That fellow 'main wayang'
Ketika bersembang di Restoran Thaqwa dekat Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar semalam, seorang pengundi berbangsa India dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia memberitahu saya dan dua ahli PAS yang bersembang dengan saya bahawa beliau tidak ada masalah untuk mengundi PAS.
"But not Hassan Ali. That fellow 'main wayang'," kata beliau yang sangat membenci Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
Restoran Thaqwa ialah tempat kutu ini selalu melepak. Di situlah saya mendapat banyak maklumat (maklumat kedai kopi pun maklumat juga).
Saya hanya menyampaikan maklumat yang saya dapat. If anybody wants to shoot the messenger, please feel free to do that.
Di restoran itulah juga beberapa pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dok cari-cari mana satu bakaq a.k.a. ~penarik beca sebelum menjejaki saya hingga ke rumah dan kemudiannya menangkap saya (mangkok sungguh, macam mana aku tak sedaq hampa dok follow aku. Cekap hampa. Memang la, polis).
La ni saya dok tertanya-tanya, katakanlah (sekali lagi, katakanlah) Barisan Nasional (BN) ditolak oleh rakyat seperti orang-orang Jepun menolak Liberal Democratic Party (LDP) dan Pakatan Rakyat (PR) memerintah, adakah aku tak akan kena tangkap? Ah, kalau saya dikafirkan oleh beberapa orang kerana mengkritik PAS (dan saya percaya, saya tidak akan dikafirkan jika tidak berbuat demikian), tidak ada jaminan perkara itu tidak akan berlaku (gambar saya dalam gelap ada di sebelah jika polis di bawah kerajaan PR nak tangkap saya nanti manakala gambar Restoran Thaqwa dekat Taman Melewar pula ada di bawah - tapi sign board dia pi tulis cawangan Sri Gombak pula).
Saya juga tak nampak apa perbezaan antara pemerintahan Umno dan pemerintahan pembangkang kini jika berulang apa yang berlaku di Kedah sekarang. Yang bertukar hanya orang, yang lain tak ada apa yang nak dibanggakan. Sama macam Umno atau mungkin lebih teruk lagi sebab Umno tak bersyarah atas nama Islam.
Kerajaan yang dipimpin oleh PAS tetapi tidak melakukan perubahan yang sepatutnya, berdalih tak habis-habis dengan hujah-hujah dari diri yang perasan terlebih kononnya orang tak boleh dan tak berani pangkah cakap dia serta tak puas-puas membodoh-bodohkan ahli-ahli PAS kononnya "depa tu kenuri ja reti" - kerajaan seperti itu tak ubah seperti orang Umno yang memperkenalkan diri dengan kad keahlian PAS.
Mengenai perubahan, seorang kawan memberitahu saya, jika PAS pakai dok harap kat Datuk Seri Anwar Ibrahim ja dan tidak menuntut dilakukan perubahan habis-habisan serta melaksanakan institutional rules kepada badan-badan seperti kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis, Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga badan-badan yang menjaga kepentingan orang Melayu seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), tak ada beza Umno perintah ka, sapa perintah ka.
Badan-badan tersebut mesti dibebaskan dari cengkaman Perdana Menteri atau menteri serta bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Khas Parlimen. Jika badan-badan seperti kehakiman, SPR dan SPRM terus merengkok di bawah cengkaman Perdana Menteri melalui Jabatan Perdana Menteri, siapa pun jadi Perdana Menteri, beliau dijangka akan membikin celaka seperti sekarang.
Berkaitan:
PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat (Harakah Daily 25/9/09)
Hadiah penyapu untuk PAS Selangor (Kelab Greenboc 25/9/09)
'PAS should get rid of Hasan Ali' (Malaysiakini 25/9/09)
Lessons from Japan for Pakatan Rakyat (Malaysiakini 25/9/09)
Keluar Pakatan?: Nabi tidak pernah khianati perjanjian!! (Al-Bakistani 25/9/09)
Hasan Ali Antara Ikhlas Atau Hipokrit? (Ikut Suka Aku 25/9/09)
Malaysia rated 47th least corrupt, Penang praised (Malaysian Insider 24/9/09)
No comments:
Post a Comment