Thursday, October 8, 2009
KITA AKAN ATASINYA!
Steadyaku47
Selama saya membaca blog dan email yang saya terima beberapa hari ini, saya mula perasan adanya rasa putus harapan dan putus asa semasa kempen PRK Bagan Pinang ini menuju ke penghujungnya. Apabila keadaan sekeliling diteliti, realiti kelebihan wang dan kuasa jelas kelihatan. Tanyalah sesiapa yang sanggup meluangkan masa ke Bagan Pinang dan mereka akan berkata jika PRK ini ditentukan oleh siapa yang meletakkan bendera, banner, poster atau banting terbanyak..mereka tentu menjawab yang BNlah yang menang. Jika pilihanraya ditentukan berdasarkan siapa yang paling banyak memberi wang atau sumbangan – Barisanlah yang menang. Jika pilihanraya ditentukan oleh calon yang mana yang paling banyak masa untuk berjumpa dengan pengundi – Barisan lagi yang menang – kerana Isa dibenarkan untuk masuk ke kem tentera manakala Zulkefly tidak dibenarkan. Seolah-olah rakyat terpaksa menerima hakikat yang kemungkinan besar kemenangan akan diperolehi oleh mereka yang sokongan kewangan dan bantuan yang kuat. Nampak seperti mustahil Pakatan Rakyat akan menang.
Dalam pepatah hidup ini, saya akan berhati-hati untuk menggunakan perkataan mustahil. Banyak kali telah saya ingatkan tentang kuasa satu. Anda hanya sendiri (satu). Tapi bersama saya kita jadi berdua. Bagan Pinang ini satu perang. Perang yang sudah tentu kita ingin menang tapi jangan kita lupa yang kita juga dalam perang besar dengan Barisan. Perang besar itu akan memuncak di PRU akan datang. Buat masa ini baik kita tumpukan kepada perang kita di Bagan Pinang. Kita mesti bersedia. Dan setiap daripada kita WAJIB memberikan fokus dan komitmen. Setiap daripada kita harus mengambil rasa ini sebgai tanggungjawab masing-masing. Buat seperti apa yang saya buat. Apa yang boleh saya lakukan ialah menulis. Saya menulis agar tulisan saya ini boleh dibaca oleh orang lain dan membuat mereka faham bahawa masa perubahan itu telah pun sampai. Marilah bersama kita. Ceritalah kepada rakan-rakan anda yang berpeluk tubuh itu akan membantutkan usaha kita. Sudahkah anda mengajak rakan-rakan lain? Jika tidak, ajaklah mereka untuk bersama kita sekarang. Hendak turut serta atau tidak? Marilah bersama kita, mungkin hari ini kumpulan kita hanya sepuluh orang tapi mungkin esok ia menjadi sebelas, mungkin lusa dua belas. Dan itulah caranya kita berkembang. Kuasa satu. Setiap orang diambilkira. Kita lakukan ini bersama-sama. Inilah yang boleh kita lakukan. Marilah bersama saya dan berdiri dengan saya.
Jika anda fikir usaha dalam PRK ini hanya untuk mengejar kemenangan, anda telah pun silap. Ianya adalah disebabkan daripada kenyataan Perdana Menteri kepada dunia yang mengatakan Malaysia mempunyai formula yang sesuai untuk keharmonian rakyat namun selepas itu konco-konconya dihantar ke Bagan Pinang untuk melaungkan kepada kaum Melayu dan pihak Tentera yang mereka mesti mengundi UMNO supaya Melayu boleh terus hidup. Supaya Islam boleh bertahan. Mereka mengutuk PAS ialah parti yang bersekongkol dengan orang kafir agar mereka boleh mendapat kekuasaan.
Ia juga disebabkan oleh UMNO, sebuah parti politik yang telah diberi peluang 50 tahun untuk meletakkan bangsa Melayu sama taraf dengan bangsa-bangsa lain tapi sebaliknya tempoh itu disalahgunakan oleh parti itu untuk membolot kekayaan, menjadi tamak dan bermegah diri.
Ia juga disebabkan oleh kerajaan yang membiarkan rakyatnya dibuli dan dikasari dengan mengarahkan Polis untuk membelasah rakyatnya sendiri untuk kononnya menjaga keamanan dan keharmonian masyarakat.
Ia juga disebabkan oleh dua calon. Seorang darinya datang dari UMNO yang telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan rasuah, dan telah merompak berbilion-bilion Ringgit dari Negeri Sembilan untuk dirinya dan kroninya dibandingkan dengan calon dari PAS yang pejabatnya hanyalah tingkat atas lot kedai.
Saya boleh teruskan lagi tapi ia takkan habis sampai matahari terbenam hari ini. Itulah sebab utama untuk perjuangan kita di Bagan Pinang. Jadi ingin saya tegaskan yang ini hanya satu pertempuran dalam perang besar – tapi kita harus bersedia dalam perang ini dengan semua sumber kita untuk menghadapi kekuasaan UMNO yang sangat terdesak untuk menang. Patutkah UMNO mengatakan jika bekas Menteri Besar yang korup ini memenangi pilihanraya untuk mereka, mereka akan mengagungkannya dan mengatakan yang dia adalah pilihan rakyat.. Patutkah UMNO jika mereka menabur duit kepada rakyat – rakyat akan mengundi calon korup mereka. UMNO hanya perlu menyediakan duit sahaja.
Ya rakanku sekelian, saya faham jika anda mula rasa putus asa – yang UMNO terlalu kuat, terlalu mewah dengan duit dan berkuasa untuk berbuat apa sahaja di Malaysia. Jika itu yang anda fikirkan, saya minta anda mengenang kembali apa yang berlaku di PRU yang lepas. Fikirkan Samy Vellu, fikirkan Sharizat, fikirkan Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor. Fikirkan 50% lebih undi memihak kepada Pakatan Rakyat! Fikirkanlah apa yang anda boleh sumbangkan di Bagan Pinang…dan mungkin dengan bersama, perubahan itu akan tercapai. Anda Cuma sendiri. Bersamaku kita menjadi berdua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment