Saturday, May 29, 2010
GAS atau Gerakan Anti-Samy.....Kenapa bagi Permit, satu persoalan?
Bukankah Dato' S.Samy Vellu masih Presiden MIC? Bukan kah MIC adalah Parti gabungan BN?......Mugilan telah di pecat dari MIC apa pentingnya Mugilan dari Samy?......jangan beri permit perhimpunan GAS jika benar-benar UMNO/BN mau MIC tetap setabil.
Mesti ada sesuatu yang perlu diperjelaskan disini. Kenapa Dr Mahathir benar-benar mau Samy segera berundur.
Kepada MIC saya rasa anda ada jawapan........Samy sudah tua tidak boleh dijadikan alasan, tetapi Samy sudah tidak dikehendaki oleh UMNO/BN mungkin lebih tepat. Perkara ini boleh difikirkan oleh Parti MIC dan orang yang setia kepada Samy. Fikirkan kedudukan kamu dalam BN. Ini soal maruah kaum India seluruhnya.
Teman yang setia dan baik tetap bersama walau dalam keadaan apa sekali pun. Tetapi UMNO bukan kawan setia kamu.....perlu fikirkan.
UMNO dulu kini dan selamanya untuk Melayu (UMNO), ini kamu kena ingat.
Selamat berhijrah untuk kebaikan MIC.....Adios

Melayu Dan Mamak Penang
Dari Blog Dr MAZA
Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
Isu perarakan maulid di Pulau Pinang menjadi kecoh. Ramai wartawan menghubungi saya bertanya tentang hukum perarakan maulid Nabi s.a.w itu. Ia sangat menarik. Sejak sekian lama orang Melayu berarak barangkali mereka terlupa bertanya asal-usul perarakan tersebut.
Banyak isu-isu yang akhir ini menjadi universiti terbuka untuk rakyat. Ya, seperti mana yang kita tahu bahawa sejarahwan Islam sepakat baginda Nabi s.a.w lahir pada Hari Isnin, cumanya mereka berbeza pendapat tentang tarikh lahir baginda s.a.w. Kita biasanya mendengar disebut pada tarikh 12 Rabi’ul Awwal. Namun ramai pengkaji yang menyatakan bahawa tarikh sebenar maulid baginda ialah pada 9 Rabi’ul Awwal.
Dr Asri: Lesen Atau Tidak, Judi Tetap Haram
Dipetik dari Blog Dr MAZA
"Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang."
SHAH ALAM 7 MEI: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan alasan kerajaan yang menghalalkan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak, tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.
Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.
“Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan, pinjam meminjam dan pelbagai lagi. Jika kerajaan bertindak memberi lesen apa ertinya?” katanya.
Dr Asri mengingatkan kerajaan, tindakan melesenkan judi belum tentu menyelesaikan masalah kerana masalah tetap berlaku, bahkan berlarutan dengan lebih buruk.
“Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat bukan Islam.
Beliau menyifatkan kerajaan hanya mencari alasan termasuk menggunakan elemen pembangunan judi bagi menghalalkan perjudian.
“Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Saya tidak fikir orang agama lain disuruh pergi berjudi.
“Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain juga mungkin kita boleh mengenakan cukai yang tinggi. Jadi, saya fikir alasan ini sangat tidak munasabah,” katanya.
Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan Islam bagi mengawal baik buruk sesuatu perkara.
“Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi lesen ini kepada judi bererti perkara yang dibimbangi masyarakat dilakukan secara terbuka dan mendapat persetujuan. Apa beza antara yang halal dengan yang tidak, kedua-duanya mengundang masalah kepada rakyat,” katanya.
Sumber: TVSelangor
Sultan dan Masjid: Titah atau Boneka?
Dari Blog Dr MAZA
Seorang pakar undang-undang yang dikenali di negara ini Abdul Aziz Bari memberikan ulasan tentang motivasi di sebalik hidupnya semula peranan Raja Melayu sebagai ketua agama Islam, peranan yang sudah sekian lama tidak dipraktikkan tetapi secara tiba-tiba muncul dalam suasana yang menimbulkan pelbagai persoalan.
Beliau menekankan bahawa walaupun secara dasarnya Sultan adalah ketua agama tetapi fungsi dan kuasa istimewa ini mestilah digunakan selaras dengan hukum-hukum Islam dan mestilah bebas daripada pengaruh kerajaan hari ini.
Beliau menerangkan, “Inilah caranya bagaimana peranan diraja, yang dibiarkan tanpa penguatkuasaan oleh perlembagaan, harus difahami. Ianya bukan hanya terletak atas kemahuan dan kehendak diraja sahaja.”
Di dalam temuramah eksklusif bersama Malaysiakini, Professor Undang-Undang dari UIA itu mempersoalkan tentang karakter peribadi dan ilmu agama yang dimiliki oleh pihak diraja yang mempunyai banyak kekurangan walaupun mereka berperanan sebagai ketua agama.
Abdul Aziz berkata, “Perkara ini sudah terlalu jelas dan telah pun menjadi pengetahuan umum.”
Walaupun begitu, apa yang lebih menjadi persoalan adalah, “Kenapa pihak diraja tiba-tiba menjadi sungguh agresif dalam hal ini?”
Persoalan sekitar keneutralan Sultan
“Di manakah Sultan Selangor ketika Khir Toyo mengeluarkan arahan yang menghalang tazkirah daripada diadakan di masjid-masjid dalam bulan Ramadan? Apakah yang dilakukan oleh Sultan ketika Khir Toyo merobohkan satu masjid di Bangi dan mengunci pula satu masjid lain di Batu Tiga beberapa tahun lepas?” dia bertanya.
Abdul Aziz juga menimbulkan semula tentang satu insiden dimana secara tiba-tiba Agong menolak cadangan untuk meletakkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai pengerusi zakat di sana.
Dia bertanya, “Sebagai ketua Agama Islam di Melaka, Sabah dan Sarawak, mengapakah Agong tidak melakukan perkara yang sama di sana? Adakah ini bermakna bahawa ketiga-tiga negeri tersebut adalah lebih baik daripada Pulau Pinang?”
Beliau mengatakan bahawa ada beberapa insiden lain yang melibatkan Sultan dan agama yang juga terjadi di Pahang dan Perak.
Professor Undang-Undang itu menambah bahawa ,“Ada beberapa perkara yang Raja Muda Perak Raja Nazrin – yang telah mengeluarkan satu peringatan dua minggu lepas mengenai kuasa penuh pemerintah Diraja ke atas urusan agama - perlu ambil perhatian.”
Abdul Aziz kemudiannya mengatakan bahawa menurut pengamatannya, insiden-insiden ’selektif’ yang menampakkan pihak diraja mara ke hadapan bertindak sebagai pejuang agama kelihatan seperti ada hubungan dengan isu-isu yang melibatkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
“Titah-titah diraja ini kelihatan seperti digerakkan oleh golongan yang rapat dengan UMNO terutamanya dalam isu-isu yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang,” Abdul Aziz menyatakan pengamatannya.
Walaubagaimanapun, sama ada ianya berlaku di Perak, Selangor, Pulau Pinang atau Perlis, pakar undang-undang itu berpendapat bahawa segala yang berlaku menyebelahi UMNO. Beliau juga menambah, “Pemerintah-pemerintah diraja kelihatan seperti mengatur arah hidup mereka selari bersama UMNO.”
“Ke manakah perginya kenyataan yang di buat oleh Raja Nazrin dan ayahandanya yang menegaskan bahawa kedudukan pemerintah diraja berada lebih tinggi daripada politik kepartian?” beliau bertanya.
Beliau menambah, “Hal ini menjadi lebih ketara di Pahang di mana Sultan dengan jelasnya menyatakan, Sokonglah BN!”
Sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh Bernama pada tahun lepas, Sultan Pahang menggesa rakyat supaya terus menyokong BN untuk memastikan pembangunan akan berterusan di negeri itu.
“Apa yang mereka sedang lakukan adalah bertentangan dengan konsep raja berperlembagaan dan sistem berparlimen. Tanpa ragu-ragu lagi, pemerintah-pemerintah diraja itu sedang menekan butang pemusnah diri mereka sendiri.”
“Seperti yang berlaku pada tahun 1992 ketika kecuaian fatal Sultan Johor akhirnya menyebabkan hak-hak istimewa diraja ditarik balik oleh Parlimen,” Abdul Aziz berkata lagi.
Bukan hasutan
Walaupun beliau faham bahawa parti melayu itu akan menidakkan dan mempersoalkan apa jua usaha untuk menilai perkara ini, beliau berkata, “Secara prinsipalnya, dalam undang-undang, perkhidmatan awam dan kuasa awam adalah tertakluk kepada pemerhatian awam.”
“Penggunaan kuasa mereka mestilah telus,” kata Abdul Aziz. Beliau juga menambah bahawa setakat ini, fungsi pemerintah diraja sebagai ketua agama masih lagi tidak kelihatan.
Oleh kerana itu, beliau percaya bahawa isu ini mestilah diamati dan difahami oleh masyarakat umum.
“Tdak ada unsur hasutan dalam hal ini, perkara ini melibatkan orang-orang Islam yang merupakan majoriti di negara ini.
Mereka ada hak untuk tahu. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjelaskan isu-isu ini kepada mereka dengan menghubungkannya kepada peraturan dan peranan yang termaktub dalam perlembagaan,
Beliau mengakhiri bicaranya dengan berkata, “Kerana secara dasarnya, negara kita adalah negara raja berperlembagaan.”
Sumber: Malaysiakini
Ulama Umno bakar kapal
Dari Malaysiakini | |||
|
Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini. Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti. Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut. Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad. Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya. Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain. Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno. Keserasian wajah 1Malaysia Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut? Di Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini. Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian. Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai 'ala-ala Taliban'? Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut. Peguam bukan Islam Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam. Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam. Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai? Apakah ini secocok dengan keadilan Islam? Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam! Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu? Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina 'Ali dalam pertikaian baju besi. Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah. Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu. Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil. Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama. Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah. Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam! Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan 'sijil awak tidak laku'. Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam? Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam. Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian. Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam. Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam. Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini. Isu kalimah Allah Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk 'ala Umno' yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini. Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju. Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham. Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari 'mufti' yang setia berkhidmat itu? |
Wednesday, May 19, 2010
Undi Pos yang sentiasa meragukan...
Cenangau Daun Kari
Oleh Suhaizan Kayat
Tolong Jelaskan....
1. Petugas SPR bukan sebagai pemilih Terdapat seorang petugas SPR bernama Justin Leo B. Lewis No Kad Pengenalan 540131-13-5063 telah didaftarkan sebagai pengundi pos tetapi beliau sebenarnya bukanlah seorang pemilih yang sah. Bagaimana seorang pemilih yang tidak sah boleh diterima sebagai pengundi pos petugas SPR. Mengikut prosesnya mereka memohon kepada SPR untuk menjadi pengundi pos. Permohonan beliau ini diluluskan sedangkan beliau bukan pemilih. Atas asas apa SPR meluluskan beliau sebagai pengundi pos? Saya minta SPR jawab perkara ini.
2. Undi yang berlebihan mengikut kod Terdapat 3 kod yang mempunyai undi yang lebih dibandingkan dengan undi yang telah dikeluarkan : Kod 708(Unit Udara PDRM). Undi dikeluarkan 6 tetapi undi yang diterima 24 Kod 429 (Unit Tentera Darat). Undi dikeluarkan 160 tetapi undi yang diterima 161 Kod 431(Unit Tentera Darat). Undi dikeluarkan 47 tetapi undi yang diterima 55 Undi yang diterima mestilah kurang atau sama dengan undi semasa dikeluarkan. Jika undi yang diterima lebih maka ada sesuatu yang tidak kena. Bantahan telah dibuat oleh team undi pos tetapi SPR tidak melayannya atas alasan bahawa kod ini diwujudkan untuk panduan kepada petugas sahaja. Saya minta SPR jawab isu ini, kenapa kertas undi tersebut berlebihan? Adakah sesuatu telah berlaku?
3. 1040 undi Tentera dan Polis Tampa Kawalan Ejen PR Terdapat 1040 undi tentera dan polis tidak dapat dikawal oleh ejen PR. Ini kerana mereka berada di luar Sibu. Jabatan Rekod dan Pencen tentera kononnya telah menghantar kepada pihak terbabit. Apakah yang berlaku semasa penghantaran tersebut. Apa jaminan tiadanya penyelewengan telah berlaku.
4. Saksi Tentera Meragukan Terdapat beberapa pegawai tentera yang mempunyai tandatangan berbeza dalam borang 2. Bagaimana seorang saksi yang sama mempunyai tandatangan yang berbeza. Ini sesuatu kemuskilan yang perlu dijawab oleh angkatan tentera Malaysia (ATM). Jika tandatangan pegawai pun boleh menjadi kemuskilan, rakyat khuatir ATM tidak dihormati rakyat suatu masa nanti.
5. Kempen Dalam Kem Tentera Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak telah dibenarkan memasukki Kem di Sibu. Terdapat dua Kem di Sibu Oya Batu 14 dan Kem Rascom Batu 10. PM telah dapat bertemu dengan anggota tentera di sana. Atas nama Perdana Menteri beliau telah berkempen dengan anggota tentera. Calon PR tidak dapat peluang tersebut. Minta SPR beri jawapan kenapa insiden Bagan Pinang berlaku semula di Sibu? Pemimpin BN boleh masuk Kem tetapi calon PR tidak boleh masuk Kem.
6. Terdapat Sampul B Tidak Berkod. Dalam kumpulan 7 Undi Pos yang saya sendiri menjadi ejennya, terdapat lebih 50 sampul B yang tidak berkod. Saya perhatikan mereka terdiri daripada petugas SPR dan pihak polis. Mengapa SPR tidak meletakkan kod sedangkan mengikut panduan yang telah diberikan oleh SPR sendiri sampul B mestilah diletakkan kod. SPR memberi alasan kod bukan alasan untuk menolak undi pos. Jika kod tidak penting untuk mempastikan keselamatan undi pos mengapa buku panduan undi pos meletakkan kod sebagai perkara yang penting ? Bukankah ini mekanisma untuk mengelakkan penipuan?
- Suhaizan Kayat
Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia
Sumber: WFaudzin yang bersumberkan Forum Tranungkite

Tuesday, May 18, 2010
Najib Umpama Hero Koboi Yang Suka Langgar Undang-Undang – Zaid
Dari Harakah Daily
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan umpama cowboy di zaman ‘Wild Wild West’ siri TV tahun 1960-an yang selalu menunjukkan watak orang yang tak pedulikan undang-undang.
“Hukum yang dipakainya ialah pistolnya,” kata bekas calon pakatan di Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim mengulas lagak Najib di Sibu.
Zaid (gambar) dipercayai mengulas tawaran Najib secara terbuka kepada masyarakat Cina agar memenangkan calon BN dan kerajaan akan memberikan habuan kepada mereka.
Ekoran tawaran ini, peguam Karpal Singh mendesak agar Najib di ambil tindakan.
Dia sanggup melakukan apa saja kerana orang takut kepadanya; sebab dia digelar “a fast draw, tulis Zaid dalam blognya.
Bila semua orang dalam ketakutan maka dia lah hero ditempat itu, tambahnya.
“PM kita pun sama macam hero kaki tembak orang tanpa peduli undang-undang. Dia rasa dia sudah berjaya setelah “menang” di Hulu Selangor dengan membeli undi, menggunakan media massa termasuk Utusan dan stesen TV untuk memburukkan dan memfitnah lawan dan menyalahgunakan semua agensi penguatkuasa kerajaan tanpa segan silu.
“Maka dia ingat dia boleh kitar semula taktik itu di Sibu. Dengan itu PM kita pun bertandang ke Sibu dengan gaya dan taktik yang sama,” kata beliau lagi.
Dia tawarkan RM18 juta kepada sekolah-sekolah cina, RM1.7 juta untuk gereja-gereja Kristian dan RM5 juta untuk mitigasi banjir. Wang tunai yang tidak kehabisan pula bercurah-curah di rumah panjang di Sibu.
“PM Najib dan orang nombor duanya Muhyiddin sebenarnya jenis pemimpin yang tak ada moral kepimpinan. Tidak layak menjadi pemimpin; tidak boleh dijadikan teladan,” kata Zaid.
“Mereka pandai memburukkan peribadi saya tetapi merekalah sebenarnya “promoter” kepimpinan yang rasuah dan ganas.
“Bangga dengan penyalahgunaan kuasa yang dipamerkan. Bangga bila membelakangkan undang-undang dengan sawenang-wenangnya. Mereka tak sedikit pun rasa malu dan segan. Tak segan kepada rakyat sendiri dan tak malu kepada kacamata dunia tentang tindakan mereka,” tulis beliau.
Merekalah sebenarnya orang yang takut dengan rakyat. Mereka tahu kalau rakyat dibenarkan memilih dengan bebas dan pilihanraya diadakan dengan cara yang lazim diadakan di negara lain secara demokrasi tulen, mereka akan kehilangan kuasa, katanya.
“Itu pun, rakyat tetap berani bersuara. Suara rakyat masih hidup di Sibu. Saya yakin suara ini akan bertambah kuat di dengar di merata pelusuk negara kita,” tegas beliau.
Beliau sebagai bekas menteri undang-undang mengaku, memang tak mudah undang-undang yang adil hendak dilaksanakan di Malaysia.
“Ini adalah kerana di negara kita, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi Suruhanjaya dan Pencegahan Rasuah Malaysia adalah orang-orang PM.
“Mereka sudah lupa bahawa semasa mereka mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing, sumpah keramat mereka adalah untuk menjaga kepentingan rakyat, mendaulatkan undang-undang negara dan menjalankan tugas dengan berani dan penuh integriti.
“Tapi sekarang ini mereka hanya menjaga kepentingan PM semata-mata,” tambah beliau.
Namun begitu, beliau yakin walaupun sukar, InsyaAllah, suatu hari nanti kita rakyat Malaysia akan berjaya mengembalikan maruah dan harga diri rakyat dan negara yang kita cintai.
“Bila tiba hari keramat itu, kita sudah tentu tidak memerlukan elit Melayu seperti ini lagi kerana sudah terbukti mereka hanyalah pagar yang makan padi.
“Golongan ini hanyalah gabungan pemimpin yang tak bermoral,” katanya.
Friday, May 14, 2010
AMK Selangor Pelawa PERKASA Duduk Semeja
Teranungkite
Oleh Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
Angkatan Muda Keadilan Selangor mempelawa PERKASA untuk duduk semeja bersama-sama bagi merangka perjuangan menuntut tanah-tanah hakmilik Melayu yang telah teraniaya dan tergadai semasa pemerintahan UMNO/BN sebelum ini. AMK Selangor mempelawa agar PERKASA menyahut seruan ini agar hak dan kepentingan Melayu yang dikatakan hilang boleh dikembalikan.
Justeru, AMK Selangor menggesa PERKASA bersama-sama membongkar dan berusaha memperjuangkan nasib tanah-tanah rizab Melayu, perumahan rakyat terbengkalai,setinggan, rumah-rumah rakyat yang dirobohkan tanpa sebab serta pelbagai isu lain. Kita amat menyedari selama ini, Selangor yang pernah ditadbir oleh UMNO/BN selama 50 tahun telah banyak rumah, tanah dan hak kepentingan Melayu yang secara rakusnya dirampas atas nama pembangunan.

Malahan,AMK Selangor mengajak PERKASA agar tampil sebagai NGO yang bertanggungjawab serta tidak menjadi kuda tunggangan mana-mana pihak berkepentingan politik sempit . Kita yakin, PERKASA berani menyahut cabaran ini, jika tidak hilang wibawa yang selama ini mereka mahu tonjolkan sebagai kononnya memperjuangkan hak bumiputera.
AMK Selangor menegaskan, kita akan terus berjuang untuk semua kepentingan rakyat dan keadilan pelbagai agama dan bangsa di negara ini. Malahan,kita tidak meminggirkan mana-mana bangsa di negara ini kerana kita yakin kepelbagaian antara bangsa adalah kekuatan unik untuk membawa negara ini lebih hebat dan makmur.
AMK Selangor membuka ruang yang cukup untuk mengajak PERKASA bersama-sama menuntut tanah-tanah milik Melayu, perumahan milik Melayu yang terbengkalai dan nasib setinggan yang selama 50 tahun UMNO/BN memerintah telah gadaikan. Jika PERKASA mempunyai keberanian, ruang dan medan perjuangan bersama telah disediakan.
Khairul Anuar Bin Ahmad ZainuddinKetua AMK Selangor
Thursday, May 13, 2010
Anda mahu BEBAS kan belenggu kewangan? Sila hubungi wakil rakyat BEBAS
SharpShooter
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Sekiranya kerajaan BN meluluskan perlaksanaan GST, sudah pasti rakyat marhaen akan lebih terasa akan kenaikan harga barang-barang keperluan harian.
Namun begitu, anda janganlah bimbang, bukankah kita sudah ada 4 MP baru BEBAS yang baru terbabas?
Mereka adalah wakil rakyat BEBAS anda yang sedia membantu anda pada bila-bila masa. Hubungilah mereka segera.
Atau sekiranya anda mahu tahu bagaimana " broker YB" yang berjaya dan kaya raya seperti Zamil Ibrahim atau seperti Ezam Md Noor raja sesumpah yang kerjanya pagi petang siang malam asyik bersumpah hingga duit turun dari langit...anda bolehlah hubungi mereka.

Tetapi sekiranya anda diliwat atau ingin dapatkan biasiswa khas, anda bolehlah hubungi PM 1 Malaysia merangkap Menteri Hal Ehwal Monggolia. Mereka semua sedia membantu anda.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Monday, May 10, 2010
Mana POLIS biar Mamak Bendahara Mabok ni...peeeeeeeerrh
Bela Sultan konon....ini muka UMNO dia menderhaka lagi teruk.......Polis siapa kamu sebenarnya
Sunday, May 9, 2010
Ibrahim Ali ada saham judi
Selasa, Mac 23, 2010 (SharpShooter)
Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.
"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi.
Tambahnya, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.
Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.
"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.
"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.
Tambahnya, maklumat tersebut diperolehinya melalui buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysian Maverick yang setakat ini masih dalam penilaian oleh kerajaan.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kemaskini PRK Sibu: Gambar-Gambar Sekitar Hari Penamaan Calon
Perisik Rakyat
Hari pertama aku dekat Sibu. bangun jam 6:15 pagi, mandi lepas tu solat... langsir bilik hotel aku tutup rapat konon nak ambik mood "perjumpaan dalam gelap". dekat sini aku solat subuh macam biasa, lebih kurang jam 6:30 pagi. lepas solat subuh, aku tarik langsir - Laaaaaa...!!! matahari dok atas dahi dah..!
Hahaha... lupa beb... waktu subuh dekat sini tak sama, nak dengar suara azan agak-agak payah jugak dekat sini sebab Masjid jauh sangat dari lokasi hotel aku.
Turun restoran dekat bawah hotel, pekena air cincau. pukul 7:00 pagi bas dah yang DAP sewa untuk pelancong politik dah terpacul depan hotel, hotel cikai je beb... RM35 hengget 1 malam, entah sape entah sponsor aku pun tak tau. janji aku dapat jijak Sibu.
Geng-geng Pimpinan DAP ni pun sempoi jugak aku tengok. hotel tempat aku lepak tu bersekali dengan penempatan MP-MP dan ADUN-ADUN DAP yang berkempen dekat Sibu. MP-MP dengan ADUN-ADUN UMNgOk/Beer eNd aka APCO nak ke duduk dekat hotel RM35 hengget 1 malam..? nonsense...
Naik bas, terus drebar bas bawak pergi dekat Center, aku pun tak tau dekat "apa nama" tempat, dekat sana dah ramai dah Pimpinan Pakatan Rakyat sampai. Tan Sri Khalid, Azmin Ali, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, DS Wan Azizah, Cikgu Wan Rahim, Dato' Hassan Ali, Khalid Samad, Salahuddin Ayub dan ramai lagi. tak larat nak sebut 1-1...
Dari Center, terus berarak ke Pusat Penamaan Calon, jumlah penyokong -+x/ tak sampai 1,000 orang aku rasa, tu pun belum tolak delegasi dari Semenanjung. kalau tolak mungkin dapat jijak 200 orang... hahaha... suasana dekat sini tak sama dekat Semenanjung.
Kalau dekat Semenanjung Malaysia, hari penamaan calon disambut macam pesta. gerai jualan bersepah-sepah, masing-masing sibuk cari duit. dekat sini tak sama. aku ingat Pasar Malam pun lagi meriah.
Macam biasa, sampai Pusat Penamaan Calon, geng Helmet Merah dah siap siaga. pemandangan biasa. penyokong Beer eNd dengan penyokong Pakatan Rakyat terpisah agak jauh. jadi sessi sorak-sorak tak berapa best, sementelah pulak aku tengok penyokong Beer eNd macm tak semangat je. bawak bendera macam perbarisan hari sukan sekolah, lepas tu lepak.
Tak de tukang sorak dari Beer eNd, penat geng-geng Pakatan Rakyat provok, langsung tak terbalas... skima gila beb geng Beer eNd... apehal ntah... payment tak turun kot...
1 lagi yang lain dekat sini, penyokong mana-mana parti bebas "menyesatkan diri" dekat kumpulan parti lawan, tak de sape kesah. orang buat tak tau je... kalau dekat Semenanjung... hmmm... korang paham-paham je la...
Paling aku pelik dekat sini... lepas selesai SPR sahkan calon parti masing-masing, penyokong 2-2 parti selambe je blah... calon pandai-pandai la bawak diri, Pimpinan Parti terkial-kial tak tau nak balik macam mana, lepas lulus je nama calon, penyokong terus hilang macam pelesit.
Tapi sempat jugak dorang kumpul sampah lepas tu lambak depan geng Helmet Merah. hahaha...
Woi...!!! tak de citer best la... aku rasa macam datang makan angin je...
Tengahari ni nak masuk kempen dekat rumah panjang... mesti banyak gambar best nih... lense aku pulak rosak lak sebijik... macam mana nak snap ni...

Subscribe to:
Posts (Atom)
Wed, Nov 18, 2009