"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Saturday, November 28, 2009

Hak Selangor larang ikuti kursus BTN – Zahid Hamidi

From Free Malaysia Today


zahid KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor berhak melarang penjawat awam dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) miliknya daripada mengikuti kursus Biro Tatanegara (BTN), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi(gambar).

Beliau berkata kerajaan negeri itu boleh mengambil keputusan sedemikian jika merasakan kursus berkenaan adalah satu proses doktrinasi oleh Barisan Nasional hingga mencetuskan fenomena perkauman.

"Itu hak kerajaan negeri Selangor untuk tidak izinkan mereka dihantar menghadiri kursus BTN tetapi ada anggota Exco Selangor iaitu Datuk Dr Hasan Ali yang pernah menjadi Ketua Pengarah BTN, maka tidak timbul isu perkauman.


"Saya sudah banyak kali menghadiri BTN dan pernah menjadi instruktor. Saya tidak nampak pun ada elemen perkauman di sini," katanya kepada pemberita selepas majlis Menandatangani Kontrak Pemain Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Untuk Liga Malaysia 2010, di sini hari ini. Ahmad Zahid berkata kemungkinan larangan itu dibuat kerana wujudnya kebimbangan pemimpin pembangkang terhadap sokongan rakyat negeri itu.

Semalam, kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah drastik melarang penuntut kolej atau universiti, penjawat kerajaan negeri dan juga pegawai milik kerajaan (GLC) daripada mengikuti program BTN yang dianjurkan Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan negeri mendakwa kursus itu menimbulkan fenomena perkauman dan hanya menghabiskan wang rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menganggap tindakan itu satu kekhuatiran politik sempit dan akan merugikan sebahagian penjawat awam dan penuntut Selangor kerana tidak diberi peluang mengetahui fakta dan hal terkini kenegaraan.

"BTN tidak ada memburukkan mana-mana kaum kerana perkara yang disampaikan adalah berkaitan Perlembagaan negara (dan) juga konsep perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad berkata ilmu dan maklumat yang disampaikan dalam kursus semuanya diperoleh berasaskan fakta sejarah dan silibus kursus melibatkan latihan sikap berteraskan nilai-nilai murni bagi menjadi rakyat yang boleh menyumbang untuk pembangunan negara dengan peserta diberi kebebasan menyatakan pandangan, kritikan dan pendirian masing-masing.

"Rakyat perlu memahami dasar-dasar untuk membina negara. Gagasan 1Malaysia, mendokong Perlembagaan Persekutuan, bersemangat patriotik tanpa mengira idelogi masing-masing kerana ia antara teras utama kejayaan mencapai Wawasan 2020," katanya. – Bernama


No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration