"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Monday, November 23, 2009

Pemimpin PR gesa Najib bersihkan nama


Oleh Suganya Lingan

PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Najib Abdul Razak supaya tampil untuk membersihkan namanya daripada tuduhan yang mengaitkannya dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Mereka juga mahu Najib memberi jaminan akan keselamatan penyiasat peribadi P Balasubramaniam dan membenarkannya pulang ke Malaysia untuk mendedahkan apa yang diketahuinya mengenai pembunuhan model Mongolia itu.

Mereka juga meminta supaya Najib bersetuju dengan satu penyiasatan menerusi suruhanjaya diraja untuk membersihkan namanya dan ahli keluarganya dalam kes ini.


Kata mereka, Najib tiada pilihan kecuali menyahut cabaran ini sekiranya ingin dianggap layak dan diakui menjadi sebagai Perdana Menteri Malaysia sama ada di negara ini mahupun di peringkat antarabangsa.
Peminpin kanan DAP, Lim Kit Siang menerusi weblognya, berkata, Najib tiada pilihan selepas Bala mendedahkan apa yang berlaku ketika ditemubual di hadapan tiga peguam terkenal.

Salah seorang daripada peguam terbabit, ‘diugut’ apabila rumahnya dilontar dengan molotov cocktail.
Naib presiden Parti Keadilan Rakyat R. Sivarasa pula berkata pendedahan terbaru Bala ‘mempunyai implikasi yang serius,”.

“Ia menunjukkan bagaimana surat akuan bersumpah kedua itu dibuat serta kaitan langsung keluarga Najib dengan kes itu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Subang.

Katanya, jika Bala berkata benar mengenai akuan bersumpah kedua untuk menolak akuan pertamanya, penyiasatan yang adil dan sahih hanya boleh dibuat menerusi suruhanraya diraja.

Turut memberi reaksi ialah Pengarah Strategi PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang yang menyifatkan dakwaan itu serius.

“Yang paling utama, kita tak tahu sama ada Bala bercakap benar.

“Kenapa kerajaan membenarkannya keluar masuk ke negara ini? Kenapa polis berdiam diri dan tidak menahannya. Hanya satu cara saja untuk mencari kebenaran, ia mesti disiasat dengan telus ,menerusi suruhanjaya diraja.

Katanya, siasatan perlu dibuat terhadap semua yang terbabit sama ada individu mahupun institusi yang disebut oleh Bala.


No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration