"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Thursday, September 3, 2009

MTUC minta k'jaan timbang semula harga petrol

Malaysiakkini

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan supaya mengkaji semula kenaikan harga minyak petrol, dengan mengambil kira kesulitan yang dihadapi rakyat, termasuk pekerja, yang sebahagian besarnya berpendapatan rendah.

Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud berkata kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan pada 31 Ogos lalu, sudah tentu memberi kesan besar kepada kebanyakan rakyat Malaysia.

"Kenaikan harga minyak petrol yang berkuatkuasa semalam, atas apa alasan sekalipun, akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan turut naik," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahan pula, katanya, tidak sampai tiga minggu lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Kita semua maklum bahawa sabah tahun, inilah masanya sebahagian besar rakyat berbelanja untuk menyambut perayaan tersebut.

"Dengan kenaikan harga minyak petrol, maka golongan berpendapatan rendah seperti pekerja, contohnya, terpaksa berfikir banyak kali sebelum membeli-belah," tambahnya.

Bagi golongan pekerja, katanya, pendapatan dan gaji mereka tidak naik, malah merosot akibat keadaan ekonomi yang tidak menentu sejak beberapa bulan lalu.

"Mereka tidak diberi kerja lebih masa, ada yang gajinya dipotong dan elaun dikurangkan.

"MTUC meminta kerajaan agar menimbang semula kenaikan harga petrol dengan mengambil kira kesulitan dan kepayahan yang dihadapi golongan yang berpendapatan rendah," katanya.

No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration