Oleh Penarik Beca
Bukan saya kata, Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang kata:"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi Barisan Nasional (BN).
Sambil itu, saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada para perwakilan MIC yang memilih para pemimpin yang layak untuk parti mereka (lihat berita Bernama "Palani kekal jawatan Timbalan Presiden MIC").
Ketika orang Umno nak memilih pemimpin dulu, saya nak sangat Datuk Seri Mohd Ali Rustam menjadi timbalan presiden parti itu, manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Tan Sri Mohd Isa Samad menjadi naib-naib presiden.
Malangnya, para perwakilan Umno menghampakan harapan saya. Mereka lebih cerdik memilih timbalan presiden mereka berbanding majoriti perwakilan muktamar PAS di Shah Alam 5 hingga 7 Jun lalu.
MIC tidak mengecewakan saya. Terima kasih (gambar di atas ihsan Malaysian Insider).
Berkaitan:
BN mesti berhati-hati, kalau tak jaga akan kalah di pilihan raya yang ke-13 - Dr M (Video Malaysiakini)
Indian voters fed up with BN, not me (Malaysiakini 12/11/09)
Samy says Indians upset with BN, not with him (Malaysian Insider 12/11/09)
In MIC, Samy Vellu shows who’s the boss (Malaysian Insider 12/11/09)
Win back the Indians, Najib tells MIC (Malaysian Insider 12/11/09)
Najib: Win in party, but lose in polls gets BN nowhere (Malaysiakini 12/11/09)
Utusan akhbar perkauman (Hanief)
No comments:
Post a Comment