"Believe nothing, no matter where you read it or who has said it, not even if I have said it, unless it agrees with your own reason and your own common sense."

Ampun tuanku, sembah patek harap diampun...Patek ingin menyampaikan siapakah PENGKHIANAT sabenar kepada ketuanan Sultan di negara ini...malah dikalangan tuanku pun ada yang bersekongkol dengan mereka kerana di beri habuan yang lumayan...Patek patek yang marhaen dinegara ini masih tetap setia dengan tuanku walau pun difitnah dengan pelbagai tuduhan..ampun tuanku beribu ampun, sembah patek harap diampun..

Saturday, October 10, 2009

Najib Temberang : 2005 Cakap Lain, 2009 Cakap Lain..

KedahLaie

Oleh Lord Azaab

Tahun 2005 dulu, Najib kata Isa Samad lakukan rasuah, tapi sekarang kata kesalahan teknikal. Memberi wang kepada perwakilan untuk membeli undi

Pagi ini saya membuka arkib Utusan Malaysia untuk mencari semula berita-berita lama yang berkaitan dengan tertuduhan dan penggantungan bersabit kes rasuah Isa Samad dahulu.

Alhamdulillah usaha saya berhasil apabila UM masih lagi menyimpan artikel-artikel lamanya. Memandangkan UM adalah akhbar yang paling dipercayai oleh orang-orang Umno dan Barisan Nasional, maka saya keluarkan bukti-bukti kesalahan Isa Samad dari akhbar mereka sendiri.

Najib yang kini berada di luar negara berkata, Isa Samad hanya melakukan kesalahan teknikal parti dan bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara.

Namum begitu didalam UM 24/06/2005, perenggan pertama jelas Najib telah mengatakan bahawa Isa Samad sudah melakukan rasuah politik.

Jadi, rasuah yang disebut oleh Najib di Bangi pada tahun 2005 itu adalah jauh berbeza dengan kesalahan teknikal seperti yang disebutnya di Paris baru-baru ini.

Sudah tentu, kesalahan rasuah adalah sesuatu yang melibatkan undang-undang negara. Maka adalah wajib untuk Isa Samad disiasat oleh SPRM dan diadili di mahkamah.

Untuk menguatkan pertuduhan hujah ini lagi, UM 25/06/2005 di dalam perenggan yang ke-7 telah menyebut sebab-sebab kenapa Isa Samad dipanggil oleh Lembaga Disiplin Umno pada hari sebelumnya.

“Mohd. Isa dipanggil menghadap Lembaga Disiplin semalam menghadapi sembilan pertuduhan yang berkisar kepada politik wang termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.”

Antara sebab Isa Samad dipanggil ialah kerana memberi wang kepada perwakilan untuk membeli undi.

Bukankah memberi wang kepada perwakilan untuk membeli undi itu adalah satu perbuatan memberi rasuah yang nyata?

Akibat dari perbuatan terkutuk itu, Isa Samad telah digantung sebagai ahli Umno selama 6 tahun.

Walaubagaimana pun Isa Samad telah membuat rayuan dan hukumannya dipendekkan kepada 3 tahun dan telah tamat pada 23 Jun 2008.

Namum begitu, tindakan menggantung keahlian Isa Samad sebagai ahli Umno oleh Lembaga Disiplin Umno bukanlah bermakna Isa Samad sudah menjalani hukumannya.

Ini kerana hukuman tersebut hanyalah untuknya sebagai ahli Umno sahaja. Namun hukumannya sebagai seorang rakyat Malaysia yang tertakluk kepada undang-undang dan perlembagaan negara masih lagi belum dikenakan dan dia masih lagi belum di dakwa oleh mana-mana mahkamah di negara kita ini.

Oleh itu, saya merayu kepada pengundi-pengundi di Bagan Pinang agar menghukum Isa Samad dengan menggunakan kuasa yang anda ada agar tidak memilihnya sebagai wakil rakyat. Kita gunakan Mahkamah Rakyat sebagai jalan untuk menghukum Isa Samad diatas perbuatan terkutuknya itu.

Ayuh “BERSAMA KEHENDAK RAKYAT” untuk menghapuskan rasuah…


No comments:

Post a Comment

Jika Anda terlepas.....ada ulang tayang disini????

Lagi disini

Tambah satu lagi........lepas ni...lu fikir la beb....

RPK Speaks His Mind - Altantuya Statutory Declaration