Thursday, September 3, 2009
MB janji tidak gantung ADUN Umno
Malaysiakini
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi jaminan tidak akan menggunakan Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Negeri bagi menggantung kehadiran ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif daripada BN.
"Menggunakan Perkara 52 bermakna mengundang lebih banyak kecelaruan dan mengkucarkacirkan keadaan. Dari awal lagi kita sengaja tidak menggunakannya kerana mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskannya.
"Berdasarkan pengalaman di Perak, hanya SPR yang boleh menentukan kerusi itu kosong atau tidak," kata Azizan ketika diminta mengulas tindakan lanjut yang mungkin diambil bagi menyingkirkan Abu Hassan daripada menghadiri persidangan DUN selepas SPR mengekalkan kerusinya semalam.
Perkara 52 menyebut Speaker berhak menggunakan kuasanya bagi menyingkirkan mana-mana ADUN yang melanggar Perkara 51 daripada menghadiri persidangan dewan.
Speaker, Datuk Dr Abdul Isa Ismail menulis surat kepada SPR pada 17 Ogos lepas meminta Abu Hassan mengosongkan kerusinya kerana tidak menghadiri persidangan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.
Selanjutnya.....

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment