"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Friday, May 14, 2010

AMK Selangor Pelawa PERKASA Duduk Semeja

Teranungkite

Oleh Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
Angkatan Muda Keadilan Selangor mempelawa PERKASA untuk duduk semeja bersama-sama bagi merangka perjuangan menuntut tanah-tanah  hakmilik Melayu yang telah teraniaya dan tergadai semasa pemerintahan UMNO/BN sebelum ini. AMK Selangor mempelawa agar PERKASA menyahut seruan ini agar hak dan kepentingan Melayu yang dikatakan hilang boleh dikembalikan.

Justeru, AMK Selangor menggesa PERKASA bersama-sama membongkar dan berusaha memperjuangkan nasib tanah-tanah rizab Melayu, perumahan rakyat terbengkalai,setinggan, rumah-rumah rakyat yang dirobohkan tanpa sebab serta pelbagai isu lain. Kita amat menyedari selama ini, Selangor yang pernah ditadbir oleh UMNO/BN selama 50 tahun telah banyak rumah, tanah dan hak kepentingan Melayu yang secara rakusnya dirampas atas nama pembangunan. 


        Malahan,AMK Selangor mengajak PERKASA agar tampil sebagai NGO yang bertanggungjawab serta tidak menjadi kuda tunggangan mana-mana pihak berkepentingan politik sempit . Kita yakin, PERKASA berani menyahut cabaran ini, jika tidak hilang wibawa yang selama ini mereka mahu tonjolkan sebagai kononnya memperjuangkan hak bumiputera.

        AMK Selangor menegaskan, kita akan terus berjuang untuk semua kepentingan rakyat dan keadilan pelbagai agama dan bangsa di negara ini. Malahan,kita tidak meminggirkan mana-mana bangsa di negara ini kerana kita yakin kepelbagaian antara bangsa adalah kekuatan unik untuk membawa negara ini lebih hebat dan makmur.

        AMK Selangor membuka ruang yang cukup untuk mengajak PERKASA bersama-sama menuntut tanah-tanah milik Melayu, perumahan milik Melayu yang terbengkalai dan nasib setinggan yang selama 50 tahun UMNO/BN memerintah telah gadaikan. Jika PERKASA mempunyai keberanian, ruang dan medan perjuangan bersama telah disediakan.

Khairul Anuar Bin Ahmad ZainuddinKetua AMK Selangor

No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration