Saturday, November 14, 2009
Bedebah! Mana Dia Ketua Pemuda Umno?
PerakExpress
Oleh Hasmi Hashim
Ketua Pemuda Umno, dan kuncu-kuncunya diam seribu bahasa tatkala dihadapkan kenyataan mantan pengarah BPR, Abdul Razak Idrus bahawa tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh menyorok RM3 bilion, adalah tuduhan tidak berasas. Dalam beberapa siri pilihanraya kecil, termasuk di Bagan Pinang, Khairy Jamaluddin dan Datuk Nallakarupan bukan main lantang dengan tuduhan itu… rakyat tentu mahu melihat, apakah mereka bertanggungjawab dengan tuduhan yang mereka lemparkan.
Kita faham bahawa ada “politik persepsi”, tetapi orang yang percaya untuk bermain dengan politik persepsi mahupun usaha mencalar karektor tidak akan berjaya, kalau tanpa asas. Persepsi, nampaknya tak bisa mampu terpisah dari realiti, apatah lagi dari kebenaran.
Saya menduga, sepanjang media perdana milik Umno khususnya terus mencetak air liur pemimpin Pemuda Umno tadi, Anwar tidak sedikit pun menjawab. Dalam kata lain, dia perlu sabar. Dalam kata lain, dia harus meneruskan genderang perubahan yang sewajarnya dipalu tanpa henti. Bukan melayan karenah politik intrik sebegitu hina.
Menurut Abdul Razak ketika memberi kenyataan di dalam Mahkamah Tinggi, 11 November lalu, sepasukan khas BPR telah dikirim ke Singapura dan London untuk menyiasat kes tersebut. Sebutir habuk pun tidak mereka temukan bukti.
Sebelum mantan penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid yang membuat akuan bersumpah menyatakan Anwar menyorok sejumlah wang sebesar itu, rakyat terlebih dahulu mendengar tuduhan yang sama dilemparkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad. Bahkan selain kes wang RM3 bilion dan kes liwat ‘pertama’ dahulu, Anwar malah dituduh sebagai “agen Barat”; dituduh mahu ‘menggadai’ negara. Entah bagaimana negara ini bisa dijual oleh orang nombor dua. Kalaupun negara ini boleh dijual, tentunya oleh orang nombor satu!
Sedekad berlalu. Semua itu kadang tidak menjadikan jiwa manusia insaf, hanya kerana mereka berpolitik. Kita terkilan apabila anak muda seperti Khairy begitu cepat korup pemikirannya demi nafsu politik; tuduhan gaya Dr Mahathir diulang-ulang lagi.
Mereka begitu bersungguh-sungguh mahu mewujudkan persepsi kalangan rakyat, bahawa Anwar memang peliwat; Anwar juga memang mahu menggadai negara–saya tidak fikir mereka tidak jelas keadaan sebenar, selain detik hati kecil mereka, bahawa mereka telah berdusta sama sekali.
Penentang Dr Mahathir, kini sudah menjadi persis Dr Mahathir. Itulah yang menyedihkan. Termasuk rekod Nalla yang mencurigakan, yang menyertai Keadilan hanya untuk beberapa bulan, kemudian keluar. Dia, yang pernah ditangkap dan diseksa, kini bebas. Betul-betul bebas apabila Datuk Seri Najib Razak langsung tidak ‘menjentiknya’, bahkan dengan mudah dia mendaftarkan partinya sendiri.
Sandiwara tidak ke mana. Selepas ini, andai ada pertuduhan baru terhadap Anwar, juga kes lompat katak kalangan watak tambahan di dalam Keadilan dan Pakatan Rakyat, dengan mudah rakyat menduga siapa dalangnya. Mereka barangkali perlu terus bermain dengan sedemikian jelek sebagai bayaran untuk kembali ke dalam lingkungan pemerintahan Umno-BN.
Inilah sering saya sebutkan sebagai “politik intrik”; permainan yang mengizinkan apa jua cara untuk mencapai maksud. Generasi muda, apatah lagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) harus melihat semua babak-babak ini dengan penuh keinsafan.
Lalu, menggerakan daya fikir baru dan tenaga muda untuk merembah jalan politik baru; politik yang menggunakan idea sebagai tawaran kepada masyarakat adalah jawapan yang ada. Demi menyedari semua usaha sabotaj inilah, hampir tiga tahun lalu saya membawakan apa yang disebut sebagai “Gagasan Pencerahan” ketika menawar diri bertanding ke jawatan Ketua AMK pusat dalam Kongres Nasional di Seremban.
Nafsu tidak ke mana. Ia, andai dengan cara intrik digunakan, maka binasalah jalan hujungnya. Ini adalah hukum alami. Bahkan, nasihat saya ini juga kepada seluruh anggota pemuda Umno peringkat bawah, agar mereka tahu menilai permainan ketua mereka. Bangsa kita tak akan jadi bangsa yang besar dengan terus membiarkan kita dipimpin oleh manusia yang tak tahu batas adab dan “hukum permainan”.
Manusia merencana, namun perencanaan sejahat manapun tak bisa terlepas daripada pengetahuan Tuhan. Biarlah kita titi masa depan yang lebih bermakna.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment