"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Tuesday, September 15, 2009

Bagan Pinang: Keberanian Angkatan Tentera Dihargai

Kerajaan Rakyat


Dari 14,192 pengundi pengundi di Bagan Pinang, 66 peratus darinya adalah pengundi Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, BN memenangi kerusi itu apabila mendapat 6,430 undi.

Majoriti yang diperolehi oleh BN ialah sebanyak 2,333 undi setelah calon PAS, Ramli Ismail berjaya memperolehi 4,097 undi.

Sesuatu yang amat perlu diberi difahami adalah 4,925 dari 14,192 pengundinya adalah pengundi pos.


“Apa yang berlaku sebelum ini, setiap pengundi pos perlu memasukkan kertas undi dan borang pengisytiharan itu ke dalam sampul surat undi pos, sebelum memasukkannya ke dalam beg undi.

“Apabila sampul surat itu diperiksa, borang perakuan itu akan jelas menunjukkan identiti pengundi dan calon yang mereka undi yang mengakibatkan tidak ada lagi kerahsiaan pengundian yang menjadi prinsip asas dalam proses demokrasi.

“Apabila tidak ada kerahsiaan, ia pasti mengakibatkan seseorang pengundi pos tidak berani mengundi calon lain selain dari yang diarahkan supaya diundi,” - Datuk Mahfuz Omar.



Kepada semua pengundi yang terlibat dalam sistem ‘undi pos’ di Bagan Pinang, (Angkatan Tentera Malaysia) khasnya, kerajaan rakyat merayu agar tetapkan pendirian dan fahamilah kehendak dan scenario politik semasa.

Perjuangan dan pengorbanan kalian dalam mempertahankan kedaulatan negara amat dihargai. Kepentingan peribadi kalian kemudiankan demi negara. Keluarga kalian tinggal-tinggalkan demi tugas dan tanggungjawab untuk nusa. Jiwa dan raga kalian pertaruhkan demi maruah dan kedaulatan negara tercinta. Kalian adalah Wira kami.

Demi keterlanjuran seruan memartabatkan kedaulatan negara. Keberanian, keikhlasan dan keperwiraan kalian dituntut…!!! Negara kita berada dalam keadaan yang amat celaru. Celaru lantaran dipimpin dan diterajui oleh pimpinan UMNO/BN yang diseliputi oleh noda rasuah, penipuan, pembunuhan, kekejaman dan seribu satu muslihat durjana yang menjadi amalan dan budaya hidup mereka.

Noda dan kezaliman yang telah dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN selama berpuluh tahun telah cuba dikaburkan oleh mereka daripada pengetahuan rakyat.

Harapan rakyat, kepada Angkatan Tentera kami sandarkan. Rakyat dahagakan kepada pemimpin yang adil. Rakyat inginkan kepada perubahan pentadbiran negara. Rakyat merayu kepada kesemua pengundi, terutama Angkatan Tentera Malaysia agar berilah undi kalian kepada pemimpin yang adil, berhemah dan beramanah.

Angkatan Tentera adalah Wira harapan negara. Perjuangan dan pengorbanan kalian amat kami sanjungi dan hargai. Pakatan Rakyat, PAS terutamanya terlalu memahami sumbangan kalian.

Harapan dan doakan kami agar kalian dilimpahi hidayah dan kasihi Illahi dalam menjalani kehidupan ini. Pakatan Rakyat bersama kalian dalam perjuangan memartabatkan kedaulatan negara.

No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration