Menteri itu dikalungkan dengan selipar.

Dr Mahathir berkata pemimpin perlu sedar bahawa mereka bukan dapat memegang jawatan secara seumur hidup.

"Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sendiri hendak meletak jawatan pada 1998 tetapi disebabkan krisis ekonomi dan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpaksa terus memimpin negara sehingga 2003.

"Saya letak jawatan bukan bila orang kecam saya. Saya letak jawatan sebab saya duduk lama sangat.

"Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab," katanya.

Ditanya apakah yang BN boleh buat memandangkan BN mempunyai prinsip tidak campur tangan dalam urusan parti-parti komponennya, Dr Mahathir berkata apabila ia sudah menjadi masalah kepada BN dan jika BN masih tak campur tangan, BN sendiri yang akan menjadi mangsa.

Dr Mahathir berkata pemimpin BN perlu menegur Samy Vellu kerana sebagai pemimpin BN, mereka bukan bertanggungjawab terhadap prestasi parti sendiri sahaja tetapi prestasi BN keseluruhannya.

"Kalau saya tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudahmenjadi masalah BN. Bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak interfere (campur tangan) saja. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah.

"Dulu mana ada Hindraf. La ni (sekarang) dah ada berpuluh (kumpulan pendesak masyarakt India). Kerana dialah pasal orang tak mahu dia tapi dia nak jadi presiden lagi.

Dr Mahathir pemimpin yang menggunakan duit, tekanan, salah guna kuasa dan mengugut orang boleh kekal menjadi presiden parti tetapi tidak akan menang dalam pilihan raya.

Mengenai pemimpin pilihan Samy Vellu yang memenangi pemilihan MIC minggu lepas, beliau berkata mereka boleh memenangi pemilihan parti tetapi akan kalah dalam pilihan raya kerana orang ramai tidak akan sokong.

Dr Mahathir juga berkata Samy Vellu kerana tidak memainkan peranan untuk melarang pembinaan kuil tanpa kebenaran walaupun pernah berjanji untuk berbuat demikian.

Samy, kata Dr Mahathir, menjadi popular dahulu kerana beliau (Dr Mahathir) menolongnya.

"Dia nak buat universiti, saya pujuk kerajaan bagi peruntukan RM50 juta dan banyak lagi dia punya projek, saya tolong," kata Dr Mahathir.

Mengimbas tugasnya sebagai Perdana Menteri dahulu, Dr Mahathir berkata beliau terpaksa memujuk orang Melayu supaya membenarkan BN meletakkan calon MIC di kawasan majoriti orang Melayu kerana tidak ada satu kawasan pun di negara ini yang mempunyai majoriti orang India.

"Lebih dari itu, saya juga berusaha supaya calon-calon MIC ini disokong
oleh orang Melayu. Tanpa sokongan daripada ahli Umno dan orang Melayu lain, MIC tak boleh menang. Jadi ini khidmat saya kepada MIC.

"Tapi apabila MIC membuat sesuatu yang akan menyebabkan dia tak akan disokong oleh orang India, baik orang Cina, baik orng Melayu, saya perlu tegur," kata Dr Mahathir.

Dari Shah Alam ke Kulim: Respon Buat YB Zul Nordin

Khalid Samad Blog

Baru kini saya berkesempatan membaca tulisan YB Zul Nordin berhubung isu pemindahan kuil Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang juga telah dicetak di muka hadapan Utusan Malaysia. Saya dapati tulisan dan anlisa beliau terhadap isu ini begitu lemah dan tidak profesional sama sekali. Sebagai seorang peguam dan Ahli Parlimen, beliau sepatutnya lebih teliti dan bertanggung jawab dalam tulisan beliau. Faktanya kesemuanya tidak tepat dan tuduhan yang dilemparkan tidak berasas. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan kekeliruan, adalah wajar bagi saya menjelaskan isu sebenar untuk makluman beliau dan mereka yang bersependapat dengan beliau.

Pada mulanya YB Zul menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan tindakan ‘demonstrasi kepala lembu’. Beliau secara jelas menyatakan ianya “tidak dihalalkan, malahan ditegah oleh Al-Quran”. Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan kelakuan liar segelintir yang hadir sesi dialog dengan MB, yang katanya “seperti dirasuk syaitan kehaiwanan, mengugut dan memaki hamun”.

Pada awalnya tulisan beliau kelihatan waras dan wajar.

Namun apabila terus membaca tulisannya, didapati beliau membela mereka dan menyalahkan pula kerajaan Negeri Selangor yang katanya ‘menceroboh’ tanah di Seksyen 23. Ummat Islam dikatakan sebagai ummat yang ditindas di bumi sendiri. Akhirnya amat jelas pendirian beliau adalah menyebelahi pihak segelintir penduduk tersebut dan sokongan beliau terhadap tindakan mereka sebenarnya mendedahkan pendekatan beliau sendiri terhadap orang bukan Islam.

Adakah Ahli PAS Terlibat?
Sebelum mengupas tulisan beliau dalam soal ini dan mendedahkan kesilapan dan prejudis beliau sendiri, biarlah saya nyatakan di sini bahawa dakwaan kononnya ada seorang ahli PKR dan 4 ahli PAS yang terlibat di dalam demo tersebut hanya merupakan dakwaan semata-mata. Hingga ke hari ini tiada apa-apa bukti dikemukakan. Saya telah mencabar Hishamuddin untuk mengemukakan bukti dan sekiranya benar saya akan mendesak PAS supaya memecat mereka. Ini adalah kerana tindakan mereka seperti yang ditegaskan oleh YB Zul adalah “tidak dihalalkan dan ditegah oleh Al-Quran”.

Namun hingga ke hari ini, tiada apa-apa yang dikemukakan sebagai bukti. Amat pelik apabila YB Zul menzahirkan keyakinan dengan begitu padu terhadap laporan akhbar yang dikuasai BN.

Begitu juga dengan kenyataan YB Zul “ternyata mereka bersatu dalam aqidah walau berbeza dari segi wadah”. Bunyi betul-betul macam UMNO yang sedang gilakan perpaduan dengan PAS. Betul ke tiada perbezaan ‘akidah’ di antara PAS, UMNO dan PKR? Yang berbeza hanya wadah? Kalau begitu patutlah ada yang meminta kita bersatu supaya perbezaan itu selesai kerana yang berbeza hanya wadah. Nampak gaya selama ini YB Zul sendiri tidak faham mengapa PAS menentang UMNO dan mengapa PAS wujud sebagai PAS, tidak bersatu dengan UMNO.

Sebenarnya yang sama adalah semuanya Melayu, walaupun ada yang macam mamak atau yang macam cina. Mungkin bagi YB Zul, Melayu adalah akidah.

Hakikatnya isu ini didalangi UMNO. Pemimpin UMNO (Noh Omar) turun menghasut segelintir penduduk ahli UMNO tegar, penyokong Ketua Bahagian UMNO Shah Alam, untuk bertindak menentang cadangan kerajaan walaupun belum lagi mendengar cadangan tersebut. Pemimpin UMNO juga (Hishamuddin) yang membela pendemonstrasi selepas demonstrasi berkenaan seperti yang sedang dilakukan YB Zul. Jangan nak libatkan PAS atau PKR. Usaha nak kaitkan PAS adalah taktik kotor UMNO.

Apa Arahan Kerajaan Selangor?
Menurut YB Zul, kerajaan Negeri Selangor keluarkan arahan “bina ‘kuil besar’ di Seksyen 23 di kawasan kediaman ummat Islam”. Saya tidak tahu dari mana beliau mendapat maklumat beliau tetapi seperti biasa YB Zul cakap tanpa selidik. Hanya nak sensasi sahaja.

Kerajaan Selangor hanya mencadangkan tapak baru bagi kuil yang sediada di Seksyen 19. Bukan kuil baru. Kerajaan Selangor BN dulu cadangkan kuil tersebut dipindahkan ke Seksyen 18 (6 ekar untuk 7 kuil) pada awalnya dan seterusnya ke Seksyen 22 (1 ekar untuk kuil itu sahaja). Kami mencadangkan ia dipindahkan ke Seksyen 23, dalam kawasan Industri, bukan di kawasan kediaman ummat Islam. Rumah terdekat terletak 200 meter dari tapak cadangan tersebut. Luas tanah untuk kuil adalah ¼ ekar dan ¼ ekar lagi untuk tempat letak kereta.

Dari maklumat di atas, pemindahan kuil itu tidak merupakan isu dan diusahakan sejak zaman BN lagi. Namun mereka gagal. Oleh itu, mereka kuathir kita berjaya!

Persoalannya adakah benar kerajaan arah ‘bina kuil besar’ di ‘kawasan kediaman ummat Islam’? Jelas tidak benar. Istilah ‘bina’, ‘kuil besar’ dan ‘kawasan kediaman ummat Islam’ semuanya istilah yang digunakan UMNO untuk mengelirukan ummat Islam dan menaikkan semangat kebencian mereka. YB Zul seolah-olah terpengaruh propaganda UMNO! Bukan sekadar itu, sanggup pula memanjangkannya!

Hakikatnya, kerajaan tidak ‘bina’, tiada ‘kuil besar’ dan bukan juga di ‘kawasan kediaman ummat Islam’. Ia di kawasan industri.

Benarkah ‘Wakil Hindu’ Menghina Azan?
Pertama, tiada ‘wakil Hindu’ sepertimana juga tiada ‘wakil Islam’. YB Zul mungkin menganggap kumpulan liar mewakili Islam, saya tidak. Mereka didalangi UMNO. Mungkin YB Zul anggap UMNO mewakili Islam. Saya tidak.

Yang hadir adalah penduduk. Seorang penduduk yang beragama Hindu menyebut, “kami tiada masalah dengan azan 5 kali sehari...” Mendengar itu kumpulan liar terus bertindak liar. Mungkin malu sendiri dengan sikap ekstrim mereka berbanding toleransi orang Hindu maka ingin menenggelamkan suara penduduk Hindu tersebut.

Dalam kes ini saya tidak nampak penduduk Hindu berkenaan menghina azan. Yang saya nampak adalah kumpulan liar menghina Islam dengan mendakwa tindakan liar mereka adalah atas nama Islam. YB Zul jangan menyokong atas dasar ‘asobiyyah’. Kerana satu pihak Hindu dan satu pihak lagi Melayu, maka kita sokong Melayu walaupun tindakan mereka bercanggah dengan Al-Quran.

Atas semangat yang sama YB Zul bertanyakan kisah Jeff Ooi dan Majlis Peguam. Saya rasa isu Jeff Ooi sudah selesai. Beliau sudah pun menarik kembali kenyataan beliau. Ini membuktikan bahawa untuk membetulkan salah faham dan salah tanggap tidak perlu kita bertindak seperti samseng. Jelaskan secara hikmah. Bila kita bertindak sebegitu kita rasa kita ‘teror’ tetapi orang nampak kita bodoh dan lemah akal. Tidak mampu berhujjah. Hanya mampu mengugut dan bertindak kasar.

Setelah dijelaskan Jeff Ooi menyedari kesilapan beliau dan menarik semula kenyataannya. Tanpa ugutan. Tanpa kesamsengan. Begitu juga perlu kita usahakan dengan Majlis Peguam. Kita faham bahawa mereka dipengaruhi fahaman kebaratan. Macam UMNO juga.Tetapi UMNO kononnya parti orang Islam. Majlis Peguam tidak. Nilai-nilai mereka dipengaruhi nilai-nilai dominan tamaddun Barat. Persepsi mereka terhadap undang-undang syariah agak meleset hasil kekeliruan yang tersebar luas oleh UMNO. Kita perlu berhujjah membetulkan fahaman mereka dan ini yang sedang dilakukan oleh beberapa pemimpin. Seperti tersiar dalam Harakah di mana pimpinan menjelaskan isu Kartika dari sudut pandangan Islam. Kewajaran dan falsafah hukum Syariah. Bezanya hukum sebat syariah dan sebat sivil. Dan sebagainya. Tidak perlu samseng. Tidak perlu ugut. Inilah dakwah. Ini yang saya rasa YB Zul tidak faham. Adakah yang beliau faham dakwah tu samseng, ugut. Naik berang dan naik marah bila orang bukan Islam mempersoalkan keadilan undang-undang Islam. Tunjuk ‘act’?

Tetapi Al-Quran ada menyebut “Seru kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat serta contoh yang baik dan berhujjah dengan mereka dengan cara yang terbaik…” Tiada sebut kaedah samseng, tiada juga kaedah ugut. Terangkan sahaja dengan tenang, dengan hujjah dan anggap keadaan ini sebagai peluang untuk memberi penjelasan mengenai Islam. Peluang untuk berdakwah bukan alasan untuk naik berang.

Biasanya orang tunjuk samseng kerana tidak mampu berhujjah. Pelik juga, ada juga peguam yang tidak mampu berhujjah ke?

Memutarbelit Al-Quran
YB Zul menuduh sayalah tu, maka tidak perlulah berlapik dengan mengatakan Pak Janggut memutarbelitkan Al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil. Pertama, kita tidak bina kuil. Kita hanya beri tapak. Ganti tapak lama yang akan diambil alih PKNS. Kedua, bukan kuil tambahan tetapi kuil lama yang hendak dipindahkan. Ketiga, ayat mana yang diputarbelit dan bagaimana tidak dijelaskan. Kebiasaannya cara UMNO, buat tuduhan tapi tidak ada fakta. Janganlah ikut cara mereka.

Sebagai ummat Islam, Al-Quran adalah rujukan kepada semua persoalan. Walaupun berhubung isu kuil. Dalam soal ini saya harap YB Zul setuju. Kecuali beliau ingin merujuk ‘Mein Kempf’ pula apabila menguruskan persoalan kuil!

Saya sebut Al-Quran menuntut ummat Islam bertindak adil terhadap semua, termasuk yang bukan Islam. YB Zul setuju tetapi beliau menyatakan kita hanya adil terhadap kebajikan mereka. “Dalam soal ketuhanan”, kata beliau lagi, “tidak timbul keadilan”. Ada sesiapa yang faham kenyataan beliau ini? Saya tidak faham. Adakah dimaksudkan dalam soal ketuhanan Islam meminta kita bertindak zalim? Kerana lawan adil adalah zalim. Jika itulah yang dimaksudkan maka saya tidak setuju kerana Islam adil dalam semua aspek.

Beliau terus menyebut pula, “kita memelihara tempat ibadat mereka, bukan mewujudkan yang baru dicelah kediaman kita”. YB Zul tidak tahukah, yang terletak di ‘celah kediaman’ orang Islam ialah yang di Seksyen 19. Itulah antara sebabnya kita cuba pindahkan dan dicadangkan ke Seksyen 23, yang berjauhan dari kawasan kediaman. Dan ianya bukan soal bina kuil baru. Ianya soal pemindahan. Haai... kalau tidak tahu jangan cakaplah.

Walaubagaimanapun saya setuju dengan YB Zul dalam satu hal. Sepatutnya kita “memelihara tempat ibadat mereka” dengan mengambil kira wujudnya kuil berkenaan di situ semasa kawasan perumahan dibangunkan. Ini tidak. Dibina rumah keliling kuil seolah-olah kuil tersebut tiada, dijualnya pula tanpa menyatakan wujudnya kuil tersebut dan sekarang apabila timbul masalah dengan penduduk sekeliling, terpaksa pula kita pindahkan.

Satu lagi dakwaan yang ditimbulkan oleh YB Zul ialah haramnya pembinaan kuil baru. Adakah benar ianya haram dan ditegah sama sekali oleh Islam? Walaupun penduduk semakin ramai, yang Islam dan bukan Islam, adakah benar pembinaan kuil, gereja serta tok kong baru ditegah? Yang boleh dibina hanya Masjid dan Surau untuk menampung pertambahan penduduk? Kalau benarlah dakwaan YB Zul, maknanya setiap perumahan baru, bandar baru, tidak kira ada berapa ramai penduduk bukan Islam, tidak boleh dibina tempat ibadat untuk mereka.

Hmmm, ulama’ mana pula rujukan beliau. Saya tahu Islam tidak sesempit itu. Saya syorkan beliau buat rujukan betul-betul, jangan main buat hukum ikut perasaan dan emosi beliau. Islam ini agama Allah, bukan agama rekaan manusia yang berhati sempit.

Ulama zaman dahulu telah banyak berbincang berhubung persoalan pembinaan tempat ibadah orang bukan Islam. Di mana boleh, di mana tidak boleh. Kalau di kawasan orang Islam ramai bagaimana. Apa syarat-syaaratnya dan sebagainya. Bukan buat hukum borong seperti orang yang jahil.

Statistik Kuil dan Masjid
Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran statistik YB Zul. Yang saya tahu statistik di Shah Alam, Seksyen 1 hingga seksyen 24. Kuil yang berdaftar hanya 10. Tiga darinya duduk atas tapak yang siap diwarta sebagai ‘tapak kuil’ dan tujuh yang lain, termasuk yang di Seksyen 19, akan dipindahkan ke tapak yang lebih sesuai yang akan diwartakan sebagai tapak kuil. Atau, jika tiada masalah mungkin tapak sediada terus diwartakan sebagai tapak kuil dan kuil kekal di situ setelah mengambil kira berbagai factor. Tetapi untuk Seksyen 19 tidak sesuai.

Masjid dan Surau, tidak termasuk surau di pejabat-pejabat, kompleks beli belah, kawasan R&R, stesyen minyak dan sebagainya, di Shah Alam sahaja ada 106. Statistik YB Zul hanya menceritakan Masjid sedangkan surau-surau pun banyak dan perlu juga diambil kira untuk memberi gambaran yang lebih tepat. Inilah masalah apabila ambil statistik bersumberkan UMNO. UMNO ini jahat. Semuanya ada udang sebalik batu. Termasuklah statistiknya.

Sekarang soalnya Shah Alam. Kalau di tempat lain terlalu banyak kuil, tangani ditempat berkenaan. Maka tidak perlu babitkan Shah Alam. Di Shah Alam kuil hanya 10 dan untuk Seksyen 19, 20 dan 23 hanya ada satu untuk penduduk beragama Hindu yang seramai 3,000 lebih. Tidakkah adil mereka dibenarkan sebuah kuil? Atau adakah dalam soal ini ‘kezaliman’ dituntut oleh Islam mengikut pandangan YB Zul?

Soal Hak Penduduk Seksyen 23
YB Zul menyatakan penduduk tidak diberikan hak. Hairan saya. Bukankah diadakan majlis dialog untuk mendengar pandangan penduduk?

Masalahnya sebelum majlis dialog itu diadakan segelintir dari mereka telah bertindak kerana adanya agenda politik. Kalau tiada agenda politik, tiada sebab mereka perlu bertindak sedemikian rupa. Mereka telah diberitahu majlis itu akan diadakan mengikut prosesnya. Tunggu sahajalah. Tetapi tidak. Heret kepala lembulah.....lepas itu bila dunia kecam tindakan mereka sebagai melampau, salahkan kerajaan Negeri! Yang kamu buat kerja seperti itu siapa suruh?

Bila diadakan majlis dialog pula, tunjuk perangai. Tuduh orang tidak mahu dengar tetapi akhirnya dunia tahu siapa yang tidak mahu dengar. Geng samseng UMNO sememangnya tidak boleh dibawa berbincang. Takde class.

Soal Surah Al-Baqarah dan Ibadah Korban
Dari mana pula datangnya ide YB Zul untuk mengharamkan bacaan Surah Al-Baqarah? YB Zul baca Surah Al-Baqarah dengan niat nak menghina lembu dan agama Hindu ke? Surah Al-Baqarah tiada kena mengena dengan tindakan menghina lembu atau agama Hindu. Orang Islam baca Surah Al-Baqarah untuk mendapat petunjuk dalam soal mentadbir diri, masyarakat, negara dan dunia mengikut kehendak Allah. Ada disuruh menghina lembu atau agama lain dalam Surah Al-Baqarah ke?

Begitu juga soal korban. Apabila lembu disembelih, adakah YB Zul meniatkan untuk hina lembu dan agama Hindu? Kalau Ya, maka adalah haram memakan daging lembu yang disembelih dengan niat sebegitu. Niat korban hanya untuk Allah, untuk mencari keredaanNya. Disebut nama Allah yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim, bukannya “cis Hindu aku bunuh lembu”. Perbezaan ketera bagi yang pertama dipenuhi perasaan rendah diri dan kelembutan, mengharapkan keampunan Illahi. Yang satu lagi dipenuhi kebencian.

Kasihan orang yang menganggap dirinya pembela agama Allah,
Walhal sebenarnya merupakan penghalang kepadanya.
Menjatuhkan imej Islam dengan setiap perkataan
Yang ditutur kononnya untuk membelanya.
Mana mungkin menjadi pembela Islam sedangkan hati dipenuh prejudis!
Melihat manusia mad’unya tanpa perasaan kasihan belas.
Sebaliknya kebencian yang teramat,
sehingga kezaliman dilihat sebagai keadilan,
penindasan pula sebagai pertolongan...


WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration