"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Saturday, October 10, 2009

Bagan Pinang: Maruah, maruah, maruah!

Oleh Bakaq Al'Siy'ah/Penarik Beca


Pengundi berusia 45 tahun ke bawah memberikan aliran sokongan yang lebih baik kepada PAS, kata Dr Abu Hassan Hasbullah. Kalau ada akaun Faceboook, sila ikuti di sini.

Berikut ialah kajian Dr Rosli Yaakob yang saya copy and paste separuh sebab kalau copy habis dia tak nak tersunsun elok. Line tak elok. Tak dan nak buat.

Kalau apa yang Dr Rosli tulis di bawah ni betul, saya menyeru kepada para pengundi Bagan Pinang supaya memelihara maruah anda dan pilihlah calon yang bersih.

Adakah Allah s.w.t. memberi lesen kepada mana-mana umat Islam untuk menganiaya penternak babi? Memang orang Islam haram memakan babi. Tetapi adakah Allah menghalalkan kezaliman ke atas babi atau penternak babi?

Jika anda orang Islam, adakah hati anda begitu keras sehingga anda sanggup mengundi orang yang melakukan penganiyaan?

Hikayat Isa Samad dan penternak babi di Bukit Pelanduk

1. Harga Tanah di kawasan PFA dijual kepada Penternak pada Harga amat Tinggi.
• Harga beli oleh IMAPRO Sdn. Bhd. Dari Kumpulan Guthrie Berhad ialah RM18,000 seekar.
• Harga jual oleh Nikmat Maju Development kepada Penternak ialah RM160,000 seekar (kemudian diturunkan ke RM 145,000 seekear).
• Harga tanah naik sebanyak 705.6%.

2. Taukeh tanah untuk ternakan babi ialah orang Melayu (Syarikat IMAPRO Sdn. Bhd. milik Bumiputera 100%). Dengan modal RM2.00 ianya mengaut untung sebanyak RM1,718,232.00 (pada 31 Disember 2006). Kadar untung ke atas modal ialah 859,115 kali ganda. Ini adalah untung atas angin.

Nota: Hubungan antara IMAPRO dan NMDSB tidak jelas. Mungkin IMAPRO telah menjual tanah itu kepada NMDSB atau IMAPRO telah melantik NMDSB sebagai agennya bagi menjual tanah itu supaya tidak kelihatan bahawa syarikat Bumiputera terlibat dalam perniagaan khinzir.

3. Tanah rizab Melayu diambil bagi tujuan ternakan babi.

4. Ada unsur ugutan supaya penternak berpindah ke PFA tetapi ramai yang enggan berpindah dan ramai pula yang tidak bersetuju dengan harga lot tanah yang begitu tinggi. Malah, ada tuduhan dari penternak bahawa ada pihak meyebarkan virus supaya ada babi yang mati bagi menakutkan mereka dan agar dengan cara ini penternak akan membeli tanah di PFA.

5. Semasa wabak JE melanda Bukit pelanduk, Isa Samad hilang ghaib. Dia tidak pernah menziarahi mangsa. Sampai hari ini pun, Isa Samad tidak pernah melawat Bukit Pelanduk.


1 comment:

  1. terima kasih saudara telah mendedahkan pasal Imapro ni

    syarikat ini turut dilaporkan oleh Ketua Audit Negara

    http://wangsamajuformalaysia.blogspot.com/2009/11/negeri-sembilan-sleepy-hollow-no-more.html

    ReplyDelete

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration