OLEH Hasmi Hashim
Sunday, November 29, 2009
Agen Israel Kuasai Putrajaya? [1/3]
Frome PerakExpress
OLEH Hasmi Hashim
bersambung …
OLEH Hasmi Hashim
Kalau dahulu di zaman Dr Mahathir Mohammad, terpaksa dibayar sebanyak RM1.2 juta kepada pelobi Yahudi, Jack Adramoff untuk ‘menembusi’ Rumah Putih, kini Perdana Menteri Najib Razak membelanjakan 18 kali ganda lebih besar!
Kecurangan itu terbongkar tak lama selepas Najib sah memberikan kontrak Ogos tahun lalu sejumlah RM20 juta kepada APCO Worldwide, syarikat yang ditubuhkan seorang Yahudi yang bernama Margery Kraus. Tugas syarikat itu adalah untuk menjalankan kerja-kerja perhubungan awam (public relation) kepada Najib… samada dalam atau luar negara. Dan buat julung kalinya, seorang perdana menteri perlu melantik sebuah consultant luar untuk tujuan membentuk imejnya dan memperolehi rangkaian luar.
Secara tak langsung, tindakan Najib membayangkan beliau ‘tidak bersedia’ sama sekali sebelum menduduki kerusi perdana menteri; betapa terhadnya hubungan dan pengaruh Najib, terutama di peringkat antarabangsa. Mungkin sahaja pembaziran sebesar itu; kecil di mata Najib… terutama apabila bos tim pemikirnya, Abdul Razak Baginda yang patut melakukan kerja-kerja berkenaan, ‘patah sayap’ di tengah jalan.
Wibawa Abdul Razak musnah apabila pernah dihadapkan di bawah pertuduhan kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya Sharibuu. Meski kemudian mahkamah membebaskan Abdul Razak, namun kerana kes berkenaan adalah kes berprofil tinggi, maka sukar untuk dia bergerak bebas membawa misi “Glokal” Najib.
Bukan itu sahaja, pemberian kontrak berkenaan sekaligus membayangkan seolah-olah semua kementerian, agensi, pegawai tinggi kerajaan dan semua sumber dalam negara tak berguna di mata Najib. Dia lebih perlu dan percaya kepada syarikat Yahudi.
KEMUNAFIKAN PM
Sepanjang Dr Mahathir menjadi PM, kritikannya terhadap Amerika Syarikat bergema lantang. Dia juga berbangga apabila dianggap sebagai “singa Asia Tenggara” atau “Seokarno kecil” atas kelantangannya itu ~ yang sebenarnya di mata ramai pemimpin lain, sikap sedemikian tidak lebih hanya sebagai percubaan menunjuk-nunjuk sedikit kemampuan dan kejayaan selain tak lebih sebagai keceluparan kosong sahaja.
Tatkala krisis ekonomi 1997-98, Dr Mahathir juga berhempas pulas mencari dalih menyelamatkan dirinya. Dia menuding Geogre Soros sebagai penyebab; menafikan dan mahu menutup terus, misalnya kelemahan dalam negara, termasuk dana Bank Negara yang digunakan untuk manipulasi pasaran matawang (forex) di beberapa pusat ‘perjudian’ matawang dunia. Daripada kerakusan itu, akhirnya negara kehilangan dan rugi paling kurang sebanyak RM30 bilion!
~ Kemunafikan Dr Mahathir terserlah apabila pada 2008, beliau menafikan tuduhan awalnya terhadap Soros (”penyangak matawang”) dalam pertemuan mereka di Kuala Lumpur.
Sesiapa sahaja yang tidak mempertahankan tindakan Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya–meskipun jelas ia adalah salah, melanggari etika dan undang-undang–akan dianggap sebagai ‘bekerjasama’ dengan Barat. Dituduh “agen Barat”.
Anwar Ibrahim antara orang yang dituduh begitu ~ bahkan ramai lagi. Anwar menjadi musuh besar Dr Mahathir apabila antara lain Anwar enggan bersekongkol untuk bill-out individu dan syarikat tertentu, yang mempunyai hubungan darah dan kawan-kawan rapat Dr Mahathir. Bekas PM ke-4 itu tidak mempunyai pilihan kecuali meneruskan tomahan dan segala dakyahnya secara konsisten sehingga kini terhadap Anwar. Terlihat konsisten adalah penting untuk kononnya terlihat benar.
Dr Mahathir pada September 1998 perlu mencantas Anwar demi menyelamatkan dirinya; sepertimana dia kelar leher ramai pesaing politiknya, atau sekurang-kurangnya dua timbalannya sebelum itu. Tidak kiralah kawan, mahupun lawan; sesiapa yang sesaat telah mengambil langkah tak seiring Dr Mahathir, akan padah!
Berulang kali dia mengungkit bahawa dialah yang membawa masuk Anwar ke dalam Umno dan kerajaan, diangkat sebegitu tinggi; tetapi itu semua tidak lebih juga membayangkan kekesalan Dr Mahathir apabila Anwar menolak untuk turut sama bersengkongkol dalam sekian banyak keputusan yang tidak bertanggungjawab sekitar menjelang puncak Krisis Ekonomi.
Latar ini, dengan keadaan ekonomi yang cukup genting, Dr Mahathir perlu untuk menembusi Rumah Putih bertemu Presiden Amerika waktu itu, George W Bush. Pergantungan ekonomi terhadap Amerika adalah kenyataan yang tak dapat dinafikan biarpun oleh seorang yang sesombong Dr Mahathir.
Jack Adramoff, pelobi Yahudi yang menerima bayaran RM1.2 juta itu untuk mengadakan pertemuan Dr Mahathir-Bush kini sedang merengkok di penjara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment