"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Friday, October 30, 2009

Kronisme dan rasuah punca kematian Dina Nathan?

MerdekaReview



 
Seorang murid berumur 11 tahun, Dina Deve Nathan, mati dan dua orang lain hilang apabila saya menulis kenyataan ini.  Berita keruntuhan jambatan gantung baru merentasi Sungai Kampar memeranjatkan khususnya dalam satu Negara yang telah menghadapi 16 kematian yang disebabkan oleh Khidmat Negara sejak 2004.
Apa yang turut menyinggung ialah kenyataan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (gambar kiri) bahawa jambatan tersebut adalah satu sumbangan sebuah syarikat kepada pejabat pelajaran daerah.

Ini menunjukkan ciri-ciri kronisme dan rasuah.  Kita semua tahu apa maksud itu "sumbangan".  Syarikat pembinaan tersebut mungkin telah mendapat satu kontrak berlumayan daripada ahli politik pemerintah dengan membina satu jambatan yang berkualiti rendah, atau kontrak tersebut diberikan kepada sebuah syarikat yang tidak bertanggungjawab melalui hubungan kroni.

Pertukaran kepentingan dan peraturan politik-perniagaan telah menyebabkan kematian seorang murid perempuan kecil.  Muhyiddin berkata beliau tidak pasti ia disebabkan oleh masalah jambatan ataupun jambatan dibina mengikut peraturan dan standard yang dinyatakan. 
Jambatan 50 meter tersebut, dibina dua minggu lepas, nampak tercabut dari tanah. 

Timbalan Perdana Menteri telah berkata sesiapa yang bertanggungjawab ke atas keruntuhan jambatan akan diambil tindakan.  Kita ingat perkataan beliau. Saya menyokong usul tergempar yang difailkan dalam parlimen daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat DAP M Kula Segaran untuk mendebatkan insiden serius ini.  Saya berharap usul ini tidak akan ditolak seperti usul tergempar yang dibangkitkan tahun lepas untuk mendebatkan kematian dalam kem-kem khidmat Negara.

Walaupun Muhyiddin telah berjanji satu siasatan terperinci akan dijalankan ke atas kemalangan ini, saya menggesa maklumat itu dibongkarkan kepada orang awam kerana tiada maklumat mengenai kematian dalam kem-kem khidmat Negara boleh didapati oleh orang awam.  Kekurangan akauntabiliti kerajaan tidak harus menjadi satu preceden.

Akhirnya saya mengucapkan takziah kepada keluarga Dina Deve Nathan dan berharap kemalangan yang tidak diingini ini tidak akan berlaku lagi pada masa depan di kem khidmat Negara ataupun kem 1Malaysia.

*Kenyataan media oleh ahli parlimen Klang-DAP, Charles Santiago.

No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration